Followers

Pages

There was an error in this gadget

Friday, March 8, 2013

Isu beg berat bebanan pada pelajar



Assalamualaikum..

Kali ni blog diupdate atas tajuk beg berat beri bebanan pada murid-murid. Macam biasalah sebagai seorang guru ada sahaja perkara yang dirasakan pelik. Pelik?? maksud aku pelik sebab murid terbeban dengan buku-buku yang terpaksa dibawa ke sekolah (padahal murid-murid dibekalkan jadual harian)

Kenapa??

Kalau dahulu ibu bapa menyatakan rasa ketidakpuasan hati melalui PIBG bahawa anak-anak mereka terbeban dengan buku-buku yang dibawa ke sekolah sehingga ada ibu bapa yang mencadangkan supaya  lokar dibina di sekolah bagi memudahkan penyimpanan buku. Bagi aku itu tidak mendatangkan masalah. Tapi ibu bapa perlu tahu anak-anak mereka dibekalkan kerja rumah. Jadi nak tak nak mereka kene bawa pulang buku-buku tersebut untuk memudahkan mereka menyiapkan segala kerja yang dibekalkan oleh guru. 

Sekarang ini kita sedia maklum tentang KSSR hanya 2 buah buku yang dibekalkan kerajaan iaitu buku teks dan buku aktiviti. Buku tulis adalah sampingan sahaja. Aku kira ia kurang membebankan murid berbanding tahun-tahun sebelum ini ada 2 buku aktiviti yang dibekalkan dalam sesebuah subjek

So apa yang tak puas hati??

Ikutkan aku sebagai guru memang rasa ketidakpuasan hati terhadap penilaian ibu bapa terhadap subjek yang diambil oleh anak-anak mereka. Aku tahu subjek teras menjadi keutamaan. Aku x tau apa yang menyebabkan subjek elektif seperti dianak tirikan. Sebenarnya satu perkara yang agak mengecewakan aku bila ibu bapa nak kurangkan bebanan terhadap anak-anak mereka dengan mengurangkan pembawaan buku-buku ke sekolah iaitu dengan cara anak-anak perlu bawa buku subjek Teras sahaja dan subjek sampingan tinggalkan dirumah. Subjek sampingan dengan erti kata lain subjek elektif. Antaranya Pendidikan Islam. Pada mulanya aku kurang mempercayai kata-kata murid aku ni. Almaklumlah budak-budak ada je cerita yang nak direka sebagai cara nak selamatkan diri dari kena marah. Tengok-tengok  esok lusa pun alasan yang sama. Jadi aku minta kebenaran murid ni untuk aku spot check beg tersebut. Memang betul dia tak bawa dan aku laporkan pada guru kelas dia agar dapat menghubungi ibu bapa murid tersebut. Bukan seorang sahaja yang bagi alasan yang sama tapi ramai lagi pelajar yang berikan alasan yang sama iaitu "mak tak bagi bawak sebab beg berat"..



Kepada ibu bapa semua dulu aku juga seorang pelajar yang mana aku akan sentiasa pastikan semua buku aku dibawa ke sekolah bagi mengelakkan diri aku di marahi guru dan bagi memastikan aku up to date dengan subjek yang aku pelajari. Mak sendiri pun akan sentiasa berpesan jangan tertinggal buku. Cuba belajar cara hidup susah.

Jangan rasa bila kita sebagai ibu bapa dulu hidup susah dan sekarang hidup senang so ambil keputusan tak nak anak-anak kita hidup susah macama kita dahulu. Yer la mungkin mak ayah dulu bawa beg berat jalan kaki dari rumah ke sekolah so mereka tak nak benda-benda ni terjadi kat anak-anak mereka..Actually hidup susah yang akan membawa kita kepada keazaman untuk terus mengubah dengan cara yang lebih baik. Tapi kalau kita dah berjaya dengan cara yang mudah adakah mudah untuk kita selesaikan sesuatu perkara yang sebenarnya mudah untuk kita selesaikan. (tepuk dada tanya iman)

Cuba kita imbas kembali sirah Rasulullah yang mana baginda berulang alik sejauh 4 km ke Jabal An-Nur untuk beribadah. Sampai di kaki bukit Jabal Al-Nur baginda mendaki sejauh 634 meter untuk sampai ke Gua Hirak. Pendakian baginda bukan mudah, baginda terpaksa mendaki bongkah-bongkah batu yang besar dan licin.

Itu zaman nabi sebab takde kereta or pengangkutan. Sekarang zaman moden pergi sekolah naik kereta, paling biasa pun naik motor. yang tanggung berat adalah kenderaan. Anak-anak tanggung berat hanya semasa nak membawa beg ke dalam kawasan sekolah sehingga masuk ke kelas.

Percayalah wahai ibu bapa.. adalah berbaloi bila kita memberikan sedikit ruang kesusahan pada anak-anak  kerana mereka akan jadi yang terbaik kelak kerana sedikit kesusahan adalah suatu penghargaan untuk mereka menjadi yang lebih baik. Kerana kesusahan mengajar mereka "Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian"

Kerana aku sendiri dah hadapi semua ini.

(SORI kalau ada terkasar bahasa..)

8 comments:

mcf said...

Awk mmg tkasaq bhsa pn.. Hehe.. Sy dulu asyk kna denda ja xbwk, sy bwk sume buku teks.. 2 sbb 'tbantut' skt.. Hmmm..sy nk slhkn org y buat buku teks, tebal sgt! Grrr

Noor Hafizah said...

hahaha terkasaq ke?? awk ja yg terasa kot..hahaha terbantut sikit sbb bawak buku teks ckit je?? banyak laaa...hohoho

tak la wak tu dulu..skunk buku teks dan buku aktiviti nipis ja..seyes...sy rasa bukan alasan tebal atau nipis..yang utlub al-ilmi mina maahdi ila lahdi..hahaha

Anonymous said...

salam...sy trjumpe blog ni sbd kbtulan sy tgh mncari maklumat untk usul pibg yg sy nk tulis...sy bru nk usul kan supaya di ada kan loker untuk plajar...sbnar nye sy x brapa stuju dgn knyataan admin...sy ambk cth tmpt sy ni kadaan muka bumi yg brbukit...jika ibu bape trlupe ambl plajar....plajar trpkse melalui bkit untuk pulang ke rumh...prnah sy tngk skali trduduk mnangis budak tu waktu nak naik bkit dgn bebanan bku yg di bawa...ht ibu mane yg x sayu tngk ank camtu....ank cikgu xpe la rumah dpn skolah @ pulng skali ngan ibu bape...kalau adakan loker snang murid2 blh bawa pulang buku yang ada kerja skolah je

Noor Hafizah said...

Pertama sekali sy nak minta maaf sy tulis blog ni berdasarkan pengalaman saya di sekolah saya iaitu sekolah bandar..tajuk ni sy luahkan atas sbb ada sebahagian kecil ibu bapa yang cuba ringankan bebanan buku dengan mengeluarkan subjek elektif. itu fokus utama sy...yg lain sekadar sampingan. Ttng lokar tu mmng penting bagi sesetengah sekolah. Saya tak menafikan pun. Cuma guru sentiasa bekalkan kerje. dan buku teks merupakan rujukan utama untuk mereka menyiapkan kerje-kerja rumah tersebut.

Yg kedua sy nak minta maaf sy masih bujang mungkin saya tak merasai apa yg puan maksudkan.InsyaAllah sy akan cuba perbaiki penulisan sy dngn mengambil kira faktor2 lain

Tentang usul lokar. Pada tahun lepas ibu bapa telah mengusulknnya. Dari sudut kelemahan kunci sahaja. ditkuti hilang. Kerana pelajar akan memegang kunci tersebut. Guru tidak bertanggungjawab 2.lokar yang hendak dibina memerlukan ruang yang agak besar. 3. Jumlah murid yang besar dan lokar yang dibina tidak dapat menmpung jumlah murid yang ramai.

TQ atas komen

mcf said...

Admin jgn emo2 smpi tgolek2 yea.. Sila.. Hagagaga

Noor Hafizah said...

haaha kuwang asam...sy tak emo laa..^^
sy jwab dgn bertatasusial..

mcf said...

Tula, siap bg 3point ag..bgs2.. Mujo xbg sploh point, gamaknye xtlarat den nok mbaco nyo.. Hagaga

Noor Hafizah said...

hahaha tp banyak kot huraian dia...hahaha

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates