Saya Noor Hafizah ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu saya Rokiah Bt Mohamad. Ucapan ini tidak dapat menebus segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu saya. Ucapan ini juga hanya dapat menenangkan hati ibu saya yang mana sekurang-kurangnya anakmu masih mengingatimu.
Panggilan ku untukmu hanyalah emak..
Masih segar diingatan tatkala ketika kecil emak yang bekerja membanting tulang empat kerat untuk aku. tatkala kami adik beradik masih memerlukan ilmu asas disekolah emak sibuk bekerja kerana menanggung kami 3 beradik. Masih segar juga diingatan aku tatkala buku teks tidak dapat dipinjam kerana kami tidak mampu membayar yuran sekolah. Mak hanya sebut sabar. Tak tahu mana datangnya duit keesokan hari kami dapat membayar yuran. Masih segar juga diingatan mak menyembunyikan kesusahan kerana tiada duit untuk membeli peralatan sekolah baru. Tapi mak hanya mengajar kami yang lama masih elok. Kalau dah tak elok nnti beli baru.
Masih segar juga diingatan. duit emak hanya tinggal syiling tapi aku mengadu inginkan duit untuk membeli kuih semasa rehat. Mak berikan separuh dari syiling yang ada untuk aku. Masih segar juga diingatan mak bekerja shift malam. Tapi sentiasa mengadun kuih supaya kami dapat membekal kuih ke sekolah. Masih segar juga diingatan tatkala aku sakit mak ambik MC untuk bawa aku ke hospital dengan basikal.
Mak..sekarang adik dah berkerjaya. Bukanlah hebat kerjaya ini sebagaimana insan yang lain. Tapi kerjaya ini akan adik jadikan sebagai sumber untuk membalas segala keringat yang telah mak lakukan. walaupun hidup kami susah ketika dulu. Tapi mak sentiasa penuhi keperluan kami. Dan kami tahu kehendak kami mak tidak dapat penuhkan kerana masalah kewangan. Tetapi kehidupan sederhana kami membawa kami erti syukur
Thanks kepada Allah yang memelihara keluarga kami. Yang melindungi emak sepanjang hidupnya untuk bekerja dan sehingga sekarang masih bekerja. Thanks juga pada Allah kerana memelihara kesihatan emak agar dia dapat terus memberikan kasih sayangnya pada kami. Thanks juga pada Allah kerana berikan kami seorang emak yang mendidik kami antara ilmu dan agama agar kami tidak sesat jauh seperti mana yang lain.
Ya Allah terima kasih juga berikan aku kudrat untuk aku membalas jasa ibuku walaupun sebesar zarah. Alhamdulillah juga ya Allah kerana perkenankan usaha aku untuk menjadi yang terbaik dimata emak. Syukur Ya Allah kerana perluaskan rezeki ku supaya aku dapat berkongsi hidup dengan ibuku.
Emak adalah segala-galanya...Thanks to being my mother
Rokiah Binti Muhammad terima kasih atas segalanya