Followers

Pages

Sunday, March 8, 2009

Umat Islam Tiada Kesedaran Sivik

Mesti ramai menyatakan mengapa umat Islam dikatakan tiada etika??..Kebenaran jelas terpapar apabila etika umat Islam yang hambar terpancar semasa sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan yang diadakan di Dataran Merdeka pada hari Isnin 9.03.2009. Hambar kerana selama ini kita hanya menyalahkan pendatang asing atau masyarakat umum dan menganggap mereka sebagai pengotor kerana membuang sampah merata2 di Dataran Merdeka khususnya Malam Merdeka..Konsert Hot.fm Big Jam, Malam tahun baru dan sebagainya. Tetapi kita sebagai umat Islam sendiri adalah sama seperti mereka yang menyambut pesta atau festival seperti konsert

Apa yang hendak disamakan? Apa yang sama bukanlah sambutan..tetapi sikap umat Islam dengan sikap masyarakat umum yang pengotor..dimana membuang sampah merata-rata adalah menjadi tabiat umat Islam yang jelas berlaku pada hari ini. Dan ia seakan menjadi sifat semulajadi yang sukar diubah..Islam mengajar kita tentang erti bersih dalam kehidupan seharian tetapi kita hanya mempraktikkannya di rumah kediaman sahaja dan bukanlah diluar. Apa yang hendak dijelaskan disini bahawa sambutan Maulidur Rasul yang disambut oleh kebanyakan umat Islam akhirnya boleh disamakan dengan konsert Hot.fm Big Jam dan sebagainya..

Ini adalah sepanduk dari UKM..Kami berisan UKM turut hadir menyertai perarakan peringkat kebangsaan di Dataran Merdeka

Inilah bendera yang gah di mata masyarakat Malaysia dan di mata dunia..sebaliknya masyarakat Malaysia khususnya umat Islam gah sebagai pengotor di mata masyarakat luar bukan sahaja di Malaysia tetapi di mata dunia juga.

Seorang pelajar yang seharusnya menjadi contoh cermin kepada peribadi masyarakat lain terutma non muslim akhirnya dua kali lima sepuluh dengan yang lain..


Antara bekas cawan milo yang diletakkan di tugu batu berhadapan bangunan Abdul Samad..Jelas menunjukkan Umat Islam langsung tiada etika didalam diri


Tong Sampah yang dijadikan oleh umat Islam sekadar hiasan..Kedudukan tong sampah ini agak strategik iaitu diletakkan di tempat awam..Kemungkinan umat Islam pada ketika ini buta atau rabun sehinggakan tong sampah yang ada dihadapan mata mereka dianggap sebagai perhiasan di tepi jalan


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur adalah merupakan salah satu jabatan yang bertugas didalam membersihkan sampah sarap di Dataran Merdeka..Adakah ini hanya tugas DBKL..Dimana pula tanggungjawab individu dalam menjaga kebersihan alam

Inilah Dataran Merdeka selepas sambutan Maulidur Rasul..Menjadi tempat pembuangan sampah oleh umat Islam yang berhimpun di Dataran.. Jelas mencerminkan umat Islam tiada kesedaran sivik..Ingat ini konsert kerr..

Langkah mengatasinya..

1) Pemantauan pihak berkuasa dan dalam masa yang sama kenakan denda pada mereka yang tiada kesedaran sivik

2) Pekerja DBKL yang kerjanya menyapu sampah sarap seharusnya menegur orang awam yang yang membuang sampah merata-rata.


3) Sediakan plastik hitam sebanyak mungkin dan letakkan di tepi2 padang agar orang ramai nampak apa tugas plastik hitam sebenarnya..

sebenarnya semua ini langkah mudah yang boleh diambil..tetapi sikap DBKL yang merasakan kerja2 pembersihan adalah dibawah tanggungjawab mereka menyebabkan Umat Islam atau masyarakat umum naik tocang..

saya hafiezah melaporkan untuk TV3 erkkk untuk blog sahaja..hehehe..yang sebelah ni Nisak yang sibuk jerr cakap pasal kesedaran sivik


4 comments:

a said...

setuju dengan pendapat sahabati :)

Noor Hafizah said...

hehehe...thanks laaa coz setuju...manusia semua sama..kecuali yang haq zaman sedulu2 tue...hehehe macam zaman nabi

a said...

sama2 :)

jika dilihat balik
umat sekarang seolah-olah menuju
ke arah kejahiliahan seperti umat terdahulu

waALLAHhualam~

Noor Hafizah said...

setuju dengan pendapat awk..bila pemikiran semakin maju tanpa kita sedar kita dah semakin mundur dari segi akhlak

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates