Rekabentuk berarahan adalah sebuah courseware yang banyak digunakan dalam sistem pendidikan terutamanya. Spesifik courseware yang ingin dibincangkan secara teori adalah courseware tayammum.
Pernyataan masalah
'Terdapat beberapa masalah yang terdapat dalam pembelajaran bertayammum berbanding dengan penggunaan kursus interaktif pembelajaran tayammum. Kebanyakan pendekatan pembelajaran bertayammum melalui buku teks iaitu ia lebih berbentuk teori. Manakala pembelajaran dalam bentuk web, blog dan sebagainya tidak sepenuhnya dapat melatih pelajar dengan cepat dan berkesan. Melalui buku teks pula pelajar mudah bosan kerana pelajar tidak dapat berinteraksi dengan buku teks.
Manakala pembelajaran melalui internet samaada melalui video seperti you tube, tutorial dalam web secara percuma dan sebagainya. Pelajar boleh belajar secara terus menerus menerusi talian. Tetapi kelemahan yang ada di sini tidak semua pengguna komputer atau pelajar mempunyai talian internet di rumah bahkan pembelajaran tayammum melalui online ini terlalu bergantung pada talian internet.
Tenaga pengajar yang mengajar tayammum disekolah mengikut silibus pembelajaran mempunyai masa yang terhad untuk mengajar. Ini menyebabkan pelajar susah untuk mengikuti praktikal yang diajar oleh tenaga pengajar dan menjadikan pelajar mudah lupa kerana pembelajaran secara praktikal bukan dilakukan secara berterusan.
Taksiran keperluan sangat penting jika kita ingin memperbaiki program yang sedia ada atau ingin membuat program baru. Maka, tafsiran keperluan pengajaran cara bertayamum amat perlu dilakukan, agar pelajar dapat mengaplikasikan cara ini dalam kehidupan mereka pada situasi tertentu.
Langkah pertama kepada reka bentuk kurikulum ialah dengan melaksanakan tafsiran keperluan. Tyler (1949) percaya keperluan ialah perbezaan antara pengetahuan masa kini atau kemahiran individu dan norma yang telah dikenalpasti. Kaufman (1994, 1995) mendefinisikan taksiran keperluan sebagai proses mengenal pasti keperluan dan meletakkan keperluan dalam susunan keutamaan. Melalui taksiran keperluan penguasaan bertayamum, para guru dapat mengenal pasti jurang (jurang antara keadaan sekarang dan keadaan yang diperlukan) di dalam usaha untuk meningkatkan pengetahuan pelajar tentang cara bertayamum yang betul.
Taksiran keperluan ini bertujuan untuk mengetahui masalah pengajaran dan pembelajaran tayamum kepada muris-murid sekolah di Malaysia. Aspek-aspek utama yang ditumpukan dalam kajian ini ialah cara-cara bertayamum yang sukar diajarkan, pengetahuan pelajar tentang bertayamum, masalah yang dihadapi oleh pelajar ketika ketiadaan air untuk menunaikan solat, masalah pengajaran dan pembelajaran tentang tayamum, dan masalah pengajaran dan pembelajaran aspek-aspek yang terangkum dalam hal yang berkaitan dengan tayamum seperti cara bertayamum, alat-alat bertayamun dan sebagainya. Selain itu, pemilihan media yang sesuai juga diambilkira untuk memudahkan pelajar-pelajar mempelajari seterusnya mengaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Kajian ini melibatkan satu sampel populasi yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah. Kajian ini dapat mengenal pasti beberapa masalah yang dihadapi oleh pelajar iaitu pelajar tidak dapat mengaplikasikan dengan baik cara bertayamum, guru hanya memberikan teori semata-mata kepada pelajar dan pelajar tidak didedahkan dengan situasi yang sebenar. Bagi mengatasi masalah ini, dicadangkan agar guru dapat mengatur strategi pengajaran supaya pelajar mendapat pengetahuan yang mendalam, penggunaan teknologi dalam pembelajaran sangat penting agar pelajar tidak terdedah kepada buku teks semata-mata. Penggunaa teknologi dalam pembelajaran akan meningkatkan minat pelajar untuk belajar dan memudahkan pelajar untuk memahami sesuatu dengan lebih mendalam. Hal ini kerana penggunaan teknologi dalam pembelajaran bukan sahaja terdedah kepada teks tulisan tetapi mengandungi animasi dan gambar-gambar yang dapat memberi ingatan jangka panjang kepada pelajar.
Dalam membangunkan sesuatu perisian kursus ataupun pakej pembelajaran, reka bentuk sesebuah pakej pembelajaran tersebut memainkan peranan yang penting dalam memastikan kejayaan pakej yang hendak dibangunkan. Oleh itu, reka bentuk yang dihasilkan hendaklah berkonsep mesra pengguna, tidak terlalu kompleks, mudah di gunakan dan tidak menimbulkan kebosanan pengguna semasa menggunakannya.
Reka bentuk Antara muka
Ciri-ciri yang perlu dititikberatkan dalam pembangunan antara muka adalah penggunaan warna latarbelakang dan teks serta susun atur grafik dan teks yang sesuai supaya tidak terlalau kompleks, penggunaan yang mesra pengguna serta masa capaian maklumat interaktif pengguna dan pakej perisian kursus pantas.
REKA BENTUK MULTIMEDIA YANG DIGUNAKAN
Dalam sesebuah perisian kursus multimedia, penggabungan dalam mengintegrasikan elemen yang digunakan perlu direkabentuk dengan teliti. Hal ini bagi memastikan maklumat yang hendak disampaikan menjadi lebih menarik, kreatif, dan juga keberkesanan kepada pengguna.
1) Reka bentuk Teks dan Fon
Penggunaan teks dan font adalah elemen grafik yang terpenting untuk menyampaikan maklumat kepada pengguna dengan lebih berkesan. Perisian kursus pembelajaran ini menggunakan Bahasa Melayu.
Dari segi reka bentuk fizikal teks iaitu pemilihan saiz, gaya, tulisan dan padanan warna yang tepat dapat menarik perhatian pengguna dan memudahkan pengguna apakah maklumat yang disampaikan. Dalam projek ini, pembangun telah memilih jenis tulisan Calibri bagi maklumat teks. Tulisan ini berbentuk ringkas dan mudah dibaca untuk pengguna dari pelbagai peringkat umur terutamanya golongan remaja.
2) Reka bentuk Warna
Selain daripada penggunaan teks yang sesuai, warna juga memainkan peranan yang penting bagi sesuatu antaramuka. Penggunaan warna yang sesuai amat mempengaruhi perasaan seseorang pengguna apabila pengguna melihat sesuatu pakej perisian kursus. Penggunaan warna yang terlalu kompleks mengelirukan pengguna manakala penggunaan warna yang kurang menyebabkan pengguna berasa bosan dalam pembelajaran.
3) Reka Bentuk Audio
Reka bentuk Animasi Pengintegrasian animasi dalam sesebuah pembelajaran dapat mendatangkan kesan yang baik di samping dapat menarik perhatiaon pengguna. Dalam projek ini, pembangun akan menghasilkan elemen animasi dengan berbentukan perisian khas untuk membangunkan animasi iaitu Micromedia Flash 8.
4) Reka bentuk Animasi
Pengintegrasian animasi dalam sesebuah pembelajaran dapat mendatangkan kesan yang baik di samping dapat menarik perhatiaon pengguna. Dalam projek ini, pembangun akan menghasilkan elemen animasi dengan berbentukan perisian khas untuk membangunkan animasi iaitu Micromedia Flash 8.
Metodologi Pembanguan
Metodologi pembangunan perisian ini adalah berdasarkan kepada model ADDIE yang merangkumi lima fasa iaitu analisis, rekabentuk, pembangunan, implementasi dan penilaian
Fasa Analisis
Peringkat analisis, beberapa keperluan perlu dikenalpasti seperti menilai sasaran pengguna, permasalahan dan kebaikan kepada pengguna, analisi teknologi dan sebagainya.
Fasa Rekabentuk
Dalam reka bentuk perisian, papan cerita perlu dilengkapkan dengan jelas. Antaramuka yang direka adalah sesuai dengan peringkat umur sasaran. Selain itu memasukkan grafik, animasi, audio, dan video yang sesuai
Fasa Pembangunan
Semua elemen multimedia digabungkan menjadi perisian interaktif
Fasa Implementasi
Fasa ini pula melaksanakan perisian yang telah dibangunkan
Fasa Pengujian
Fasa ini menjalankan pengujian keatas perisian dengan menggunakan responden daripada 50 pelajar sekolah menengah bestari yang mempunyai pelbagai peringkat umur dan jantina.
Inilah serba sedikit yang boleh dikongsi bersama pembaca blog...Selamat menyambut maulidur Rasul