Followers

Pages

Thursday, December 24, 2009

Date pertama bersama Khabir Bahtiar pengarah filem dan drama..Bersedia ke??

Lama sudah aku tak jejakkan jari-jemari aku ke blog ni..Rasa "sunyi" sangat blog ni sepanjang cuti sem dan exam. Tapi hari ni rasa nak luahkan sesuatu tentang diri aku sebagai pelajar tahun akhir di UKM ni. Sebagai pelajar tahun akhir aku sudah mula dilanda rasa sibuk dengan tesis yang merupakan syarat untuk graduate.

Aku memilih tajuk nilai pengaruh drama dakwah dalam siri Nur Kasih. Kajian kes di kampung aku sendiri iaitu Kanchong Darat. Aku tidak tahu kenapa aku memilih tajuk sebegini. Mungkin ia berkaitan dengan modul komunikasi aku. Tapi sebenarnya aku tertarik benar dengan cerita Nur Kasih sehingga aku ingin jalankan kajian terhadap drama arahan Khabir Bahtiar. Apa istimewanya drama ni berbanding drama hantu atau tahyul, drama cinta kosmopolitan dan sebagainya. Kenapa cerita ini mendapat sambutan yang sangat tidak disangka oleh pengarah drama sendiri. Mungkinkah penonton kehausan drama yang berbentuk agama. Atau jalan ceritanya mudah difahami.

So aku try call En Khabir Bahtiar untuk mendapatkan maklumat dan semakan soal selidik serta temuramah. Pada awalnya aku tidak dapat menghubunginya mungkin kerana dia terlalu sibuk. Tetapi rupanya beliau telah call aku semula, dalam keadaan aku tidak bersedia aku telah menetapkan dua minggu bahawa aku akan menemuinya. Kenapa mesti dua minggu kenapa tidak sebulan??

Itu yang buat aku rasa bersemangat untuk meneruskan kajian ku tentang drama Nur Kasih. Doakan aku berjaya menyiapkan tesis tentang drama beliau. InsyaAllah jawapan tentang drama tersebut aku akan try untuk masukkan dalam blog ini. Kalau sempat..Amin

4 comments:

RoSe_violeTe said...

Salam...
waahhh!!
bgsnye fiza~~

gud luck 4 tesis tu yep
msti seronok wat tesis tu nnt..

UstazCahaya said...

Saya tunggu transkrip interview itu;-)

Semoga saudara dapat melakukannya dengan baik, amin.

Anonymous said...

mantap la ko,,,aku doakan ko berjaya,,,amin

Noor Hafizah said...

Kpd Rose_violete:

Salam rose thanks for ur support..InsyaAllah tesis ni akan menjadi lebih seronok kalo soalan yang dicari-cari melalui kajian thesis menemui jawapannya.

Kpd Ustz Cahaya:

InsyaAllah saya akan cuba untuk masukkan soalan intervw yang akan dijalankan beserta jawapan pengarah sekali...Soalan yang benar2 ingin saya tanyakan pd beliau adalah Adakah En khabir merasakan bahawa penonton sudah bosan dihidangkan dengan cerita-cerita cnta kosmopilitan dan tahyul maka drama dakwah dijadikan suatu pembaharuan untuk kembalikan masyarakat pada dakwah atau itu semata-mata sekadar apa yang terlintas sahaja...

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates