Followers

Pages

Saturday, October 24, 2009

Ada harapan ke untuk aku??Tolonglah ya Allah

Jalan menuju kejayaan ni banyak antaranya mengejar ilmu dan cita-cita. Tapi apa yang ingin dikongsikan disini adalah beberapa ujian yang yang bakal ditempuh dan permainan "kemungkinan" sentiasa bermain didalam fikiran. Cita-cita yang ditanam adalah belajar sehingga peringkat kedoktoran tetapi ujian dari Allah tiba apabila diberitahu JPA akan menaja mereka yang punya CGPA 3.75 untuk sambung ke peringkat Master. Malangnya. Aku hanya ada satu tahun lagi untuk mendapatkan pointer yang diperlukan. So apa yang perlu dilakukan adalah bersabar, bertawakkal dan berusaha. Aku akan cuba sedaya mampu mengejar CGPA tersebut. Tapi aku terima seadanya sekiranya ilmu yang ingin ku cari berhenti sekadar Ijazah Sarjana Muda. Tapi sekiranya aku diberikan rezeki untuk menyambung Master dengan tajaan JPA. Ku panjatkan kesyukuran ku pada yang Maha mendengar dan Maha mengetahui.


Sekiranya tiadalah harapan ku untuk menyambung belajar ke peringkat Master. InsyaAllah aku akan buat secara jarak jauh. Seperti yang sedia maklum pelajar lepasan JPA dikehendaki bekerja dibawah kerajaan selama 4 tahun. So kemungkinan besar dalam aku bekerja aku akan mengambil Master jarak jauh. Bukan ku tak mahu mengambil tajaan Kementerian pendidikan. Tunku Abdul Rahman dan sebagainya cuma masalahnya sekarang aku sudah terikat dengan perjanjian JPA. Aku akur dengan apa yang diberikan.


Tapi aku tak tahu kenapa hati ini ingin benar menyambung pelajaran. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa luruhnya hati bila dapat tahu CGPA yang dikehendaki JPA terlalu tinggi permintaannya. Tidak boleh membuat rayuan.


Tapi InsyaAllah juga aku ada plan yang lain untuk cuba mencapai menara gading yang puncak sekali. InsyaAllah plan ni yang akan ku guna untuk sambung belajar. Bagi aku Master PJJ terlalu lama untuk tamat. AKu cuba untuk tamatkan dalam masa yang muda.


Pada semua pembaca doakan kejayaan aku untuk capai ilmu dan cita2 ini.

Tuesday, October 20, 2009

Bila Otak turun ke lutut

Tajuk dan isi kandungan tidak ku tapis.. Ia bertujuan supaya pembaca sedar apa yang bakal berlaku. Semua yang bakal berlaku adalah ketentuan illahi..JOM BACA

Inilah jadinya bila berotakkan kepala lutut. Pemikiran jadi sempit, bercelaru dan tak keruan. Kebolehan membuat pertimbangan yang wajar lenyap, semata-mata kerana dendam kesumat. Kesudahannya, kebodohan sendiri terserlah.

Pagi tadi saya membaca dalam akhbar 'The Star' wawancara pemberita Philip Golingai dengan makhluk berbangsa Indonesia bernama Adian Napitupulu, 38 tahun, berasal dari suku kaum Batak, yang mengangkat dirinya sebagai ketua kumpulan 'vigilante' Bendera (Benteng Demokrasi Rakyat), yang mana matlamatnya ialah 'Ganyang Malaysia'.

Kumpulan inilah yang telah melakukan operasi 'sweeping' rakyat Malaysia di Menteng, Jakarta pada Sept 8 yang lalu. Dengan berbekalkan buluh runcing, mereka bermaharajalela buat seketika di kotaraya Jakarta , memeriksa kad pengenalan pengguna jalanraya untuk menahan rakyat Malaysia . Malang bagi mereka, tiada pulak orang Malaysia lalu di situ pada waktu tersebut.

Golingai bertemu Adian di Jakarta hasil usaha seorang wartawan Indonesia bernama Samiaji Bintang. Bukan main bersemangat lagi si Adian ini ketika ditemubual oleh Golingai. Ditanya oleh Golingai apa tujuan 'sweeping' itu, dia menjawab, "Kerana kerajaan Malaysia 'sweeping' rakyat Indonesia di Malaysia."

Begitu terserlah 'kepintaran' Adian dengan jawapan ini. Tahukah dia bahawa di Malaysia ada 2 juta pendatang haram Indonesia yang menyusup masuk ke negara ini, disamping 1.4 juta warga dari seluruh pelusuk Indonesia yang masuk secara sah dan berkerja membanting tulang empat kerat mencari rezeki demi menampung kehidupan keluarga mereka di kampung?

Operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa Malaysia ialah untuk menangkap pendatang haram ini dan menghantar mereka pulang. Kalau benar-benar mahu mencari rezeki yang halal di Malaysia, kenapa tidak dimulakan dengan perbuatan yang juga halal, iaitu masuk secara halal? Saya yakin polis dan imigresen Indonesia juga akan bertindak sama jika berhadapan keadaan yang serupa.

Mungkin kehadiran 2 juta pendatang haram ini isu kecil kepada Adian, memandangkan penduduk Indonesia seramai 237 juta. Tetapi dia lupa (atau mungkin jahil) bahawa penduduk Malaysia hanya 27 juta dan 2 juta itu merupakan 7.4 peratus daripada jumlah penduduk negara ini! Dan jika diambilkira 1.4 juta yang masuk secara sah, ini bermakna lebih 10 peratus daripada penduduk di Malaysia terdiri daripada warga Indonesia semata-mata.

Saya ingin bertanya: "Senangkah kamu jika 23 juta daripada 237 juta penduduk di Indonesia terdiri daripada pendatang asing yang bukan warga sendiri tetapi menggunakan prasarana negara kamu dengan sepenuhnya? Mampukah kamu bertindak dengan prihatin seperti kami? Kalau diukur dengan apa yang saya lihat hari ini, kamu tidak mampu bertimbang rasa."

Kumpulan Bendera ini telah mengisytiharkan perang terhadap Malaysia dan telah mengumumkan akan menyerang Malaysia pada 8hb Oktober ini, iaitu hari Khamis akan datang. Di wawancara tersebut, Adian juga telah memberikan Golingai satu nota pengisytiharan perang bertajuk "Ganyang Malaysia !"

Pengisytiharan tersebut mengatakan bahawa rentcong Aceh, panah Papua, Pedang Pattimura, mandau Kalimantan, keris Jawa, kujang Sunda, golok Betawi, badik Palembang dan pedang Sisingamagaraja (kesemuanya senjata tradisi Indonesia) telah berikrar bermandi darah untuk menghapuskan Malaysia .[Perhatikan bagaimana setiap senjata diberi nama tempat yang khusus dalam nota tersebut, mungkin takut dimaling agaknya, walaupun kita juga ada golok, badik, keris, pedang, panah dsb].

Kemudian dia menunjukkan satu senarai 'kesalahan' Malaysia yang mendorong kepada pengisytiharan tersebut: tuntutan Malaysia terhadap kepulauan Sipadan, Ligitan dan Jemur, mencuri budaya Indonesia (makanan rendang, lagu Rasa Sayang dan tarian Pendet antaranya), menyiksa rakyat Indonesia (ada 34 nama dalam senarai).

Jemu jelak saya hendak memperkatakan persoalan ini sebenarnya. Tidak ada gunanya berdialog dengan manusia yang berdendam dan taksub, yang tidak mahu menerima kenyataan bahawa antara kita memang ada lintas budaya kerana kita serumpun.

Hanya 34 nama di antara 3.4 juta warga Indonesia (sah dan haram) di Malaysia? Bagaimana dengan penjenayah Indonesia yang berleluasa di Malaysia membunuh, merompak, mencuri, merogol dan sebagainya? Saya kira senarai mangsa mereka lebih panjang daripada 34 nama. Malah, tidak dapat dinafikan kadar jenayah di negara ini mencanak dengan kehadiran mereka. Ini bukan omong kosong; ia boleh dibuktikan.

Menurut Adian, enam minggu yang lalu, 10 pengintip Bendera telah meloloskan diri masuk ke Malaysia untuk menubuhkan satu 'network' pekerja Indonesia dalam usaha 'perang' ini. Katanya lagi mereka telah berjaya menghubungi 1.45 juta pekerja Indonesia - pembantu rumah, pekerja binaan dan pekerja ladang - yang akan membakar tempat kerja masing-masing apabila konfrantasi bermula. [PS: Sesiapa yang ada bibik sila ambil perhatian. Perlu tau demi keselamatan rumah].

Saya tidak pasti sama ada pekerja-pekerja yang dimaksudkan itu (rata-rata yang mencari rezeki halal di sini) akan sanggup mencurah pasir ke periuk nasi sendiri semata-mata kerana patriotisme terpesong ini. Sanggupkah mereka mematahkan punca rezeki mereka kerana ini?

Tambah 'pakar strategis perang' ini lagi, pada tarikh tersebut 300 orang Indonesia yang mempunyai ilmu kebal - tidak lut ditikam atau ditembak - akan menyerang Malaysia melalui Pontianak dan Nunukan di Borneo.

"Dari Pontianak kami akan menawan Kuching dan dari Nunukan kami akan menawan bandar Malaysia yang terdekat." Apabila ditanya apa nama bandar tersebut dia menjawab tidak tahu. (So much for a war strategist!) Note: Bandar Malaysia terdekat selepas Nunukan ialah Tawau . Dalam masa enam hingga lapan bulan, kata Adian, Bendera akan berjaya menakluki Kuala Lumpur .

Saya tidak tahu sama ada hendak ketawa atau menangis membaca temubual ini. Yang pasti, Adian dan para pengikutnya seolah-olah terlalu teruja untuk 'ganyang Malaysia ' sehingga tenggelam punca.

Hanya satu saja nasihat ikhlas dari saya: Daripada menghabiskan masa dan tenaga untuk menyerang Malaysia , lebih baik kalian berangkat ke Padang . Dua gempa bumi dua hari berturut-turut telah mengakibatkan lebih seribu kematian dan tiga ribu lagi masih hilang. Ataupun, kalian menyusur Tasikmalaya di Pulau Jawa tempat kalian sendiri, dimana berlaku gempa bumi sebulan yang lalu.

Cuba kalian kerah tenaga membantu mangsa senegara kalian yang amat memerlukannya. Bawa senjata kalian ke Padang dan gunalah golok Betawi mu untuk mengorek timbunan bagi mengeluarkan mayat-mayat yang kian reput di bawah runtuhan.

Jangan sekali-kali kalian lupa bahawa mangsa gempa bumi negara kalian kini dibantui pasukan penyelamat dari seluruh dunia termasuk pasukan SMART, Tentera, Bulan Sabit Merah dan lain-lain dari Malaysia . Malah, berbagai tabung telah dimulakan oleh pihak swasta di Malaysia untuk membantu.

Salurkan tenaga kalian kepada tugas membantu anak bangsa sendiri. Itu lebih berfaedah...

PS: Buletin Utama TV3 sebentar tadi melaporkan dua lagi gempa bumi di Indonesia , satu di Papua dan satu lagi di Sulawesi .......

PS: Terdapat mangsa gempa bumi dengan angkuh menolak bantuan daripada Malaysia , kononya dari sumber haram, tapi menerima bantuan daripada negara-negara bukan Islam. Dalam keadaan nyawa-nyawa ikanpun masih bongkak.

PS: Para pelajar kita tidak dilayan ketika meminta bantuan makanan. Mereka diberitahu, keutamaan adalah kepada rakyat tempatan. Mereka lupa bahawa kehadiran para pelajar kita itu turut memberi sumber pendapatan kepada mereka.

Mendidih darahku bila memikirkan tindak tanduk segelintir manusia yang tidak mengenang budi ini...

HENTIKAN SAJA PENGAMBILAN SEMUA PEKERJA DARIPADA INDONESIA . BUKA PELUANG ITU KEPADA NEGARA LAIN. TIADA GUNANYA KITA BERBUAT BAIK KEPADA ORANG YANG TIDAK TAHU DAN TIDAK MAHU MENGHARGAINYA

Tuesday, October 13, 2009

Projek Smart skooter


Sebenarnya Smart Skooter ni adalah menggunakan tenaga solar yang mana ia menjadi tenaga utama dalam menghasilkan gerakan berbanding charger. Ini direka kerana bagiku kenderaan yang menggunakan minyak terlalu banyak sehingga boleh mencetuskan kesan penipisan lapisan ozon. Penggunaan tenaga solar ini lebih baik dalam menggalakkan pengguna menggunakannya dalam kehidupan seharian. Portable solar power yang mengandungi tiga fungsi disebaliknya mampu memberikan perjalanan yang selamat serta berterusan. Charger. transformer serta inverter adalah antara yang terkandung dalam portable solar power. Panel solar dengan 1m persegi mempunyai 110 W mampu mengahasilkan 600 W enjin motor (keliru tapi faham).

Sebenarnya bukanlah tujuan ku untuk mempromosikan Smart Skooter ni. Lagipun ia tiada lagi dalam pasaran dan ia juga merupakan rekaan pertama yang terhasil daripada otakku. Cuma rekaan ini ada sedikit inovasi daripada skooter mainan kanak-kanak. Dalam menghasilkan projek individu bagi subjek pemikiran rekacipta ini iaitu U2, aku menghadapi sedikit sebanyak ujian. Antaranya penggunaan sistem untuk menghasilkan gerakan, lukisan menggunakan bentuk komputer dan sebagainya. Benda-benda seperti ini aku tidak pernah belajar. Mungkin pernah tapi aku dah lupa. Untuk pengetahuan projek ini diberikan last minit dan ia merupakan projek individu. Akhirnya aku diberi kemudahan oleh Allah. Aku dipertemukan sahabat lama ku dari Pesta Konvo 36 yang mengambil jurusan kejuruteraan yang mana dia banyak mengajar aku tentang bagaimana hendak menghasilkan gerakan bagi kenderaan ini. Banyak juga yang aku belajar daripadanya. formula yang tidak tercapai oleh akal ku yang tertumpu pada medan dakwah telah membuka mindaku tentang ciptaan ini. Pembelajaran ku lebih terfokus kepada mekanikal engeneering.

Selain itu, aku juga mendapat pertolongan daripada seorang sahabat ku yang mengambil multimedia dalam FTSM. Dia telah memberikanku dua software yang memudahkan aku dalam mereka ciptaan ini. Dia juga turut membantu aku menyiapkan rekaan Smart Skooter ini. Software lightwave. Agak menyeronokan bila belajar software sebegini.

Di sini aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana sudi mengajar diriku. Aku tidak dapat membalas segala budi dan pertolongan yang telah diberikan kepadaku. Hanya Allah yang membalas segala budi baik kamu. InsyaAllah sekiranya kamu menghadapi kesulitan dan memerlukan bantuan aku akan sedaya upaya membantu.
Posted by Picasa

Aku takut dengan malam pertama


Hampir seminggu ku tak jejakkan karangan ku ke blog ni. Al-maklum sibuk dengan assgmnt. Tapi tu ku akan cerita bila aku free. Apa yang ingin ku kongsi dengan sahabat-sahabat adalah tentang malam pertama. Mesti ramai yang beranggapan malam pertama adalah malam yang paling indah. Tapi itu untuk mereka yang mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin dikisahkan disini adalah malam pertama kita dialam kubur. Aku terjumpa sebuah buku karangan Dr A'idh Al-Qarni, S. Muhammad HusainYa'qub dan Dr Muhammad A.R Al-Uraifi. Buku terbitan Darul Nu'man benar-benar menyedarkan aku tentang amalan yang terkandung di kedua belah tangan ku. Ketiadaan persediaan menghadapi Nya menyebabkan aku sibuk dengan urusan dunia. Mesti ramai antara kita terlalu yakin bahawa esok kita akan bertemu lagi dengan dunia ini. Tapi sebenarnya keyakinan yang bersungguh mampu menjadi yang sebaliknya. Kita lihat sahaja berapa ramai yang telah meninggal dunia ketika dalam tidur. Kita sangat yakin kehidupan ini akan berakhir dengan kematian.

Harga buku ni tak semahal yang disangka. Hanya RM 10. Ku perolehinya ketika berada di syarikat Darul Nu'man atas urusan program yang sedang berlangsung iaitu program Minggu Dakwah 12-16 Oktober. Buku yang mengisahkan tentang perjalanan manusia ketika disoal. Ada yang hampa, ada yang gembira ada yang tidak mampu menjawab kerana berita syurga dan neraka telah sampai ke telinga mereka.

Dalam banyak-banyak sub topik, ada satu yang menarik untuk diceritakan disini bahawa binatang ternakan boleh mendengar suara neraka ini dikisahkan apabila Rasulullah menaiki bughal dan hampir terjatuh kekerana bughalnya yang sedang melalui kawasan kubur kawasan mendengar sesuatu dan ketakutan. Dikatakan juga mengapa manusia tidak diperdengarkan suara neraka supaya ada keinsafan timbul rupanya suara gempa bumi pun manusia tak tertanggung apatah lagi suara neraka yang dahsyat.

So bagi sesiapa yang teringin untuk membaca buku ni ku boleh pinjamkan kepada sahabat-sahabat untuk kita renungkan segala apa yang tersirat dan tersurat disebalik malam pertama yang bakal kita tempuhi. Just comment dengan memberikan alamat. InsyaAllah ku akan post buku nie. Tapi mohon jasa baik semua untuk memelihara buku ni.

Rujukan buku : Malam Pertama di Alam Kubur

Thursday, October 8, 2009

Jangan salah faham semua..

Hari ni ku dengar-dengar ada yang menyatakan topik yang ku update semua berhubung dengan apa yang telah terjadi pada minggu ini. Sebenarnya untuk pengetahuan pembaca apa yang ku luahkan adalah apa yang terjadi pada diriku secara berulang kali. Setiap kali ia berulang akan menjadikan diriku ingin berkongsi dengan sahabat pembaca.

Setiap apa yang ku update bukan untuk mengata tapi sekadar untuk memberi nasihat. Ku tahu kalau nasihat itu melalui mulut tak mustahil ramai yang akan terasa dan boleh jadi berlaku permusuhan. Tapi apa yang ku luahkan disini adalah sekadar benda yang harus diperbaiki. Bukanlah ku nak kata diriku perfect. Aku sendiri punya kelemahan yang kalau ada sesiapa nak beritahu kelemahan ku ini dipersilakan. Kerana tak semua manusia ada kelemahan yang orang lain tahu tapi dirinya sendiri tak tahu

Sebenarnya juga ruangan comment tersedia untuk anda semua luahkan sahaja ketidakpuasan hati anda terhadap apa yang saya update terutama sahabat-sahabat seperjuangan tapi nampak gaya luahan tidak saya terima bahkan kritikan daripada belakang yang saya terima. Ada juga menyatakan bahawa apa yang saya update adalah berkenaan dirinya. Sebenarnya tidak. Janganlah salah faham dengan segala yang diupdate. Sekiranya ada yang terasa comment sahaja. Ku akan jawab komen sedaya upaya kalau ku mampu jawab...

Terima kasih sudi membaca..

Wednesday, October 7, 2009

Geng oh geng...


Asslamualaikum..

Hari ni tiba-tiba aku nak lahirkan suatu ketidakpuasan hati aku yang aku rasa blog ni sahaja dapat tenteramkan sedikit sebanyak jiwaku..Selain daripada wuduk dan al-Quran.. Ermm geng..atau dengan erti kata lain kumpulan..Semua ada geng..Kalau seseorang tu dah bergeng maka berlakulah perkara yang biasa berlangsung bila ada yang tak puas hati. Disini ku sekadar meluahkan rasa sahaja. Bila ada salah faham berlangsung antara seseorang dengan seseorang yang lain maka diharapkan mereka yang berada dalam lingkungan geng yang salah faham tak perlulah bertindak seperti memahami segalanya. Biarlah penyelesaian dicari oleh mereka yang salah faham. Bukan dengan pengapian atau dengan mendengar sebelah pihak sahaja. Aku rasa benda seperti ini banyak terjadi dekat kumpulan ahli kongsi gelap. So diharap janganlah aplikasikan sifat seperti ini dalam hati kita. Sekadar meluahkan perasaan tak mengapa tapi kalau sekali ikut salah faham kerana penjelasan sebelah pihak sahaja tu yang terjadinya proses pengapian, jeling menjeling, hipokrit dan sebagainya.

Ini hanya sekadar luahan. Kepada pembaca yang membaca blog ini dan menjadikan anda terasa dengan isi kandungan blog ini mohon ampun dan maaf mungkin ini adalah kelemahan diri saya. Sama-samalah kita cerminkan diri kita. Semua manusia dicipta dengan ciptaan yang amat sempurna oleh Allah tapi hati kita tak ada yang sempurna kerana titik hitam yang ada dalam hati ini. Moga Allah sentiasa mengampuni dosa-dosa hambanya.

Sekian

Awak yang pilih jalan untuk mati....



Apa yang anda lihat didalam video tadi??
kesannya sangat besar bukan??
kematian ada kat mana-mana...so fikir-fikirkanlahhh

Selamat bertali pinggang semasa pemanduan.

Tuesday, October 6, 2009

Alahai janji..


Lama sudah ku tak jejakkan jari jemari ku ke singgahan blog yang ku sayangi. Tiba-tiba timbul suatu idea yang inginku luahkan bersama pembaca semua. Janji dengan Allah dan janji dengan manusia. Apa perbezaannya?? janji tetap janji dan ia perlu dilaksanakan. Tapi kenapa kita sering mungkiri janji bila janji yang dibuat adalah dengan manusia. Ini yang inginku bincangkan disini. Bagi aku sebagai manusia yang mungkin sedikit sebanyak mengambil berat dari sudut masa ni amat kecewa kalau seseorang itu mungkiri janji terutama janji itu dari segi masa. Bagi aku manusia ni cepat lupa janji dan sekali dia mungkiri janji tak mustahil hari lain juga akan dihiasi dengan janji palsu. Tetapi aku tetap juga dengan pendirianku tepati masa. Paling tidak manusia boleh bersabar sekiranya lewat itu bersebab atau lewatnya itu dalam batasan kesabaran manusia. Tapi bagaimana pula kalo janji yang dibuat adalah dengan seseorang yang punya banyak urusan untuk diselesaikan

.. Alahai Janji...janji..Tapi manusia tu seringkali mengambil kesempatan sekiranya kita tidak bertegas dengan sikap kita yang tepati masa. Ada juga pepatah yang menyatakan janji melayu..Nampaknya pepatah ini telah digunakan bukan sahaja dalam mesyuarat tetapi juga pertemuan antara sahabat dan sebagainya.

Kalau virus janji yang tak ditepati ini menular dalam diri setiap manusia biasa bahkan ada juga dalam diri pemimpin, tak mustahil suatu hari nanti Malaysia merupakan negara yang paling mundur dan negara yang paling lembap mengejar peluang dan kesempatan yang ada. Dan tak mustahil malaysia bakal bergelar negara lingkup....huh

Fikir-fikirkanlah....jangan jadikan perbincangan tentang janji ni sebagai suatu ayat untuk mengata seseorang tapi jadikan ia sebagai penyedar kepada diri kita sendiri termasuk juga diri saya yang punya kelemahan.

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates