Komunikasi tanpa lisan merujuk kepada cara komunikasi yang bukan berpunca daripada kandungan mesej. Apa yang diperkatakan secara lisan oleh individu mungkin disokong, disanggah, ditekankan, atau ditambah oleh beberapa penekanan tanpa lisan yang ditunjukkan oleh bahasa badan atau gaya suara yang digunakan.
Ia juga merupakan salah satu cara atau kaedah komunikasi untuk menyampaikan mesej. Mengikut kajian di Qeenland University Technology (2001), menyatakan bahawa 60%-90% mesej berjaya disampaikan menerusi komunikasi tanpa lisan (Mohamed sharif bin Mustafa, 2005:2).
Komunikasi tanpa lisan juga merupakan salah satu bentuk komunikasi yang mana prilakunya adalah selain dari perkataan atau tulisan. Mesej yang cuba ditonjolkan melalui komunikasi tanpa lisan tidak dikategorikan atau dikodkan dengan perkataan. Ini termasuk segala perbuatan pergerakan badan tangan riak muka, nada suara, cara berpakaian dan penggunaan ruang dan waktu.
Dalam konteks dakwah ia dapat dilihat melalui situasi berikut: seorang pendakwah yang ingin berdakwah harus ada sedikit infomasi tentang orang yang didakwah. Perkara asas yang utama untuk menilai potensi orang yang didakwah ialah penampilan diri mereka. Sebagai contoh, pendakwah yang mahir melihat perubahan corak kehidupan mad’u dikalangan Orang Asli dari sudut budaya dan riak muka atau cara berpakaian. Inilah yang dapat ditafsirkan bahawa sambutan awal terhadap mesej islam yang disampaikan dalam bentuk yang mudah ditafsirkan oleh mad’u (ZulkipleAbd Ghani, 2003:36).
Di dalam memahami komunikasi tanpa lisan ini beberapa perkara yang perlu diteliti antaranya ialah:
1. Memerhatikan komunikasi tanpa lisan tanpa interprestasi.
2. Melihat kedudukan penggunaan isyarat dan menyedari gerak geri yang banyak memberi maksud.
3. Memerhatikan gabungan antara percakapan lisan dan bukan lisan yang memerlukan interpretasi.
4. Bukti pada persamaan perlakuan makna mengikut budaya dan konteks individu.
5. Memikirkan faktor bias dan prasangka.
6. Memberikan perhatian kepada gerakan badan dan nada suara.
Sebagai contoh di dalam majlis pengucapan dan memerlukan seseorang untuk berucap, maka selain menyampaikan maksud lisannya, ia juga boleh menghantar mesej-mesej tanpa lisan kepada pendengar melalui:
1. Pakaian yang sesuai dan bersih serta kemas bagi menggambarkan imej diri yang memberi maksud serta keyakinan kepada pengucap dan audien.
2. Melalui pertembungan mata pula ialah untuk memberi dan menggambarkan keyakinan dan keikhlasan pengucap semasa berucap.
Oleh itu dalam proses komunikasi ini dibahagikan kepada pengucap, pendengar, saluran, maklum balas dan gangguan ( Arshad Md Ghaus, 2007:11).
2.0 Definisi Komunikasi Tanpa lisan
Komunikasi non verbal adalah proses komunikasi dimana pesan disampaikan tidak menggunakan kata-kata. Contoh komunikasi non verbal ialah menggunakan gerak isyarat, bahasa tubuh, ekspresi wajah dan kontak mata, penggunaan objek seperti pakaian, potongan rambut, dan sebagainya, simbol-simbol, serta cara berbicara seperti intonasi, penekanan, kualiti suara, gaya emosi, dan gaya bercakap.
Istilah komunikasi bukan lisan adalah istilah yang popular untuk istilah-istilah lain sepeti “bahasa badan”atau komunikasi “non verbal”. Apa yang disebut dengan bahasa badan termasuklah perhubungan ruang dari jarak, orientasi masa, gerak geri, air muka, gerak mata, sentuhan, suara, dan kadar kelajuan kita bercakap. Kadang kala seseorang itu boleh membaca beberapa jenis maklumat berkenaan dengan diri kita daripada susuk badan kita, ketinggian, berat badan, kulit, mata dan rambut kita. Badan yang tidak terurus rapi akan dibaca sebagai badan orang yang tidak mengutamakan kesan penampilan diri. Malah orang menilai samaada kita seorang yang sesuai dijadikan rakannya berdasarkan ciri-ciri pada tubuh badan kita sahaja.
Dengan membaca bahasa badannya, pertama seseorang dapat mengetahui bila seseorang itu mesti mengubah sikap dan menukar bahan percakapan. Kedua bila seseorang itu patut berhenti bercakap, ketiga bila seseorang itu perlu buat sesuatu yang lain sama sekali. Semuanya dilakukan demi mencapai apa tujuan asal kita berkata-kata dengannya. Jikalau seseorang gagal membaca bahasa badan orang yang kita lawan bercakap, berkemungkinan besar kita gagal meyakinkan hatinya bahawa kita benar-benar ikhlas, dan bahawa kata-kata yang kita katakan padanya adalah benar (Abdullah Hassan. 2004: 90).
Menurut J.G McAuley (1992), Sebahagian tingkah laku tanpa lisan adalah bersifat naluri, diajar dan ditiru (Chek Mat.2007:155).
3.0 Bentuk-bentuk Komunikasi Tanpa Lisan
Menurut Knapp dan Mark (1990), mereka telah mengkategorikannya kepada tujuh kategori sahaja antaranya ialah:
1. Kinesics
Memfokuskan kepada pergerakan tubuh badan dan juga muka. Apa sahaja bentuk tingkah laku dan respon yang dipamerkan melalui tubuh badan yang difahami oleh orang lain.
2. Karakteristik fizikal
Memfokuskan kepada kualiti fizikal individu. Ciri-ciri fizikal seperti ketinggian, berat, warna bibir, bau badan dan paras rupa. Ciri-ciri fizikal tidak mempunyai makna intristik tetapi tetap penting dalam proses komunikasi.
3. Tingkah laku dan sentuhan
Kaedah ini paling berkesan untuk memperlihatkan kemesraan dan kasih sayang. Melalui belaian sentuhan dan pelukan akan meninggikan lagi tahap kemesraan seseorang dengan individu lain. Dalam kontek dakwah kaedah ini dapat dilakukan oleh seorang pendakwah seperti berjabat tangan berpelukan dan mengusap belakang mad’u.
4. Paralanguage
Memberi fokus terhadap bunyi dalam bentuk pitch dan rate. Interprestasi dapat dianalisis berasaskan nada, ritma, infeksiartikulasi dan responden. Analisis perlakuan dapat dinilai mengikut mood individu berkenaan.
5. Proxemics
Merujuk kepada persepsi manusia terhadap ruang interaksi. Terdapat jarak komunikasi yang bercorak intimate pribadi dan hubungan awam. Interaksi akan berkesan jika setiap individu menghormati pegangan nilai budaya dalam ruang peribadi.
6. Kepentingan artifak
Merujuk kepada pengenalan kendiri berasaskan objek seperti cermin mata barang kemas pakaian alat-alat solek dan lain-lain. Artifak berperanan sebagai lambang komunikasi yang menggambarkan ciri-ciri personaliti seseorang.
7. Faktor persekitaran yang wujud
Suasana yang tenang, bilik teratur dan gambar lukisan yang menarik serta mempengaruhi proses interaksi. Faktor ini juga merupakan salah satu cara yang dapat mempengaruhi dari aspek pemahaman berkomunikasi (Chek Mat.2007:155).
0 comments:
Post a Comment