Assalamualaikum…tajuk
kali ini adalah sebuah persoalan tentang hubungan. Kebanyakan hamba Allah
didunia ni kalau dah sayang pasti sukar untuk melepaskan orang yang dia rasa
sayang. Tapi bagi aku Allah maha mengetahui perancangan hambaNya. Sekuat mana
pun cinta kita pada seseorang kalau bukan ditakdirkan bersama tetap bukan jodoh
kita. Sayang mana pun kita pada seseorang itu semua Allah yang tetap akan
tentukan. Itu semua urusan Allah.
Entry kali ini
berbalik pada tajuk yang sebelum ini iaitu “Kesalahan yang Berulang yang Merugikan”. Itulah diri aku.sentiasa membuat kesalahan
berulang. Kadang tu faktor period kadang kala factor lain yang mana aku sentiasa
mengikut hati dalam membuat keputusan. Tapi semua itu tidak lama. Nanti akan
kembali jernih. Semua ni dek kerana terlalu berhati-hati. Tapi kesalahan yang
aku lakukan bukanlah dosa-dosa besar. Kesalahan yang aku lakukan biasa berlaku
dalam sesebuah hubungan.
Setiap pasangan dalam
mencipta hubungan pasti ada pasang surut. Mungkin itu yang dimaksudkan dengan
warna warni?
Allah itu ada
perancanganNya. Kadang kala aku terfikir kenapa Allah hadirkan aku seorang
lelaki walhal hanya Allah yang tahu dia tidak akan menjadi yang halal untuk
aku. Rupanya Allah nak aku jadi kuat bila aku menempuh dugaan yang sama. Kadang
kala juga aku terfikir kenapa Allah tidak hadirkan aku seorang ustaz.Tapi
sahabat-sahabat ada nasihat dan terus nasihat. Kalau ustaz dah ckup baik.
Ustazah pun dah cukup baik. Nanti kehidupan tak berwarna. Nak carik pahala
dalam hubungan pun susah. Sebab semua dah baik, serba perfect dalam hubungan
mahupun kekeluargaan. Tapi bagi aku tak semua ustaz itu perfect dan tak semua
ustazah itu perfect. Aku terfikir kenapa Allah hadirkan aku seorang lelaki yang
bekerjaya, tegas dan sabar. Mungkin Allah nak supaya dia dapat mengawal kesalahan
yang dilakukan oleh pasangannya dengan sikap tegas tapi dalam keadaan yang
sabar dan berhemah. Tapi adakah Allah teguhkan hati dia untuk terus sabar dan
sabar dalam memperbaiki kelemahan aku
Bila kita benar-benar
dah berubah Allah akan berikan kita yang lebih baik sebagai hadiah dariNya.
Tapi perubahan itu kenalah istiqamah. Kali ini Allah hadiahkan aku sebidang “tanah”
untuk aku dirikan masjid diatasnya. Aku cuba juga bina masjid kadang kala
tiangnya tidak kukuh dek kerana diri aku sendiri. Aku sentiasa melakukan
kesalahan yang sama sehingga dia mula menyatakan yang dia dah tak larat
berhadapan dengan semua ini?. Adakah masjid ini akan diteruskan. Sedih rasanya
bila perancangan dah dibuat. Tapi penentu segala perancangan hanya Allah sahaja
yang tahu. Semuanya ada hikmah.
Tapi kali ini sekuat
mana pun cinta aku, seteguh mana pun cinta aku..aku rela dan redha untuk
melepaskan kalau itu mendatangkan kebaikan untuk dirinya. Allah itu lebih tahu akan
segala perancanganNya. Walaupun ia terlalu menyakitkan hati Mungkin kita bukan
menjadi yang terbaik untuknya jadi Allah aturkan sebuah perancangan untuk
hadiahkan dia yang lebih baik dari kita. Kerana aku tahu mana silap aku. Ia
berulang dan berulang, aku cuba untuk ketepikan bila dinasihat. Kadang aku lupa
dan lalai dek kerana terlalu berkeinginan untuk mengetahui sehingga menjadi
suatu paksaan.
Untuk awak…
Saya tahu kita hampir
membina sebuah masjid. Tapi percayalah jangan dipaksa untuk membina masjid
kalau tahu masjid itu awak tak mampu nak teguhkan dengan kekuatan diri awak
dalam menjadi imam untuk saya. Jangan paksa untuk membina masjid kalau awak
tahu suatu hari ia akan mendatangkan mudarat pada diri saya. Jangan dipaksa
untuk membina masjid hanya kerana kita sudah merancang dan awak malu sekiranya
masjid ini tidak menjadi mengikut perancangan awak. Masjid yang kita nak bina
ni masjid yang yang akan dibawa sehingga syurga kalau awak sentiasa sabar dan
pertahankan. Tapi kalau awak tiada kekuatan itu awak binalah masjid dikemudian
hari. Sebab Allah nak hadiahkan awak sebidang “tanah” yang mungkin besar untuk
awak bina masjid yang lebih baik L.
Untuk diri ku sendiri
Wahai Hafizah bila
Allah hadiahkan kamu seorang lelaki yang terbaik cubalah jaga hatinya. Cubalah hormat
dirinya yang akan jadi seorang ketua keluarga kelak. Cubalah pelihara
pendiriannya dan usah dipaksa. Belajarlah untuk bertolak ansur. Kerana masjid
yang hendak dibina bukan memerlukan seorang lelaki sahaja dalam meneguhkan
rumahtangga tapi juga memerlukan seorang wanita untuk mempertahankannya. Percayalah
wahai Hafizah awak boleh berubah menjadi seorang yang lebih baik. Berwaspada
dengan nafsumu. Ditakuti itu yang akan menjadi penyebab runtuhnya sebuah
masjid.
Sebab saya hanya
seorang hamba Allah yang lemah dan perlukan tulang rusuk untuk teguhkan diri
saya
Wahai hati sabarlah
Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kamu..
Selamat menjalani
ibadah puasa..Semoga Ramadhan kali ini memberikan seribu makna dalam hidup…Sama-sama
kita berusaha mengejar pahala Allah.
6 comments:
terlintas dihati ini nak komen fiza, dari sudut ana melihat lelaki ini baik dan sesuai utk fiza..janganlah fiza runtuhkan disebabkan hati kita ini bukan selalu bersih,perlu bykkan berdoa pada Allah dan berzikir supaya hati jadi bersih dan ana doakan supaya kekal hingga akhir hayat...sekian.
Salam terima kasih atas nasihat..insyaAllah sy cube utk baiki diri sy..sy x prnh nk meruntuhkan..insyaAllah ada jodo Allah akan smpurnkn hubungn kami hingga akhir hayat.tq skali lg
InsyaAllah, saya doakan hafizah jadi yang terbaik...:P
Muzammil arif kuatkn hati awk utk mnerima segala kekurangan sy..insyaAllah sy sedang blajar mnjadi yg trbaik
Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:
” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)
Rasulullah S.A.W bersabda lagi:
” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.
InsyaAllah trima kasih ats nasihat..sy harap sy dpt brubh mnjadi yg trbaek..amin. insyaAllah sy syukuri utk segala pemberianNya dan sabar untuk segala dugaan dan kehilangan
Post a Comment