Followers

Pages

Friday, May 31, 2013

Allah tolong permudahkan jalan untukku

Assalamualaikum...

Huh lama gak tak singgah blog...bukan menyepi tapi tenet macam siput..siput pun bergerak gak...hehee faktor lain sbb aku sambung belajar..adeiii ni yang nak habaq ni...aku bukan mengeluh (erkk sedikit mengeluh) tapi alhamdulillah Allah bagi aku ujian yang insyaAllah aku mampu wat..Allah dah berfirman "La yukallifu Allahu nafsan illa wus'aha" Allah takkan bagi ujian yang hambaNya sendiri tak mampu nak pikul..

Apa ujian Allah..

Ermm actually aku tak suka sangat bahasa inggeris..speaking ckit-ckit boleh laa..tapi pernah dulu aku lahirkan pada Allah aku nak belajar bahasa Inggeris..Akhirnya Allah dengar doa aku. Tup-tup aku kene gak belajar bahasa inggeris sebab tajuk master aku memerlukan jurnal dan rujukan dalam bahasa inggeris..

Tajuk apa??

Aku tgh sambung belajar...full research..Sebelum ni aku pilih animasi tempatan tapi pensyarah aku kata tak berapa valid dah..maksudnya dah ramai yang buat kajian tentang animasi. So aku dengan poyo tukar tajuk vlog. Almaklum aku minat ngan video Matluthfi..kalau ada masa yang terluang aku ambik kesempatan tgk video dia..best video yang dia cipta ada unsur kreativiti tersendiri dan maksud yang mudah difahami sekaligus memberikan kesan pada penonton. Inilah yang kita nak sebenarnya..Kalau boleh cuba perbanyakkan lagi video yang boleh memberikan maklumat dan unsur nasihat pada masyarakat..Sebenarnya ramai lagi vlogger kat malaysia cuma masyarakat ni lebih suka mencari video yang berilmiah secara langsung..that's why ramai yang tengok video dia..dan video2 berilmiah yang lain macam Aiman Azlan (ni pun mantap gak)..

Actually vlog ni adalah antara medium hak kebebasan bersuara dan medium yang membenarkan masyarakat berfikir secara bebas tanpa sekatan. Yer la kalau nak bersuara guna akhbar dah tentu laa tak boleh..terutama macam masa politik..tapi dengan media media baru akhirnya masyarakat dapat membuka minda dan dapat mengetahui sedikit sebanyak kebenaran.

arghhh dah melalut..aku nak try gak wat tapi aku takder konfiden nak berdepan ngan video..hahaha (alasan poyo) abaikan...so aku pun wat laa kajian kepustakaan..Carik punya cari akhirnya tak jumpa satu pun kajian yang mengkaji tentang vlog. perghhh time tu aku dah gabra..bila bukak google scholar dan jurnal-jurnal antarabangsa barulah aku jumpa maklumat tentang vlog..adeiiii dah satu keje nak translate...

But its ok..Thanks Allah bagi aku peluang untuk belajar bahasa Inggeris..aku tak mahir tapi aku akan cuba untuk jadi sederhana mahir dalam bahasa inggeris..Aku akan mulakan diri aku sebagai seorang pelajar yang akan cuba menyelesaikan masalah insyaAllah dengan bantuan yang pakar-pakar..(aku pun tak tau siapa yang ley tolong)..dan InsyaAllah aku tidak akan lupa dengan tugas aku sebagai guru...

FIZA go..go chayyokkk...!!!

Monday, April 15, 2013

PRU 13, sebuah galakkan fitnah atau realiti


PRU 13..

Assalamuaaikum.
Hari ni aku singgah blog untuk meluahkan rase kecewa aku terhadap politik Malaysia. Masakan tidak kerana ingin merebut "takhta"di Malaysia maka semua sanggup dikorbankan. Yang kawan akan jadi lawan. Bukan itu sahaja, malah fitnah pun sanggup dilemparkan untuk menjatuhkan pihak lawan. Adakah mereka tahu, memfitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh. Allah telah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 191 : Dan fitnah itu lebih kejam daripda pembunuhan. Tapi rata-rata menyatakan dan berfikiran fitnah ini penting untuk membawa kemenangan dalam mencapai visi dan misi tersendiri.

Fitnah yang bagaimana

Teknologi maklumat telah membenarkan segala yang haram menjadi halal. Contoh terbaru sebuah fitnah tentang ahli politik yang terjerumus dalam skandal seks. Mulalah parti-parti politik saling tuding menuding untuk menjatuhkan lawan. Pengikut parti pula mula menjadikan ia sebagai isu hangat dan terus copy paste masuk dalam media-medianya tanpa ada sebarang pengakuan dan siasatan terlebih dahulu. Lebih memburukkan keadaan bila pengikut parti terus menerus menambahkan fitnah dan meletakkan keputusan mengikut sedap mulut berbicara tanpa meletakkan iman ditangga teratas. Bukan itu sahaja bahkan ada yang terus menerus memutar belitkan cerita. Yang membaca terus percaya.

Wahai manusia kamu perlu tahu

Penulisan kita ini akan disoal diakhirat kelak. kalau baik penulisan kita. maka itulah yg akan menjadi pahala yg berterusan sebagai amalan. Tapi kalau buruk penulisan kita maka itu yg akan dipersoalkan di akhirat kelak. Kalau kebenaran yang cuba untuk dibuktikan walhal ia sebuah fitnah maka penulis akan menanggung dosa azab api neraka. tetapi sekiranya ia sebuah kebenaran tetapi merupakan aib pada seseorang maka turut juga dipersoalkan diakhirat kelak kerana menyebarkan aib seseorang sedangkan Allah telah berfirman dalam surah al Hujurat ayat 12 "

"Wahai orang-orang yang beriman!Jauhilah kebanyakan dari prasangka, karena sesungguhnya sebagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan aib orang lain; dan janganlah kamu mengumpat sebagian yang lain. Apakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, jauhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang."

Oleh itu, kepada penulis silalah rajin mencari kebenaran bukan dengan kata-kata atau sumber yang kita sendiri tak tau benar atau tidak. Jadilah kita manusia yang menyiasat mencari kebenaran bukan menerima secara bulat-bulat tanpa diselidiki dahulu. 

Biarlah politik malaysia adalah politik yang bersih bukan politik yg kotor. Malaysia sedang gah dimata dunia. tapi jangan kerana politik Malaysia menjadi negara yg akan dipandang hina dimata dunia. Kerana kelemahan inilah yang digunakan oleh mata-mata yang sedang ingin menjatuhkan Malaysia. Kita sedang sibuk mencari kemenangan dengan apa jua cara tanpa kita lihat sekeliling kita kerana kita tidak sedar ada musuh yang sedang bersembunyi dicelahan jutaan manusia.

Biar menang dengan adil.  Setiap pengundi ada haknya. Mereka dah tahu mana yang terbaik untuk Malaysia. tak perlu dimomokkan dengan fitnah Kubra mahupun sughra.

Aku berbicara sebegini kerana politik Malaysia semakin lama semakin kotor. -_-"

Monday, April 8, 2013

Contoh PBS 2 bahasa arab tahun 3

Salam singgah...di atas ini adalah contoh ujian PBS 2 Bahasa Arab untuk tahun 3 bagi bulan April. sharing is caring.. ^_^

Monday, April 1, 2013

Serupa atau sebaliknya


 Dilema percaya atau tidak..
Assalamualaikum

Kali ini aku singgah blog untuk meluahkan sesuatu yang aku rasa benar dan kadang kala kabur. Tentunya ramai yang pernah melihat rupa yang seakan sama dengan wajah yang kita kenali. Tapi biasanya kita berjumpa manusia yang hampir serupa tapi tak sama atau kita lebih menggunakan peribahasa pelanduk dua serupa. Kalau sama pun mungkin kembar.

Tapi kali ini aku berjumpa seorang lelaki yang aku sangat kenal zahirnya. Wajahnya, ketinggiannya dan sebagainya.  Bukan sekali sahaja aku pandang untuk dapatkan kepastian, Tapi lebih 3 kali aku mencari kepastian adakah itu "dia". Ketika itu hati mula tertanya-tanya dengan siapa dia berdua? Tapi aku hanya bagi respon positif. Saja untuk tenangkan hati..Semakin lama hati aku berdegup laju.. Betul ke apa yang aku nampak?. adakah aku sedang berilusi?? Adakah itu dia?? ingin sekali aku tegur.. tapi aku takut hilang pertimbangan atau aku akan merosakkan hubungan mereka. Aku tidak suka persaingan. Aku lebih suka beralah. Biar aku berundur dalam hubungan ini. Berundur bukan bermaksud kalah tapi berundur untuk kebahagiaan kelak.

Aku cuba dapatkan kepastian adakah apa yang aku nampak ni benar?? tapi ada penafian disebalik apa yang aku lihat. Aku dapat rasakan sesuatu disebalik kata-kata. Aku percayakan mata aku. Aku percaya dengan apa yang aku lihat. Tatkala itulah air mata aku mengalir. Ya Allah aku dah ada perancangan kalau Kau dah rancang sesuatu Kau rancanglah lebih awal agar aku selamat dari  tipu daya.

Siapa "dia"?

Biar hati dan Allah sahaja yang tahu rahsia ini. Cukuplah aku bersederhana dengan hubungan ini. .Agar hati tak merana kemudian nanti. Sebab aku tahu syaitan sentiasa ada untuk bantu aku lebih rapat dengan "dia". Aku tak nak yang lama itu berulang. Tatkala itu nafsu yang akan menang..Kalau kita terlalu yakin dia milik kita, banyak maksiat itu singgah dalam hubungan. kadang kala dia tidak menjadi milik kita. Kalau Allah berkehendakkan sesuatu maka "kun fayakun". Allah itu Maha adil. Apa yang dirancang dan diperlihatkan ada hikmah disebalik semuanya. Hikmah itu sungguh indah. Biarlah hati kita sakit dan merana untuk seketika kerana keindahan itu akan datang menjelma. kita perlu tunggu dengan sabar. 

Kenapa dengan dulu??

Kalau dulu Allah ada tunjukkan aku tentang sesorang tapi aku mengabaikan kerana rasa sayang itu lebih dalam. Tapi lama kelamaan Allah tunjukkan aku sesuatu yang aku sukar untuk terima kembali. Aku bermuhasabah dan tatkala itu jawapan yang ada sangat indah kerana Allah tahu dia tidak dapat berikan aku kehidupan akhirat yang indah dan mungkin kehidupan dunia aku warnai dengan nafsu.. Aku rasa sakit tapi aku bersyukur. Thanks Allah aku percaya dengan jodohMu

Percaya dia tak?

Bagi aku lelaki ini ada banyak perancangan untuk menawan seseorang. Aku akan terus percaya "dia" (bukan bermaksud aku lurus) tetapi aku yakin Allah itu ada caraNya untuk mengubah kepercayaan aku bagi memberikan yang terbaik untuk aku kelak

Aku berdoa agar ada jawapan yang benar disebalik apa yang Allah tunjukkan pada aku. Biarlah ia kelihatan secara zahir sebelum kami diikat dengan apa-apa tali perhubungan. Biarlah keluarga-keluarga kami dijauhi dari rasa malu dan fitnah.

Aku selalu berdoa agar aku dipertemukan jodoh yang terbaik untuk aku didunia dan akhirat. Untuk kami saling lengkap melengkapkan sebagai khalifahMu diatas muka bumi ini. Untuk kami saling ingat mengingatkan.  Dan aku yakin dengan Surah An-Nur ayat 26 yang bermaksud "Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperolehi ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)". Aku berdoa akan ada seorang lelaki yang boleh menjadi imam disisiku insyaAllah hingga akhir hayatku.

Kalau benar dia jodohku maka permudahkan kami untuk menjadi yang halal. Warnailah masjidMu dengan perkara-perkara yang Kau senangi. Jauhkanlah "masjid" ini dari perkara-perkara yang Kau tidak redhai dunia dan akhirat


Friday, March 8, 2013

Isu beg berat bebanan pada pelajar



Assalamualaikum..

Kali ni blog diupdate atas tajuk beg berat beri bebanan pada murid-murid. Macam biasalah sebagai seorang guru ada sahaja perkara yang dirasakan pelik. Pelik?? maksud aku pelik sebab murid terbeban dengan buku-buku yang terpaksa dibawa ke sekolah (padahal murid-murid dibekalkan jadual harian)

Kenapa??

Kalau dahulu ibu bapa menyatakan rasa ketidakpuasan hati melalui PIBG bahawa anak-anak mereka terbeban dengan buku-buku yang dibawa ke sekolah sehingga ada ibu bapa yang mencadangkan supaya  lokar dibina di sekolah bagi memudahkan penyimpanan buku. Bagi aku itu tidak mendatangkan masalah. Tapi ibu bapa perlu tahu anak-anak mereka dibekalkan kerja rumah. Jadi nak tak nak mereka kene bawa pulang buku-buku tersebut untuk memudahkan mereka menyiapkan segala kerja yang dibekalkan oleh guru. 

Sekarang ini kita sedia maklum tentang KSSR hanya 2 buah buku yang dibekalkan kerajaan iaitu buku teks dan buku aktiviti. Buku tulis adalah sampingan sahaja. Aku kira ia kurang membebankan murid berbanding tahun-tahun sebelum ini ada 2 buku aktiviti yang dibekalkan dalam sesebuah subjek

So apa yang tak puas hati??

Ikutkan aku sebagai guru memang rasa ketidakpuasan hati terhadap penilaian ibu bapa terhadap subjek yang diambil oleh anak-anak mereka. Aku tahu subjek teras menjadi keutamaan. Aku x tau apa yang menyebabkan subjek elektif seperti dianak tirikan. Sebenarnya satu perkara yang agak mengecewakan aku bila ibu bapa nak kurangkan bebanan terhadap anak-anak mereka dengan mengurangkan pembawaan buku-buku ke sekolah iaitu dengan cara anak-anak perlu bawa buku subjek Teras sahaja dan subjek sampingan tinggalkan dirumah. Subjek sampingan dengan erti kata lain subjek elektif. Antaranya Pendidikan Islam. Pada mulanya aku kurang mempercayai kata-kata murid aku ni. Almaklumlah budak-budak ada je cerita yang nak direka sebagai cara nak selamatkan diri dari kena marah. Tengok-tengok  esok lusa pun alasan yang sama. Jadi aku minta kebenaran murid ni untuk aku spot check beg tersebut. Memang betul dia tak bawa dan aku laporkan pada guru kelas dia agar dapat menghubungi ibu bapa murid tersebut. Bukan seorang sahaja yang bagi alasan yang sama tapi ramai lagi pelajar yang berikan alasan yang sama iaitu "mak tak bagi bawak sebab beg berat"..



Kepada ibu bapa semua dulu aku juga seorang pelajar yang mana aku akan sentiasa pastikan semua buku aku dibawa ke sekolah bagi mengelakkan diri aku di marahi guru dan bagi memastikan aku up to date dengan subjek yang aku pelajari. Mak sendiri pun akan sentiasa berpesan jangan tertinggal buku. Cuba belajar cara hidup susah.

Jangan rasa bila kita sebagai ibu bapa dulu hidup susah dan sekarang hidup senang so ambil keputusan tak nak anak-anak kita hidup susah macama kita dahulu. Yer la mungkin mak ayah dulu bawa beg berat jalan kaki dari rumah ke sekolah so mereka tak nak benda-benda ni terjadi kat anak-anak mereka..Actually hidup susah yang akan membawa kita kepada keazaman untuk terus mengubah dengan cara yang lebih baik. Tapi kalau kita dah berjaya dengan cara yang mudah adakah mudah untuk kita selesaikan sesuatu perkara yang sebenarnya mudah untuk kita selesaikan. (tepuk dada tanya iman)

Cuba kita imbas kembali sirah Rasulullah yang mana baginda berulang alik sejauh 4 km ke Jabal An-Nur untuk beribadah. Sampai di kaki bukit Jabal Al-Nur baginda mendaki sejauh 634 meter untuk sampai ke Gua Hirak. Pendakian baginda bukan mudah, baginda terpaksa mendaki bongkah-bongkah batu yang besar dan licin.

Itu zaman nabi sebab takde kereta or pengangkutan. Sekarang zaman moden pergi sekolah naik kereta, paling biasa pun naik motor. yang tanggung berat adalah kenderaan. Anak-anak tanggung berat hanya semasa nak membawa beg ke dalam kawasan sekolah sehingga masuk ke kelas.

Percayalah wahai ibu bapa.. adalah berbaloi bila kita memberikan sedikit ruang kesusahan pada anak-anak  kerana mereka akan jadi yang terbaik kelak kerana sedikit kesusahan adalah suatu penghargaan untuk mereka menjadi yang lebih baik. Kerana kesusahan mengajar mereka "Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian"

Kerana aku sendiri dah hadapi semua ini.

(SORI kalau ada terkasar bahasa..)

Wednesday, February 27, 2013

PBS dan bebanannya

Luahan hati seorang guru..
** Dari seorang sahabat

Isu PBS… apa bebannya… senang je kate deme … Mari tengok beban ke tidak …. Untuk memberi lebih gambaran / perkongsian pengalaman dan pemerhatian saya …
Contoh
1. Guru mengajar 24 waktu seminggu, 8 kelas, 1 kelas 36 orang pelajar
2. Selesai menilai 1 evidens bertulis … guru perlu memasukkan evidens ke dalam fail individu pelajar setiap kelas (36 pelajar x 8 kelas = 288 fail setiap kali nak masukkan dan keluaran evidens)
3. Waktu memasukkan evidens adalah pada masa waktu luang (free period) cikgu
4. Kelas cikgu2 mengajar 24 waktu (1 waktu = 30-40 minit) kadang2 ditambah waktu ganti kelas guru yg tidak hadir menjadikan 28 waktu seminggu
5. Ada ketika cikgu diminta melaksanakan tugas luar (termasuk Sabtu dan Ahad perkara biasa)
6. Kemudian cikgu perlu key in secara online band yang telah dilaksanakan oleh pelajar secara individu (alah … senang saja … cikgu tik saja kata deme…. Haaa…haaa…)
7. Cikgu pun buka lap top … mengajar sessi petang … tiba2 talian internet pulak ditutup konon dah lebih pukul 5 (adusss!!!)
8. Cikgu pakai broadband sendiri …. Berpusing2 (rendering) kekadang sampai 10 minit baru dapat … elok saja nak key in … loceng bunyi … masuk kelas … laksanakan PBS utk kelas berikutnya …
9. Ada pulak pelajar tidak hadir pada hari berkenaan … tidak ada band utk pelajar berkenaan … kerana ada band 1 tidak dilaksanakan … suPBS sekolah dan pengetua panas punggung kerana disergah PPD … cikgu ditekan supaya beri band pada pelajar tersebut dgn ayat “walau apa cara pun cikgu bagi band kat pelajar berkenaan” … mahu x mahu cikgu pun kadangkala gunakan masa luang utk menyelia pelajar berkenaan dan curi masa cikgu lain … maka berebut2 lah cikgu nak ambil pelajar berkenaan utk siapkan PBS … hu..hu… hipokrit … ada juga yg ambil jln mudah tik saja online habis cerita…
10. Cikgu sakit … masuk wad tertekan PBS… bila sihat datang balik sekolah terpaksa kejar masa utk siapkan kerja PBS yg terbengkalai … kelas pulak dibatalkan sebab ada program sekolah seperti raptai sukan, tuan rumah pertandingan dsb.
11. Ada juga kelas PBS termiss sebab kebetulan cuti umum jatuh pada hari yg ada subjek tertentu … problem lagi …
12. SUPBS sekolah pun wujudkanlah keseragaman ‘konon’ utk memudahkan guru2 … beban lagi kalau x buat, dituduh ingkar perintah… kata LPM beri kebebasan pada guru (bila sampai sekolah jadi slogan aja la)
13. Guru perlu menyediakan evidens tidak kurang dari 50 (50 x 8 kelas x 36 pelajar = 14400 evidens) kalau setiap evidens bercetak, katakan sehelai setiap eviden dah ada 14400 helai kertas. Kalau ada 8 subjek (8 x 14400 = 115200 helai kertas … banyak tu). Kalau di Malaysia ada10,066 (10066 x115200 helai kertas = 1158912000 helai kertas) Berapa banyak pokok yg perlu ditebang kerana PBS/ berapa banyak duit perlu dibazirkan. Guru nak buat secara lisan … boleh tapi ada “pihak” nak bukti pulak … ada yg minta gambar aktiviti … kena cetak …heeemmm 2x5 saja.
14. Boss kata pulak “saya x kira … cikgu tidur ke, bangun tengah malam ke … saya nak benda ni siap pada sekian… sekian haribulan” patut ka cakap macam tu … ingan mesin kea pa? mesin pun kena rehat jugak … kalau tidak lingkup! Kos lagi mahal … kalau cikgu “lingkup” apahal?

15. Bila mesyuarat PBS cikgu2 bagi cadangan nak meringankan beban … dicap pembangkang … hantar nama kat PPD minta tukarkan cikgu berkenaan … parasit!
16. Fail individu pelajar sebenarnya boleh diganti dengan fail mengikut subjek … satu kelas ada 8 subjek … baru 8 fail … x perlu fail tebal kerana evidens akan dipulangkan pada pelajar selepas keyin online … jimat masa guru dan pelajar … Boss kata takut pemantau … jawb ja la rasional kat pemantau …. apa masalahnya … yg jadi masalah kalau cikgu x buat PBS …
17. SUPBS sekolah pula nak setiap guru ada fail pentaksir … isinya jadual waktu, biodata guru, evidens, surat lantikan pentaksir, tugas guru dll… (ini semua kerja mengarut … apa guna Buku Persediaan Mengajar lagi kalau dah macam tu … semua maklumat tu dah ada dalam buku tersebut … nak apa lagi … Surat Lantikan Pentaksir pun sebenarnya dah x relevan kerana jadual waktu dah dikira sebagai arahan utk melaksanakan PBS
18. Setelah semua keadaan di atas diambil kira berapa baki waktu luang cikgu untuk buat perancangan / persediaan PBS untuk kelas dan subjek berikutnya … tepuk dada tanya …
19. Cikgu/mereka yg kata PBS ni mudah … x mengajar pun kelas PBS… kadang2 JU yg bagi kursus dan bagi idea yg cukup hebat pun x pernah mengajar kelas PBS pun…
20. Harap pihak Pegawai KPM buka mata dengan tulisan ni …
 Aku pun seorang guru bila aku baca aku faham situasi guru ni. Secara keseluruhan PBS banyak memberi tekanan pada guru. PBS membuatkan guru tidak dapat menumpukan pengajaran dan pembelajaran mereka dengan baik. PBS juga menyebabkan banyak kertas diguna pakai secara automatik "Kehijauan" akan semakin merosot. 
 Aku tahu kerajaan nak yang terbaik untuk pelajar tapi sila fikirkan kesan dengan pelaksanaan yang sedemikian rupa..Aku rasa boleh buat penmabahbaikkan. 

Kerana aku juga merupakan seorang guru yang merasai bebanan

Monday, February 25, 2013

Kemanisan bila mendekatiNya


Assalamualaikum..

Hari ni seperti biasa blog akan diupdate..tapi kali ni islamik skit..tentang turun naiknya iman. Iman kita tak selalunya tinggi menggunung. Kadang Allah akan duga dengan perkara yang kita sendiri tak dapat nak elak..Allah duga kita tandanya Allah sayang kita sebab Allah nak tau sejauh mana kita sayang pada Allah.

Kita semua sayang Allah??

Kita suka lahirkan melalui kata-kata bahawa kita sayang Allah tapi kadang kala bila Allah uji iman hambanya maka kebanyakan manusia akan jatuh tersungkur. Cuba kita muhasabah apa yang tidak kena pada diri kita sendiri.

Berlaku ke??

Pada pandangan aku bila Allah uji kita,  cuba kita ambil  sedikit masa untuk bermuhasabah. Kadang-kadang ujian Allah itu adalah kaffarah kita di dunia. Itu adalah yang terbaik sebab kita akan kurang menanggung dosa di akhirat kelak. Cuba kita berhusnu zhan dengan Allah. Dulu aku pun ada perkara yang buat aku "terjatuh" akhirnya aku sedar Allah tu sayangkan aku dan ujian yang Allah bagi adalah untuk menyelamatkan aku daripada berterusan dengan dosa (thanks Allah ^^)


Syaitan ni tak suka kalau manusia ada iman yang tinggi. Mereka akan cuba menjatuhkannya dengan cara mereka. Sungguh unik dan bijak. Bagaimana mereka menjatuhkan Nabi Adam dan Hawa begitulah mereka akan lakukan kepada anak-anak Adam hingga hari Kiamat. Nabi Adam dan Hawa termakan hasutan syaitan yang menjelma lalu menghasut Adam dan Hawa untuk makan buah Halkum yang mampu menjadikan mereka kekal cantik selamanya. Akhinya Allah mengeluarkan Adam dan Hawa dari syurga. Maka tatkala itu bergembiralah syaitan dengan perkhabaran tersebut.

Syaitan tidak pernah berputus asa menghasut anak-anak Adam. Begitu juga aku sebagai anak Adam. Semakin kita dekat kita akan rasa kemanisan mendekatiNya itu. Tapi tatkala aku merasainya timbul halangan. Perkara yang aku cuba untuk jauhkan tapi aku tak mampu kerana rasa bersalah. Tapi untuk pengetahuan bila kita dah dekat dengan Allah..Allah akan selamatkan kita dengan detikkan melalui pintu hati. Tapi bila kita tidak mempedulikkan detikkan itu maka kita akan mula jauh dari kasih sayang Allah. Sebenarnya pada pandangan aku detikkan itu yang Allah sentiasa ketuk dalam pintu hati manusia dan itu juga merupakan ketukkan hidayah. Dari situ kita akan ada 2 pilihan samada buat atau tidak. Kalau kita pilih jalan yang salah maka kemungkinan Allah akan ketuk untuk hari yang lain..Tapi kita sebagai manusia bila nak menyedarinya?? takkan tunggu dah tua baru kita nak sedar.. Rumah kata pergi kubur kata mari...

Marilah kita sama-sama mencari semula kemanisan iman itu dan InsyaAllah aku akan berpegang teguh dengan pendirian aku...(Ya Allah tetapkanlaah pendirian aku. jauhkan aku daripada rasa kasih yang bukan pada tempatnya) aminn

Bila kita sayang Allah..Allah akan sayangkan kita.Semakin kita dekat pada Allah..Kita akan rasa Allah itu dekat dengan kita. Percayalah Allah itu adalah segala pengubat duka dan lara. Yang penting jangan berputus asa denganNya (nasihat untuk diri aku juga)

Kesimpulan..

Jom dekatkan diri pada Allah. Allah aka sentiasa ada dengan kita walaupun kita sedang "jatuh". Allah akan hadiahkan kita yang terbaik kerana mahar Allah itu tinggi nilainya..

Thursday, February 21, 2013

Bakal terlaksana

                     
Assalamualaikum..

Hehe kali ini blog diupdate atas ucapan syukur pada Allah yang masih memberi peluang untuk aku menggapai azam yang telah lama aku tanamkan..Terasa diri ini amat bertuah berpijak di bumi Allah.

Azam apa??

Hehehe azam yang dah lama aku tanamkan sejak 2010..iaitu sambung Master. Sebelum ni aku dapat tawaran di UM dan UKM..Tapi terpaksa tolak sebab masa bertindan dengan waktu keje aku. Kadang putus harapan bila kos yang aku nak tiada dalam bentuk PBJJ (jarak jauh). Last2 aku jumpa website yang ada PBJJ tetapi bukan kos yang aku inginkan. Tetapi kos yang sama dengan degree aku. hehehe...Apa-apa pun Alhamdulillah coz Allah dengar doa aku ni...Yang penting jangan putus harapan dengan Allah.  Master aku hanya mengambil masa 2 tahun sahaja. Selesai master aku akan cuba pergi ke PhD (azam aku yg seterusnya)..^_^

 Nape dulu tak nak sambung??

Dulu dah sambung sebulan tapi terpaksa berhenti sebab kewangan tak mencukupi. Sebab lain juga aku ditawarkan untuk Diploma perguruan. Siap dengan elaun. tu yang aku terpaksa "turun" balik. Niat aku bukan nak duit. Tapi hidup memerlukan duit. Cuma perbaiki niat kita kerana Allah. InsyaAllah berkat. So skunk aku dah jd guru. That,s why baru skunk dapat sambung. Tapikan kalau tengok perjalanan hidup aku Allah dah susun cantik dah. Coz Allah dah sediakan aku kerja yang baik dan kewangan yang insyaAllah mencukupi untuk diri aku dan sedikit sebanyak untuk keluarga aku dan seterusnya untuk pengajian aku.  InsyaAllah aku akan cuba percukupkan untuk pengajian aku. Thanks Allah sebab sentiasa dengar doa hamba Mu ni..(sayang Allah sangat-sangat ^^)


Yuran ??

Hah bab yuran ni sedikit melemahkan semangat aku. Tapi apa-apa pun duit boleh dicari..sem 1 je 5k. mak aii berbeza dengan Master sepenuh masa hanya 1k je untuk sem 1. Nak tunggu duit cukup mesti tak dapat. So Tawakkal ala Allah.. yang tu aku akan fikirkan apa jalan yang terbaik.

Bila nak sambung? 

Bulan 3 ni...hahaha...UKM WAIT FOR ME..Lalalala


Sunday, February 10, 2013

Zina dan penyelesaiannya dalam cerita "Setia Hujung Nyawa"


Assalamualaikum...
Hehehe ada benda yang aku nak update kali ni tentang cerita drama Melayu yang aku rasa kurang berpuas hati dalam mendidik jiwa penonton. Jiwa yang bagaimana?? Dalam menyelesaikan isu Zina. Kalau nak dilihat dari sudut mata aku cara penulis skrip menyelesaikan isu zina adalah dengan cara mendiamkan diri. Opss inikah ibu bapa akhir zaman.

Cerita apa ekk??
Baru-baru ni aku tengok cerita "Setia Hujung Nyawa"..Bagi aku ia adalah cerita yang digilai oleh semua anak murid aku termasuklah housemate2 aku.  Perghhh tertarik gak aku..hehehe tapi aku tak tengok mana pun..sebab siaran cerita itu berlangsung pada pukul 7 pm hingga pukul 8 pm..So aku layan selepas selesai tunaikan tiang agama. Itupun kalau aku rasa nak tengok heheh sebab aku lebih suka duduk dalam bilik buat kerja. So cerita dia aku tak pasti sangat tapi yang penting sinopsis ringkas (jalan cerita) aku dah tau.

Macam biasa laa cerita gadoh2 manja yang mana hosmate aku semua duk layan kata sweet..alahai dalam hati aku..jiwang gle kot..tolong laaa cerita melayu semua sama je. Bukan aku tak nak sokong industri seni melayu tapi aku tengok kebanyakan cerita dia macam takde nilai baik yang boleh diterap kat mata penonton. Aku lebih suka layan cerita islamik. Macam Nur Kasih. Banyak nilai baik yang berjaya diterapkan.

Sebelum ni aku layan cerita Setia Hujung Nyawa masa awal-awal episod. cuma masuk waktu je aku tinggalkan cerita tu. Tapi ada satu part yang buat aku tinggalkan cerita tu dan layan sekali sekala je (5 or 10 minit dalam sejam). Bahagian tu adalah semasa ibu dia tau yang anak dia El Selina mengandung anak luar nikah. Si ibu  just mendiamkan diri sehinggalah suaminya Zain tahu yang isteri dia jadikan dia kambing hitam. Walhal El Selina tidak tahu yang dia mengandung.

Bagaimana nak tau mengandung ke tidak?

Part tu yang buat aku geram. Pertama sekali bab El Selina mengandung dan dia tidak tau yang dia mengandung. Bagi aku la secara logiknya bila dah buat seks tanpa sebarang alat perlindungan maka wanita kene tau yang dia kemungkinan besar akan mengandung dan wanita perlu tau tanda-tanda orang mengandung ni adalah muntah or loya. Paling tidak pun mereka tak didatangi haid selama beberapa bulan (nak tau kene la baca buku..hehehe)

Yang kedua tolong jangan buat seks sebelum halal (zina). Dalam ayat Quran dah ditegaskan "Dan janganlah kamu hampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan jahat" Surah al-Isra': 32. Dah terang-terang ayat Quran sebut macam tu. Tapi still juga nak buat. Cuba berpuasa atau segerakan pernikahan untuk elakkan segalanya. Lagi satu bila dah pandai buat jangan kata "saya tak tau mcmner boleh mengandung". Mak aiii ingat buat seks ngan ayam kampung ke sampai tak tau mcmner ley mangandung. Hmm bukan aku nak pandang hina pada orang yang wat zina tapi tolonglah jaga maruah kamu wahai wanita. Kadang perempuan ni lebih suka serah harga diri hanya nak buktikan cinta pada lelaki. Aduhaii.

Sebab lain buat aku tak suka cerita "Setia Hujung Nyawa"??

Sebab kedua juga adalah jalan cerita dia yang mana seorang ibu (Raja Emma) sepatutnya menegur sikap anak dia yang buat kesalahan zina tetapi dia hanya melepaskan rasa kecewe dengan air mata dan mendiamkan diri. langsung tidak menegur atau nasihat. Manakala ibu Zain (Zila Bakarin) hanya menitiskan air mata sahaja bila tau anaknya Zain pun sebenarnya bukanlah anak lelaki yang baik.  Adakah ini cara terbaik mendidik anak-anak akhir zaman. yang mana bila dah tau anak mereka sudah berzina maka disembunyikan dan tiada teguran atau nasihat diberikan pada si anak hanya kerana "benda dah berlaku".  So penonton yang menonton cerita ini terutama ibu bapa akan merasakan yang mereka akan terus ambil jalan mendiamkan diri bila tau anak-anak perempuan mereka buat zina. Mungkin terdetik dalam hati mereka "Benda dah berlaku. mendiamkan diri adalah jalan terbaik. betul jugak cerita ini". Itulah kesan cerita yang akan terpalit pada penonton. bagi aku martabat cerita ni dalam mendidik penonton sangat rendah terutama bahagian yang aku cuba fokuskan. Hahaha kelakar pulak rasanya.. nasib baik aku dapat ibu yang tegas bab-bab agama. Alhamdulillah

Paling penting hukum agama (tiada istilah menghalalkan yg haram)

Ni yang paling aku kesalkan. Seorang wanita yang telah mengandung perlu tau, apabila hendak berkahwin dengan lelaki yang lain perlu melahirkan anak dahulu dan hendaklah melepasi tempoh iddah yang telah ditetapkan oleh Islam. Ini adalah perkara yang wajib.  Cerita ni pula menggalakkan perempuan yang terlanjur dengan orang lain kahwin pula dengan owang lain tanpa perlu melahirkan anak yang dikandung dengan alasan malu dan perlu ada kambing hitam..Masa nak terlanjur naper tak pernah pikir malu. bila dah buat baru nak malu. Istighfar banyak2..cerita oh cerita..

Apa kesannya??

Bila tiada teguran dari ibu bapa terhadap anak-anak mereka yang berzina kesannya lahirlah ramai anak luar nikah di Malaysia ini. kalau rasa bertanggungjawab tu takpe la. kat akhirat tanggung dosa zina je la Tapi ni yang jenis buang macam sampah. Dah dua dosa dah tu. Dosa zina dan membunuh. Aku rasa binatang pun sayang anak-anak dowang. Tu yang takder otak. Kita ni manusia ada otak pulak terbalik (maaf kalau rasa ayat ni kasar)


 Kesimpulan

Nasihat ni untuk diri aku dan semua wanita diluar sana. Untuk wanita tolonglah jaga maruah dan harga diri sendiri dan keluarga. Kepada penulis skrip..karanglah skrip yang berikan pembelajaran yang baik pada penonton terutama cara menyelesaikan masalah. kalau masalah berat diselesaikan cara yang mudah maka ramai yang akan buat kesalahan yang sama. hehehe itu je..Tulislah skrip yang berikan kesan dan nilai positif pada penonton. Penulis skrip berperanan penting dalam memastikan drama mereka mereka mendapat tempat di hati penonton. Jangan tambat hati penonton sehingga menghalalkan yang haram. Kerana cerita-cerita drama sebegini berikan kesan yang sangat mendalam dan penonton juga mudah mengikut apa yang idola mereka lakukan. Tu baru dua benda je yang aku komen yang lain aku malas nak komen sebab sama je jalan cerita dengan drama lain.  Cerita ni aku tengok terlalu mengambil jalan mudah dalam menyelesaikan isu zina. Tapi aku ada baca sebuah blog yang menyatakan bahawa kesimpulan cerita " Kalau lelaki itu berzina maka pasangannya itu juga adalah penzina". Bagi aku jodoh itu ditangan Allah.

Wassalam


Thursday, February 7, 2013

"Ustazah maafkan saya"

Assalamualaikum...
Agak lama tak menjengah blog ini. Kali ini blog diupdate atas tajuk Ustazah Maafkan Saya. Ini adalah pengalaman pertama aku berhadapan situasi ini. 

Pengalaman apa??
Selama aku mengajar aku sangkakan pelajar KL ni serba ada. That mean mampu laa nak beli benda yang bernilai seringgit dua ringgit ni. Lagi-lagi kalau minta kat mak bapak. Anak minta singgit mak ayah bagi rm 2 hinggit.. hehehe sebab aku lihat keadaan sekolah aku. Mak ayah sanggup datang balik hantar duit bg kat anak dia walaupun masa tinggal lagi 2 jam untuk balik (dh lepas rehat pun sanggup lg). Bukan tu je mak ayah ni sanggup tunggu kat kantin sampai petang nak tunggu anak dia. Padahal kat umah ada banyak lagi masa yang boleh diluangkan sehinggakan keluar surat yang tidak membenarkan mak ayah tunggu kat kantin sekolah..Huhuhu

Itu je?? 
Hahaha dah melalot.. ok2 nak diringkaskan cerita masa aku megajar subjek aku (jawi) aku suruh pelajar-pelajar keluarkan buku tulis. Almaklum nak belajar menulis. Tetiba ada la dua tiga pelajar bagi alasan tak bawa buku. Aku pun tanyala nape tak bawak buku. Alasannya tak logik. Tapi aku biarkan sahaja. aku hanya nasihat kat mereka buat dekat rumah. Selepas itu macam biasa kelas yang sama aku suruh pelajar aku bukak buku tulis tapi ada pelajar yang sama juga tak bawa buku tulis. Aku tanya kat dia kenapa tak bawa. Pelajar ni hanya mendiamkan diri je. Aku naik kompius..Aku renung wajahnya dan aku tengok dirinya atas bawah. Pastu aku biarkan sementara pelajar tersebut. Tiba-tiba dia datang pada aku dan dia kata "Ustazah saya minta maaf. ayah saya takder duit nak beli buku tulis". Mak aii time tu luluhnya hati aku. Aku plak rasa nak nangis. Pastu dia tunjuk kat aku buku tulis yang dia ada. Mak ii lagi terkejut..Sebuah je buku dia, kat situ lah matematik, BM, dan subjek lain. "Rajin budak ni".  Aku ingatkan zaman tak mampu tu dah berakhir. Tapi ada juga timbul dicelahan manusia lain. Aku hanya pegang bahu pelajar itu dan aku kata "takper nanti ustazah belanja buku. kamu belajar rajin-rajin tau". Aku mula rasa sayang kat pelajar itu (bukan pilih kasih). Teringat plak masa aku sekolah rendah dulu..huhuhu

So after that??
Cehh BI konon..huhuhu pastu esoknya aku bagi dia buku tulis dan aku pesan kat dia "buat cantik-cantik. Buku ni untuk jawi je. Jangan campur aduk". Dia senyum..Aku bukan nak tunjuk baik dalam cerita ni. Bagi aku itu antara tanggungjawab aku pada anak murid. Tapi aku nak ceritakan masih ada pelajar yang susah yang perlukan perhatian guru.

Kesimpulan??
Please jangan menghukum murid ikut hati. Sebab aku rasa ada sebab kenapa mereka tak bawa buku. Tapi kalau yang tertinggal tu terpulang pada guru nak denda atau tidak. tapi yang jenis diam ni. kita tak tau masalah sebenar mereka. mungkin mereka malu untuk luahkan. just take time.

Thursday, January 31, 2013

Antara Guru dan Ibu Bapa

Assalamualaikum...

Sengaja luangkan sedikit masa untuk update blog ni..lama terbiar..^^.. kali ni blog diupdate dengan tajuk antara guru dan ibu bapa..Sekadar nak meluahkan tanggungjawab seorang guru dan tanggungjawab ibu bapa..

Ada yang tak kene ke??
Hmm sebenarnya jd guru ni seronok. Lagi-lagi mengajar sekolah rendah..Kita akan lihat banyak kerenah pelajar..Sebenarnya pelajar adalah klien bagi seorang guru. So guru kene buat yang terbaik untuk pelajar-pelajar dia. Tapi apa yang nak dilihat disini adalah tentang ibu bapa yang meletakkan tanggungjawab guru semata-mata untuk mendidik anak-anak mereka. Bagi kelas pertama ibu bapa mereka amat ambil berat akan anak-anak mereka. Segala keperluan dan kehendak akan dipenuhi. Mereka juga akan melihat segala tanggungjawab sebagai seorang murid juga dapat dilaksanakan oleh anak mereka dengan baik..Tetapi sebaliknya di kelas hujung. Mereka seolah-olah terbiar. Ibu bapa seolah-olah tiada masa untuk meluangkan masa dengan anak-anak mereka sehinggakan kerja rumah mereka pun terabai. 

Cuba kaitkan dengan diri aku sebagai guru?

Sebenarnya aku mengajar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab untuk tahun 1. Biasanya huruf hijaiyyah tunggal adalah topik utama untuk diajar. Aku telah buat sedikit perbandingan dan aku dapati kelas hujung ni sukar menguasai huruf hijaiyyah tunggal. Mereka juga tidak dapat membuat perbandingan dengan baik. Aku rasa agak kecewa. Adakah pendidikan agama terutama iqra' tidak penting di dunia akhir zaman. Untuk tahun satu mereka seharusnya dapat menguasai huruf hijaiyyah tunggal. paling tidak pun mampu menyebut dengan baik. Tidakkah ibu bapa kasihan pada anak-anak mereka yang ketinggalan dalam jawi atau Iqra'

Lain ada ke..??

kat sini ingin sangat aku luahkan kepada ibu bapa yang berada diluar sana tolonglah jangan bezakan pelajaran teras dan elektif. Aku tau mereka nak anak-anak mereka berjaya jadi seorang doktor, engineer, peguam dan apa sahaja dalam bidang kerjaya tapi mereka kene ingat semua ni kene diseimbangkan dengan ilmu akhirat. Aku bukan meluahkan kerana aku dah bosan bekerja sebagai guru.. Aku suka dengan kerjaya guru walaupun guru bukan cita-cita sebenar aku. Tapi aku nak luahkan tolonglah hantar anak-anak ni ke kelas mengaji. Ibu bapa mampu menghantar anak-anak ke kelas tuisyen yang mengenakan cas yang tinggi. Tetapi kenapa kelas mengaji yang aku rasa lebih rendah harganya atau percuma tidak digunapakai oleh ibu bapa. Kalau rasa tak mampu juga, anda sebagai ibu bapa perlu luangkan masa mengajar anak-anak mengaji di rumah. 15 minit sehari pun sudah mencukup.

Selain dari itu juga kebanyakan kelas hujung tidak mampu membaca dengan baik. Walaupun aku masih bujang tapi sekiranya aku berada di tempat ibu bapa aku akan letakkan agama di tahap pertama. Aku nak anak-anak aku menguasai agama kerana aku nak mereka berjaya dunia dan akhirat. Atleast bila aku tiada di muka bumi ni ada insan yang dapat bekalkan al-fatihah dan yassin serta amal jariahnya untuk aku diakhirat (hahaha klau dah kahwin la)

Nasihat pada ibu bapa?

Just nak nasihat.. kalau kita meneruskan sikap mengganggap subjek Pendidikan Islam tidak penting atau hanya mengganggap ia subjek tepian maka kita kene ingat bila ibu bapa meninggal dunia doa anak yang soleh sahaja yang akan dibawa ke akhirat.. Bayangkanlah kalau anak-anak tak tau nak bace yasiin untuk anda semua.Dunia hanya pinjaman dan akhirat kekal abadi..

Kesimpulan..

Pleasee hantar laa anak-anak mengaji sebab nak ajar diorang kat kelas tak cukup masa. Kami guru-guru hanya dibekalkan 6 sahaja masa bersamaan 3 jam dalam seminggu. 1 jam hanya untuk jawi. Kami nak yang terbaik untuk anak murid kami. Dan kami perlukan kerjasama ibu bapa untuk bersama-sama memberikan yang terbaik untuk pelajar.

Hahaha terluah pun akhirnya...(ayat dah tunggang langgang..sori)

Sunday, January 20, 2013

Hadiah Allah pada hambaNya

"Jika ALLAH tak memberimu seseorang yang kamu impikan,
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang memimpikanmu.

Bila ALLAH tak memberimu seseorang yang kamu rindukan,
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang merindukanmu.

Bila ALLAH tak memberimu seseorang yang kamu dambakan,
Semoga Dia memberimu seseorang yang mendambakanmu.

Bila ALLAH tak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang Mencintaimu.

Yang bukan HANYA kerana apa yang ada padamu ....
tapi apa adanya dirimu !!!
Sujudkan Hati & jiwamu,,

Semoga ALLAH memberi kita yang TERBAIK
Dengan segala Kerendahan hati & ketakwaan kepadaNYA..
Kerana ..Jodohmu tak akan jauh sifat, pribadinya sepertimu "
 
 
Acap kali aku baca ayat ini..ia membuatkan aku terdetik besar dan indah takdir Allah itu.Kita tidak pernah tau apa yang tersurat dan tersirat. Kadang kala kita hanya tau menyalahkan takdir namun kita tak pernah membenarkan hati kita untuk bermuhasabah. Apa yang pasti Allah dah sediakan kita yang terbaik untuk kita berdiri di atas muka bumi ini.

Tatkala aku perhatikan ungkapan ayat ini aku dapat rasakan Allah sentiasa sayang aku. Ayat ini mengingatkan aku tentang seseorang. Suatu masa dahulu Allah jauhkan jodoh antara kami. Semuanya ada hikmah. Pada awalnya hubungan kami terbina kuat dengan istikharah akhirnya terlerai bila Allah bukakan perkara yang tersirat dari dirinya. Tatkala sedih menyelubungi akhirnya aku dapat jawapan. Aku dekatkan diri aku pada Dia..Aku bermuhasabah dan aku yakin Allah hendak memberikan aku hadiah yang lebih baik.Ini kerana  dia mampu melengkapkan aku dengan urusan dunia.. namun dia tidak mampu melengkapkan aku dengan agamaNya. Masakan tidak dia banyak heret aku ke jalan yang aku alpa denganNya. Tapi aku tak salahkan dia..Diri aku yang salah sebab tak cukup iman di dada.
 
Kehebatan cinta ni mampu menjerat manusia. Akhirnya aku letakkan urusan cinta aku pada Allah. Aku biarkan cinta itu berjalan dengan sendiri. Sangat indah. Hanya bersederhana kerana jodoh itu telah disusun cantik di mata Allah. Tak perlu kita nak gapai dengan harapan tinggi walhal bila tak tercapai kita terus rebah dan susah untuk bangkit. Yakinlah pada jodoh kita bila kita sudah memilikinya secara halal.
 
Kepada hamba Allah yang di luar sana..hayati bait ayat ini. Jangan menganggap kehilangan orang yang kita sayang yang belum sah dan halal adalah pengakhiran hidup kita. 

ALLAH THANKS SAYANG KAT AKU

GAMBAR CURI

"Jodohmu tak akan jauh sifat, pribadinya sepertimu" perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan sebaliknya. Bila Allah nak uji hambaNya Dia akan uji tetapi ujianNya itu tidak lebih dari tahap kemampuan hambaNya untuk menerima. Sekadar menguji tahap iman hambaNya.

Saturday, January 19, 2013

Pengaruh Animasi Tempatan Dalam Membentuk Sahsiah Pelajar. Kajian Kes Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil


Pengaruh Animasi Tempatan Dalam Membentuk Sahsiah Pelajar. Kajian Kes Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil

1 Pengenalan

Animasi ialah paparan pantas susunan imej-imej seni 2D atau posisi model agar menghasilkan ilusi gerakan yang kelihatan hidup. Perkembangan animasi di Malaysia bermula dengan lahirnya ‘Unit Filem Malaya’ pada tahun 1946. Animasi Hikayat Sang Kancil adalah animasi pertama yang dihasilkan oleh Malaysia iaitu pada tahun 1978 dan ia mula ditayangkan sekitar tahun 1983. Kemudian tahun demi tahun animasi di Malaysia berkembang dengan penggunaan teknologi canggih seperti Upin Ipin yang menjadi ikutan kanak-kanak yang menontonnya. Begitu juga dengan Boboboi. Animasi adalah antara platform yang paling sesuai dalam membentuk sahsiah kanak-kanak terutama pelajar dan animasi juga boleh dijadikan produk identiti Malaysia dengan memaparkan sahsiah pelajar yang baik untuk dijadikan model pada pelajar antarabangsa. Animasi juga merupakan keperluan dalam memajukan industri animasi Malaysia.  Beberapa rancangan kanak-kanak telah dibentuk supaya kanak-kanak mempelajari nilai peribadi dan sifat-sifat yang positif. Animasi yang dibentuk ini menggalakkan kanak-kanak menggunakan daya pemikiran dan memberikan kemahiran memproses masalah. Ini sekaligus dapat membentuk peribadi pelajar untuk diterapkan dalam diri mereka. Animasi sangat mempengaruhi jiwa kanak-kanak dan sekaligus menjadikan animasi sebuah rancangan yang mempunyai ‘kuasa’ dan daya penarik tersendiri. Pelajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil adalah pelajar yang aktif mental dan fizikal. Keupayaan mereka meniru gaya dan watak animasi semasa waktu persekolahan menjadikan ia tarikan dan guru mula menggunakan nilai yang baik untuk dijadikan contoh dalam pengajaran dan pembelajaran harian.

2. Permasalahan Kajian

Animasi di Malaysia telah berkembang selaras dan kerajaan tidak pernah terlepas pandang dengan golongan karyawan seni kreatif ini. Kajian ini ingin menyelesaikan persoalan adakah animasi tempatan dapat membentuk sahsiah pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil. Secara khususnya persoalan timbul adakah animasi tempatan banyak memberikan pengaruh positif terhadap pelajar di sekolah ini atau sebaliknya. Sekiranya banyak pengaruh positif maka apakah nilai-nilai yang telah diterapkan dalam animasi tersebut untuk dijadikan contoh harian kepada pelajar.

3. Objektif Kajian

Dalam usaha untuk mengkaji pengaruh animasi tempatan maka penulis telah menggariskan tiga objektif utama yang diharapkan dapat direalisasikan.

1) Mengenalpasti animasi tempatan yang banyak memberi pengaruh besar kepada pelajar.
2) Membanding beza kadar pengaruh animasi tempatan dalam membentuk sahsiah pelajar.
3) Meneliti nilai-nilai yang telah diterapkan dalam setiap animasi untuk dijadikan ikutan pada pelajar.

4. Hipotesis Kajian

Penulis mengandaikan beberapa hipotesis yang akan dibuktikan, antaranya ialah :

1) Terdapat banyak animasi tempatan yang ditayangkan di kaca televisyen secara siri sekaligus menjadi daya penarik kepada pelajar.

2) Animasi tempatan banyak memberikan pengaruh positif kepada pelajar sekolah sekaligus dapat membentuk sahsiah pelajar.

5. Kepentingan kajian

Kajian yang dijalankan amat penting kepada pihak-pihak yang terlibat dalam bidang berikut:

1) Guru: Guru merupakan ibu bapa kepada pelajar di sekolah. Kajian yang berfokus ini akan dapat membantu guru menerapkan nilai-nilai murni yang ada dalam animasi tempatan untuk dijadikan ikutan pelajar. Guru juga boleh menggunakan nilai yang terdapat dalam animasi untuk dibawa ke waktu pengajaran dan pembelajaran seharian.

2) Pendakwah : Pendakwah memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan mesej tentang Islam. Oleh itu, pendakwah yang menyampaikan dakwah hendaklah melihat siapakah sasaran dakwah agar isi kandungan dapat diterima oleh sasaran dengan baik. Maka kajian ini adalah sesuai untuk dijadikan rujukan sekiranya sasaran pendakwah adalah kanak-kanak atau pelajar sekolah.

3) Penghasil animasi : Penghasil animasi merupakan golongan yang memainkan peranan yang penting dalam mengeluarkan kandungan animasi. Dengan kajian ini, maka mereka boleh menjadikannya sebagai rujukan untuk mereka mengahasilkan animasi yang lebih berpandukan nilai yang boleh membentuk sahsiah pelajar yang mana sekaligus ia mampu menyebarkan identiti pelajar di Malaysia.

4) Ibu Bapa : Ibu bapa adalah golongan yang penting dalam memastikan anak-anak meraka mempunyai sahsiah yang cemerlang. Tanggungajwab mereka juga sangat besar dalam menapis kehendak negatif anak-anak mereka. Kajian berfokus ini menjadi landasan untuk menentukan animasi yang banyak memberikan nilai baik yang sekaligus menjadikan anak mereka sentiasa berdisiplin.

6. Batasan Kajian

            Bagi memastikan kajian ini lebih spesifik dan terarah maka penulis telah memfokuskan kajian kepada animasi yang lebih diberi tumpuan pada pelajar iaitu animasi Upin Ipin, Boboboi,  Bola Kampung dan Ben 10. Skop kajian juga lebih terarah kepada jalan cerita yang mengandungi pengaruh positif dan negatif serta nilai yang baik yang terkandung didalam animasi tersebut yang mana ia sekaligus kerap menjadi ikutan pelajar dan boleh diserapkan dalam waktu pengajaran dan pembelajaran

Selain itu penulis juga membataskan kajian hanya di Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil. Ini disebabkan penulis adalah seorang guru di sekolah ini sekaligus dapat memudahkan penulis membuat kajian.

7. Metodologi Kajian

Dalam usaha untuk menjelaskan permasalahan kajian dan merialisasikan objektif-objektif  kajian maka penulis telah memilih metodologi berikut sebagai sandaran kajian.
           
7.1)      Jenis kajian:
                        Kajian yang akan dijalankan adalah kajian kepustakaan (Library @ Arm Chair Research) yang mengutamakan rujukan sumber. Dalam kajian ini, kaedah yang sesuai untuk diaplikasikan adalah kaedah kuantitatif. Ini kerana, sebahagian besar pengumpulan data adalah melalui pemerhatian dan soal selidik

8. Ulasan Kepustakaan

Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, penulis tidak menjumpai kajian yang serupa dengan kajian yang bakal dijalankan. Walaubagaimanapun penulis menjumpai kajian yang dijalankan tetapi melalui aspek yang berlainan iaitu persepsi guru terhadap penggunaan kartun dalam transformasi pengajaran penulisan karangan bahasa melayu. Dalam kajian ini dinyatakan bahawa penggunaan kartun dalam karangan mampu mewujudkan suasana yang seronok dan boleh mempengaruhi emosi murid.

Beberapa laman web yang penulis kaji mendapati bahawa secara keluruhannya berpendapat animasi boleh mempengaruhi pemikiran yang mana sekaligus menyebabkan mereka leka sehingga mengabaikan pembelajaran mereka. Ia juga sekaligus mempengaruhi perkembangan psikologi dan perkembangan minda pelajar.

Selain itu pembacaan penulis melalui akhbar Harian Metro, brtarikh 12 Januari 2013 pula mendapati tajuk ini hampir mendekati kajian penulis. Penulisan yang bertajuk Pantau Elemen Nagatif Program Animasi lebih berfokus kearah animasi yang diimport memberi pengaruh yang negatif seperti Sin Chan dan Hagemaru. NorAinon Othman menganggap nilai tidak baik ini mudah melekat dalam pemikiran pelajar. Selain itu animasi luar banyak memaparkan unsur kelucahan, keganasan dan pergaduhan tetapi penulisan beliau masih mempertahankan animasi tempatan dalam memberikan nilai yang baik kepada kanak-kanak.

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates