Followers

Pages

There was an error in this gadget

Thursday, June 13, 2013

Sikap tidak matang yang merugikan..

Assalamualaikum

Hari ni aku rasa terkilan tentang sikap aku sendiri..Aku ada 1001 sikap yang sukar untuk diterjemahkan. Termasuk mereka yang rapat dengan aku. Kecuali adik dan kakak aku. Mereka faham dengan diri aku. Mereka tahu kenapa semua ni terjadi. Ni semua berlaku kerana apa yang berlaku disekeliling aku sepanjang aku meningkat dewasa. Dari kecil hingga umur aku meningkat 25 tahun. Sehingga keraguan itu menjadi tempias pada orang yang aku jatuh hati padanya. Tapi sampai bila aku nak salahkan apa yang ada disekeliling aku. Aku dah besar dan dah boleh fikir mana baik dan buruk. Aku cube bersikap matang tapi aku gagal kerana aku sendiri tak sedar apa yang aku lakukan. Sehingga dia menyatakan yang aku hanya hendak memuaskan nafsu aku sahaja. 

Nafsu?

Aku sedar aku banyak menguji seseorang termasuk dia. Bila ujian itu negatif aku akan mula dengan rentak aku sendiri sehingga aku tak sedar perkara tu menyinggung. Bukan aku mencari yang sempurna sebab tiada manusia sempurna di muka bumi ini. Cuma aku mencari kejujuran sehingga seseorang itu 'lumpuh' untuk menjawab. Mesti rasa aku kejam. Tapi aku buat semua ni bukan kerana nafsu tapi aku hanya seorang yang hanya nak mengambil tahu sahaja. Bila susah nak dijawab mulalah aku fikir yang lain.  Aku sendiri tak sedar kenapa aku buat rentak pentingkan diri ini. Mungkin aku buat semua ni supaya perkara-perkara yang aku tak suka tu tidak berlaku pada aku. Lebih-lebih lagi perkara negatif yang dh berlaku di sekeliling aku sepanjang aku meningkat dewasa. Aku terlalu berhati-hati.. (hmm mula ingatkan kampung). Sebab aku wanita naif yang mudah ditipu. Tapi kawan aku ada nasihat "perempuan yang naif macam kita ni lah Allah akan jaga dan pelihara". Aku pernah tersungkur dan aku tak nak tersungkur untuk kali yang aku sendiri tak boleh nak kira

Untuk siapa?

Awak...saya minta maaf saya dah cuba jadi yang terbaik tapi saya lalai dan leka hinga semua yang saya buat beri kesan pada awak. Kita hampir membina masjid. Alhamdulillah masjid yang nak dibina ni jauh daripada masjid yang dah runtuh atas sbb dosa saya sendiri. Masjid ni kami bina sama-sama dengan sederhana. Tidak gah seperti masjid orang lain yang merasakan yakin bahawa lelaki itu adalah milik wanita itu dan sebaliknya. Saya bina sederhana dimata manusia sebab saya tahu jodoh saya ada pada Allah. Kun Fayakun bila-bila Allah nak tarik itu adalah kerjaNya. Dan saya yakin masjid ini insyaAllah gah di mataMu ya Allah.  Tapi saya sebagai hambaNya berdoa semoga masjid yang kami nak siapkan dapat dibina kukuh hingga akhir hayat. Saya minta maaf buat awak jadi penat dengan saya. Saya dah cuba untuk jadi seorang yang matang disisi awak dan semua orang. Bila saya gagal beritahu la pada saya. Jangan mengalah kerana saya tahu itu kelemahan saya yang saya dah cuba untuk ubah tapi saya tak sedar yang saya belum lagi berubah. Saya minta maaf kalau saya mengulangi kesilapan saya berkali-kali. Bila awak rasa saya membebankan saya faham dan jangan paksa diri awak untuk terima semua ini. Saya boleh terima keputusan awak. Sebab Allah itu Maha Mengetahui

Tolong jangan putus asa terhadap diri saya. saya naif.   :(
Tapi kalau awak dah putus asa tidak mengapa..Sebab saya tahu Allah dah sediakan yang terbaik untuk awak ^_^

La tahzan Inna Allah Maana. (surah A-Taubah ayat 40)

4 comments:

2145 said...

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir..” [QS. Ar. Ruum (30):21]


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".
(Surah al-Baqarah ayat 286)

2145 said...

Jgn hnya bsedih.. Mmg sukar tp cuba la senyum.. Senyum kn penawar duka.. Tenang..jgn bgopoh gapah..slh 1 sft matang adalah sentiasa tenang dr sume segi..think out of box..ada hikmah..cm bsabar r.. bak kata org cina, Cinta ni umpama rama2, smakin kita kejar ia akan lari.. so tenangkan diri & sy taw awak pasti taw bgaimana mhu menenangkn hati kn? Sy doakn tbaik utk awk. amin

Noor Hafizah said...

tq 2145..insyaAllah sy cuba jadi yang terbaik untuk semua orang. sy tak sedar apa yang saya dah buat ni buat orang rasa geram sehingga saya membina beberapa musuh yang sy sendiri dah terima kaffarah dari perbuatan saya sendiri..tapi Allah sentiasa bantu saya Alhamdulillah tak semua manusia tu akan sungkur selama-lamanya...^_^...jalan tu ada depan mata hambaNya smaada nak pilih terus tersungkur atau sebaliknya...huhu..Tq bgi saya semangat 2145

Noor Hafizah said...

tq 2145..insyaAllah sy cuba jadi yang terbaik untuk semua orang. sy tak sedar apa yang saya dah buat ni buat orang rasa geram sehingga saya membina beberapa musuh yang sy sendiri dah terima kaffarah dari perbuatan saya sendiri..tapi Allah sentiasa bantu saya Alhamdulillah tak semua manusia tu akan sungkur selama-lamanya...^_^...jalan tu ada depan mata hambaNya smaada nak pilih terus tersungkur atau sebaliknya...huhu..Tq bgi saya semangat 2145

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates