Drama Nur Kasih sebagai Unsur Pendidikan
Drama TV telah memainkan peranannya dengan lebih berkesan kerana ia dipersembahkan kepada penonton melalui media yang sangat luas sebarannya dan berpengaruh. Televisyen juga memainkan peranan sebagai egen perubahan sosial. Bahan yang disiarkan kepada penonton mampu memnggerakkan penonton ke arah perubahan sosial. Drama Tv juga adalah salah satu senjata psikologi dengan memberi gambaran-gambaran tertentu melalui pengolahan ceritanya. Dengan demikian ternyata sekali bahawa drama tv telah dijadikan alat untuk mendidik secara halus untuk penonton. Beberapa siri drama import yang disukai ramai seringkali membawa jalan cerita yang menarik dan amat meyakinkan terutama cerita-cerita dari negara seberang seperti Indonesia yang banyak memaparkan kisah yang mengandungi unsur seperti ilmu hitam, sihir, hasad dengki, dan sosial yang keterlaluan. Permasalahan yang ditimbulkan kadangkala melebihi permasalahan drama tempatan. Dan gambaran yang dibawa pula kebanyakan tidak sesuai dan malah boleh membawa pengaruh negatif terhadap masyarakat tempatan terutama gambaran kekecewaan yang melulu seolah-olah tiada sandaran lagi kepada tuhan. Oleh yang demikian siri-siri drama yang diimport dapatlah dikatakan sebagai berperanan khususnya untuk hiburan semata-mata. Peranan mendidik bagi masyarakat tempatan hanya dapat disalurkan melalui drama yang berlatarkan masyarakatnya sendiri.
Jadi di sinilah kelebihan yang dimainkan pengarah terkenal kabir Bhatia dalam meletakkan peranan watak supaya menjadi panduan kepada penonton. Antaranya kostum bertudung watak utama iaitu Nur Amina yang sentiasa memakai tudung dan menutup aurat. Watak Nur Amina ini mampu dijadikan role model kepada penonton terutama remaja supaya berpakaian menutup aurat. Walaupun pada zahirnya diluar produksi kebanyakan pelakon tidak menggambarkan watak yang dibawa dan sedikit sebanyak menjejaskan reputasi drama Islam tetapi nilai yang terkandung kebanyakan mampu mempengaruhi penonton.
Selain itu juga pengajaran dan kesan akibat perbuatan negatif juga sesuai untuk dijadikan nilai dan pengajaran pada kehidupan masyarakat. Inilah pendidikan yang baik yang boleh diterapkan kepada penonton. Antara babak yang memainkan kesan akibat perbuatan negatif adalah watak antagonis Siti Sarah yang seringkali mengata dan menokok tambah sesuatu yang buruk sehingga menyebabkan perpecahan dalam rumahtangga Aidil dan renggangnya hubungan antara Alia dan Nur Amina. Kesan seperti ini menjadikan masyarakat menjauhi pebuatan seperti ini demi menjaga kebajikan dalam rumah tangga mahupun keluarga.
Berbeza dengan drama-drama yang diimport seringkali memaparkan kisah seorang wanita yang kononnya tabah menghadapi dugaan contohnya seperti drama bawang putih bawang merah, solehah dan beberapa buah drama terbitan dari Indonesia. Tidak dinafikan penerapan nilai yang sangat baik tetapi kadang kala ia tidak dapat diterima akal.
0 comments:
Post a Comment