Followers
Pages
Monday, March 30, 2009
Aku di ragut..kejadian di KTM UKM..
Sunday, March 8, 2009
Umat Islam Tiada Kesedaran Sivik
Inilah bendera yang gah di mata masyarakat Malaysia dan di mata dunia..sebaliknya masyarakat Malaysia khususnya umat Islam gah sebagai pengotor di mata masyarakat luar bukan sahaja di Malaysia tetapi di mata dunia juga.
Seorang pelajar yang seharusnya menjadi contoh cermin kepada peribadi masyarakat lain terutma non muslim akhirnya dua kali lima sepuluh dengan yang lain..
Antara bekas cawan milo yang diletakkan di tugu batu berhadapan bangunan Abdul Samad..Jelas menunjukkan Umat Islam langsung tiada etika didalam diri
Tong Sampah yang dijadikan oleh umat Islam sekadar hiasan..Kedudukan tong sampah ini agak strategik iaitu diletakkan di tempat awam..Kemungkinan umat Islam pada ketika ini buta atau rabun sehinggakan tong sampah yang ada dihadapan mata mereka dianggap sebagai perhiasan di tepi jalan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur adalah merupakan salah satu jabatan yang bertugas didalam membersihkan sampah sarap di Dataran Merdeka..Adakah ini hanya tugas DBKL..Dimana pula tanggungjawab individu dalam menjaga kebersihan alam
Inilah Dataran Merdeka selepas sambutan Maulidur Rasul..Menjadi tempat pembuangan sampah oleh umat Islam yang berhimpun di Dataran.. Jelas mencerminkan umat Islam tiada kesedaran sivik..Ingat ini konsert kerr..
Langkah mengatasinya..
1) Pemantauan pihak berkuasa dan dalam masa yang sama kenakan denda pada mereka yang tiada kesedaran sivik
2) Pekerja DBKL yang kerjanya menyapu sampah sarap seharusnya menegur orang awam yang yang membuang sampah merata-rata.
3) Sediakan plastik hitam sebanyak mungkin dan letakkan di tepi2 padang agar orang ramai nampak apa tugas plastik hitam sebenarnya..
sebenarnya semua ini langkah mudah yang boleh diambil..tetapi sikap DBKL yang merasakan kerja2 pembersihan adalah dibawah tanggungjawab mereka menyebabkan Umat Islam atau masyarakat umum naik tocang..
saya hafiezah melaporkan untuk TV3 erkkk untuk blog sahaja..hehehe..yang sebelah ni Nisak yang sibuk jerr cakap pasal kesedaran sivik
Saturday, March 7, 2009
Bersama mengenali Masyarakat Orang Asli Kuala Koyan, Pahang
Ini antara peserta LAD yang excited nak menjadi sebahagian daripada masyarakat Orang Asli Kuala Koyan,..
Inilah antara peserta orang Asli yang berjaya mengalahkan kami...jangan pandang rendah..coz mereka ni pernah mewakili masyarakat orang asli untuk pertandingan bola jaring
Ini kawan aku yang paling cool..hehehe menurut orang Asli dialah yang paling hensom dikalangan peserta lelaki LAD. Walaupun dah kahwin tetapi perangainya still maintain..aku dan cicax panggil Min min..sebab dia suka wonderpat..huhuhu..ada tiga panggilan nama samaran untuk dia.. Ranto, Adam, Min min.
Inilah cicax..yang sentiasa hepy sokmo..
Aktiviti lain yanag kami jalankan adalah menanam bunga disepanjang jalan..so yang sedang berdiri tu adalah sebahagian masyarakat orang Asli yang rajin membantu kami....
Friday, March 6, 2009
BETUL KERRrr?
Berbalik pada Bicara Siswa..apa yang menarik disini adalah..menurut ustazah Athirah YM, chat mahupun mesej atau SMS adalah dilarang dalam Islam apabila ia melibatkan lelaki dan perempuan melainkan atas sebab ilmu..Kerana mesej atau SMS dan sebagainya boleh boleh mendatangkan maksiat..Ia adalah daripada pendapat Dr. Qaradhawi dalam fatwa yang telah dikeluarkan..
Ustazah Athirah menyatakan bahawa lelaki pada pandangan pertama adalah biasa tetapi tidak pada pandangan kedua dan seterusnya terhadap wanita..maknanya lelaki yang memandang wanita semuanya ada nafsu AARRRGggggggggghhhhhhh..jangan pandang aku....
( ^-^ )
WassAlam
Monday, March 2, 2009
Bercinta lain berkahwin lain..apa nie?
Cerita tentang diri aku pula..mind aku dah sememangnya telah disetkan bahawa lelaki takderr yang jujur. Semuanya sama..susah nak ubah mindset aku nie. Semuanya mungkin sebab pengaruh sekitar aku yang sering menyatakan dan memburukkan tentang lelaki. Ada yang kata lelaki nie kahwin atas dasar nafsu..macammacam lagi laa..Dan aku lebih percayakan sekitar aku..Kalau ada yang baik mungkin 1 dalam seribu..Tapi apa-apa pun aku tak nafikan hidup makhluk Allah nie semuanya berpasangan...
Takperlaa mungkin mak bapa aku boleh tentukan apa yang terbaik untuk aku...aku letakkan pilihan hidup aku di tangan ibu bapa aku.. so jodoh di tgn tuhan...
arghhh dah terlambat nak g kelas...