Followers

Pages

Friday, March 8, 2013

Isu beg berat bebanan pada pelajar



Assalamualaikum..

Kali ni blog diupdate atas tajuk beg berat beri bebanan pada murid-murid. Macam biasalah sebagai seorang guru ada sahaja perkara yang dirasakan pelik. Pelik?? maksud aku pelik sebab murid terbeban dengan buku-buku yang terpaksa dibawa ke sekolah (padahal murid-murid dibekalkan jadual harian)

Kenapa??

Kalau dahulu ibu bapa menyatakan rasa ketidakpuasan hati melalui PIBG bahawa anak-anak mereka terbeban dengan buku-buku yang dibawa ke sekolah sehingga ada ibu bapa yang mencadangkan supaya  lokar dibina di sekolah bagi memudahkan penyimpanan buku. Bagi aku itu tidak mendatangkan masalah. Tapi ibu bapa perlu tahu anak-anak mereka dibekalkan kerja rumah. Jadi nak tak nak mereka kene bawa pulang buku-buku tersebut untuk memudahkan mereka menyiapkan segala kerja yang dibekalkan oleh guru. 

Sekarang ini kita sedia maklum tentang KSSR hanya 2 buah buku yang dibekalkan kerajaan iaitu buku teks dan buku aktiviti. Buku tulis adalah sampingan sahaja. Aku kira ia kurang membebankan murid berbanding tahun-tahun sebelum ini ada 2 buku aktiviti yang dibekalkan dalam sesebuah subjek

So apa yang tak puas hati??

Ikutkan aku sebagai guru memang rasa ketidakpuasan hati terhadap penilaian ibu bapa terhadap subjek yang diambil oleh anak-anak mereka. Aku tahu subjek teras menjadi keutamaan. Aku x tau apa yang menyebabkan subjek elektif seperti dianak tirikan. Sebenarnya satu perkara yang agak mengecewakan aku bila ibu bapa nak kurangkan bebanan terhadap anak-anak mereka dengan mengurangkan pembawaan buku-buku ke sekolah iaitu dengan cara anak-anak perlu bawa buku subjek Teras sahaja dan subjek sampingan tinggalkan dirumah. Subjek sampingan dengan erti kata lain subjek elektif. Antaranya Pendidikan Islam. Pada mulanya aku kurang mempercayai kata-kata murid aku ni. Almaklumlah budak-budak ada je cerita yang nak direka sebagai cara nak selamatkan diri dari kena marah. Tengok-tengok  esok lusa pun alasan yang sama. Jadi aku minta kebenaran murid ni untuk aku spot check beg tersebut. Memang betul dia tak bawa dan aku laporkan pada guru kelas dia agar dapat menghubungi ibu bapa murid tersebut. Bukan seorang sahaja yang bagi alasan yang sama tapi ramai lagi pelajar yang berikan alasan yang sama iaitu "mak tak bagi bawak sebab beg berat"..



Kepada ibu bapa semua dulu aku juga seorang pelajar yang mana aku akan sentiasa pastikan semua buku aku dibawa ke sekolah bagi mengelakkan diri aku di marahi guru dan bagi memastikan aku up to date dengan subjek yang aku pelajari. Mak sendiri pun akan sentiasa berpesan jangan tertinggal buku. Cuba belajar cara hidup susah.

Jangan rasa bila kita sebagai ibu bapa dulu hidup susah dan sekarang hidup senang so ambil keputusan tak nak anak-anak kita hidup susah macama kita dahulu. Yer la mungkin mak ayah dulu bawa beg berat jalan kaki dari rumah ke sekolah so mereka tak nak benda-benda ni terjadi kat anak-anak mereka..Actually hidup susah yang akan membawa kita kepada keazaman untuk terus mengubah dengan cara yang lebih baik. Tapi kalau kita dah berjaya dengan cara yang mudah adakah mudah untuk kita selesaikan sesuatu perkara yang sebenarnya mudah untuk kita selesaikan. (tepuk dada tanya iman)

Cuba kita imbas kembali sirah Rasulullah yang mana baginda berulang alik sejauh 4 km ke Jabal An-Nur untuk beribadah. Sampai di kaki bukit Jabal Al-Nur baginda mendaki sejauh 634 meter untuk sampai ke Gua Hirak. Pendakian baginda bukan mudah, baginda terpaksa mendaki bongkah-bongkah batu yang besar dan licin.

Itu zaman nabi sebab takde kereta or pengangkutan. Sekarang zaman moden pergi sekolah naik kereta, paling biasa pun naik motor. yang tanggung berat adalah kenderaan. Anak-anak tanggung berat hanya semasa nak membawa beg ke dalam kawasan sekolah sehingga masuk ke kelas.

Percayalah wahai ibu bapa.. adalah berbaloi bila kita memberikan sedikit ruang kesusahan pada anak-anak  kerana mereka akan jadi yang terbaik kelak kerana sedikit kesusahan adalah suatu penghargaan untuk mereka menjadi yang lebih baik. Kerana kesusahan mengajar mereka "Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian"

Kerana aku sendiri dah hadapi semua ini.

(SORI kalau ada terkasar bahasa..)

Wednesday, February 27, 2013

PBS dan bebanannya

Luahan hati seorang guru..
** Dari seorang sahabat

Isu PBS… apa bebannya… senang je kate deme … Mari tengok beban ke tidak …. Untuk memberi lebih gambaran / perkongsian pengalaman dan pemerhatian saya …
Contoh
1. Guru mengajar 24 waktu seminggu, 8 kelas, 1 kelas 36 orang pelajar
2. Selesai menilai 1 evidens bertulis … guru perlu memasukkan evidens ke dalam fail individu pelajar setiap kelas (36 pelajar x 8 kelas = 288 fail setiap kali nak masukkan dan keluaran evidens)
3. Waktu memasukkan evidens adalah pada masa waktu luang (free period) cikgu
4. Kelas cikgu2 mengajar 24 waktu (1 waktu = 30-40 minit) kadang2 ditambah waktu ganti kelas guru yg tidak hadir menjadikan 28 waktu seminggu
5. Ada ketika cikgu diminta melaksanakan tugas luar (termasuk Sabtu dan Ahad perkara biasa)
6. Kemudian cikgu perlu key in secara online band yang telah dilaksanakan oleh pelajar secara individu (alah … senang saja … cikgu tik saja kata deme…. Haaa…haaa…)
7. Cikgu pun buka lap top … mengajar sessi petang … tiba2 talian internet pulak ditutup konon dah lebih pukul 5 (adusss!!!)
8. Cikgu pakai broadband sendiri …. Berpusing2 (rendering) kekadang sampai 10 minit baru dapat … elok saja nak key in … loceng bunyi … masuk kelas … laksanakan PBS utk kelas berikutnya …
9. Ada pulak pelajar tidak hadir pada hari berkenaan … tidak ada band utk pelajar berkenaan … kerana ada band 1 tidak dilaksanakan … suPBS sekolah dan pengetua panas punggung kerana disergah PPD … cikgu ditekan supaya beri band pada pelajar tersebut dgn ayat “walau apa cara pun cikgu bagi band kat pelajar berkenaan” … mahu x mahu cikgu pun kadangkala gunakan masa luang utk menyelia pelajar berkenaan dan curi masa cikgu lain … maka berebut2 lah cikgu nak ambil pelajar berkenaan utk siapkan PBS … hu..hu… hipokrit … ada juga yg ambil jln mudah tik saja online habis cerita…
10. Cikgu sakit … masuk wad tertekan PBS… bila sihat datang balik sekolah terpaksa kejar masa utk siapkan kerja PBS yg terbengkalai … kelas pulak dibatalkan sebab ada program sekolah seperti raptai sukan, tuan rumah pertandingan dsb.
11. Ada juga kelas PBS termiss sebab kebetulan cuti umum jatuh pada hari yg ada subjek tertentu … problem lagi …
12. SUPBS sekolah pun wujudkanlah keseragaman ‘konon’ utk memudahkan guru2 … beban lagi kalau x buat, dituduh ingkar perintah… kata LPM beri kebebasan pada guru (bila sampai sekolah jadi slogan aja la)
13. Guru perlu menyediakan evidens tidak kurang dari 50 (50 x 8 kelas x 36 pelajar = 14400 evidens) kalau setiap evidens bercetak, katakan sehelai setiap eviden dah ada 14400 helai kertas. Kalau ada 8 subjek (8 x 14400 = 115200 helai kertas … banyak tu). Kalau di Malaysia ada10,066 (10066 x115200 helai kertas = 1158912000 helai kertas) Berapa banyak pokok yg perlu ditebang kerana PBS/ berapa banyak duit perlu dibazirkan. Guru nak buat secara lisan … boleh tapi ada “pihak” nak bukti pulak … ada yg minta gambar aktiviti … kena cetak …heeemmm 2x5 saja.
14. Boss kata pulak “saya x kira … cikgu tidur ke, bangun tengah malam ke … saya nak benda ni siap pada sekian… sekian haribulan” patut ka cakap macam tu … ingan mesin kea pa? mesin pun kena rehat jugak … kalau tidak lingkup! Kos lagi mahal … kalau cikgu “lingkup” apahal?

15. Bila mesyuarat PBS cikgu2 bagi cadangan nak meringankan beban … dicap pembangkang … hantar nama kat PPD minta tukarkan cikgu berkenaan … parasit!
16. Fail individu pelajar sebenarnya boleh diganti dengan fail mengikut subjek … satu kelas ada 8 subjek … baru 8 fail … x perlu fail tebal kerana evidens akan dipulangkan pada pelajar selepas keyin online … jimat masa guru dan pelajar … Boss kata takut pemantau … jawb ja la rasional kat pemantau …. apa masalahnya … yg jadi masalah kalau cikgu x buat PBS …
17. SUPBS sekolah pula nak setiap guru ada fail pentaksir … isinya jadual waktu, biodata guru, evidens, surat lantikan pentaksir, tugas guru dll… (ini semua kerja mengarut … apa guna Buku Persediaan Mengajar lagi kalau dah macam tu … semua maklumat tu dah ada dalam buku tersebut … nak apa lagi … Surat Lantikan Pentaksir pun sebenarnya dah x relevan kerana jadual waktu dah dikira sebagai arahan utk melaksanakan PBS
18. Setelah semua keadaan di atas diambil kira berapa baki waktu luang cikgu untuk buat perancangan / persediaan PBS untuk kelas dan subjek berikutnya … tepuk dada tanya …
19. Cikgu/mereka yg kata PBS ni mudah … x mengajar pun kelas PBS… kadang2 JU yg bagi kursus dan bagi idea yg cukup hebat pun x pernah mengajar kelas PBS pun…
20. Harap pihak Pegawai KPM buka mata dengan tulisan ni …
 Aku pun seorang guru bila aku baca aku faham situasi guru ni. Secara keseluruhan PBS banyak memberi tekanan pada guru. PBS membuatkan guru tidak dapat menumpukan pengajaran dan pembelajaran mereka dengan baik. PBS juga menyebabkan banyak kertas diguna pakai secara automatik "Kehijauan" akan semakin merosot. 
 Aku tahu kerajaan nak yang terbaik untuk pelajar tapi sila fikirkan kesan dengan pelaksanaan yang sedemikian rupa..Aku rasa boleh buat penmabahbaikkan. 

Kerana aku juga merupakan seorang guru yang merasai bebanan

Monday, February 25, 2013

Kemanisan bila mendekatiNya


Assalamualaikum..

Hari ni seperti biasa blog akan diupdate..tapi kali ni islamik skit..tentang turun naiknya iman. Iman kita tak selalunya tinggi menggunung. Kadang Allah akan duga dengan perkara yang kita sendiri tak dapat nak elak..Allah duga kita tandanya Allah sayang kita sebab Allah nak tau sejauh mana kita sayang pada Allah.

Kita semua sayang Allah??

Kita suka lahirkan melalui kata-kata bahawa kita sayang Allah tapi kadang kala bila Allah uji iman hambanya maka kebanyakan manusia akan jatuh tersungkur. Cuba kita muhasabah apa yang tidak kena pada diri kita sendiri.

Berlaku ke??

Pada pandangan aku bila Allah uji kita,  cuba kita ambil  sedikit masa untuk bermuhasabah. Kadang-kadang ujian Allah itu adalah kaffarah kita di dunia. Itu adalah yang terbaik sebab kita akan kurang menanggung dosa di akhirat kelak. Cuba kita berhusnu zhan dengan Allah. Dulu aku pun ada perkara yang buat aku "terjatuh" akhirnya aku sedar Allah tu sayangkan aku dan ujian yang Allah bagi adalah untuk menyelamatkan aku daripada berterusan dengan dosa (thanks Allah ^^)


Syaitan ni tak suka kalau manusia ada iman yang tinggi. Mereka akan cuba menjatuhkannya dengan cara mereka. Sungguh unik dan bijak. Bagaimana mereka menjatuhkan Nabi Adam dan Hawa begitulah mereka akan lakukan kepada anak-anak Adam hingga hari Kiamat. Nabi Adam dan Hawa termakan hasutan syaitan yang menjelma lalu menghasut Adam dan Hawa untuk makan buah Halkum yang mampu menjadikan mereka kekal cantik selamanya. Akhinya Allah mengeluarkan Adam dan Hawa dari syurga. Maka tatkala itu bergembiralah syaitan dengan perkhabaran tersebut.

Syaitan tidak pernah berputus asa menghasut anak-anak Adam. Begitu juga aku sebagai anak Adam. Semakin kita dekat kita akan rasa kemanisan mendekatiNya itu. Tapi tatkala aku merasainya timbul halangan. Perkara yang aku cuba untuk jauhkan tapi aku tak mampu kerana rasa bersalah. Tapi untuk pengetahuan bila kita dah dekat dengan Allah..Allah akan selamatkan kita dengan detikkan melalui pintu hati. Tapi bila kita tidak mempedulikkan detikkan itu maka kita akan mula jauh dari kasih sayang Allah. Sebenarnya pada pandangan aku detikkan itu yang Allah sentiasa ketuk dalam pintu hati manusia dan itu juga merupakan ketukkan hidayah. Dari situ kita akan ada 2 pilihan samada buat atau tidak. Kalau kita pilih jalan yang salah maka kemungkinan Allah akan ketuk untuk hari yang lain..Tapi kita sebagai manusia bila nak menyedarinya?? takkan tunggu dah tua baru kita nak sedar.. Rumah kata pergi kubur kata mari...

Marilah kita sama-sama mencari semula kemanisan iman itu dan InsyaAllah aku akan berpegang teguh dengan pendirian aku...(Ya Allah tetapkanlaah pendirian aku. jauhkan aku daripada rasa kasih yang bukan pada tempatnya) aminn

Bila kita sayang Allah..Allah akan sayangkan kita.Semakin kita dekat pada Allah..Kita akan rasa Allah itu dekat dengan kita. Percayalah Allah itu adalah segala pengubat duka dan lara. Yang penting jangan berputus asa denganNya (nasihat untuk diri aku juga)

Kesimpulan..

Jom dekatkan diri pada Allah. Allah aka sentiasa ada dengan kita walaupun kita sedang "jatuh". Allah akan hadiahkan kita yang terbaik kerana mahar Allah itu tinggi nilainya..

Thursday, February 21, 2013

Bakal terlaksana

                     
Assalamualaikum..

Hehe kali ini blog diupdate atas ucapan syukur pada Allah yang masih memberi peluang untuk aku menggapai azam yang telah lama aku tanamkan..Terasa diri ini amat bertuah berpijak di bumi Allah.

Azam apa??

Hehehe azam yang dah lama aku tanamkan sejak 2010..iaitu sambung Master. Sebelum ni aku dapat tawaran di UM dan UKM..Tapi terpaksa tolak sebab masa bertindan dengan waktu keje aku. Kadang putus harapan bila kos yang aku nak tiada dalam bentuk PBJJ (jarak jauh). Last2 aku jumpa website yang ada PBJJ tetapi bukan kos yang aku inginkan. Tetapi kos yang sama dengan degree aku. hehehe...Apa-apa pun Alhamdulillah coz Allah dengar doa aku ni...Yang penting jangan putus harapan dengan Allah.  Master aku hanya mengambil masa 2 tahun sahaja. Selesai master aku akan cuba pergi ke PhD (azam aku yg seterusnya)..^_^

 Nape dulu tak nak sambung??

Dulu dah sambung sebulan tapi terpaksa berhenti sebab kewangan tak mencukupi. Sebab lain juga aku ditawarkan untuk Diploma perguruan. Siap dengan elaun. tu yang aku terpaksa "turun" balik. Niat aku bukan nak duit. Tapi hidup memerlukan duit. Cuma perbaiki niat kita kerana Allah. InsyaAllah berkat. So skunk aku dah jd guru. That,s why baru skunk dapat sambung. Tapikan kalau tengok perjalanan hidup aku Allah dah susun cantik dah. Coz Allah dah sediakan aku kerja yang baik dan kewangan yang insyaAllah mencukupi untuk diri aku dan sedikit sebanyak untuk keluarga aku dan seterusnya untuk pengajian aku.  InsyaAllah aku akan cuba percukupkan untuk pengajian aku. Thanks Allah sebab sentiasa dengar doa hamba Mu ni..(sayang Allah sangat-sangat ^^)


Yuran ??

Hah bab yuran ni sedikit melemahkan semangat aku. Tapi apa-apa pun duit boleh dicari..sem 1 je 5k. mak aii berbeza dengan Master sepenuh masa hanya 1k je untuk sem 1. Nak tunggu duit cukup mesti tak dapat. So Tawakkal ala Allah.. yang tu aku akan fikirkan apa jalan yang terbaik.

Bila nak sambung? 

Bulan 3 ni...hahaha...UKM WAIT FOR ME..Lalalala


Sunday, February 10, 2013

Zina dan penyelesaiannya dalam cerita "Setia Hujung Nyawa"


Assalamualaikum...
Hehehe ada benda yang aku nak update kali ni tentang cerita drama Melayu yang aku rasa kurang berpuas hati dalam mendidik jiwa penonton. Jiwa yang bagaimana?? Dalam menyelesaikan isu Zina. Kalau nak dilihat dari sudut mata aku cara penulis skrip menyelesaikan isu zina adalah dengan cara mendiamkan diri. Opss inikah ibu bapa akhir zaman.

Cerita apa ekk??
Baru-baru ni aku tengok cerita "Setia Hujung Nyawa"..Bagi aku ia adalah cerita yang digilai oleh semua anak murid aku termasuklah housemate2 aku.  Perghhh tertarik gak aku..hehehe tapi aku tak tengok mana pun..sebab siaran cerita itu berlangsung pada pukul 7 pm hingga pukul 8 pm..So aku layan selepas selesai tunaikan tiang agama. Itupun kalau aku rasa nak tengok heheh sebab aku lebih suka duduk dalam bilik buat kerja. So cerita dia aku tak pasti sangat tapi yang penting sinopsis ringkas (jalan cerita) aku dah tau.

Macam biasa laa cerita gadoh2 manja yang mana hosmate aku semua duk layan kata sweet..alahai dalam hati aku..jiwang gle kot..tolong laaa cerita melayu semua sama je. Bukan aku tak nak sokong industri seni melayu tapi aku tengok kebanyakan cerita dia macam takde nilai baik yang boleh diterap kat mata penonton. Aku lebih suka layan cerita islamik. Macam Nur Kasih. Banyak nilai baik yang berjaya diterapkan.

Sebelum ni aku layan cerita Setia Hujung Nyawa masa awal-awal episod. cuma masuk waktu je aku tinggalkan cerita tu. Tapi ada satu part yang buat aku tinggalkan cerita tu dan layan sekali sekala je (5 or 10 minit dalam sejam). Bahagian tu adalah semasa ibu dia tau yang anak dia El Selina mengandung anak luar nikah. Si ibu  just mendiamkan diri sehinggalah suaminya Zain tahu yang isteri dia jadikan dia kambing hitam. Walhal El Selina tidak tahu yang dia mengandung.

Bagaimana nak tau mengandung ke tidak?

Part tu yang buat aku geram. Pertama sekali bab El Selina mengandung dan dia tidak tau yang dia mengandung. Bagi aku la secara logiknya bila dah buat seks tanpa sebarang alat perlindungan maka wanita kene tau yang dia kemungkinan besar akan mengandung dan wanita perlu tau tanda-tanda orang mengandung ni adalah muntah or loya. Paling tidak pun mereka tak didatangi haid selama beberapa bulan (nak tau kene la baca buku..hehehe)

Yang kedua tolong jangan buat seks sebelum halal (zina). Dalam ayat Quran dah ditegaskan "Dan janganlah kamu hampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan jahat" Surah al-Isra': 32. Dah terang-terang ayat Quran sebut macam tu. Tapi still juga nak buat. Cuba berpuasa atau segerakan pernikahan untuk elakkan segalanya. Lagi satu bila dah pandai buat jangan kata "saya tak tau mcmner boleh mengandung". Mak aiii ingat buat seks ngan ayam kampung ke sampai tak tau mcmner ley mangandung. Hmm bukan aku nak pandang hina pada orang yang wat zina tapi tolonglah jaga maruah kamu wahai wanita. Kadang perempuan ni lebih suka serah harga diri hanya nak buktikan cinta pada lelaki. Aduhaii.

Sebab lain buat aku tak suka cerita "Setia Hujung Nyawa"??

Sebab kedua juga adalah jalan cerita dia yang mana seorang ibu (Raja Emma) sepatutnya menegur sikap anak dia yang buat kesalahan zina tetapi dia hanya melepaskan rasa kecewe dengan air mata dan mendiamkan diri. langsung tidak menegur atau nasihat. Manakala ibu Zain (Zila Bakarin) hanya menitiskan air mata sahaja bila tau anaknya Zain pun sebenarnya bukanlah anak lelaki yang baik.  Adakah ini cara terbaik mendidik anak-anak akhir zaman. yang mana bila dah tau anak mereka sudah berzina maka disembunyikan dan tiada teguran atau nasihat diberikan pada si anak hanya kerana "benda dah berlaku".  So penonton yang menonton cerita ini terutama ibu bapa akan merasakan yang mereka akan terus ambil jalan mendiamkan diri bila tau anak-anak perempuan mereka buat zina. Mungkin terdetik dalam hati mereka "Benda dah berlaku. mendiamkan diri adalah jalan terbaik. betul jugak cerita ini". Itulah kesan cerita yang akan terpalit pada penonton. bagi aku martabat cerita ni dalam mendidik penonton sangat rendah terutama bahagian yang aku cuba fokuskan. Hahaha kelakar pulak rasanya.. nasib baik aku dapat ibu yang tegas bab-bab agama. Alhamdulillah

Paling penting hukum agama (tiada istilah menghalalkan yg haram)

Ni yang paling aku kesalkan. Seorang wanita yang telah mengandung perlu tau, apabila hendak berkahwin dengan lelaki yang lain perlu melahirkan anak dahulu dan hendaklah melepasi tempoh iddah yang telah ditetapkan oleh Islam. Ini adalah perkara yang wajib.  Cerita ni pula menggalakkan perempuan yang terlanjur dengan orang lain kahwin pula dengan owang lain tanpa perlu melahirkan anak yang dikandung dengan alasan malu dan perlu ada kambing hitam..Masa nak terlanjur naper tak pernah pikir malu. bila dah buat baru nak malu. Istighfar banyak2..cerita oh cerita..

Apa kesannya??

Bila tiada teguran dari ibu bapa terhadap anak-anak mereka yang berzina kesannya lahirlah ramai anak luar nikah di Malaysia ini. kalau rasa bertanggungjawab tu takpe la. kat akhirat tanggung dosa zina je la Tapi ni yang jenis buang macam sampah. Dah dua dosa dah tu. Dosa zina dan membunuh. Aku rasa binatang pun sayang anak-anak dowang. Tu yang takder otak. Kita ni manusia ada otak pulak terbalik (maaf kalau rasa ayat ni kasar)


 Kesimpulan

Nasihat ni untuk diri aku dan semua wanita diluar sana. Untuk wanita tolonglah jaga maruah dan harga diri sendiri dan keluarga. Kepada penulis skrip..karanglah skrip yang berikan pembelajaran yang baik pada penonton terutama cara menyelesaikan masalah. kalau masalah berat diselesaikan cara yang mudah maka ramai yang akan buat kesalahan yang sama. hehehe itu je..Tulislah skrip yang berikan kesan dan nilai positif pada penonton. Penulis skrip berperanan penting dalam memastikan drama mereka mereka mendapat tempat di hati penonton. Jangan tambat hati penonton sehingga menghalalkan yang haram. Kerana cerita-cerita drama sebegini berikan kesan yang sangat mendalam dan penonton juga mudah mengikut apa yang idola mereka lakukan. Tu baru dua benda je yang aku komen yang lain aku malas nak komen sebab sama je jalan cerita dengan drama lain.  Cerita ni aku tengok terlalu mengambil jalan mudah dalam menyelesaikan isu zina. Tapi aku ada baca sebuah blog yang menyatakan bahawa kesimpulan cerita " Kalau lelaki itu berzina maka pasangannya itu juga adalah penzina". Bagi aku jodoh itu ditangan Allah.

Wassalam


Thursday, February 7, 2013

"Ustazah maafkan saya"

Assalamualaikum...
Agak lama tak menjengah blog ini. Kali ini blog diupdate atas tajuk Ustazah Maafkan Saya. Ini adalah pengalaman pertama aku berhadapan situasi ini. 

Pengalaman apa??
Selama aku mengajar aku sangkakan pelajar KL ni serba ada. That mean mampu laa nak beli benda yang bernilai seringgit dua ringgit ni. Lagi-lagi kalau minta kat mak bapak. Anak minta singgit mak ayah bagi rm 2 hinggit.. hehehe sebab aku lihat keadaan sekolah aku. Mak ayah sanggup datang balik hantar duit bg kat anak dia walaupun masa tinggal lagi 2 jam untuk balik (dh lepas rehat pun sanggup lg). Bukan tu je mak ayah ni sanggup tunggu kat kantin sampai petang nak tunggu anak dia. Padahal kat umah ada banyak lagi masa yang boleh diluangkan sehinggakan keluar surat yang tidak membenarkan mak ayah tunggu kat kantin sekolah..Huhuhu

Itu je?? 
Hahaha dah melalot.. ok2 nak diringkaskan cerita masa aku megajar subjek aku (jawi) aku suruh pelajar-pelajar keluarkan buku tulis. Almaklum nak belajar menulis. Tetiba ada la dua tiga pelajar bagi alasan tak bawa buku. Aku pun tanyala nape tak bawak buku. Alasannya tak logik. Tapi aku biarkan sahaja. aku hanya nasihat kat mereka buat dekat rumah. Selepas itu macam biasa kelas yang sama aku suruh pelajar aku bukak buku tulis tapi ada pelajar yang sama juga tak bawa buku tulis. Aku tanya kat dia kenapa tak bawa. Pelajar ni hanya mendiamkan diri je. Aku naik kompius..Aku renung wajahnya dan aku tengok dirinya atas bawah. Pastu aku biarkan sementara pelajar tersebut. Tiba-tiba dia datang pada aku dan dia kata "Ustazah saya minta maaf. ayah saya takder duit nak beli buku tulis". Mak aii time tu luluhnya hati aku. Aku plak rasa nak nangis. Pastu dia tunjuk kat aku buku tulis yang dia ada. Mak ii lagi terkejut..Sebuah je buku dia, kat situ lah matematik, BM, dan subjek lain. "Rajin budak ni".  Aku ingatkan zaman tak mampu tu dah berakhir. Tapi ada juga timbul dicelahan manusia lain. Aku hanya pegang bahu pelajar itu dan aku kata "takper nanti ustazah belanja buku. kamu belajar rajin-rajin tau". Aku mula rasa sayang kat pelajar itu (bukan pilih kasih). Teringat plak masa aku sekolah rendah dulu..huhuhu

So after that??
Cehh BI konon..huhuhu pastu esoknya aku bagi dia buku tulis dan aku pesan kat dia "buat cantik-cantik. Buku ni untuk jawi je. Jangan campur aduk". Dia senyum..Aku bukan nak tunjuk baik dalam cerita ni. Bagi aku itu antara tanggungjawab aku pada anak murid. Tapi aku nak ceritakan masih ada pelajar yang susah yang perlukan perhatian guru.

Kesimpulan??
Please jangan menghukum murid ikut hati. Sebab aku rasa ada sebab kenapa mereka tak bawa buku. Tapi kalau yang tertinggal tu terpulang pada guru nak denda atau tidak. tapi yang jenis diam ni. kita tak tau masalah sebenar mereka. mungkin mereka malu untuk luahkan. just take time.

Thursday, January 31, 2013

Antara Guru dan Ibu Bapa

Assalamualaikum...

Sengaja luangkan sedikit masa untuk update blog ni..lama terbiar..^^.. kali ni blog diupdate dengan tajuk antara guru dan ibu bapa..Sekadar nak meluahkan tanggungjawab seorang guru dan tanggungjawab ibu bapa..

Ada yang tak kene ke??
Hmm sebenarnya jd guru ni seronok. Lagi-lagi mengajar sekolah rendah..Kita akan lihat banyak kerenah pelajar..Sebenarnya pelajar adalah klien bagi seorang guru. So guru kene buat yang terbaik untuk pelajar-pelajar dia. Tapi apa yang nak dilihat disini adalah tentang ibu bapa yang meletakkan tanggungjawab guru semata-mata untuk mendidik anak-anak mereka. Bagi kelas pertama ibu bapa mereka amat ambil berat akan anak-anak mereka. Segala keperluan dan kehendak akan dipenuhi. Mereka juga akan melihat segala tanggungjawab sebagai seorang murid juga dapat dilaksanakan oleh anak mereka dengan baik..Tetapi sebaliknya di kelas hujung. Mereka seolah-olah terbiar. Ibu bapa seolah-olah tiada masa untuk meluangkan masa dengan anak-anak mereka sehinggakan kerja rumah mereka pun terabai. 

Cuba kaitkan dengan diri aku sebagai guru?

Sebenarnya aku mengajar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab untuk tahun 1. Biasanya huruf hijaiyyah tunggal adalah topik utama untuk diajar. Aku telah buat sedikit perbandingan dan aku dapati kelas hujung ni sukar menguasai huruf hijaiyyah tunggal. Mereka juga tidak dapat membuat perbandingan dengan baik. Aku rasa agak kecewa. Adakah pendidikan agama terutama iqra' tidak penting di dunia akhir zaman. Untuk tahun satu mereka seharusnya dapat menguasai huruf hijaiyyah tunggal. paling tidak pun mampu menyebut dengan baik. Tidakkah ibu bapa kasihan pada anak-anak mereka yang ketinggalan dalam jawi atau Iqra'

Lain ada ke..??

kat sini ingin sangat aku luahkan kepada ibu bapa yang berada diluar sana tolonglah jangan bezakan pelajaran teras dan elektif. Aku tau mereka nak anak-anak mereka berjaya jadi seorang doktor, engineer, peguam dan apa sahaja dalam bidang kerjaya tapi mereka kene ingat semua ni kene diseimbangkan dengan ilmu akhirat. Aku bukan meluahkan kerana aku dah bosan bekerja sebagai guru.. Aku suka dengan kerjaya guru walaupun guru bukan cita-cita sebenar aku. Tapi aku nak luahkan tolonglah hantar anak-anak ni ke kelas mengaji. Ibu bapa mampu menghantar anak-anak ke kelas tuisyen yang mengenakan cas yang tinggi. Tetapi kenapa kelas mengaji yang aku rasa lebih rendah harganya atau percuma tidak digunapakai oleh ibu bapa. Kalau rasa tak mampu juga, anda sebagai ibu bapa perlu luangkan masa mengajar anak-anak mengaji di rumah. 15 minit sehari pun sudah mencukup.

Selain dari itu juga kebanyakan kelas hujung tidak mampu membaca dengan baik. Walaupun aku masih bujang tapi sekiranya aku berada di tempat ibu bapa aku akan letakkan agama di tahap pertama. Aku nak anak-anak aku menguasai agama kerana aku nak mereka berjaya dunia dan akhirat. Atleast bila aku tiada di muka bumi ni ada insan yang dapat bekalkan al-fatihah dan yassin serta amal jariahnya untuk aku diakhirat (hahaha klau dah kahwin la)

Nasihat pada ibu bapa?

Just nak nasihat.. kalau kita meneruskan sikap mengganggap subjek Pendidikan Islam tidak penting atau hanya mengganggap ia subjek tepian maka kita kene ingat bila ibu bapa meninggal dunia doa anak yang soleh sahaja yang akan dibawa ke akhirat.. Bayangkanlah kalau anak-anak tak tau nak bace yasiin untuk anda semua.Dunia hanya pinjaman dan akhirat kekal abadi..

Kesimpulan..

Pleasee hantar laa anak-anak mengaji sebab nak ajar diorang kat kelas tak cukup masa. Kami guru-guru hanya dibekalkan 6 sahaja masa bersamaan 3 jam dalam seminggu. 1 jam hanya untuk jawi. Kami nak yang terbaik untuk anak murid kami. Dan kami perlukan kerjasama ibu bapa untuk bersama-sama memberikan yang terbaik untuk pelajar.

Hahaha terluah pun akhirnya...(ayat dah tunggang langgang..sori)

Sunday, January 20, 2013

Hadiah Allah pada hambaNya

"Jika ALLAH tak memberimu seseorang yang kamu impikan,
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang memimpikanmu.

Bila ALLAH tak memberimu seseorang yang kamu rindukan,
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang merindukanmu.

Bila ALLAH tak memberimu seseorang yang kamu dambakan,
Semoga Dia memberimu seseorang yang mendambakanmu.

Bila ALLAH tak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang Mencintaimu.

Yang bukan HANYA kerana apa yang ada padamu ....
tapi apa adanya dirimu !!!
Sujudkan Hati & jiwamu,,

Semoga ALLAH memberi kita yang TERBAIK
Dengan segala Kerendahan hati & ketakwaan kepadaNYA..
Kerana ..Jodohmu tak akan jauh sifat, pribadinya sepertimu "
 
 
Acap kali aku baca ayat ini..ia membuatkan aku terdetik besar dan indah takdir Allah itu.Kita tidak pernah tau apa yang tersurat dan tersirat. Kadang kala kita hanya tau menyalahkan takdir namun kita tak pernah membenarkan hati kita untuk bermuhasabah. Apa yang pasti Allah dah sediakan kita yang terbaik untuk kita berdiri di atas muka bumi ini.

Tatkala aku perhatikan ungkapan ayat ini aku dapat rasakan Allah sentiasa sayang aku. Ayat ini mengingatkan aku tentang seseorang. Suatu masa dahulu Allah jauhkan jodoh antara kami. Semuanya ada hikmah. Pada awalnya hubungan kami terbina kuat dengan istikharah akhirnya terlerai bila Allah bukakan perkara yang tersirat dari dirinya. Tatkala sedih menyelubungi akhirnya aku dapat jawapan. Aku dekatkan diri aku pada Dia..Aku bermuhasabah dan aku yakin Allah hendak memberikan aku hadiah yang lebih baik.Ini kerana  dia mampu melengkapkan aku dengan urusan dunia.. namun dia tidak mampu melengkapkan aku dengan agamaNya. Masakan tidak dia banyak heret aku ke jalan yang aku alpa denganNya. Tapi aku tak salahkan dia..Diri aku yang salah sebab tak cukup iman di dada.
 
Kehebatan cinta ni mampu menjerat manusia. Akhirnya aku letakkan urusan cinta aku pada Allah. Aku biarkan cinta itu berjalan dengan sendiri. Sangat indah. Hanya bersederhana kerana jodoh itu telah disusun cantik di mata Allah. Tak perlu kita nak gapai dengan harapan tinggi walhal bila tak tercapai kita terus rebah dan susah untuk bangkit. Yakinlah pada jodoh kita bila kita sudah memilikinya secara halal.
 
Kepada hamba Allah yang di luar sana..hayati bait ayat ini. Jangan menganggap kehilangan orang yang kita sayang yang belum sah dan halal adalah pengakhiran hidup kita. 

ALLAH THANKS SAYANG KAT AKU

GAMBAR CURI

"Jodohmu tak akan jauh sifat, pribadinya sepertimu" perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan sebaliknya. Bila Allah nak uji hambaNya Dia akan uji tetapi ujianNya itu tidak lebih dari tahap kemampuan hambaNya untuk menerima. Sekadar menguji tahap iman hambaNya.

Saturday, January 19, 2013

Pengaruh Animasi Tempatan Dalam Membentuk Sahsiah Pelajar. Kajian Kes Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil


Pengaruh Animasi Tempatan Dalam Membentuk Sahsiah Pelajar. Kajian Kes Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil

1 Pengenalan

Animasi ialah paparan pantas susunan imej-imej seni 2D atau posisi model agar menghasilkan ilusi gerakan yang kelihatan hidup. Perkembangan animasi di Malaysia bermula dengan lahirnya ‘Unit Filem Malaya’ pada tahun 1946. Animasi Hikayat Sang Kancil adalah animasi pertama yang dihasilkan oleh Malaysia iaitu pada tahun 1978 dan ia mula ditayangkan sekitar tahun 1983. Kemudian tahun demi tahun animasi di Malaysia berkembang dengan penggunaan teknologi canggih seperti Upin Ipin yang menjadi ikutan kanak-kanak yang menontonnya. Begitu juga dengan Boboboi. Animasi adalah antara platform yang paling sesuai dalam membentuk sahsiah kanak-kanak terutama pelajar dan animasi juga boleh dijadikan produk identiti Malaysia dengan memaparkan sahsiah pelajar yang baik untuk dijadikan model pada pelajar antarabangsa. Animasi juga merupakan keperluan dalam memajukan industri animasi Malaysia.  Beberapa rancangan kanak-kanak telah dibentuk supaya kanak-kanak mempelajari nilai peribadi dan sifat-sifat yang positif. Animasi yang dibentuk ini menggalakkan kanak-kanak menggunakan daya pemikiran dan memberikan kemahiran memproses masalah. Ini sekaligus dapat membentuk peribadi pelajar untuk diterapkan dalam diri mereka. Animasi sangat mempengaruhi jiwa kanak-kanak dan sekaligus menjadikan animasi sebuah rancangan yang mempunyai ‘kuasa’ dan daya penarik tersendiri. Pelajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil adalah pelajar yang aktif mental dan fizikal. Keupayaan mereka meniru gaya dan watak animasi semasa waktu persekolahan menjadikan ia tarikan dan guru mula menggunakan nilai yang baik untuk dijadikan contoh dalam pengajaran dan pembelajaran harian.

2. Permasalahan Kajian

Animasi di Malaysia telah berkembang selaras dan kerajaan tidak pernah terlepas pandang dengan golongan karyawan seni kreatif ini. Kajian ini ingin menyelesaikan persoalan adakah animasi tempatan dapat membentuk sahsiah pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil. Secara khususnya persoalan timbul adakah animasi tempatan banyak memberikan pengaruh positif terhadap pelajar di sekolah ini atau sebaliknya. Sekiranya banyak pengaruh positif maka apakah nilai-nilai yang telah diterapkan dalam animasi tersebut untuk dijadikan contoh harian kepada pelajar.

3. Objektif Kajian

Dalam usaha untuk mengkaji pengaruh animasi tempatan maka penulis telah menggariskan tiga objektif utama yang diharapkan dapat direalisasikan.

1) Mengenalpasti animasi tempatan yang banyak memberi pengaruh besar kepada pelajar.
2) Membanding beza kadar pengaruh animasi tempatan dalam membentuk sahsiah pelajar.
3) Meneliti nilai-nilai yang telah diterapkan dalam setiap animasi untuk dijadikan ikutan pada pelajar.

4. Hipotesis Kajian

Penulis mengandaikan beberapa hipotesis yang akan dibuktikan, antaranya ialah :

1) Terdapat banyak animasi tempatan yang ditayangkan di kaca televisyen secara siri sekaligus menjadi daya penarik kepada pelajar.

2) Animasi tempatan banyak memberikan pengaruh positif kepada pelajar sekolah sekaligus dapat membentuk sahsiah pelajar.

5. Kepentingan kajian

Kajian yang dijalankan amat penting kepada pihak-pihak yang terlibat dalam bidang berikut:

1) Guru: Guru merupakan ibu bapa kepada pelajar di sekolah. Kajian yang berfokus ini akan dapat membantu guru menerapkan nilai-nilai murni yang ada dalam animasi tempatan untuk dijadikan ikutan pelajar. Guru juga boleh menggunakan nilai yang terdapat dalam animasi untuk dibawa ke waktu pengajaran dan pembelajaran seharian.

2) Pendakwah : Pendakwah memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan mesej tentang Islam. Oleh itu, pendakwah yang menyampaikan dakwah hendaklah melihat siapakah sasaran dakwah agar isi kandungan dapat diterima oleh sasaran dengan baik. Maka kajian ini adalah sesuai untuk dijadikan rujukan sekiranya sasaran pendakwah adalah kanak-kanak atau pelajar sekolah.

3) Penghasil animasi : Penghasil animasi merupakan golongan yang memainkan peranan yang penting dalam mengeluarkan kandungan animasi. Dengan kajian ini, maka mereka boleh menjadikannya sebagai rujukan untuk mereka mengahasilkan animasi yang lebih berpandukan nilai yang boleh membentuk sahsiah pelajar yang mana sekaligus ia mampu menyebarkan identiti pelajar di Malaysia.

4) Ibu Bapa : Ibu bapa adalah golongan yang penting dalam memastikan anak-anak meraka mempunyai sahsiah yang cemerlang. Tanggungajwab mereka juga sangat besar dalam menapis kehendak negatif anak-anak mereka. Kajian berfokus ini menjadi landasan untuk menentukan animasi yang banyak memberikan nilai baik yang sekaligus menjadikan anak mereka sentiasa berdisiplin.

6. Batasan Kajian

            Bagi memastikan kajian ini lebih spesifik dan terarah maka penulis telah memfokuskan kajian kepada animasi yang lebih diberi tumpuan pada pelajar iaitu animasi Upin Ipin, Boboboi,  Bola Kampung dan Ben 10. Skop kajian juga lebih terarah kepada jalan cerita yang mengandungi pengaruh positif dan negatif serta nilai yang baik yang terkandung didalam animasi tersebut yang mana ia sekaligus kerap menjadi ikutan pelajar dan boleh diserapkan dalam waktu pengajaran dan pembelajaran

Selain itu penulis juga membataskan kajian hanya di Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil. Ini disebabkan penulis adalah seorang guru di sekolah ini sekaligus dapat memudahkan penulis membuat kajian.

7. Metodologi Kajian

Dalam usaha untuk menjelaskan permasalahan kajian dan merialisasikan objektif-objektif  kajian maka penulis telah memilih metodologi berikut sebagai sandaran kajian.
           
7.1)      Jenis kajian:
                        Kajian yang akan dijalankan adalah kajian kepustakaan (Library @ Arm Chair Research) yang mengutamakan rujukan sumber. Dalam kajian ini, kaedah yang sesuai untuk diaplikasikan adalah kaedah kuantitatif. Ini kerana, sebahagian besar pengumpulan data adalah melalui pemerhatian dan soal selidik

8. Ulasan Kepustakaan

Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, penulis tidak menjumpai kajian yang serupa dengan kajian yang bakal dijalankan. Walaubagaimanapun penulis menjumpai kajian yang dijalankan tetapi melalui aspek yang berlainan iaitu persepsi guru terhadap penggunaan kartun dalam transformasi pengajaran penulisan karangan bahasa melayu. Dalam kajian ini dinyatakan bahawa penggunaan kartun dalam karangan mampu mewujudkan suasana yang seronok dan boleh mempengaruhi emosi murid.

Beberapa laman web yang penulis kaji mendapati bahawa secara keluruhannya berpendapat animasi boleh mempengaruhi pemikiran yang mana sekaligus menyebabkan mereka leka sehingga mengabaikan pembelajaran mereka. Ia juga sekaligus mempengaruhi perkembangan psikologi dan perkembangan minda pelajar.

Selain itu pembacaan penulis melalui akhbar Harian Metro, brtarikh 12 Januari 2013 pula mendapati tajuk ini hampir mendekati kajian penulis. Penulisan yang bertajuk Pantau Elemen Nagatif Program Animasi lebih berfokus kearah animasi yang diimport memberi pengaruh yang negatif seperti Sin Chan dan Hagemaru. NorAinon Othman menganggap nilai tidak baik ini mudah melekat dalam pemikiran pelajar. Selain itu animasi luar banyak memaparkan unsur kelucahan, keganasan dan pergaduhan tetapi penulisan beliau masih mempertahankan animasi tempatan dalam memberikan nilai yang baik kepada kanak-kanak.

Kisah silam

Assalamualaikum..

Hari ni tak nak bicara terlalu banyak..sekadar meluahkan melalui apa yang telah terjadi. Ermm kisah silam ni maksudnya sesuatu perkara yang terjadi pada masa-masa yang lalu. Thats mean perkara negatif dan positif.. Bagi aku semua orang ada kisah silam tersendiri. Termasuk aku.

Apa yang nak diceritakan ni??

Actually dulu aku ada seorang kawan yang ada kisah silam tersendiri sehingga aku tidak dapat nak menerima apa yang telah dia lakukan. Kisah silam dia buat jarak kami terlalu jauh. Semuanya kerana aku tidak dapat terima apa yang telah dia lakukan. Tapi bila aku fikir logik siapa aku untuk judge dia didunia..mungkin dahulu dia seorang yang jahat..hari ini mungkin dia lebih baik dari aku.. mungkin akan datang dia terlebih baik atau mungkin tidak.. kemungkinan itu adalah 50% untuk perubahan diri akan datang.

Apa maksud sebenarnya ni?

Aku pun ada kisah silam aku. Aku tau aku bukan perfect. Semua manusia tak perfect kat bumi Allah. Cuma Malaikat dan nabi-nabi yang diberikan wahyu oleh Allah untuk mengangkat umatnya jadi manusia yang taat perintah Allah je yang perfect. Tapi Nabi Muhamad pun pernah wat salah sehingga ditegur oleh Allah. Sekarang aku berada kat tempat dia. Baru aku tau susah jugak kita nak terima kisah silam seseorang bila kita dengan seseorang yang agak perfect. Allah nak uji aku. Aku terima sebab aku tau segala yang Allah uji itu ada hikmah disebalik segalanya.

Simpulkan je la citer ni

Simpulkan je ekk..ermm semua manusia tak perfect kat dunia ni. Mungkin dulu kita tak sebaiknya tapi sekurang-kurangnya kita sedang berusaha menuju kepada yang lebih baik. mungkin akan datang kita akan jadi lebih baik kalau terus istiqamah.. Tapi sometime kita akan rasa mula rendah diri dan 'rebah' bila ada yang tak bagi sokongan atau pandang rendah pada keadaan kita sekarang. mungkin secara sengaja atau tidak. tapi hati aku rasa sedih dengan apa yang berlaku. "Ya Allah segalanya aku berserah padaMu. Kalau dia dapat lengkapkanku dengan  urusan agamaMu dan dia juga dapat lengkapkan ku dengan urusan duniaMu maka Kau permudahkan segalanya. Tapi sekiranya sebaliknya yang berlaku maka Kau palingkan kami dan jarakkan kami dalam keadaan yang baik". Apa-apa pun aku tetap akan istiqamah. 

Boleh citer tak apa aibnya??

Aib aku?? hahaha bagi aku besar. . tapi bagi yang dah biasa buat dosa korang akan rasa alahai ini je ke?? Untuk dunia akhir zaman ni korang akan kategorikan dosa kcik je. kecik mcm kuman.. Sebab masa tu Allah sayangkan aku sehingga dia jarakkan aku dengan dia. Aku bersyukur sebab Allah tunjukkan pada aku yang dia tak mampu nak lengkapkan agama aku. "Seteruk" mana pun aku dulu biar Allah je yang judje aku korang nak judge aku pun persilakan sebab aku tau aku tak perect. Tapi aku cuma nak tegaskan aku bukan manusia yang sama macam dulu. Aku dalam proses nak istiqamah untuk sentiasa baik di mata Allah. Tapi manusia akan jadi buruk di mata Allah bila dulu wat salah sekarang pun wat salah. bila dah sedar dia terus buat salah. itulah namanya manusia jahil. n_n Semoga kita semua jauh dari menjadi hamba Allah yang jahil. amin


Saturday, January 12, 2013

Istiqamah: Mudah atau Sukar dilakukan

Assalamualaikum ^^
Salam sejahtera n salam ukhuwah.. Blog kali ni di update atas tajuk yang aku rasa best untuk dipresentkan iaitu Istiqamah. Maksud Istiqamah ni adalah berterusan dalam melakukan amar makruf dan nahi mungkar. Ermm bagi aku tajuk ini memang sesuai untuk dunia kahir zaman..(macam sekarang)

Errkk kenapa dunia akhir zaman??

Pada pendapat aku manusia sekarang sering mengejar dunia sehingga lupa yang mereka sebenarnya hilang kehidupan akhirat.. Apa maksud 'hilang' akhirat.? kebanyakan manusia ni bekerja kerana ingin memenuhi kehendak hidup di dunia sehingga lupa yang kita sepatutnya berada di bumi Allah adalah untuk mencapai bekalan di akhirat..

Dalam hidup ni ada tak istiqamah??

Hehehe ni yang aku nak cerita ni..sebenarnya aku pun antara golongan yang pandang remeh dosa-dosa kecil. tak semua dosa kecila aku pandang remeh (maksud aku sebahagian). Contohnya aku pakai tudung melebihi bawah dada, dan baju saiz besar supaya tak nampak tubuh badan. Seluar pula besar gak..Kira dah perfect gak laa..tp satu je aku tak pakai stoking..aku tahu aurat wanita ni adalah semua tubuh badannya kecuali muka dan tapak tangan (Bukan nak bukak aib tp jadikan ini sebagai pengajaran kita bersama)

Laa kenapa abaikan stoking pulak??

Hah kenapa aku abaikan..sebab bagi aku lelaki tak pandang bawah..dowang  pandang atas. hehehe sebab tu aku pandang ringan. Tapi sebenarnya aku kene sedar mata aku hanya ada dua biji..tak semua lelaki aku boleh detect untuk tak pandang kaki aku. kan3..Lelaki gatal dia pandang atas bawah..lelaki macam ni aku macam nak hadiahkan penumbuk..tp takper..dia tak pandang aku pun dah ckup..

Macam mana boleh sedar dosa kecil ni?

Aku sedar bila adik aku nasihat aku.."Kita ni manusia selalu pandang remeh dosa kecil. Contohnya stoking. kaki kita kecik je..tapi Allah nilai dengan neraka kat akhirat. Bertaubatlah..Alaa ko pakai stoking hari-hari nanti benda ni akan jadi tabiat Kita ni berubah susah tapi nak istiqamah lagi susah"..hahaha adik aku nasihat buat aku tersentak..so aku beli laa stoking yang ada jari sebab aku suka pakai selipar..

Hari-hari ke pakai??

Soalan terbaik kalau ni yang dowang ajukan..sekarang ni aku dah istiqamah dan benda ni dah mula jadi tabiat..Maksudnya bila nak pergi kedai sejengkal je aku teringat kaki aku..Mula-mula payah gak..sebab dah biasa pergi tempat dekat-dekat terus sarung selipar dan pergi ke tempat yang nak dituju. Tapi sekarang ni alhamdulillah ia mula jadi tabiat. Tak kira mana aku jejakkan kaki di bumi Allah aku akan ingat kaki aku kene tutup.

Kesimpulan??

Allah tu maha adil. Bila kita ikhlas nak istiqamah melakukan kebaikan maka dia akan 'bisikkan' kat hati kita dan 'mengingatkan' kita dengan caraNya. Bila aku lupa, Allah ada untuk mengingatkan aku. Aku bersyukur pada Allah sebab Allah tak jarakkan lagi hubungan aku denganNya..jalan terbaik nak dekatkan dengan Dia adalah istiqamah.. Maka Allah akan dekat dengan kita..

Kita ni manusia yang hina dan jahil. Apa pun kene belajar..jangan anggap kita dah berkuasa kat dunia ni maka akhirat kita lupa..sebab nak dekati syurga Allah tu bukan senang. Maharnya adalah sama ngan keindahan syurgaNya.

So akhir sekali??

Pergilah beli stoking..ala bukan mahal pun..Maharnya Allah ganti ngan syurga yang indah..Semoga kita semua berada dalam kelompok hamba Allah yang sentiasa diberi perlindungan ..Allah sayangilah aku..aku hamba yang mudah alpa. .berikan aku kekuatan untuk aku terus istiqamah..Aku hamba Allah yang mencari redhaMu.........AMIN.......

Monday, January 7, 2013

Azam 2013??

Assalamualaikum..

Sebelum terlambat ada baiknya kalo aku wish Selamat Tahun Baru 2013..Sempena tahun baru ni..mesti ramai yang pasang azam baru..hope azam yang dipasang memberi seribu kebaikan pada diri n keluarga..

Apa azam aku?

Azam aku?? sempena tahun 2013 aku still mengekalkan azam lama yang dah lama aku tanam sejak 2009..dan sampai sekarang ia tidak lagi membuahkan hasil. Azam untuk mendirikan rumah tangga tiada lagi dalam hati aku..Aku cuba usaha sedaya mampu mencari dan mencari tapi ada je halangan yang kadang kala buat kau patah semangat. Azam aku adalah untuk menyambung pengajian ke peringkat master. Satu azam yang mudah tapi terlalu berliku-liku

Alaa apa yang susah..sambung je laa?

Perkataan ini yang selalu aku dengar..."alaa sambung je laa..apa masalah?" nak tau apa masalahnya..aku adalah penjawat awam yang belum lagi berjawatan tetap dan tidak layak mendapat apa2 faedah dari kerajaan..bulan Disember yang lepas aku mohon dua universiti untuk aku sambung pengajian ku..UKM dan UM..Alhamdulillah aku diterima..tp jadual pula menjadi kekangan..aku telah terikat dengan KPM..Aku usaha lagi mencari pengajian yang boleh membantu aku...Akhir sekali aku jumpa the best program iaitu Syariah..(PJJ)

Yeaahhh dapat capai azam 2013??

Hahaha saat aku gembira mendapat berita ni tetiba hati aku menjadi gusar..mana tidaknya yurannya sahaja menelan belanja hampir 20k..Aku tiada penaja dan aku tidak boleh memohon biasiswa..Duit gaji aku pun ckup makan je wat masa ni..sampai aku tertanya adakah aku akan berhenti sampai disini.?? Arghhh i need someone to help me?? but its oke mungkin ada betolnya my fwen kata tunggu berjawatan tetap..bukan aku terges-gesa tapi aku dah letak target..my target is aku akan capai PhD before umur 30..but its too late..now im 25..PJJ take 2 or 3 years ..(pada muka aku)

Bagi pengakuan

Dulu aku ada sambung master sebulan tapi dek kerana tiada duit aku berhenti dan berpindah pada Diploma Pendidikan..Mana kan tidak elaun sahaja 1300..semua kerana duit..akhirnya aku terperangkap...aku yakin Allah ada perancangan tersendiri untuk aku..Aku tunggu hikmah disebaliknya..Allah i luv U so much..i need U..thanks Allah aku yakin hikmah disebaliknya terlalu besar sebagai hadiah untuk ku...aku nnti kan dengan sabar,.

Pengajaran??

Arghhh nak tukar azam laa..(carik orang kaya pastu kawin) hehehe jadi penaja atomatik berjaya sambung pengajian..hahaha (guro je)

Friday, December 28, 2012

Bukti Allah sayangkan kita (kisah benar)

Assalamualaikum ^^

Just nak cter je pengalaman aku yang kecewe dengan keputusan exm..Benda ni dah lama dah berlaku..masa aku kat UKM..hehehe tp bila nak diimbas kembali baru aku tau Allah sayangkan aku dan sentiasa terima aku seadanya..

Aku wat apa kat Allah??

Masa kat UKM aku sentiasa mendekatkan diri pada Allah..Bila exam je aku akan tawakkal seiring dengan usaha aku untuk jadi pelajar Dekan..tp bila keputusan keluar ..aku jatuh mendadak..tp still 3.00 ke atas.. Aku menangis dalam bilik..mana tidaknya sem 1 dekan sem 2 jatuh plak..Actually dalam amsa yang sama gak aku seorang budak yang aktif dalam berpersatuan kira aku ada jawatan besar laa time tu...
Oke sambung cte..masa tu aku rasa Allah ni tak adil..orang lain tak Tawakkal tp Dekan...aku membandingkan diri aku dengan orang sekelilingku..Aku tau aku hamba paling hina..

Apa jd kat aku??

Di sebabkan kecewa aku buat benda gle..actually benda gle ni la yang mengubah seluruh hidup aku..aku kuar secara beramai-ramai dengan kawan lelaki n perempuan sehingga lewat malam..sebelum ni aku kuar je malam tp..kuar sorang diri g libry..pastu balik libry tu ja..

Solat macam ner?? 

Hinanya aku ketika itu..solat maghrib aku lewatkan..sama laa ngan solat isyak..tp still dalam waktu..pastu al-Quran aku just baca 1 muka je..kalo sblm ni banyak muka gak laa..semua ni sbb aku nak luahkan ketidakpuasana hati aku pada Allah.."Ya Allah aku mohon taubat drMu"..

Apa Allah buat sampai aku tersedar??

Tak lama pun aku buat bnda jahat ni..(means kuar sampai lewat malam n lewatkan solat) Kalau tak silap aku laa genap seminggu Allah beri aku petunjuk..malam tu lepas je main bowling ngan kawan2 aku..aku pun balik. tak silap aku pukul 1 or 2 pg kot..then solat ala kadar pastu terus tido..Dalam tidur ni la Allah tunjuk kan kat aku kekuasaanNya untuk buat aku sedar yang aku ni makhluk kecil yang tak layak untuk mempersoalkan ketidakadilan Allah..Hmm aku mimpi kiamat itu datang pada aku...matahari terbit disebelah barat...dalam mimpi tu gak aku teringat dosa besar aku pada Allah..Time tu aku dah tau pintu taubat dah tertutup..Keadaan kacau bilau..kapal terbang terhempas..Rumah2 semua terbakar..manusia bertempiaran lari..ada yang berlindung di masjid..Ketika aku lari untuk mencari perlindungan hati aku berkata sekuat-kuatnya "Ya Allah adakah ini mimpi...tolong berikan aku peluang kedua ya Allah..aku tau aku mengetepikaMu hanya kerana keputusan exam...Aku berjanji ya Allah lepas ni kalau keputusan aku teruk aku redha dan aku tidak akan mempersoalkannya..aku tidak akan berdendam ya Allah" ingt lgi doa ni yang lahir dr hati aku ketika ketakutan menghadapi hari kiamat,,aku lari sekuat-kuatnya...serpihan kapal terbang dan roket jatuh mengenai manusia yang sedang berlari..aku mencari perlindungan di sebuah surau..akhirnya aku tgk keadaan menjadi sedikit tenang..

Apa terjadi seterusnya??

Aku pun terjaga..aku tgk keadaan sekeliling...terdetik dalam hati " ehh tak kiamat lg..pintu taubat terbuka lg ni..Allah benar2 berikan aku peluang kedua" menitis air mata aku melihat kehebatan Allah..masakan tidak dalam mimpi tu aku terasa sakit..terasa takut yang amat sangat...seperti benar2 berlaku.. aku pun tgk la kat jam..MAaaaakkkkkkkkk Aiiiiiiii dah lewat g kuliah...masa tu solat subuh dah terlepas..walhal aku dah set jam loceng...aku pun terus mandi n solat qadha..walaupun dah lewat ke kuliah solat tu penting tau...menjamin akhirat kita..pastu aku g laa kuliah..sepanjang perjalanan kuliah aku sentiasa pikir tentang mimpi aku...menitis air mata aku...

Allah sayang kat aku

Memang Allah sayang kan hambanNya...semua Allah sayang..Allah nak berikan hidayah supaya aku balik ke pangkal jalan...Thanks Allah...actually cter ni tak ramai pun tau..aku akan ceritakan kisah ni kepada sesiap yang aku rasa dia nak berubah tp degil tak nak berubah...huhuhhu akhirnya aku sematkan cerita aku kat blog aku sendiri...

korang jangan jd macam aku ea..awalkan waktu solat..jangan putus harapan pada Allah..Allah berikan kita kesedihan sebb Allah nak berikan kita sesuatu yang terbaik  sebagai ganti kesedihan itu...Jangan hubbu Dunia sebb kita akan rasa terlalu jauh dengan Allah..

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates