Followers

Pages

Thursday, November 21, 2013

Dia sebenarnya suamiku..

Assalamualaikum...

Hari ni blog diupdate atas tajuk "Dia sebenarnya suamiku".. Hari ni aku nak luahkan perasaan aku dan rasa syukur aku pada Allah kerana aku dihadiahkan olehNya seorang lelaki yang jauh lebih baik dari anggapan aku sebelum kami berkahwin. Masakan tidak aku banyak berfikiran negatif tentang dirinya sehinggakan aku memasang niat untuk tidak meneruskan hubungan. Awal perkenalan kami dia menunjukkan dirinya seorang yang terlalu sibuk dan dia juga seorang yang sangat tegas. ketegasan dia menyebabkan aku tidak bertahan..

Tapi Allah itu lebih tahu apa yang baik untuk hambaNya. Perkenalan kami tidak panjang. Tidak seperti insan lain yang memendam kasih dan rindu sehingga bertahun-tahun lamanya. Kalau selamat diijab kabul...Alhamdulillah tetapi kalau sesebuah hubungan penuh maksiat.. tepuk dada tanya iman...Hubungan kami tidak cukup setahun. Sepanjang perkenalan kami aku tidak pernah mengerti tentang dia. Apa makanan kesukaan dia, minuman dan semua tentang dia aku tak pernah nak ambil tahu. Bak kata pepatah " masuk telinga kanan keluar telinga kiri"..Bahkan pekerjaan dia pun aku tak pernah ambil tahu. Yang aku tahu dia hanya seorang pengurus. Bukan aku tak suka tetapi aku akan ambil tahu setelah dia menjadi yang halal untuk aku.  Allah aturkan aku dengan pertemuan bersama keluarganya. Tujuannya agar aku kunci hati aku untuk tidak memutuskan hubungan dengannya. Almaklum sebuah ikatan sementara telah dimeterai. Allah mencari jalan untuk  permudahkan semua perjalanan dan urusan aku supaya menjadi yang halal disisiNya

Dia tidak seperti lelaki lain yang gah membawa anak dara ke rumah saudara mara untuk diperkenalkan. Dan dia bukan seorang lelaki yang gah membawa anak dara ke rumah pengantin sahabat karib mahupun saudara mara untuk menunjuk inilah pilihan hatinya. Dia bukan menyembunyikan aku. Dia hanya ingin memperkenalkan pada seluruh kenalannya mahupun seluruh dunia bahawa aku adalah wanita halal yang dia sayangi. Dia bukan lelaki yang memaksa aku untuk memasak. Dia bukan lelaki yang memaksa aku untuk mengemas rumah, menjemur baju atau menggosok baju kerja hariannya atau kerja-kerja rumah yang lain. Dia seorang lelaki yang hanya menasihati sahaja. Tidak pernah dia memaksa dan apatah lagi memerintah. Dia yang akan membuat semua kerja-kerja ini tatkala melihat aku keletihan. Tidak pernah dia menengking aku apatah lagi marah. Tidak pernah dia memalukan aku dihadapan rakan setugasnya dan tidak pernah dia memukul aku..Thanks Allah atas pemberianMu pada ku. Aku sangat-sangat bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk yang benar melalui istikharah cinta.

Dia bukan seorang lelaki yang mudah kecewa dengan kelemahan aku. Dia lelaki yang sangat-sangat memahami aku. Buktinya 2 minggu selepas perkahwinan kami tibalah hari jadinya. Semasa hari jadinya ingin sekali aku membelinya sepasang kasut dan baju kemeja. Tetapi aku tidak tahu saiznya. aku meluahkan tapi dia hanya menjawab "takpe sayang saya tak kisah. saiz saya...bla..blaa". Ketika itu aku dapat rasakan bahawa akulah isteri yang sangat teruk tapi dia tidak kecewa..^__^

Cita-citanya terlalu tinggi untuk digapai oleh seorang insan seperti aku. Tapi aku selalu berdoa pada Allah agar cita-citanya untuk menjadi seorang pemimpin tercapai dan aku sentiasa mohon pada Allah agar dia menjadi imam yang terbaik disisiku juga mampu menjadi pemimpin yang adil dan terbaik di sisi Allah juga disisi masyarakat. Aku juga berdoa agar dijauhkan dari rezeki yang haram

Wahai sahabat

"Lelaki yang tidak halal hanya lakonan untuk sedapkan mata wanita disisinya tetapi lelaki yang halal adalah dirinya yang sebenar yang merupakan watak sebenar untuk isteri disisinya". Buatlah pilihan melalui istikharah. Bukan dengan mengikut hati. Andai ibu bapa tidak merestui tunggulah agar mereka merestui. Tetapi sekiranya ibu bapa berterusan untuk tidak merestui lepaskanlah dia kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita

Hidup kami ibarat perkahwinan jarak jauh. Baru dua bulan kami melayari bahtera rumah tangga.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Mohon sahabat doakan kebahagiaan kami...amin

   TERIMA KASIH ALLAH ATAS KEBESARANMU 
MEMBERI YANG TERBAIK UNTUK SETIAP HAMBANYA

Muzammil Arif terima kasih kerana sudi menjadi imam untuk saya. Terima kasih kerana memenuhi tanggungjawab sebagai suami. Terima kasih untuk segalanya. Semoga Allah memudahkan setiap urusan awak didunia dan akhirat. Awaklah suami saya yang sebenar

Noor Hafizah jadilah isteri yang solehah disisinya. Jauhkanlah perkara yang membebankannya diakhirat. Peliharalah kehidupannya dan sinarilah hidupnya dengan kegembiraan dari raut wajahmu. Lengkapkanlah apa yang perlu untuknya.
Semoga dapat melayari bahtera dengan lebih sempurna

Tuesday, November 12, 2013

Kaya dunia miskin akhirat

Assalamualaikum

Hari ni aku rasa nak menulis tentang tajuk "hantaran menggunung". Kenapa pilih tajuk ni ea..?? sebab dah banyak media massa memaparkan tentang hantaran-hantaran yang beratus ribu. Malahan janda pun mempunyai nilai yang tinggi asalkan masih ada bentuk yang menarik. (tapi kekal ke kecantikan itu)..

Penulisan ini bukanlah ingin menuding jari mencari siapa yang aku ingin maksudkan. Tapi inilah lumrah dunia. Hantaran menjadi terlalu tinggi mungkin kerana ingin mendapat nama yang gah di media massa juga di mata peminat dan juga masayarakat.. 

Kenapa isu ini nak dibangkitkan. Bukan aku nak cemburu atau apa-apa yang negatif. Bagi aku terpulang pada mereka nak hantar berapa banyak pun duit hantaran sebab aku yakin mereka terlebih mampu sehingga duit banyak dibazirkan pada hari-hari perkahwinan. Bukan itu sahaja bagi mereka perkahwinan seumur hidup sekali. Bagi aku Allah yang tentukan jodoh, ajal dan maut. Kita sekadar merancang. Adakah hantaran yang menggunung menjamin dia adalah milik kita seorang.?? tentulah tidak sebab kalau berlaku hal perceraian banyak mulut-mulut yang akan mengata kelak..Antaranya "hah tu laa dulu kahwin bagai nak rak..akhirnya cerai gak", " hah kan aku dah agak dah tak lama pun dorang ni" dan bla..bla..bla..banyak lagi mulut-mulut macam ni akan keluar dan akan kedengaran di telinga-telinga kita. 

Mungkin korang akan cakap mulut manusia mana boleh nak tutup...memang mulut manusia tak boleh nak tutup tapi kita boleh kurangkan dengan cara mengambil ikhtibar daripada pengalaman-pengalaman orang lain..

ok..

Yang lebih penting aku cuba nak sampaikan adalah tentang harta mereka terlalu menggunung tapi berkat ke harta mereka kalau tak tunaikan rukun Islam yang ke lima. Aku mula tertanya-tanya. bagi aku syarat mudah nak sampai ke haji adalah bagi mereka yang mampu. 

Mungkin mereka tak bersedia??

Memang kalau bab ketuhanan semua tak bersedia..Even mati pun kita tak pernah nak bersedia. dan kene ingat malaikat maut sentiasa bersedia dengan arahan dari Allah tentang kematian kita..sebab malaikat maut akan cabut nyawa tak kira tempat dan masa. Semua ni dah ditetapkan sejak di Luh Mahfuz. Takkan dianjak masa itu walaupun seminit dan takkan kurang walau sesaat. Dan mungkin ada yang berfikir masa tua nanti adalah masa yang paling berharga untuk kita lebih banyak meluangkan masa pada yang Maha Esa. Persoalannya adakah kita sempat melihat hari tua kita?? adakah kita tahu bila kita akan mati?? adakah kita dah bersedia dengan kematian?? adakah kita akan kekal kaya seumur hidup kita?? adakah kita rasa kita kekal kaya kita boleh enjoy habis-habisan baru boleh ngadap Allah

Wahai manusia 

Tunaikanlah haji. Berkemampuan dari sudut jasmani dan harta adalah antara syarat untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Harta yang kita ada tu Allah yang beri. Sekarang ni mungkin kita diatas..mungkin esok lusa kita pula berada dibawah.

Hantaran Menggunung tu terpulang kat awak-awak semua..tp susah ke nak letakkan sebahagian harta untuk pergi ke rumah Allah. Hanya seumur hidup sekali sahaja. Tak perlu la nak berulang alik Paris or London semata-mata beli barang hantaran. Perjalanan itu dah cukup untuk tunaikan ibadah haji or umrah. Allah masih sayangkan kita..kalau sempat pergilah haji or Umrah

Nasihat saya selagi nyawa dikandung badan dan selagi harta itu masih Allah pelihara untuk kita pergilah tunaikan haji or Umrah. dapatkanlah berkat dari Allah. Tak semua manusia bernasib baik mempunyai harta yang banyak. Mungkin bila dah kaya korang lupa tentang Allah tapi Allah ada jalanNya. Jangan sampai Allah tarik nikmat dunia baru kita nak terngadah. Selagi hayat dikandung badan percayalah Allah akan sentiasa disisi kita.

Saya teringin nak sampai umrah insyaAllah dengan suami dan keluarga sebelah suami. Mungkin belum rezeki kami. Kalau ada rezeki dan diizinkan Allah kami akan sampai di sana. Ya Allah berilah kami peluang untuk sampai ke RumahMu.


Sunday, October 20, 2013

Cuti2 yg halal

 Assalamualaikum..

Setelah lama tak update blog so hari sy nk update tentang percutian di Pangkor. Ada beberapa perkara yang menarik untuk diceritakan sepanjang kami berada di Pulau Pangkor...

1) Hari pertama kami tak pergi mana2 pun..just buang masa dlm bilik. Sebelah mlm kami kluar makan kat kedai Ikan Bakar. Sedap juga makanan yg dimasak.Dan yang penting sangat murah dan berbaloi...nyum3

2) Esoknya kami pergi jalan2 tepi pantai..seronok gak main kat gigi pantai..pastu g servey nak wat apa pas ni..

3) Last2 dpt idea nek moto jln2..agak mnyeronokkan..sbb tak pernh nek mto ngn lelaki..sblm ni mmng prnh..tp jarak antara penunggang ngan sy trlalu jauh..yerlahh nek ngan yg bukn muhrim dan nek moto ngn llki pun sbb blik trlalu lewat dan takder kenderaan lain lagi dah..(balik lewat sbb ada kerje persatuan masa kat ukm dulu) Yang paling penting sewa moto sehari hanya RM 20..yeahhh

4) Pas penat menunggang kami pun singgah makan..almaklum dah lapar dah time tu...so kami singgah dinner kat kedai lain plak..Tapi tetiba ada sowng mamat ni pandang je saya..alahai ada yg tak kene plak...takkan pp comot...lalala...ngeri punya pasal kami makan laju2 dan balik terus ke hotel...(malam tu mmpi ngeri pasal lelaki tu) ayyarkkk

5) Esok paginya after sarapan terus mandi pantai...lalalala...then terus bersiap untuk jalan2 dnegan moto....yeahhh...kali ini banyak gambar yg dapat kami tangkap...sebab pemandangan sebelah siang sangat cantik..

6) Last sekali persinggahan kami di sebuah kilang makanan ringan...kami pun bedal beli makanan ringan banyak2 untuk dijadikan ole2...alhamdulillah selamat sudah perjalanan....kami pun terus laaa balik bilik dan bersiap untuk balik Teluk Intan



Tepat jam 12.00 tghari kami pun check out..pastu terus balik menuju ke Teluk Intan..iaitu umah parent suami..agak berdebar2 selama 10 bulan prkenalan kami..saya tak sampai lg ke  kampung halamannya. Sebab parent tak bg. Katanya tak elok dan tak manis. Hehe alhamdulillah nasihat mak dan ayah tu mmng betul. Ia utk kebaikan kita. Takut jatuh fitnah. Yer laa perjalann jauh..macam2 blh jd..kn?..iman kita ni setipis kulit bawang...biasanya nafsu yang menang...

Pastu selasa kami pun pergi umah opah..agak menyeronokkan sbb sngt2 meriah. Tak mcm kampung halamn sndiri.. sanak sudara  suami pula semua baik. Alhamdulillah mudah utk masuk   ke dlm kuarga baru..yang paling penting sembelihan lembu dilakukan di depan umah opah..semua saudara mara ley tgk....that my first time raya Haji sgt meriah...

THANKS ALLAH PERMUDAHKAN JALAN UNTUK AKU MNJADI ISTRI DI SISI SUAMI KU 
Ya Allah semoga Kau jadikan aku istri yg solehah di sisiMu juga di sisi suamiku..^_^

Aku sangat2 bersyukur ...

Monday, September 30, 2013

halal haram dalam hubungan pertunangan

Assalamualaikum

Hari ni ingin sekali aku menyampaikan sedikit sebanyak penulisan tentang alam pertunangan. Alam pertunangan adalah suatu tempoh perhubungan untuk mengenali pasangan kita. Untuk mengetahui sedikit sebanyak latar belakang keluarga, mungkin secara peribadi untuk mengetahui apa kesukaan pasangan kita. 

Tetapi zaman sekarang ramai yang menyalah tafsirkan konsep bertunang. Bagi mereka konsep ini adalah hubungan yang menghalalkan semua perkara termasuk bersetubuh. Kita sebagai umat Islam kena faham selagi akad tidak dilafazkan selagi itu pasangan kita bukan milik kita. Kebanyakan yang aku lihat bertunang pada zaman sekarang seolah-olah nak beritahu satu dunia yang pasangan itu telah menjadi miliknya. Dengan kenduri bear-besaran. Akhirnya hubungan itu hancur. Tidakkah kita malu kerana hancurnya hubungan ditengah jalan akan menjadi isu hangat pada mulut-mulut yang suka mencari berita2 sensasi. Dan berita ini akan menjadi umpatan hingga akhir hayat. Konsep bergambar pula..bertunang bukan cara untuk menghalalkan bergambar secara berdua sambil berpegangan tangan. Kebiasaanya jika mengikut adat lelaki tidak bertandanag kerumah perempuan kerana si ibu yang akan menyarungkan cincin. tetapi sekarang ini berlawanan. ada juga si lelaki yang menyarungkan cincin ke tangan pasangan. Aduhaiii

Tempoh bertunang adalah merupakan tempoh masa yang paling banyak cabaran. Ketika itulah pasangan akan menemui sesseorang yang lebih baik dari pasangan yang sedia ada. Kadang kala berlaku kemalangan yang menyebabkan hilang upaya untuk menguji samaada pasangan kita akan terima kita seadanya atau tidak?. Dan banyaka lagi cabaran yang akan kita terima terutama apabila bergelar si darah manis.

Selain itu,

Jangan jadikan syurga dibawah tapak kaki tunang. Kaum hawa kena fahama lelaki mempunyai satu nafsu. Mereka sering menganggap bertunang sudah membolehkan perkara-perkara yang melibatkan sentuhan yang berlaku itu halal. Mereka akan cuba mengambil kesempatan. selain itu, jangan kerana nak dekat dengan tunang sampai sanggup bertukar tempat kerja, bertukar rumah kerana niat nak duduk dekat dengan tunang sedangkan tempoh berkahwin tunggu bejanggut2.Kerana semakin kita dekat dengan pasangan semakin banyak perkara yang diluar jangka berlaku. Dan kita adalah hamba Allah yang mempunyai iman senipis kulit bawang. Walaupun ia tipis kita masih boleh mengawal nafsu kita dengan baik. Perbanyakkan mengingat Allah insyaAllah perkara buruk tidak berlaku. . Tapi sekarang ini Syaitan lebih menguasai alam pertunangan. 

Selain itu jangan juga terlalu mengikut telunjuk tunang. Suatu masalah yang berlaku pada kita boleh diluahkan pada pasangan kerana kaum hawa lebih suka meluah. Tetapi kadang kala masalah yang cuba diselesaikan oleh pasangan kita akan memburukkan keadaan. Cuba buat tapisan dalam mengambil kira keputusan pasangana kita. Sebab perkara ini sendiri telah terjadi pada housmate aku sendiri. Dek kerana terlalu mendengar cakap tunang habis hubungan dengan housmate dan rumate terganggu. Bukan itu sahaja hubungan pertunangan mereka seolah-olah telah bertukar halal kerana setiap minggu akan balik ke kampung pasangan. Mungkin secara positif itu akan lebih mengeratkan hubungan kekeluargaan. Tetapi adakah orang tua pasangan menggemarinya?? Selalu menggauli anak mereka yang tidak halal?? kalau tidak ditegur bermakna dosa itu bawah ibu bapa kita sendiri. Tengok juga pada sudut negatif bila kita kerap berada dirumah tunang adakah kita rajin untuk menutup aurat. Mungkin tidak kerana masa inilah kaum hawa akan cuba menampakkan lagi kecantikan fizikal kepada pasangan walhal ia masih haram ditonton oleh kaum adam. Dan nasihat untuk pasangan bertunang adakah layak untuk kita beri keputusan yang melibatkan peribadi.?? bagi aku tengok pada sejauh mana peribadinya itu..

Masa bertunang inilah kita perlu banyak melaksanakan solat-solat sunat agar hubungan dipermudahkan untuk menjadi yang halal. Adakah perkara yang haram yang kita dah buat akan menjadi lebih manis bila kita menjadi yang halal?? Jadikan alam perkahwinan kita menjadi lebih manis bila kita dapat mengawal halal dan haram semasa tempoh bertunang...perbanyakkan doa

Tuesday, September 17, 2013

Walimatulurus (Doakan kami bahagia untill Jannah)

 Assalamualaikum...

Bismillahirahmanirrahim

Ehemm lama gak saya menyepi dari menulis blog. Banyak benda yang nak dikongsikan tetapi terlalu banyak kekangan masa yang menyebabkan aku berhenti sementara untuk menulis blog ini. Sebelum itu saya dengan rendah diri menjemput sahabat-sahabat ke majlis walimah saya pada hari Ahad 6 Oktober. Kenapa tarikh ini dipilih?? kerana ia bersamaan dengan 1 Zulhijjah. Cantik kan tarikh Islam itu ^_^

Pilihan hati dengan orang Perak. Tetapi banyak perkara yang tidak dapat dikenal pasti tentang dirinya. Feveret dia pun saya tak pasti apa yang dia suka. Wateve pun semua ini akan berlaku selepas halalnya hubungan kami..

Kenapa tak cuba mengerti dia atau memahami apa yang dia suka dan tidak semasa perkenalan??

Kerana aku tau kalau terlalu banyak aku tau tentang dia samaada buruk atau baik maka selepas kami menjadi halal, hubungan akan menjadi kurang ceria. Maksudnya aku dah tau semua perkara tentang dia so takder suprise lagi yang aku perlu tau tentang dia.

Watever pun alhamdulillah jodoh aku akhirnya sampai jua. yang pasti aku tau segala kekurangan dan kelebihannya adalah pelengkap untuk kelebihan dan kekurangan diriku.

THANKS ALLAH hadiahkan aku sesuatu yang sangat berharga..Alhamdulillah. Kat bawah ni ada kad chumel..^^..


Thursday, August 1, 2013

Kebodohan dalam menilai hak Islam

Assalamualaikum

Entri kali ini adalah berkisar tentang tajuk kebodohan dalam menilai hak Islam. Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan seorang wanita Islam membela anjing. Namanya Maznah Mohd Yusof menjadikan you tube sebagai wadah dalam menyiarkan sedikit sebanyak kisah beliau dengan anjing yang dikutip atau dengan kata lain anjing jalanan. Selain itu beliau menggunakan background muzik Takbir.

Disini ingin aku persoalkan 

1) Kenapa isu ini menjadi tumpuan hangat sehingga menjadi tajuk utama Metro Harian
2) Hanya kerana seorang Islam memelihara dan menyentuh anjing, memberi makan anjing dengan kuih raya dan meletakkan background Takbir telah menyebabkan Islam dihina..

Di sini aku nak rungkaikan setiap persoalan yang aku sendiri bina. Persoalan pertama kenapa isu ini menjadi tumpuan hangat Metro Harian? Agaknya Metro dah kehabisan cerita tentang zina dibulan Ramadhan,  isu buang bayi, pakai pakaian yang menjolok mata di bulan Ramadhan. Konklusinya serah pada Jabatan Agama untuk membuat penyelesaian. Kepada umat Islam atau bangsa Melayu buka mata dan minda yang sempit. Luaskan pemikiran dan luaskan pandangan. Adakah kita tidak sedar yang sekeliling kita lebih hina daripada beliau yang membela anjing. Tapi kita hanya membiarkan sahaja perbuatan manusia bodoh menghina Islam. Sebab kita rasa itu perkara biasa.

Persoalan kedua yang ingin dirungkaikan Umat Islam hanya tahu haram menyentuh anjing dan babi serta keturunannya. Dan kedua binatang ini adalah dikategorikan sebagai najis mughalazah iaitu najis berat.. Tapi dalam Islam mahupun hukum dalam Al-Quran adakah  dinyatakan Haram menggunakan Takbir sebagai background dalam sesebuah cerita terutama cerita yang berkisar anjing dan babi serta keturunannya yang dipelihara orang Islam. Kalau ada sila kemukakan?? beserta dalil Aqli dan Naqli

Sedangkan zaman nabi seorang pelacur yang memberi minum seeokor anjing yang kehausan menggunakan kasut Allah letakkan dia syurga. Kita umat Islam nak guna undang-undang bela anjing jalanan sebagai menghina Islam. Bukak mata, bukak kotak pemikiran buka hati tanya iman. Kita ni dah baik sangat ke??

Saya rela tengok beliau memegang anjing dan babi dengan tujuan yang baik. Kepada masyarakat tengok sekeliling awak semua. Lihat dengan mata. Isu minum arak, isu zina isu anak luar nikah, isu tidak solat banyak isu yang kita sebagai manusia buat yang mana sekaligus tiang agama kita runtuh. Bukan itu sahaja bahkan menghina Islam. Anak dara berpegangan tangan, berpelukan depan khalayak, minum arak, dan sebagainya adakah undang-undang diambil keatas mereka???

Jawapannya tidak...Kerana apa

Manusia terlalu jahil untuk membezakan perkara yang berat dan perkara yang remeh dalam Islam..

Bukak mata bukak pemikiran bukak hati. 

Penulisan yang agak keras untuk menyedarkan masyarakat kita yang terlalu taksub dengan Isu hina Islam...

Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan

Monday, July 22, 2013

Puasa dan nafsu

Assalamualaikum

Kali ini post diupdate atas nama puasa dan nafsu sempena bulan Ramadan. Alhamdulillah majoriti umat Islam berpuasa. Ada yang curi-curi puasa. Ada yang puasa sekadar tahan lapar dan dahaga. Ada yang puasa untuk semunya iaitu menahan nafsu, lapar dan dahaga.

Kebiasaannya kita sebagai manusia secara zahir faham dan tahu erti puasa yang sebenar iaitu menahan lapar dan dahaga dari sebelum terbit fajar hingga tenggelam matahari..kalau dari sudut kanak kanak kecil mereka akan diajar untuk berpuasa menahan lapar dan dahaga dari sebelum terbit fajar hingga tegaknya matahari atas kepala iaitu sehingga tengahari. Sekiranya dapat bertahan hingga maghrib biasanya ibu dan bapa akan akan memberikan ganjaran.Tetapi sejauhmana sistem ganjaran ini memberikan kelebihan walhal pada pendapat peribadi ia membawa lebih keburukan. Tapi walaubagaimanapun ia adalah sistem pembelajaran terbaik untuk mendidik anak-anak dalam usia muda.

Bagi aku sedikit sekali yang menyatakan puasa itu adalah bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tetapi menahan nafsu..secara lahiriah konsep nafsu sedikit sekali ditekankan dikala mendidik kanak kanak kecil.


Nafsu yang bagaimana

Nafsu ada banyak sub nafsu hati (paling bahaya yang bolah membawa hidup kita ke neraka Allah), nafsu anggota badan...dan banyak lagi. Tapi yang ingin ditekankan adalah nafsu makan. Bagi aku bazar ramadhan adalah syurga makanan yang sering kali menjadi tumpuan semua manusia baik tua mahupun yang muda. Bila lihat sahaja kuih muih ada sahaja yang ingin dibeli. Bila melihat air sejuk mulalah hati ingin memiliki. Bila melihat makanan berat mulalah bertandang ke gerai lalu membeli segala apa yang mampu dibeli. Walhal segalanya adalah nafsu yang hati sendiri tak boleh nak kawal. Adakah kita berfikir sejauhmana makanan yang banyak itu boleh bertahan dari basi. Kebiasaanya apabila selesai berbuka makanan akan disimpan untuk bersahur. Tetapi nafsu untuk makan bersahur sangat sedikit kerana ketika itu nafsu untuk tidur lebih kuat berbanding makan

Jadi apabila menjelang pagi maka makanan-makanan ini akan dibuang ke dalam tong sampah. Adakah anda berfikir sebelum membeli bahawa nafsu kita lebih besar berbanding ruang perut. Lidah sentiasa ingin merasa apa yang dilihat oleh mata. dan tangan hanya sekadar menghulur. Tetapi segala apa yang nafsu inginkan tidak dapat dimuatkan ke dalam perut

Adakah kita sedar bahawa ramai lagi yang lapar di luar sana. Mungkin sekarang kita hidup senang dengan membuang makanan. Satu hari bila Allah balikkan kita umpama roda barulah kita tahu betapa berharganya membuang dari membeli.



Kerana kita tak pernah berada di tahap inilah kita sentiasa membazir. Jadi hargailah makanan. Beli yang termampu untuk perut bukan yang termampu untuk hati..

Jadikanla puasa ramadhan pada kali ini puasa yang mendapat berkat dan redha Allah...Try our best

Sunday, July 14, 2013

sakit dipertahankan atau dilepaskan?? Allah itu lebih tahu


Assalamualaikum…tajuk kali ini adalah sebuah persoalan tentang hubungan. Kebanyakan hamba Allah didunia ni kalau dah sayang pasti sukar untuk melepaskan orang yang dia rasa sayang. Tapi bagi aku Allah maha mengetahui perancangan hambaNya. Sekuat mana pun cinta kita pada seseorang kalau bukan ditakdirkan bersama tetap bukan jodoh kita. Sayang mana pun kita pada seseorang itu semua Allah yang tetap akan tentukan. Itu semua urusan Allah.

Entry kali ini berbalik pada tajuk yang sebelum ini iaitu “Kesalahan yang Berulang yang Merugikan”.  Itulah diri aku.sentiasa membuat kesalahan berulang. Kadang tu faktor period kadang kala factor lain yang mana aku sentiasa mengikut hati dalam membuat keputusan. Tapi semua itu tidak lama. Nanti akan kembali jernih. Semua ni dek kerana terlalu berhati-hati. Tapi kesalahan yang aku lakukan bukanlah dosa-dosa besar. Kesalahan yang aku lakukan biasa berlaku dalam sesebuah hubungan.

Setiap pasangan dalam mencipta hubungan pasti ada pasang surut. Mungkin itu yang dimaksudkan dengan warna warni?

Allah itu ada perancanganNya. Kadang kala aku terfikir kenapa Allah hadirkan aku seorang lelaki walhal hanya Allah yang tahu dia tidak akan menjadi yang halal untuk aku. Rupanya Allah nak aku jadi kuat bila aku menempuh dugaan yang sama. Kadang kala juga aku terfikir kenapa Allah tidak hadirkan aku seorang ustaz.Tapi sahabat-sahabat ada nasihat dan terus nasihat. Kalau ustaz dah ckup baik. Ustazah pun dah cukup baik. Nanti kehidupan tak berwarna. Nak carik pahala dalam hubungan pun susah. Sebab semua dah baik, serba perfect dalam hubungan mahupun kekeluargaan. Tapi bagi aku tak semua ustaz itu perfect dan tak semua ustazah itu perfect. Aku terfikir kenapa Allah hadirkan aku seorang lelaki yang bekerjaya, tegas dan sabar. Mungkin Allah nak supaya dia dapat mengawal kesalahan yang dilakukan oleh pasangannya dengan sikap tegas tapi dalam keadaan yang sabar dan berhemah. Tapi adakah Allah teguhkan hati dia untuk terus sabar dan sabar dalam memperbaiki kelemahan aku

Bila kita benar-benar dah berubah Allah akan berikan kita yang lebih baik sebagai hadiah dariNya. Tapi perubahan itu kenalah istiqamah. Kali ini Allah hadiahkan aku sebidang “tanah” untuk aku dirikan masjid diatasnya. Aku cuba juga bina masjid kadang kala tiangnya tidak kukuh dek kerana diri aku sendiri. Aku sentiasa melakukan kesalahan yang sama sehingga dia mula menyatakan yang dia dah tak larat berhadapan dengan semua ini?. Adakah masjid ini akan diteruskan. Sedih rasanya bila perancangan dah dibuat. Tapi penentu segala perancangan hanya Allah sahaja yang tahu. Semuanya ada hikmah.

Tapi kali ini sekuat mana pun cinta aku, seteguh mana pun cinta aku..aku rela dan redha untuk melepaskan kalau itu mendatangkan kebaikan untuk dirinya. Allah itu lebih tahu akan segala perancanganNya. Walaupun ia terlalu menyakitkan hati Mungkin kita bukan menjadi yang terbaik untuknya jadi Allah aturkan sebuah perancangan untuk hadiahkan dia yang lebih baik dari kita. Kerana aku tahu mana silap aku. Ia berulang dan berulang, aku cuba untuk ketepikan bila dinasihat. Kadang aku lupa dan lalai dek kerana terlalu berkeinginan untuk mengetahui sehingga menjadi suatu paksaan.

Untuk awak…

Saya tahu kita hampir membina sebuah masjid. Tapi percayalah jangan dipaksa untuk membina masjid kalau tahu masjid itu awak tak mampu nak teguhkan dengan kekuatan diri awak dalam menjadi imam untuk saya. Jangan paksa untuk membina masjid kalau awak tahu suatu hari ia akan mendatangkan mudarat pada diri saya. Jangan dipaksa untuk membina masjid hanya kerana kita sudah merancang dan awak malu sekiranya masjid ini tidak menjadi mengikut perancangan awak. Masjid yang kita nak bina ni masjid yang yang akan dibawa sehingga syurga kalau awak sentiasa sabar dan pertahankan. Tapi kalau awak tiada kekuatan itu awak binalah masjid dikemudian hari. Sebab Allah nak hadiahkan awak sebidang “tanah” yang mungkin besar untuk awak bina masjid yang lebih baik L.

Untuk diri ku sendiri

Wahai Hafizah bila Allah hadiahkan kamu seorang lelaki yang terbaik cubalah jaga hatinya. Cubalah hormat dirinya yang akan jadi seorang ketua keluarga kelak. Cubalah pelihara pendiriannya dan usah dipaksa. Belajarlah untuk bertolak ansur. Kerana masjid yang hendak dibina bukan memerlukan seorang lelaki sahaja dalam meneguhkan rumahtangga tapi juga memerlukan seorang wanita untuk mempertahankannya. Percayalah wahai Hafizah awak boleh berubah menjadi seorang yang lebih baik. Berwaspada dengan nafsumu. Ditakuti itu yang akan menjadi penyebab runtuhnya sebuah masjid. 


Sebab saya hanya seorang hamba Allah yang lemah dan perlukan tulang rusuk untuk teguhkan diri saya

Wahai hati sabarlah Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kamu..

Selamat menjalani ibadah puasa..Semoga Ramadhan kali ini memberikan seribu makna dalam hidup…Sama-sama kita berusaha mengejar pahala Allah.

Saturday, July 6, 2013

Indahnya Perancangan Allah

Assalamualaikum

Topik ni aku pilih sebab aku nak bagitahu indah sangat perancangan Allah pada hambaNya. Allah tahu manusia yang baik dia akan aturkan untuk memiliki pasangan yang baik. Jangan kita pertikaikan kenapa dipertemukan dengan si pulan.. Bila akad nikah telah termeterai itulah jodoh kita yang Allah dah susun sejak di luh mahfuz lagi. Dugaan yang Allah bagi itu takkan lebih dari ketidakupayaan hambaNy. "La yukallifu Allahu nafsan illa wus'aha".

Bila kita hadapi keraguan tentang jodoh kita pergilah ke sebuah sudut dan sudut yang terbaik itu adalah masjid Allah. Cuba kita diam dan berfikir sejenak..muhasabah kenapa Allah pertemukan kita?? apa yang kurang pada dia dan apa yang lebih pada dia? kenapa Allah aturkan sebegini? kita akan jumpa jawapan dia. dan percayalah jawapan itu bukanlah suatu perkara yang kecewa untuk hati kita mendengar. itulah sebaik-baik perancangan Allah.

Kalau dia bukan jodoh kita usahlah kita jadi lemah. Setiap hati akan kecewa tapi Allah akan balas kekecewaan dengan pertemuan yang lebih indah. Percayalah Allah itu sangat sayang kat hambaNya. Janganlah kita rasa Allah benci pada kita sehingga dugaan yang Dia beri adalah memisahkan orang yang disayangi. Yakinlah orang yang kita sayangi kadang-kadang bukan yang terbaik untuk masa depan kita. Dan yakinlah orang yang kita benci kadang-kadang itulah yang terbaik untuk masa depan kita. Aturan Allah itu terlalu indah.

Kalau dulu Allah pertemukan aku dengan seseorang dan aku cuba pertahankan tapi aku gagal. Kegagalan aku bukan kerana diri aku tetapi kerana diri dia sendiri. Lalu Allah pertemukan aku dengan insan yang lain. Kun Fayakun Allah ubah hati aku untuk menjadi seorang yang tidak boleh berdiri didepannya. Pertemuan demi pertemuan Allah aturkan untuk aku sehingga kadang kala aku rasa rebah. Sehingga aku berputus asa  "Jangan pertemukan aku dengan lelaki yang Kau dah tahu jahatnya dia. DanKau dah tahu dia bukan jodohku..Sesungguhnya Kau lebih mengetahui sifat hambaMu itu". Rupanya Allah nak gantikan segala kesedihan aku dengan caraNya sendiri. Iaitu Allah pertemukan aku dengan seseorang yang insyaAllah sempurna dimataku.

Percayalah..
Usah kita rebah bila gagal dalam bercinta. Kerana Allah akan menggantikan kpd kita dgn yang lebih baik..sentiasa bersangka baik..

Tapi if perkara indah ini ingin Kau tarik.. berikan kekuatan pada hatiku untuk menerima segalanya

Bila kita bermuhasabah kita akan jumpa jawapanNya. 


THANKS ALLAH GIVE THIS SUPRISE ^_^..

Thursday, June 13, 2013

Sikap tidak matang yang merugikan..

Assalamualaikum

Hari ni aku rasa terkilan tentang sikap aku sendiri..Aku ada 1001 sikap yang sukar untuk diterjemahkan. Termasuk mereka yang rapat dengan aku. Kecuali adik dan kakak aku. Mereka faham dengan diri aku. Mereka tahu kenapa semua ni terjadi. Ni semua berlaku kerana apa yang berlaku disekeliling aku sepanjang aku meningkat dewasa. Dari kecil hingga umur aku meningkat 25 tahun. Sehingga keraguan itu menjadi tempias pada orang yang aku jatuh hati padanya. Tapi sampai bila aku nak salahkan apa yang ada disekeliling aku. Aku dah besar dan dah boleh fikir mana baik dan buruk. Aku cube bersikap matang tapi aku gagal kerana aku sendiri tak sedar apa yang aku lakukan. Sehingga dia menyatakan yang aku hanya hendak memuaskan nafsu aku sahaja. 

Nafsu?

Aku sedar aku banyak menguji seseorang termasuk dia. Bila ujian itu negatif aku akan mula dengan rentak aku sendiri sehingga aku tak sedar perkara tu menyinggung. Bukan aku mencari yang sempurna sebab tiada manusia sempurna di muka bumi ini. Cuma aku mencari kejujuran sehingga seseorang itu 'lumpuh' untuk menjawab. Mesti rasa aku kejam. Tapi aku buat semua ni bukan kerana nafsu tapi aku hanya seorang yang hanya nak mengambil tahu sahaja. Bila susah nak dijawab mulalah aku fikir yang lain.  Aku sendiri tak sedar kenapa aku buat rentak pentingkan diri ini. Mungkin aku buat semua ni supaya perkara-perkara yang aku tak suka tu tidak berlaku pada aku. Lebih-lebih lagi perkara negatif yang dh berlaku di sekeliling aku sepanjang aku meningkat dewasa. Aku terlalu berhati-hati.. (hmm mula ingatkan kampung). Sebab aku wanita naif yang mudah ditipu. Tapi kawan aku ada nasihat "perempuan yang naif macam kita ni lah Allah akan jaga dan pelihara". Aku pernah tersungkur dan aku tak nak tersungkur untuk kali yang aku sendiri tak boleh nak kira

Untuk siapa?

Awak...saya minta maaf saya dah cuba jadi yang terbaik tapi saya lalai dan leka hinga semua yang saya buat beri kesan pada awak. Kita hampir membina masjid. Alhamdulillah masjid yang nak dibina ni jauh daripada masjid yang dah runtuh atas sbb dosa saya sendiri. Masjid ni kami bina sama-sama dengan sederhana. Tidak gah seperti masjid orang lain yang merasakan yakin bahawa lelaki itu adalah milik wanita itu dan sebaliknya. Saya bina sederhana dimata manusia sebab saya tahu jodoh saya ada pada Allah. Kun Fayakun bila-bila Allah nak tarik itu adalah kerjaNya. Dan saya yakin masjid ini insyaAllah gah di mataMu ya Allah.  Tapi saya sebagai hambaNya berdoa semoga masjid yang kami nak siapkan dapat dibina kukuh hingga akhir hayat. Saya minta maaf buat awak jadi penat dengan saya. Saya dah cuba untuk jadi seorang yang matang disisi awak dan semua orang. Bila saya gagal beritahu la pada saya. Jangan mengalah kerana saya tahu itu kelemahan saya yang saya dah cuba untuk ubah tapi saya tak sedar yang saya belum lagi berubah. Saya minta maaf kalau saya mengulangi kesilapan saya berkali-kali. Bila awak rasa saya membebankan saya faham dan jangan paksa diri awak untuk terima semua ini. Saya boleh terima keputusan awak. Sebab Allah itu Maha Mengetahui

Tolong jangan putus asa terhadap diri saya. saya naif.   :(
Tapi kalau awak dah putus asa tidak mengapa..Sebab saya tahu Allah dah sediakan yang terbaik untuk awak ^_^

La tahzan Inna Allah Maana. (surah A-Taubah ayat 40)

Monday, June 3, 2013

Tahap individu dan jurang pemikiran menyebabkan komunikasi mudah rosak..

Assalamualaikum...

Minggu ni agak letih sebab sibuk dengan kursus pra perkahwinan dan assgmnt yang banyak. Sebenarnya ni adalah akibat dari sikap suka menangguh kerja..hihi..Tapi aku bukan tangguh kerja cuma aku tak faham dengan soalan assgmnt sehingga membuatkan aku membuat assgmnt sedikit demi sedikit menggikut kefahaman peribadi aku. (pastu nak kene tunggu time study group)

Allah tolong hambaMu ni...

Berbalik pada kursus pra kahwin yang aku hadir sebenarnya banyak kebaikan yang aku dapat..sedikit sebanyak aku dapat muhasabah tentang diri aku..adakah aku dah bersedia untuk melalui alam rumahtangga. Nak bina rumahtangga memerlukan kematangan dari sudut sikap dan fikiran..Ermm aku rasa macam dah matang..tp aku still rasa sikap aku macam kebudak-budakan. Antara topik yang paling menarik adalah tentang komunikasi..Kalau dah berumahtangga perlu jaga komunikasi antara pasangan. Ermm cerita tentang komunikasi ni..aku rasa aku dah salah masuk 'ruang'. Ibarat aku seorang guru tetiba berada dalam ruang yang tak sama dengan diri aku..Ermm contohlah kan berkongsi 'ruang' dengan seorang yang berintelektual tinggi..sedangkan aku seorang guru sekolah rendah (Tahap pemikiran tak sama). 

Kalau tahap pemikiran aku sama dengan dia..maka aku tak perlukan dia lagi. Sebab aku dah pandai dan aku tak perlukan pertolongan dari orang yang sama tahap dengan aku (Maka akan wujud ego seterusnya pasangan itu susah untuk dilengkapkan)

Owh yer dalam Surah Al-Hujurat ayat 49 "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahuai, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."

Aku sekadar meluah sebenarnya apa yang kita fikir tak sama..Kita ni hidup di bumi Allah tak pernah sempurna. Jangan rasa bila kita ni pandai kita boleh kata orang  bawah kita ni bodoh. Bodoh is doa..pandai is still suatu doa. Kalau perkataan  ni ada dalam komunikasi dan kerap berulang adakah rumahtangga akan bahagia. Kita kene tahu apa akan jadi kalau semua intelektual kita sama tinggi dan sama tahap..Maka tak wujudlah petani, guru dan sebagainya..sebab masing-masing merebut status yang bagus dalam bidang yang sama..

Adakah ini yang dikatakan untuk saling lengkap melengkapi juga?? timbul pulak persoalan. Bila aku terima sedikit kesusahan aku mula ingin meluahkan perkara itu. Padahal terlalu simple untuk aku..tapi yer laa perempuan ni suka meluahkan sesuatu..so biasa orang yang terkena luahan akan mendengar. Tapi perlu ke balas luahan dengan kata-kata yang tak sedap untuk didengari. Aku dah mula rasa ada gab dengan ruang aku..sebab perkara ini berulang-ulang..Mungkin aku dah biasa kawan dengan orang yang tahap aku je kot..Sebab aku suka suatu jenaka yang sederhana..so komunikasi tu mudah diterima dan tiada unsur sakit.....atau mungkin tujuan kata-kata kasar untuk mematangkan aku. Sepatutnya aku dah dah kene undur..Tapi kalau aku nak minta masa itu berundur dah tentulah tidak..Masa sentiasa mengejar kehidupan aku.

Sedangkan lidah lagi tergigit..Tapi takkan hari-hari gigit lidah..Biarkan masa berlalu menentukan segalanya.. Biarkan masa mematangkan diri aku..Biarkan aku merancang sebab aku yakin Allah dah sediakan takdir dan keputusan yang lebih baik untuk aku..Mungkin aku dah kene berehat dari semua ini. Rehat dari bercampur dan berkomuniaksi yang tak best(aku try untuk block komunikasi..) Aku tak nak komunikasi ada unsur geram, marah dan blaa..blaaa...blaaa...Kalau itu yang Allah sediakan untuk aku..Aku kene terima sebab Allah lebih tahu keadaan aku..dan Allah lebih tahu apa yang aku perlukan untuk hidup yang akan datang..Thanks Allah kau lebih tahu isi hati.. Sepatutnya aku luah padaMu..

Friday, May 31, 2013

Allah tolong permudahkan jalan untukku

Assalamualaikum...

Huh lama gak tak singgah blog...bukan menyepi tapi tenet macam siput..siput pun bergerak gak...hehee faktor lain sbb aku sambung belajar..adeiii ni yang nak habaq ni...aku bukan mengeluh (erkk sedikit mengeluh) tapi alhamdulillah Allah bagi aku ujian yang insyaAllah aku mampu wat..Allah dah berfirman "La yukallifu Allahu nafsan illa wus'aha" Allah takkan bagi ujian yang hambaNya sendiri tak mampu nak pikul..

Apa ujian Allah..

Ermm actually aku tak suka sangat bahasa inggeris..speaking ckit-ckit boleh laa..tapi pernah dulu aku lahirkan pada Allah aku nak belajar bahasa Inggeris..Akhirnya Allah dengar doa aku. Tup-tup aku kene gak belajar bahasa inggeris sebab tajuk master aku memerlukan jurnal dan rujukan dalam bahasa inggeris..

Tajuk apa??

Aku tgh sambung belajar...full research..Sebelum ni aku pilih animasi tempatan tapi pensyarah aku kata tak berapa valid dah..maksudnya dah ramai yang buat kajian tentang animasi. So aku dengan poyo tukar tajuk vlog. Almaklum aku minat ngan video Matluthfi..kalau ada masa yang terluang aku ambik kesempatan tgk video dia..best video yang dia cipta ada unsur kreativiti tersendiri dan maksud yang mudah difahami sekaligus memberikan kesan pada penonton. Inilah yang kita nak sebenarnya..Kalau boleh cuba perbanyakkan lagi video yang boleh memberikan maklumat dan unsur nasihat pada masyarakat..Sebenarnya ramai lagi vlogger kat malaysia cuma masyarakat ni lebih suka mencari video yang berilmiah secara langsung..that's why ramai yang tengok video dia..dan video2 berilmiah yang lain macam Aiman Azlan (ni pun mantap gak)..

Actually vlog ni adalah antara medium hak kebebasan bersuara dan medium yang membenarkan masyarakat berfikir secara bebas tanpa sekatan. Yer la kalau nak bersuara guna akhbar dah tentu laa tak boleh..terutama macam masa politik..tapi dengan media media baru akhirnya masyarakat dapat membuka minda dan dapat mengetahui sedikit sebanyak kebenaran.

arghhh dah melalut..aku nak try gak wat tapi aku takder konfiden nak berdepan ngan video..hahaha (alasan poyo) abaikan...so aku pun wat laa kajian kepustakaan..Carik punya cari akhirnya tak jumpa satu pun kajian yang mengkaji tentang vlog. perghhh time tu aku dah gabra..bila bukak google scholar dan jurnal-jurnal antarabangsa barulah aku jumpa maklumat tentang vlog..adeiiii dah satu keje nak translate...

But its ok..Thanks Allah bagi aku peluang untuk belajar bahasa Inggeris..aku tak mahir tapi aku akan cuba untuk jadi sederhana mahir dalam bahasa inggeris..Aku akan mulakan diri aku sebagai seorang pelajar yang akan cuba menyelesaikan masalah insyaAllah dengan bantuan yang pakar-pakar..(aku pun tak tau siapa yang ley tolong)..dan InsyaAllah aku tidak akan lupa dengan tugas aku sebagai guru...

FIZA go..go chayyokkk...!!!

Monday, April 15, 2013

PRU 13, sebuah galakkan fitnah atau realiti


PRU 13..

Assalamuaaikum.
Hari ni aku singgah blog untuk meluahkan rase kecewa aku terhadap politik Malaysia. Masakan tidak kerana ingin merebut "takhta"di Malaysia maka semua sanggup dikorbankan. Yang kawan akan jadi lawan. Bukan itu sahaja, malah fitnah pun sanggup dilemparkan untuk menjatuhkan pihak lawan. Adakah mereka tahu, memfitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh. Allah telah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 191 : Dan fitnah itu lebih kejam daripda pembunuhan. Tapi rata-rata menyatakan dan berfikiran fitnah ini penting untuk membawa kemenangan dalam mencapai visi dan misi tersendiri.

Fitnah yang bagaimana

Teknologi maklumat telah membenarkan segala yang haram menjadi halal. Contoh terbaru sebuah fitnah tentang ahli politik yang terjerumus dalam skandal seks. Mulalah parti-parti politik saling tuding menuding untuk menjatuhkan lawan. Pengikut parti pula mula menjadikan ia sebagai isu hangat dan terus copy paste masuk dalam media-medianya tanpa ada sebarang pengakuan dan siasatan terlebih dahulu. Lebih memburukkan keadaan bila pengikut parti terus menerus menambahkan fitnah dan meletakkan keputusan mengikut sedap mulut berbicara tanpa meletakkan iman ditangga teratas. Bukan itu sahaja bahkan ada yang terus menerus memutar belitkan cerita. Yang membaca terus percaya.

Wahai manusia kamu perlu tahu

Penulisan kita ini akan disoal diakhirat kelak. kalau baik penulisan kita. maka itulah yg akan menjadi pahala yg berterusan sebagai amalan. Tapi kalau buruk penulisan kita maka itu yg akan dipersoalkan di akhirat kelak. Kalau kebenaran yang cuba untuk dibuktikan walhal ia sebuah fitnah maka penulis akan menanggung dosa azab api neraka. tetapi sekiranya ia sebuah kebenaran tetapi merupakan aib pada seseorang maka turut juga dipersoalkan diakhirat kelak kerana menyebarkan aib seseorang sedangkan Allah telah berfirman dalam surah al Hujurat ayat 12 "

"Wahai orang-orang yang beriman!Jauhilah kebanyakan dari prasangka, karena sesungguhnya sebagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan aib orang lain; dan janganlah kamu mengumpat sebagian yang lain. Apakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, jauhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang."

Oleh itu, kepada penulis silalah rajin mencari kebenaran bukan dengan kata-kata atau sumber yang kita sendiri tak tau benar atau tidak. Jadilah kita manusia yang menyiasat mencari kebenaran bukan menerima secara bulat-bulat tanpa diselidiki dahulu. 

Biarlah politik malaysia adalah politik yang bersih bukan politik yg kotor. Malaysia sedang gah dimata dunia. tapi jangan kerana politik Malaysia menjadi negara yg akan dipandang hina dimata dunia. Kerana kelemahan inilah yang digunakan oleh mata-mata yang sedang ingin menjatuhkan Malaysia. Kita sedang sibuk mencari kemenangan dengan apa jua cara tanpa kita lihat sekeliling kita kerana kita tidak sedar ada musuh yang sedang bersembunyi dicelahan jutaan manusia.

Biar menang dengan adil.  Setiap pengundi ada haknya. Mereka dah tahu mana yang terbaik untuk Malaysia. tak perlu dimomokkan dengan fitnah Kubra mahupun sughra.

Aku berbicara sebegini kerana politik Malaysia semakin lama semakin kotor. -_-"

Monday, April 8, 2013

Contoh PBS 2 bahasa arab tahun 3

Salam singgah...di atas ini adalah contoh ujian PBS 2 Bahasa Arab untuk tahun 3 bagi bulan April. sharing is caring.. ^_^

Monday, April 1, 2013

Serupa atau sebaliknya


 Dilema percaya atau tidak..
Assalamualaikum

Kali ini aku singgah blog untuk meluahkan sesuatu yang aku rasa benar dan kadang kala kabur. Tentunya ramai yang pernah melihat rupa yang seakan sama dengan wajah yang kita kenali. Tapi biasanya kita berjumpa manusia yang hampir serupa tapi tak sama atau kita lebih menggunakan peribahasa pelanduk dua serupa. Kalau sama pun mungkin kembar.

Tapi kali ini aku berjumpa seorang lelaki yang aku sangat kenal zahirnya. Wajahnya, ketinggiannya dan sebagainya.  Bukan sekali sahaja aku pandang untuk dapatkan kepastian, Tapi lebih 3 kali aku mencari kepastian adakah itu "dia". Ketika itu hati mula tertanya-tanya dengan siapa dia berdua? Tapi aku hanya bagi respon positif. Saja untuk tenangkan hati..Semakin lama hati aku berdegup laju.. Betul ke apa yang aku nampak?. adakah aku sedang berilusi?? Adakah itu dia?? ingin sekali aku tegur.. tapi aku takut hilang pertimbangan atau aku akan merosakkan hubungan mereka. Aku tidak suka persaingan. Aku lebih suka beralah. Biar aku berundur dalam hubungan ini. Berundur bukan bermaksud kalah tapi berundur untuk kebahagiaan kelak.

Aku cuba dapatkan kepastian adakah apa yang aku nampak ni benar?? tapi ada penafian disebalik apa yang aku lihat. Aku dapat rasakan sesuatu disebalik kata-kata. Aku percayakan mata aku. Aku percaya dengan apa yang aku lihat. Tatkala itulah air mata aku mengalir. Ya Allah aku dah ada perancangan kalau Kau dah rancang sesuatu Kau rancanglah lebih awal agar aku selamat dari  tipu daya.

Siapa "dia"?

Biar hati dan Allah sahaja yang tahu rahsia ini. Cukuplah aku bersederhana dengan hubungan ini. .Agar hati tak merana kemudian nanti. Sebab aku tahu syaitan sentiasa ada untuk bantu aku lebih rapat dengan "dia". Aku tak nak yang lama itu berulang. Tatkala itu nafsu yang akan menang..Kalau kita terlalu yakin dia milik kita, banyak maksiat itu singgah dalam hubungan. kadang kala dia tidak menjadi milik kita. Kalau Allah berkehendakkan sesuatu maka "kun fayakun". Allah itu Maha adil. Apa yang dirancang dan diperlihatkan ada hikmah disebalik semuanya. Hikmah itu sungguh indah. Biarlah hati kita sakit dan merana untuk seketika kerana keindahan itu akan datang menjelma. kita perlu tunggu dengan sabar. 

Kenapa dengan dulu??

Kalau dulu Allah ada tunjukkan aku tentang sesorang tapi aku mengabaikan kerana rasa sayang itu lebih dalam. Tapi lama kelamaan Allah tunjukkan aku sesuatu yang aku sukar untuk terima kembali. Aku bermuhasabah dan tatkala itu jawapan yang ada sangat indah kerana Allah tahu dia tidak dapat berikan aku kehidupan akhirat yang indah dan mungkin kehidupan dunia aku warnai dengan nafsu.. Aku rasa sakit tapi aku bersyukur. Thanks Allah aku percaya dengan jodohMu

Percaya dia tak?

Bagi aku lelaki ini ada banyak perancangan untuk menawan seseorang. Aku akan terus percaya "dia" (bukan bermaksud aku lurus) tetapi aku yakin Allah itu ada caraNya untuk mengubah kepercayaan aku bagi memberikan yang terbaik untuk aku kelak

Aku berdoa agar ada jawapan yang benar disebalik apa yang Allah tunjukkan pada aku. Biarlah ia kelihatan secara zahir sebelum kami diikat dengan apa-apa tali perhubungan. Biarlah keluarga-keluarga kami dijauhi dari rasa malu dan fitnah.

Aku selalu berdoa agar aku dipertemukan jodoh yang terbaik untuk aku didunia dan akhirat. Untuk kami saling lengkap melengkapkan sebagai khalifahMu diatas muka bumi ini. Untuk kami saling ingat mengingatkan.  Dan aku yakin dengan Surah An-Nur ayat 26 yang bermaksud "Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperolehi ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)". Aku berdoa akan ada seorang lelaki yang boleh menjadi imam disisiku insyaAllah hingga akhir hayatku.

Kalau benar dia jodohku maka permudahkan kami untuk menjadi yang halal. Warnailah masjidMu dengan perkara-perkara yang Kau senangi. Jauhkanlah "masjid" ini dari perkara-perkara yang Kau tidak redhai dunia dan akhirat


Friday, March 8, 2013

Isu beg berat bebanan pada pelajar



Assalamualaikum..

Kali ni blog diupdate atas tajuk beg berat beri bebanan pada murid-murid. Macam biasalah sebagai seorang guru ada sahaja perkara yang dirasakan pelik. Pelik?? maksud aku pelik sebab murid terbeban dengan buku-buku yang terpaksa dibawa ke sekolah (padahal murid-murid dibekalkan jadual harian)

Kenapa??

Kalau dahulu ibu bapa menyatakan rasa ketidakpuasan hati melalui PIBG bahawa anak-anak mereka terbeban dengan buku-buku yang dibawa ke sekolah sehingga ada ibu bapa yang mencadangkan supaya  lokar dibina di sekolah bagi memudahkan penyimpanan buku. Bagi aku itu tidak mendatangkan masalah. Tapi ibu bapa perlu tahu anak-anak mereka dibekalkan kerja rumah. Jadi nak tak nak mereka kene bawa pulang buku-buku tersebut untuk memudahkan mereka menyiapkan segala kerja yang dibekalkan oleh guru. 

Sekarang ini kita sedia maklum tentang KSSR hanya 2 buah buku yang dibekalkan kerajaan iaitu buku teks dan buku aktiviti. Buku tulis adalah sampingan sahaja. Aku kira ia kurang membebankan murid berbanding tahun-tahun sebelum ini ada 2 buku aktiviti yang dibekalkan dalam sesebuah subjek

So apa yang tak puas hati??

Ikutkan aku sebagai guru memang rasa ketidakpuasan hati terhadap penilaian ibu bapa terhadap subjek yang diambil oleh anak-anak mereka. Aku tahu subjek teras menjadi keutamaan. Aku x tau apa yang menyebabkan subjek elektif seperti dianak tirikan. Sebenarnya satu perkara yang agak mengecewakan aku bila ibu bapa nak kurangkan bebanan terhadap anak-anak mereka dengan mengurangkan pembawaan buku-buku ke sekolah iaitu dengan cara anak-anak perlu bawa buku subjek Teras sahaja dan subjek sampingan tinggalkan dirumah. Subjek sampingan dengan erti kata lain subjek elektif. Antaranya Pendidikan Islam. Pada mulanya aku kurang mempercayai kata-kata murid aku ni. Almaklumlah budak-budak ada je cerita yang nak direka sebagai cara nak selamatkan diri dari kena marah. Tengok-tengok  esok lusa pun alasan yang sama. Jadi aku minta kebenaran murid ni untuk aku spot check beg tersebut. Memang betul dia tak bawa dan aku laporkan pada guru kelas dia agar dapat menghubungi ibu bapa murid tersebut. Bukan seorang sahaja yang bagi alasan yang sama tapi ramai lagi pelajar yang berikan alasan yang sama iaitu "mak tak bagi bawak sebab beg berat"..



Kepada ibu bapa semua dulu aku juga seorang pelajar yang mana aku akan sentiasa pastikan semua buku aku dibawa ke sekolah bagi mengelakkan diri aku di marahi guru dan bagi memastikan aku up to date dengan subjek yang aku pelajari. Mak sendiri pun akan sentiasa berpesan jangan tertinggal buku. Cuba belajar cara hidup susah.

Jangan rasa bila kita sebagai ibu bapa dulu hidup susah dan sekarang hidup senang so ambil keputusan tak nak anak-anak kita hidup susah macama kita dahulu. Yer la mungkin mak ayah dulu bawa beg berat jalan kaki dari rumah ke sekolah so mereka tak nak benda-benda ni terjadi kat anak-anak mereka..Actually hidup susah yang akan membawa kita kepada keazaman untuk terus mengubah dengan cara yang lebih baik. Tapi kalau kita dah berjaya dengan cara yang mudah adakah mudah untuk kita selesaikan sesuatu perkara yang sebenarnya mudah untuk kita selesaikan. (tepuk dada tanya iman)

Cuba kita imbas kembali sirah Rasulullah yang mana baginda berulang alik sejauh 4 km ke Jabal An-Nur untuk beribadah. Sampai di kaki bukit Jabal Al-Nur baginda mendaki sejauh 634 meter untuk sampai ke Gua Hirak. Pendakian baginda bukan mudah, baginda terpaksa mendaki bongkah-bongkah batu yang besar dan licin.

Itu zaman nabi sebab takde kereta or pengangkutan. Sekarang zaman moden pergi sekolah naik kereta, paling biasa pun naik motor. yang tanggung berat adalah kenderaan. Anak-anak tanggung berat hanya semasa nak membawa beg ke dalam kawasan sekolah sehingga masuk ke kelas.

Percayalah wahai ibu bapa.. adalah berbaloi bila kita memberikan sedikit ruang kesusahan pada anak-anak  kerana mereka akan jadi yang terbaik kelak kerana sedikit kesusahan adalah suatu penghargaan untuk mereka menjadi yang lebih baik. Kerana kesusahan mengajar mereka "Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian"

Kerana aku sendiri dah hadapi semua ini.

(SORI kalau ada terkasar bahasa..)

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates