Kebanyakan wanita mudah sekali menyerahkan maruah diri kepada lelaki sebagai bukti cinta dan taat pada jejaka tersebut. Adakah patut saya gunakan perkataan "sesetengah" atau "kebanyakan". Tetapi dunia moden tanpa sempadan menyebabkan saya menggunakan perkataan kebanyakan dan bukti adalah berdasarkan kenyataan dibawah. Hanya dengan nafsu kita hilang iman dan pegangan agama. Kesan daripada perbuatan ini langsung ditolak tepi atau lebih baik dibuang sahaja ke dalam "tong sampah" kerana nafsu seringkali menang dalam menguasai perkara-perkara negatif. Terus kita lupa bahawa maruah diri itu bukan sekadar memelihara diri tetapi ibu dan bapa serta agama. Kerana cinta "ku sanggup korbankan apa sahaja". Ayat yang biasa digunakan oleh pasangan tetapi bila dah terlanjur hilang entah kemana. Maka berlakulah pembuangan bayi dan sebagainya. Kita sebagai wanita melayu yang beragama Islam bercintalah mengikut kehendak Islam bukan bercinta menurut nafsu.
Hari kekasih atau hari v-days adalah satu hari yang dilihat sebagai tempoh "tempoh mengawan" muda mdi kita zaman sekarang
STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA
Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.
Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.
Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.
STATISTIK
Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.
Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.
Pecahan mengikut negeri:
Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.
Sumber Berita harian
6 comments:
sedey nya..
moga cepat2 dp petunjuk kat org2 berzina tuh
nauzubillah..mintak jauh sgt2 bnda2 cmni..baik jauhkan dari diri sndiri,mahupun jauhkan dari keturunan..
Arbivirus: Tu laa pasalnya. remaja muda mudi sekarang tiada perasaan malu..jangan kata pada Allah pada orang tua dia pun tak..nak kata kerana didikan tak sempurna tu macam dah sempurna..cuma bergantung pada seseorang tu laa kalau nafsu dia mengalahkan iman tu yang teruk jadinya
Hamba Allah: doa la banyak2 supaya kita sebagai umatnya dijauhkan bnda2 kotor ni...kalau sekali dah kene keturunan kita pun dah jadi kotor..so pelihara la diri kita supaya keturunan kita turut terpelihara
salam fizah, mujur anda muncul, saya leka pula x ke laman anda, aik wajah baru ni. Hai fizah nak menitis air mata..pedih melihat..kejam!! saya hampir x boleh tengok benda macam ini, kasihan nyawa x berdosa.
Ya Allah berilah petunjukMu pada orang2 yang sesat. Lemahkan hati mereka tuk berzina lagi...
Fizah..marilah doakan agar mereka kembali ke pangkal jalan, kita juga manusia biasa ya. Kena kawal emosi dan mulut, adakala kita musahabah, meskipun kita ingat kuasaNya..jika kita kurang jaga mulut takut pula orang lain daokan kita perkara buruk. Kita ambil iktibar, doakan kebaikan tuk mereka. insyaAllah kita selamat dan dapat manfaat ya.
benar mereka berdosa atas zina...namun kita harus sedar eji bahawa jika Allah menguji kita, kita lemah fizah..kita kena awasi semua tuturkata, nescaya sekalipun dalam hati kita mengeji orang Dia akan dengar jua. InsyaAllah pasti Allah akan memberi petunjuk pada mereka. Alhadulillah jika fizah positif kata2 pakcik ya.
alhamdulillah ckgu berikan saya nasihat ni...manusia tak terlepas daripada kesilapan..ini mungkin kelemahan saya bg maklumbalas pandangan berdasarkan kegeraman saya terhadap mereka..insyaAllah saya akan cuba kawal sebaiknya sifat geram saya dalam blog ini...
Post a Comment