Followers
Pages
Sunday, February 21, 2010
Tuesday, February 9, 2010
Drama Nur Kasih sebagai Unsur Pendidikan
Drama Nur Kasih sebagai Unsur Pendidikan
Drama TV telah memainkan peranannya dengan lebih berkesan kerana ia dipersembahkan kepada penonton melalui media yang sangat luas sebarannya dan berpengaruh. Televisyen juga memainkan peranan sebagai egen perubahan sosial. Bahan yang disiarkan kepada penonton mampu memnggerakkan penonton ke arah perubahan sosial. Drama Tv juga adalah salah satu senjata psikologi dengan memberi gambaran-gambaran tertentu melalui pengolahan ceritanya. Dengan demikian ternyata sekali bahawa drama tv telah dijadikan alat untuk mendidik secara halus untuk penonton. Beberapa siri drama import yang disukai ramai seringkali membawa jalan cerita yang menarik dan amat meyakinkan terutama cerita-cerita dari negara seberang seperti Indonesia yang banyak memaparkan kisah yang mengandungi unsur seperti ilmu hitam, sihir, hasad dengki, dan sosial yang keterlaluan. Permasalahan yang ditimbulkan kadangkala melebihi permasalahan drama tempatan. Dan gambaran yang dibawa pula kebanyakan tidak sesuai dan malah boleh membawa pengaruh negatif terhadap masyarakat tempatan terutama gambaran kekecewaan yang melulu seolah-olah tiada sandaran lagi kepada tuhan. Oleh yang demikian siri-siri drama yang diimport dapatlah dikatakan sebagai berperanan khususnya untuk hiburan semata-mata. Peranan mendidik bagi masyarakat tempatan hanya dapat disalurkan melalui drama yang berlatarkan masyarakatnya sendiri.
Jadi di sinilah kelebihan yang dimainkan pengarah terkenal kabir Bhatia dalam meletakkan peranan watak supaya menjadi panduan kepada penonton. Antaranya kostum bertudung watak utama iaitu Nur Amina yang sentiasa memakai tudung dan menutup aurat. Watak Nur Amina ini mampu dijadikan role model kepada penonton terutama remaja supaya berpakaian menutup aurat. Walaupun pada zahirnya diluar produksi kebanyakan pelakon tidak menggambarkan watak yang dibawa dan sedikit sebanyak menjejaskan reputasi drama Islam tetapi nilai yang terkandung kebanyakan mampu mempengaruhi penonton.
Selain itu juga pengajaran dan kesan akibat perbuatan negatif juga sesuai untuk dijadikan nilai dan pengajaran pada kehidupan masyarakat. Inilah pendidikan yang baik yang boleh diterapkan kepada penonton. Antara babak yang memainkan kesan akibat perbuatan negatif adalah watak antagonis Siti Sarah yang seringkali mengata dan menokok tambah sesuatu yang buruk sehingga menyebabkan perpecahan dalam rumahtangga Aidil dan renggangnya hubungan antara Alia dan Nur Amina. Kesan seperti ini menjadikan masyarakat menjauhi pebuatan seperti ini demi menjaga kebajikan dalam rumah tangga mahupun keluarga.
Berbeza dengan drama-drama yang diimport seringkali memaparkan kisah seorang wanita yang kononnya tabah menghadapi dugaan contohnya seperti drama bawang putih bawang merah, solehah dan beberapa buah drama terbitan dari Indonesia. Tidak dinafikan penerapan nilai yang sangat baik tetapi kadang kala ia tidak dapat diterima akal.
Komen Kurang Ajar Facebook

Mungkin sukar untuk pihak atasan mengambil tindakan kerana pada pandangan penulis pihak atasan akan ambil tindakan kalau ia melibatkan perpecahan negara..hmmm nampaknya agama sekali lagi diketepikan. Kita berharap agar orang yang memberikan komen sebegini sedar tentang apa yang di komennya..
Wallah ua'lam
Monday, February 1, 2010
Cicak oh cicak
Kelakar juga bila melihat gelagat cicak ni yang sama dengan manusia. Ingin memastikan keturunannya tidak pupus dimuka bumi. Walaupun kita sebagai
manusia tahu bahawa cicak merupakan binatang yang menghianati nabi ketika mana nabi bersembunyi di sebuah gua kerana diburu oleh orang mushyrikin Mekah. Bila diimbas kembali mulalah hati ini ingin membunuh dua ekor cicak ini tapi perasaan simpati itu lebih tinggi dari perasaan benci. Terus ku tertawa sambil melihat dan terus melihat...
Cinta antara dua darjat...
Sunday, January 24, 2010
Tujuan Pemerintahan dalam Islam

Para fukaha’ mengatakan khalifah itu merupakan imamah iaitu untuk menggantikan Nabi Muhammad s.a.w. dalam memelihara agama dan mengatur urusan dunia. Tujuan yang perlu dicapai dalam pemerintahan terdiri daripada dua perkara iaitu memelihara agama dan mengatur urusan dunia (Abdul Karim Zaidan, 1979:247).
1) Memelihara agama
Memelihara Islam bererti mempertahankan keutuhan ajaran-ajarannya terutama ajaran-ajaran agama dan kesuciannya serta berusaha menyebarkan dan mengembangkannya dalam kalangan umat manusia seperti mana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Seseorang pemimpin itu wajib memberikan penjelasan dan menyatakan sesuatu kebenaran dengan disokong oleh dalil-dalil yang kuat, agar kebenaran itu menjadi lebih jelas. Kerana kadang-kadang, terdapat muslim yang tersesat dari ajaran yang sebenar kerana terdapat kesamaran atau mengikut pendapat yang salah dan keliru. Sekiranya seseorang pemimpin itu telah menyeleweng dari tugasnya, maka umat berhak mengemukakan dalil-dalil yang benar untuk meyakinkannya. Jika pemimpin itu masih lagi dengan pendapatnya yang salah itu, maka ia harus diambil tindakan. Hal ini agar agama tetap terpelihara dari kesesatan dan umat akan terhindar dari kehinaan.
Di samping itu juga, dalam usaha menjaga dan memelihara agama, benteng-benteng pertahanan dan persenjataan perlu diperkuatkan serta menyiapkan tentera yang terlatih sehingga musuh tidak akan mampu melanggar kehormatan umat Islam serta tidak akan dapat menumpahkan darah umat Islam serta yang bukan Islam dalam kawasan negara Islam. Sebenarnya menolak musuh itu penting dalam memelihara dan mempertahankan agama. Ini kerana apabila negara Islam dikuasai oleh musuh Islam bererti hancurlah negara Islam dan ini merupakan fitnah terbesar yang menimpa umat Islam yang mana dapat melemahkan keyakinan umat Islam. Hal ini kerana orang bukan Islam sentiasa berusaha untuk menjauhkan umat Islam dari ajaran sebenar baik secara pujukan, paksaan atau penyesatan (ibid).
2) Pelaksanaan Ajaran Agama
Di dalam kepimpinan atau pemerintahan Islam, haruslah diterapkan peraturan-peraturan Islam dalam semua aspek kehidupan, baik peraturan yang berhubungan dengan sesama manusia, mahupun hubungan dengan negaranya, dan hubungan negara dengan negara yang lain. Selain itu, hendaklah mendorong dan mengajak manusia agar sentiasa berpegang dan mentaati hukum Allah, mematuhi perintah dan menjauhi laranganNya serta menghukum orang yang sengaja melanggar hukum yang telah digariskan dalam agama Islam (Abdul karim Zaidan,1979:249). Sebagaimana firman Allah di dalam surah Al-An’am ayat 41:
41. Bahkan Dia lah (Allah) Yang kamu seru lalu ia hapuskan bahaya yang kamu pohonkan kepadanya jika ia kehendaki; dan kamu lupakan apa yang kamu sekutukan (dengan Allah dalam masa kamu ditimpa bahaya itu).
3) Mengatur Kehidupan Manusia
Urusan keduniaan termasuk bidang yang diatur oleh agama, yang mana agama mengatur negara dan rakyat agar tercapai kemaslahatan dan terhindar dari kerosakan. Ini dapat dilaksanakan apabila pengaturan kehidupan ini diatur oleh hukum-hukum agama yang terdapat di dalamnya syariat yang diperoleh melalui perantaraan ijtihad yang benar. Inilah siyasah syar’iyah untuk mengatur keduniaan yang mana di antara tujuan siasah syar’iyah itu tercakup dalam tujuan pemerintahan dalam Islam yang menjadi tugas pokok para pemimpin untuk mencapainya (ibid).
4) Menegakkan keadilan
Menegakkan keadilan termasuk dalam siyasah syar’iyah yang mana menjadi keharusan dalam mengatur urusan masyarakat dan ini tidak boleh sekali-kali diabaikan. Keadilan merupakan dasar tertegaknya sesebuah negara, tanpa keadilan negara dan bangsa tidak akan kekal. Keadilan bererti memberikan hak kepada setiap orang yang mempunyai hak, dan tidak berlaku zalim terhadap dirinya sendiri. Antara lain bentuk kezaliman ialah membebankan sesuatu yang tidak diwajibkan dalam agama atau mengambil harta orang lain dengan cara bertentangan dengan hukum atau menghalangi hak orang lain. Ibnu Khaldun menerangkan erti kezaliman itu bukan sahaja mengambil harta orang lain tanpa ganti dan tanpa alasan yang dibenarkan bahkan kezaliman itu mempunyai erti yang lebih luas lagi. Oleh yang demikian seseorang pemimpin itu haruslah menegakkan keadilan dan mencegah semua bentuk kezaliman dan ini menjadi tugas utama bagi seorang pemimpin (Abdul Karim Zaidan, 1979:250). Al-quran telah menetapkan ketentuan-ketentuan yang harus dilaksanakan oleh penguasa dan pemimpin dalam firmanNya menerusi surah Al-Qasas ayat 26:
Sesungguhnya sebaik-baik orang Yang ayah ambil bekerja ialah orang Yang Kuat, lagi amanah".
Thursday, January 21, 2010
Komunikasi tanpa lisan
Jenis gerak geri badan
Istilah gerak geri badan ialah istilah popular untuk istilah lain iaitu ‘kinesik’. Para pengkaji bidang bahasa badan mengenalpasti terdapat lima jenis gerak geri iaitu:
Emblem
Emblem ialah gerak geri yang menggantikan perkataan yang kita ucapkan. Sebagai contoh, kita menunjukkan ibu jari tangan kanan untuk menggantikan perkataan “Bagus!” ataupun kita menunjukkan jari telunjuk untuk menggantikan perkataan “satu” ataupun kita membuat bulatan dengan menggunakan ibu jari dan telunjuk untuk menggantikan perkataan “kosong”.
Penggambar
Gerak geri ini kita buat seiring dengan kata-kata yang kita ucapkan. Gerak geri ini betul-betul menggambarkan apa yang kita maksudkan. Sebagai contoh, apabila kita berkata “besar”. Tangan kita bergerak untuk menggambarkan saiz besar itu. Ataupun, apabila kita berkata “mari naik,” kepala kita akan bergerak ke atas.
Pelukis rasa
Muka kita boleh melukiskan bermacam-macam perasaan yang kita rasai, antaranya marah, takut, ragu, geli, sedih, dan tak sabar. Gerak geri jenis ini mungkin timbul di luar kawalan kita, ataupun ia mungkin sengaja kita lakukan, umpamanya apabila kita hendak menunjukkan bahawa kita sangat marah.
Pengawal
Apabila kita mendengar orang-orang lain bercakap dengan kita, kita membuta gerak-geri untuk mengawal mereka bercakap. Adakalanya kita hendak memberitahu dia “Teruskan.”, ataupun “Nanti dulu.”, ataupun “Tolong berhenti bercakap.” Atau “Cepatlah.” Dan lain-lain lagi. Apabila kita hendak memberitahu dia bahawa kita berminat mendengar apa yang diperkatakannya, Kita mungkin mengangguk-anggukkan kepala dan mencondongkan badan kita ke depan.
Penyesuai
Gerak geri kita lakukan kerana ada keperluan untuk melakukannya. Sebagai contoh, apabila kita gatal, kita menggaru-garu, ataupun apabila bibir kita kering, kita jilat bibir kita. Ada sesetengah gerak geri pengawal yang dianggap tidak sopan, umpamanya perbuatan mengorek telinga atau hidung di depan orang lain adalah tidak sopan. Bahasa badan mempunyai enam fungsi utama.
Memberi tekanan
Kebanyakan bahasa badan yang kita gunakan sehari-hari adalah untuk memberi tekanan kepada apa yang sedang kita katakan. Sebagai contoh, sambil berkata sambil senyum, atau menumbuk meja, atau menuding telunjuk, atau sambil mencebik, atau sambil mengangguk-anggukkan kepala.
Menambah maklumat
Ada kalanya, sambil kita bercakap, sambil kita memberi maklumat tambahan. Maklumat itu tidak kita sebut dalam percakapan kita, tetapi kita ‘ucapkan’ melalui bahasa badan kita. Sebagai contoh, semasa kita menceritakan sesuatu, kita menggeleng-gelengkan kepala kita memberi maklumat tambahan itu. Jadi, walaupun kita bercakap, orang masih boleh tahu apa yang tidak kita ucapkan.
Menafikan
Ada kalanya, mulut kita berkata sesuatu, tetapi kita sendiri tidak setuju dengan apa yang kita ucapkan itu, jadi, bahasa badan kita menafikan apa yang mulut kita ucapkan. Sebagai contoh, mulut kita berkata “ya” tetapi kepala kita berkata “tidak” iaitu apabila sambil kita berkata “ya” tetapi pada masa yang sama kepala kita menggeleng-geleng.
Mengawal
Ada masanya kita menggunakan bahasa badan untuk mengawal aliran percakapan. Sebagai contoh, kita mengangkat tangan untuk memberitahu bahawa kita mahu bercakap atau kita condongkan badan ke depan atau kita pandang orang itu tepat ke matanya. Atau kita angkat tangan untuk memberitahu orang itu kita belum habis bercakap lagi.
Mengulang
Ada masanya mulut kita becakap. Kemudian bahasa badan kita mengatakan perkara yang serupa juga. Sebagai contoh, mulut kita berkata, “Mari kita pergi sekarang” kemudian bahasa badan kita menunjukkan maksud yang serupa. Atau kita berkata, “Awak faham tak?” kemudian kita angkat kening kita.
Menggantikan
Ada kalanya, mulut kita diam. Sebagai gantinya, bahasa badan kita sahaja yang bercakap. Sebagai contoh, kita tidak berkata “Ya” tetapi cuma kepala kita yang mengangguk.
Tuesday, January 19, 2010
Kenangan bersama dalam sesi intervw
Dari kiri sahabatku Abul, Amir, En Khabir Bahtia (Pengarah Nur Kasih), Fza, dan Faizal Ishak (penolong pengarah Nur Kasih
Ini lah antara pengalaman terbaik dalam menginterview. Kita mempelajari sesuatu yang baru yang mana ia sukar diperolehi.
Wednesday, January 13, 2010
Buang ayah tepi jalan??
BUKTI...Abdul Rahman menunjukkan surat pembedahan jantung yang dikeluarkanHospital Pulau Pinang.
Tentu hari ini anda ada membaca sebuah akhbar Metro, tajuk yang terpapar pada hari ini adalah tentang "buang ayah tepi jalan". Apa pendapat anda?. Tentu ramai yang memaki hamun seorang anak yang memang tidak mengenang jasa ayahnya tapi itulah hakikat kehidupan anak-anak zaman sekarang. Tidaklah semua tetapi boleh dikatakan kebanyakannya bersifat sedemikian.
Seorang suami kadang kala mementingkan keputusan isteri sehingga mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Apakah kita lebih mementingkan pendapat seorang isteri yang boleh dikatakan hanya merupakan seorang yang baru hadir dalam hidup berbanding seorang ayah yang lahir sahaja kita didunia maka ayah dan ibulah tempat kita bermanja. Adakah ketika kita kecil kita dijaga oleh "isteri" kita.? Jasa yang sangat besar yang telah ditaburkan oleh seorang insan bernama ayah sememangnya tidak boleh kita ketepikan malahan jasa yang ingin kita balas dengan emas bergunung pun tidak mungkin mampu membalas jasa-jasa yang mereka taburkan.
Apa yang ingin dikisahkan disini adalah kejadian yang mneyedihkan berlaku 7 Januari lalu dimana seorang bapa bernama Abdul Rahman Talib, 57 yang baru dibenarkan keluar daripada sebuah Hospital Pulau Pinang selepas menjalani pembedahan jantung dan bertarung dengan maut. Beliau juga mengharapkan anak datang menjenguk di hospital berkenaan tetapi meleset.
“Ketika bertarung dengan maut di HPP selama empat hari, anak dan menantu langsung tak menjenguk dan saya beranggapan mereka mungkin sibuk dengan perniagaan makanan yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu."
Anak lelaki beliau yang berusia 30 tahun bertindak sedemikian apabila dia tidak tahan dan mendapat tekanan serta desakan isterinya yang memaksanya dan enggan menerima kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan.
Dalam alQuran sendiri menjelaskan dimana Allah telah berfirman " Maka janganlah sekali-kali engkau berkata kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya. Dan ucapkanlah kedunya dengan perkataan yang baik (Surah al-Isra:23)
Semasa kita masih bernyawa sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi kita sewaktu kecil dahulu. Janganlah tangisan insaf mengalir dipipi apabila seruan ilahi tiba menjemput. Tika itu bayaran rasuah pada malaikat Izrail bergunung emas pun tak mungkin sama sekali diterima dan nerakalah tempat anak-anak yang derhaka
Friday, January 8, 2010
Pertemuan bersama En. Kabir Bahtiar (Pengarah drama Nur Kasih) dan Faisal Ishak ..Ikuti interview yang telah dilaksanakan
Apabila bertanya tentang drama Nur Kasih beliau menyatakan bahawa dia sangat terkejut apabila mendapati drama itu mendapat sambutan yang hangat walaupun pada mulanya beliau tidak merasakan ia drama yang bakal mendapat sambutan kerana hari yang disiarkan adalah hari Jumaat yang sebelum ini tiada drama yang disiarkan. Beliau menyerahkan sesi interview yang khususkan tentang Nur Kasih ini kepada penolongnya iaitu Faisal Ishak yang mana beliau lebih arif tentang jalan ceritanya. Tetapi beberapa soalan sempat dituju pada beliau.
Antara Soalan Interview bersama En. Kabir Bahtia
1) Mr khabir, how long have you been involved with directing moving pictures?
Dah berapa lama teribat dalam mengarah filem ni
2) Is this your first attempt experimenting with religion?
Adakah ini percubaan anda yang pertama dalam agama
a. If yes : what is the biggest impact does it left you in your career?
apa impak yang terbesar yang ditinggalkan dalam kareer anda
b. If no : what is the differences between nurkasih and your previous attempt?
Apakah perbezaan Nur Kasih dengan percubaan sebelum ni
3) Did you expect Nur Kasih to get such an overwhelming rating when you shoot the drama?
Adakah anda menjangkakan Nur Kasih akan mendapat rating penonton tertinggi bila anda
buat shooting drama
4) In your point of view, did Nur Kasih succeed in conveying the virtue of islam as the ideal
way of life?
Pada pandangan anda Adakah Nur Kasih telah berjaya dalam membawa semangat Islam
sebagai satu cara yang ideal
5) What was your main criterion in deciding to cast remy ishak and Tiz zaqyah?
Apakah kriteria utama dalam membuat keputusan pengambilan pelakon utama iaitu remy dan tiz zaqyah.
a. There are few actor and actresses that were considered synonym with Islamic image such as
wardina and wahida, why not chose them instead?
Ada beberapa pelakon lelaki dan wanita yang dianggap sinonim dengan imej Islam seperti
Wardina dan Wahida kenapa tak pilih mereka sebaliknya
b. Do you think they succeed in playing the character you want for this drama?
Adakah anda fikir mereka berjaya membawa karakter dalam memainkan watak seperti
didalam drama yang anda mahu iaitu Nur Kasih
c. What was your line of option?
Apakah pilihan2 anda yang lain
6) In your next attempt in filming nurkasih, what would you add more to it?
Dalam cubaan anda seterusnya dalam memfilemkan Nur Kasih apakah yang akan anda
tambah kedalamnya
7) If you were to compare Syurga Cinta and Muallaf, which one would you prefer to promote
Islam?
Jika anda hndak membandingkan Syurga Cinta dan Muallaf siapa yang lebih anda sukai
untuk mempromosikan Islam
8) As a dedicated director, what is your opinion on the growing number of pop-Islamic-love
story in Malaysia?
Sebagai seorang pengarah yang berdedikasi apakah pandangan anda terhadap
perkembangan jumlah kisah cinta berunsur Islam di Malaysia
a. Has it been too commercialized or do you think it is good effort to promote islam?
Adakah ia telah terlalu dikomersialkan atau adakah anda fikirkan adalah usaha yang bagus
untuk promosikan Islam
9) Why you choose title “Nur Kasih”…
Kenapa anda memilih tajuk Nur Kasih
Antara Soalan Interview bersama Faisal Ishak selaku penolong Pengarah
1) Adakah anda merasakan setiap drama itu mesti mempunyai unsur yang menyalahi syariah Islam bagi mempopularkan sebuah drama
3) Semasa diluar produksi adakah anda mengingatkan krew-krew untuk pergi bersembahyang
4) Adakah anda berpendapat di Malaysia kita kekurangan drama berunsur sebegini kerana kebanyakan drama Indonesia dibawa masuk
5) Kenapa ada perbezaan dari sudut pemakaian tudung antara watak Nur Amina dengan Katrina sedangkan Nur Amina dari kecil merupakan anak imam kampung yang sepatutnya memberikan gambaran tudung yang lebih baik berbanding Katrina yang baru bertemu dengan petunjuk Allah
6) Mengapa latar kampung sentiasa diberikan pada penonton sebagai latar yang punya unsur Islam. Kenapa tidak menggunakan latar bandar sebagai tempat yang punya unsur-unsur Islam.
7) Mengapa plot peleraian sentiasa menjadikan jalan insaf sebagai ending sesebuah drama.?
8) Apakah anda tidak merancang untuk mempromosikan drama ini ke luar seperti di Indonesia dan sebagainnya.
Faisal Ishak menyatakan drama ini dibangunkan kerana ingin mengikuti filem ayat-ayat cinta yang mana ayat-ayat cinta lebih kepada cinta yang berunsur Islam. Bukan itu sahaja filem ini mendapat tempat di hati penonton. Tetapi apa yang berlainan dengan Nur Kasih ini adalah ia berdasarkan kepada nilai kekeluargaan. Banyak pertikaian berlaku dan timbul ketidakpuasan hati lebih-lebih lagi sewaktu episod Adam tidak berlaku adil dengan Katrina. Walhal Katrina baru memeluk Islam dan perlukan bimbingan dari suaminya sendiri.
Begitu juga beliau menyatakan aksi mendidik Katrina dengan melemparkan semua botol arak ketika dihidangkan pada Adam. Beliau tidak merasakan itu suatu didikan yang baik yang harus diajar tetapi aksi seperti ini mampu menarik penonton untuk menontonnya.
Saya juga telah membuat sedikit kerjasama dengan AGB AC Nielson Tv rating untuk mengetahui jumlah tepat penonton yang yang telah menonton rancangan drama Nur Kasih. Disamping itu perbandingan juga dijalankan dengan drama yang mempunyai unsur lain iaitu drama Tari Tirana yang bertemakan cinta kontemporarinya serta drama tahyul atau seram iaitu Susuk
Saya mendapati drama cinta berunsur Islam ini mendapat tempat paling tinggi. Walaupun pengarah dan penolongnya menafikan ia adalah sebuah drama dakwah. Mereka juga menyatakan dan beranggapan drama yang disiarkan pada malam Jumaat mungkin mengalami masalah untuk mendapatkan penonton kerana sebelum ini tiada drama lagi disiarkan pada malam Jumaat.
*Nur Kasih : 2.677 Juta iaitu 13.9%
*Tari Tirana : 1.624 Juta iaitu 8.4%
*Susuk : 78000 iaitu 0.4%
* Average number of individuals who have seen a specific programmeor daypart
Drama Nur Kasih yang berjalan selama sebulan itu telah menunjukkan seramai 28 juta penonton mengikuti kisah Nur Kasih secara "Catch up" di laman web www.tv3.com
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Abulfaiz dan Amir yang banyak membantu dalam penyelidikan ini...thanks yerr
Jawapan daripada soalan yang dikemukakan akan saya cuba isikan pada hari yang lain..
Selamat mengikuti perkembangan ini....
Menyakitkan ke kejujuran itu..

Sukar untuk memahami hati seorang lelaki. Mereka meletakkan perempuan seperti permaisuri dalam diri mereka. Perlukah wujudnya istilah "Kau permaisuri hatiku". Kalau rasa cinta itu menyakitkan jauhkan dirimu dari mendekatinya. Kalau sekadar ingin merasa erti cinta jadikan dia suatu pengalaman untuk dirimu.. Selama ini aku sentiasa menjauhinya atas alasan ingin blajar bersungguh-sungguh dan mencari kerjaya yang terbaik untuk keluarga ku. Pada hal disebalik hati ini merasakan lelaki ini tidak adil, jahat, dan sebagainya. Baru lah aku tahu lelaki ini tak semuanya sama.
Tiba-tiba cinta tiga segi pula yang Allah cuba uji hati hambanya. Untuk melihat kekuatan dan kemampuan menghadapi ujian yang mungkin mudah untuk kaum hawa yang lain menghadapinya. Mungkin jawapan semua ada berdasarkan apa yang telah berada di TV dan sebagainya. Tapi hati lain-lain.
Aku ingin kembali pada jalan dahulu jauh dari erti cinta. Membawa diri ke alam persahabatan yang lebih menjamin hati untuk bahagia. Tapi hari-hari itu tidak akan kembali dan putaran masa yang mematangkan kehidupan kita. Kalau awak ada baca blog ini apa pun yang berlaku saya sentiasa menganggap awak kawan baik saya. Saya minta maaf kalau kejujuran saya ini membuatkan awak sakit. Awak juga sentiasa menasihati saya kalau nak bercinta letakkan Allah pertama dalam jiwa kita. Kalau apa-apa berlaku tidaklah merasa sakit.
Wassalam
Sunday, January 3, 2010
Tahun baru dan azam baru
Kalo azam tu hanya setengah jalan biarlah tahun baru ni akhirkan azam lama dengan penuh jaya. Bukan sekadar azam tinggal azam. Ambillah azam lama untuk dijadikan pengajran dan azam baru sebagai penguat dan penyokong kepada azam lama..
Cerita tentang azam ni..
Tahun ni tiada azam yang ku bina untuk menjejakkan kaki ke tahun baru. Macam biasa azam yang lepas tidak sampai ke penghujungnya. So sempena tahun baru ni aku telah berazam untuk capai apa yang telah aku azamkan pada tahun lepas. Ramai juga yang ingin mengetahui apa azam tahun baru ku ini. Tapi terus terang ku katakan..diriku pada tahun ni hanya seorang insan yang menggunakan azam lama untuk terus maju dalam ruang lingkup ku sebagai seorang pelajar tahun akhir UKM.
Thursday, December 24, 2009
Date pertama bersama Khabir Bahtiar pengarah filem dan drama..Bersedia ke??
Aku memilih tajuk nilai pengaruh drama dakwah dalam siri Nur Kasih. Kajian kes di kampung aku sendiri iaitu Kanchong Darat. Aku tidak tahu kenapa aku memilih tajuk sebegini. Mungkin ia berkaitan dengan modul komunikasi aku. Tapi sebenarnya aku tertarik benar dengan cerita Nur Kasih sehingga aku ingin jalankan kajian terhadap drama arahan Khabir Bahtiar. Apa istimewanya drama ni berbanding drama hantu atau tahyul, drama cinta kosmopolitan dan sebagainya. Kenapa cerita ini mendapat sambutan yang sangat tidak disangka oleh pengarah drama sendiri. Mungkinkah penonton kehausan drama yang berbentuk agama. Atau jalan ceritanya mudah difahami.
So aku try call En Khabir Bahtiar untuk mendapatkan maklumat dan semakan soal selidik serta temuramah. Pada awalnya aku tidak dapat menghubunginya mungkin kerana dia terlalu sibuk. Tetapi rupanya beliau telah call aku semula, dalam keadaan aku tidak bersedia aku telah menetapkan dua minggu bahawa aku akan menemuinya. Kenapa mesti dua minggu kenapa tidak sebulan??
Itu yang buat aku rasa bersemangat untuk meneruskan kajian ku tentang drama Nur Kasih. Doakan aku berjaya menyiapkan tesis tentang drama beliau. InsyaAllah jawapan tentang drama tersebut aku akan try untuk masukkan dalam blog ini. Kalau sempat..Amin
Wednesday, November 4, 2009
Aku diekori dua orang lalaki
Tentu anda semua pernah berjalan pulang berseorangan.. Kalau ikutkan diriku yang sudah mengikuti kelas tekwando kemudian berhenti sehingga tahap tali pinggang hijau..itu mungkin sudah cukup baik untuk aku lindungi diriku dari sebarang kemungkinan yang akan timbul..
Rupanya fizikal wanita dan jiwanya terlalu lemah sehingga tidak dapat nak aplikasikan apa yang dipelajari ke dalam keadaan yang memerlukan. Semasa dalam perjalanan pulang dari KTM Klang untuk ke KL Sentral ku sempat berbual dengan kakak ku. Tajuk perbualan lebih pada masa depan kami untuk membeli sebuah kereta Honda (sekadar angan-angan yang mungkin tercapai dan mungkin tidak. Siap kami sebut jenama Honda Civic dan Accord dalam perbualan kami). Termasuk la perbualan tentang plan ku untuk sambung belajar. So ku tak fikir pula lelaki disebelah ku cuba memasang telinga mendengar perbualan antara kami. Perbualan ku juga termasuk tentang kewangan. Habis sahaja perbualan antara kami, ku dapat agak dia dan sahabatnya semacam mengata sesuatu sambil tersenyum dan tersengeh.
Ketika keretapi sampai ku masuk dan mencari terus kekosongan tempat duduk. Tiba-tiba mataku bertentang pula dengan mata lelaki yang duduk berhadapan tiga kerusi dari ku. . Ku lihat wajah-wajah mereka seperti dari negara Indonesia (just my assumption). Aku terus ke gerabak yang kedua untuk mengelakkan diri dari lelaki tersebut (sebenarnya malu juga pun ada). Pada mulanya ku tak detect apa-apa. Rupanya bila ku toleh ke belakang ku dapati mereka pun ingin bergerak ke gerabak tempat ku duduk. Mungkin mereka perasan aku memandang mereka terus mereka membatalkan niat untuk duduk ke gerabak kedua. Hati aku mula rasa semacam. 45 minit masa perjalanan aku habiskan dengan kerisauan. Takut-takut mereka cuba untuk memukau diriku.
Sampai sahaja KL Sentral, ku hubungi kakak ku. Ku keluar mengikut pintu gerabak kedua. Keadaan ketika itu agak sesak. Cuma pintu gerabak pertama tidak ramai yang lalu. So ku fikir lelaki tersebut mestilah akan keluar melalui gerabak pertama tempat dia duduk tadi. Rupanya sangkaan ku meleset bila dia juga ikut serta untuk keluar mengikut gerabak keretapi kedua. Kakak ku cdangkan agar memberikan laluan untuk lelaki itu supaya mendahului aku.
So ku cuba bersandar disebuah dinding yang terletak dekat dengan sebuah escalator. Lelaki tersebut keluar dan tiba-tiba dia nampak ku terus tersenyum (bagi ku macam kerang bucuk). Dia tidak pergi ke escalator tetapi dia pergi kearah bertentangan. Aku tak rasa dia hendak menaiki sebuah lif.. Aku berdiri untuk sementara rupanya dia menoleh ke belakang melihat aku ..tersenyum lagi macam kerang bucuk...Biasa laa senyuman pun boleh memukau orang. Aku takut kalau-kalau dia tepuk bahuku dan terus ku ikut kata-katanya...banyak terjadi sekarang ni..(mungkin ke dia pelik melihat aku atau dia dah tahu aku dapat detect)....sah...sah..terus ku lari menaiki tangga (bukan escalator) dan membeli tiket untuk ke UKM bangi. Alahai punya lah takut ketika itu sehingga aku salah station. Ku cuba tenangkan diriku dan terus turun ke tangga untuk mengambil KTM ke Seremban. Sampai sahaja ku mengambil ruang yang sunyi sambil menahan air mata yang hampir mengalir (akhirnya mengalir juga sebab takut sangat). Kakak ku tak putus-putus suruh lihat disekeliling mana lah tahu kalau-kalau dia juga membeli tiket untuk ke Seremban.
Darah ku yang berderau kembali tenang....bila aku dapati tiada antara mereka berdua yang mengekori ku
Nasihat ku disini kepada yang bergelar wanita terutama mahasisiwi. Berhati-hatilah ketika pulang atau pergi ke mana sahaja destinasi yang ingin anda tuju. Kemungkinan besar anda diekori. Percayalah kata-kataku. Sentiasalah melihat disekeliling anda..
Saturday, October 24, 2009
Ada harapan ke untuk aku??Tolonglah ya Allah
Jalan menuju kejayaan ni banyak antaranya mengejar ilmu dan cita-cita. Tapi apa yang ingin dikongsikan disini adalah beberapa ujian yang yang bakal ditempuh dan permainan "kemungkinan" sentiasa bermain didalam fikiran. Cita-cita yang ditanam adalah belajar sehingga peringkat kedoktoran tetapi ujian dari Allah tiba apabila diberitahu JPA akan menaja mereka yang punya CGPA 3.75 untuk sambung ke peringkat Master. Malangnya. Aku hanya ada satu tahun lagi untuk mendapatkan pointer yang diperlukan. So apa yang perlu dilakukan adalah bersabar, bertawakkal dan berusaha. Aku akan cuba sedaya mampu mengejar CGPA tersebut. Tapi aku terima seadanya sekiranya ilmu yang ingin ku cari berhenti sekadar Ijazah Sarjana Muda. Tapi sekiranya aku diberikan rezeki untuk menyambung Master dengan tajaan JPA. Ku panjatkan kesyukuran ku pada yang Maha mendengar dan Maha mengetahui.
Sekiranya tiadalah harapan ku untuk menyambung belajar ke peringkat Master. InsyaAllah aku akan buat secara jarak jauh. Seperti yang sedia maklum pelajar lepasan JPA dikehendaki bekerja dibawah kerajaan selama 4 tahun. So kemungkinan besar dalam aku bekerja aku akan mengambil Master jarak jauh. Bukan ku tak mahu mengambil tajaan Kementerian pendidikan. Tunku Abdul Rahman dan sebagainya cuma masalahnya sekarang aku sudah terikat dengan perjanjian JPA. Aku akur dengan apa yang diberikan.
Tapi aku tak tahu kenapa hati ini ingin benar menyambung pelajaran. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa luruhnya hati bila dapat tahu CGPA yang dikehendaki JPA terlalu tinggi permintaannya. Tidak boleh membuat rayuan.
Tapi InsyaAllah juga aku ada plan yang lain untuk cuba mencapai menara gading yang puncak sekali. InsyaAllah plan ni yang akan ku guna untuk sambung belajar. Bagi aku Master PJJ terlalu lama untuk tamat. AKu cuba untuk tamatkan dalam masa yang muda.
Pada semua pembaca doakan kejayaan aku untuk capai ilmu dan cita2 ini.
Tuesday, October 20, 2009
Bila Otak turun ke lutut
Pagi tadi saya membaca dalam akhbar 'The Star' wawancara pemberita Philip Golingai dengan makhluk berbangsa Indonesia bernama Adian Napitupulu, 38 tahun, berasal dari suku kaum Batak, yang mengangkat dirinya sebagai ketua kumpulan 'vigilante' Bendera (Benteng Demokrasi Rakyat), yang mana matlamatnya ialah 'Ganyang Malaysia'.
Kumpulan inilah yang telah melakukan operasi 'sweeping' rakyat Malaysia di Menteng, Jakarta pada Sept 8 yang lalu. Dengan berbekalkan buluh runcing, mereka bermaharajalela buat seketika di kotaraya Jakarta , memeriksa kad pengenalan pengguna jalanraya untuk menahan rakyat Malaysia . Malang bagi mereka, tiada pulak orang Malaysia lalu di situ pada waktu tersebut.
Golingai bertemu Adian di Jakarta hasil usaha seorang wartawan Indonesia bernama Samiaji Bintang. Bukan main bersemangat lagi si Adian ini ketika ditemubual oleh Golingai. Ditanya oleh Golingai apa tujuan 'sweeping' itu, dia menjawab, "Kerana kerajaan Malaysia 'sweeping' rakyat Indonesia di Malaysia."
Begitu terserlah 'kepintaran' Adian dengan jawapan ini. Tahukah dia bahawa di Malaysia ada 2 juta pendatang haram Indonesia yang menyusup masuk ke negara ini, disamping 1.4 juta warga dari seluruh pelusuk Indonesia yang masuk secara sah dan berkerja membanting tulang empat kerat mencari rezeki demi menampung kehidupan keluarga mereka di kampung?
Operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa Malaysia ialah untuk menangkap pendatang haram ini dan menghantar mereka pulang. Kalau benar-benar mahu mencari rezeki yang halal di Malaysia, kenapa tidak dimulakan dengan perbuatan yang juga halal, iaitu masuk secara halal? Saya yakin polis dan imigresen Indonesia juga akan bertindak sama jika berhadapan keadaan yang serupa.
Mungkin kehadiran 2 juta pendatang haram ini isu kecil kepada Adian, memandangkan penduduk Indonesia seramai 237 juta. Tetapi dia lupa (atau mungkin jahil) bahawa penduduk Malaysia hanya 27 juta dan 2 juta itu merupakan 7.4 peratus daripada jumlah penduduk negara ini! Dan jika diambilkira 1.4 juta yang masuk secara sah, ini bermakna lebih 10 peratus daripada penduduk di Malaysia terdiri daripada warga Indonesia semata-mata.
Saya ingin bertanya: "Senangkah kamu jika 23 juta daripada 237 juta penduduk di Indonesia terdiri daripada pendatang asing yang bukan warga sendiri tetapi menggunakan prasarana negara kamu dengan sepenuhnya? Mampukah kamu bertindak dengan prihatin seperti kami? Kalau diukur dengan apa yang saya lihat hari ini, kamu tidak mampu bertimbang rasa."
Kumpulan Bendera ini telah mengisytiharkan perang terhadap Malaysia dan telah mengumumkan akan menyerang Malaysia pada 8hb Oktober ini, iaitu hari Khamis akan datang. Di wawancara tersebut, Adian juga telah memberikan Golingai satu nota pengisytiharan perang bertajuk "Ganyang Malaysia !"
Pengisytiharan tersebut mengatakan bahawa rentcong Aceh, panah Papua, Pedang Pattimura, mandau Kalimantan, keris Jawa, kujang Sunda, golok Betawi, badik Palembang dan pedang Sisingamagaraja (kesemuanya senjata tradisi Indonesia) telah berikrar bermandi darah untuk menghapuskan Malaysia .[Perhatikan bagaimana setiap senjata diberi nama tempat yang khusus dalam nota tersebut, mungkin takut dimaling agaknya, walaupun kita juga ada golok, badik, keris, pedang, panah dsb].
Kemudian dia menunjukkan satu senarai 'kesalahan' Malaysia yang mendorong kepada pengisytiharan tersebut: tuntutan Malaysia terhadap kepulauan Sipadan, Ligitan dan Jemur, mencuri budaya Indonesia (makanan rendang, lagu Rasa Sayang dan tarian Pendet antaranya), menyiksa rakyat Indonesia (ada 34 nama dalam senarai).
Jemu jelak saya hendak memperkatakan persoalan ini sebenarnya. Tidak ada gunanya berdialog dengan manusia yang berdendam dan taksub, yang tidak mahu menerima kenyataan bahawa antara kita memang ada lintas budaya kerana kita serumpun.
Hanya 34 nama di antara 3.4 juta warga Indonesia (sah dan haram) di Malaysia? Bagaimana dengan penjenayah Indonesia yang berleluasa di Malaysia membunuh, merompak, mencuri, merogol dan sebagainya? Saya kira senarai mangsa mereka lebih panjang daripada 34 nama. Malah, tidak dapat dinafikan kadar jenayah di negara ini mencanak dengan kehadiran mereka. Ini bukan omong kosong; ia boleh dibuktikan.
Menurut Adian, enam minggu yang lalu, 10 pengintip Bendera telah meloloskan diri masuk ke Malaysia untuk menubuhkan satu 'network' pekerja Indonesia dalam usaha 'perang' ini. Katanya lagi mereka telah berjaya menghubungi 1.45 juta pekerja Indonesia - pembantu rumah, pekerja binaan dan pekerja ladang - yang akan membakar tempat kerja masing-masing apabila konfrantasi bermula. [PS: Sesiapa yang ada bibik sila ambil perhatian. Perlu tau demi keselamatan rumah].
Saya tidak pasti sama ada pekerja-pekerja yang dimaksudkan itu (rata-rata yang mencari rezeki halal di sini) akan sanggup mencurah pasir ke periuk nasi sendiri semata-mata kerana patriotisme terpesong ini. Sanggupkah mereka mematahkan punca rezeki mereka kerana ini?
Tambah 'pakar strategis perang' ini lagi, pada tarikh tersebut 300 orang Indonesia yang mempunyai ilmu kebal - tidak lut ditikam atau ditembak - akan menyerang Malaysia melalui Pontianak dan Nunukan di Borneo.
"Dari Pontianak kami akan menawan Kuching dan dari Nunukan kami akan menawan bandar Malaysia yang terdekat." Apabila ditanya apa nama bandar tersebut dia menjawab tidak tahu. (So much for a war strategist!) Note: Bandar Malaysia terdekat selepas Nunukan ialah Tawau . Dalam masa enam hingga lapan bulan, kata Adian, Bendera akan berjaya menakluki Kuala Lumpur .
Saya tidak tahu sama ada hendak ketawa atau menangis membaca temubual ini. Yang pasti, Adian dan para pengikutnya seolah-olah terlalu teruja untuk 'ganyang Malaysia ' sehingga tenggelam punca.
Hanya satu saja nasihat ikhlas dari saya: Daripada menghabiskan masa dan tenaga untuk menyerang Malaysia , lebih baik kalian berangkat ke Padang . Dua gempa bumi dua hari berturut-turut telah mengakibatkan lebih seribu kematian dan tiga ribu lagi masih hilang. Ataupun, kalian menyusur Tasikmalaya di Pulau Jawa tempat kalian sendiri, dimana berlaku gempa bumi sebulan yang lalu.
Cuba kalian kerah tenaga membantu mangsa senegara kalian yang amat memerlukannya. Bawa senjata kalian ke Padang dan gunalah golok Betawi mu untuk mengorek timbunan bagi mengeluarkan mayat-mayat yang kian reput di bawah runtuhan.
Jangan sekali-kali kalian lupa bahawa mangsa gempa bumi negara kalian kini dibantui pasukan penyelamat dari seluruh dunia termasuk pasukan SMART, Tentera, Bulan Sabit Merah dan lain-lain dari Malaysia . Malah, berbagai tabung telah dimulakan oleh pihak swasta di Malaysia untuk membantu.
Salurkan tenaga kalian kepada tugas membantu anak bangsa sendiri. Itu lebih berfaedah...
PS: Buletin Utama TV3 sebentar tadi melaporkan dua lagi gempa bumi di Indonesia , satu di Papua dan satu lagi di Sulawesi .......
PS: Terdapat mangsa gempa bumi dengan angkuh menolak bantuan daripada Malaysia , kononya dari sumber haram, tapi menerima bantuan daripada negara-negara bukan Islam. Dalam keadaan nyawa-nyawa ikanpun masih bongkak.
PS: Para pelajar kita tidak dilayan ketika meminta bantuan makanan. Mereka diberitahu, keutamaan adalah kepada rakyat tempatan. Mereka lupa bahawa kehadiran para pelajar kita itu turut memberi sumber pendapatan kepada mereka.
Mendidih darahku bila memikirkan tindak tanduk segelintir manusia yang tidak mengenang budi ini...
HENTIKAN SAJA PENGAMBILAN SEMUA PEKERJA DARIPADA INDONESIA . BUKA PELUANG ITU KEPADA NEGARA LAIN. TIADA GUNANYA KITA BERBUAT BAIK KEPADA ORANG YANG TIDAK TAHU DAN TIDAK MAHU MENGHARGAINYA
Tuesday, October 13, 2009
Projek Smart skooter
Sebenarnya Smart Skooter ni adalah menggunakan tenaga solar yang mana ia menjadi tenaga utama dalam menghasilkan gerakan berbanding charger. Ini direka kerana bagiku kenderaan yang menggunakan minyak terlalu banyak sehingga boleh mencetuskan kesan penipisan lapisan ozon. Penggunaan tenaga solar ini lebih baik dalam menggalakkan pengguna menggunakannya dalam kehidupan seharian. Portable solar power yang mengandungi tiga fungsi disebaliknya mampu memberikan perjalanan yang selamat serta berterusan. Charger. transformer serta inverter adalah antara yang terkandung dalam portable solar power. Panel solar dengan 1m persegi mempunyai 110 W mampu mengahasilkan 600 W enjin motor (keliru tapi faham).
Sebenarnya bukanlah tujuan ku untuk mempromosikan Smart Skooter ni. Lagipun ia tiada lagi dalam pasaran dan ia juga merupakan rekaan pertama yang terhasil daripada otakku. Cuma rekaan ini ada sedikit inovasi daripada skooter mainan kanak-kanak. Dalam menghasilkan projek individu bagi subjek pemikiran rekacipta ini iaitu U2, aku menghadapi sedikit sebanyak ujian. Antaranya penggunaan sistem untuk menghasilkan gerakan, lukisan menggunakan bentuk komputer dan sebagainya. Benda-benda seperti ini aku tidak pernah belajar. Mungkin pernah tapi aku dah lupa. Untuk pengetahuan projek ini diberikan last minit dan ia merupakan projek individu. Akhirnya aku diberi kemudahan oleh Allah. Aku dipertemukan sahabat lama ku dari Pesta Konvo 36 yang mengambil jurusan kejuruteraan yang mana dia banyak mengajar aku tentang bagaimana hendak menghasilkan gerakan bagi kenderaan ini. Banyak juga yang aku belajar daripadanya. formula yang tidak tercapai oleh akal ku yang tertumpu pada medan dakwah telah membuka mindaku tentang ciptaan ini. Pembelajaran ku lebih terfokus kepada mekanikal engeneering.
Selain itu, aku juga mendapat pertolongan daripada seorang sahabat ku yang mengambil multimedia dalam FTSM. Dia telah memberikanku dua software yang memudahkan aku dalam mereka ciptaan ini. Dia juga turut membantu aku menyiapkan rekaan Smart Skooter ini. Software lightwave. Agak menyeronokan bila belajar software sebegini.
Di sini aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana sudi mengajar diriku. Aku tidak dapat membalas segala budi dan pertolongan yang telah diberikan kepadaku. Hanya Allah yang membalas segala budi baik kamu. InsyaAllah sekiranya kamu menghadapi kesulitan dan memerlukan bantuan aku akan sedaya upaya membantu.
Aku takut dengan malam pertama

Hampir seminggu ku tak jejakkan karangan ku ke blog ni. Al-maklum sibuk dengan assgmnt. Tapi tu ku akan cerita bila aku free. Apa yang ingin ku kongsi dengan sahabat-sahabat adalah tentang malam pertama. Mesti ramai yang beranggapan malam pertama adalah malam yang paling indah. Tapi itu untuk mereka yang mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin dikisahkan disini adalah malam pertama kita dialam kubur. Aku terjumpa sebuah buku karangan Dr A'idh Al-Qarni, S. Muhammad HusainYa'qub dan Dr Muhammad A.R Al-Uraifi. Buku terbitan Darul Nu'man benar-benar menyedarkan aku tentang amalan yang terkandung di kedua belah tangan ku. Ketiadaan persediaan menghadapi Nya menyebabkan aku sibuk dengan urusan dunia. Mesti ramai antara kita terlalu yakin bahawa esok kita akan bertemu lagi dengan dunia ini. Tapi sebenarnya keyakinan yang bersungguh mampu menjadi yang sebaliknya. Kita lihat sahaja berapa ramai yang telah meninggal dunia ketika dalam tidur. Kita sangat yakin kehidupan ini akan berakhir dengan kematian.
Harga buku ni tak semahal yang disangka. Hanya RM 10. Ku perolehinya ketika berada di syarikat Darul Nu'man atas urusan program yang sedang berlangsung iaitu program Minggu Dakwah 12-16 Oktober. Buku yang mengisahkan tentang perjalanan manusia ketika disoal. Ada yang hampa, ada yang gembira ada yang tidak mampu menjawab kerana berita syurga dan neraka telah sampai ke telinga mereka.
Dalam banyak-banyak sub topik, ada satu yang menarik untuk diceritakan disini bahawa binatang ternakan boleh mendengar suara neraka ini dikisahkan apabila Rasulullah menaiki bughal dan hampir terjatuh kekerana bughalnya yang sedang melalui kawasan kubur kawasan mendengar sesuatu dan ketakutan. Dikatakan juga mengapa manusia tidak diperdengarkan suara neraka supaya ada keinsafan timbul rupanya suara gempa bumi pun manusia tak tertanggung apatah lagi suara neraka yang dahsyat.
So bagi sesiapa yang teringin untuk membaca buku ni ku boleh pinjamkan kepada sahabat-sahabat untuk kita renungkan segala apa yang tersirat dan tersurat disebalik malam pertama yang bakal kita tempuhi. Just comment dengan memberikan alamat. InsyaAllah ku akan post buku nie. Tapi mohon jasa baik semua untuk memelihara buku ni.
Rujukan buku : Malam Pertama di Alam Kubur
Thursday, October 8, 2009
Jangan salah faham semua..
Setiap apa yang ku update bukan untuk mengata tapi sekadar untuk memberi nasihat. Ku tahu kalau nasihat itu melalui mulut tak mustahil ramai yang akan terasa dan boleh jadi berlaku permusuhan. Tapi apa yang ku luahkan disini adalah sekadar benda yang harus diperbaiki. Bukanlah ku nak kata diriku perfect. Aku sendiri punya kelemahan yang kalau ada sesiapa nak beritahu kelemahan ku ini dipersilakan. Kerana tak semua manusia ada kelemahan yang orang lain tahu tapi dirinya sendiri tak tahu
Sebenarnya juga ruangan comment tersedia untuk anda semua luahkan sahaja ketidakpuasan hati anda terhadap apa yang saya update terutama sahabat-sahabat seperjuangan tapi nampak gaya luahan tidak saya terima bahkan kritikan daripada belakang yang saya terima. Ada juga menyatakan bahawa apa yang saya update adalah berkenaan dirinya. Sebenarnya tidak. Janganlah salah faham dengan segala yang diupdate. Sekiranya ada yang terasa comment sahaja. Ku akan jawab komen sedaya upaya kalau ku mampu jawab...
Terima kasih sudi membaca..
Wednesday, October 7, 2009
Geng oh geng...

Hari ni tiba-tiba aku nak lahirkan suatu ketidakpuasan hati aku yang aku rasa blog ni sahaja dapat tenteramkan sedikit sebanyak jiwaku..Selain daripada wuduk dan al-Quran.. Ermm geng..atau dengan erti kata lain kumpulan..Semua ada geng..Kalau seseorang tu dah bergeng maka berlakulah perkara yang biasa berlangsung bila ada yang tak puas hati. Disini ku sekadar meluahkan rasa sahaja. Bila ada salah faham berlangsung antara seseorang dengan seseorang yang lain maka diharapkan mereka yang berada dalam lingkungan geng yang salah faham tak perlulah bertindak seperti memahami segalanya. Biarlah penyelesaian dicari oleh mereka yang salah faham. Bukan dengan pengapian atau dengan mendengar sebelah pihak sahaja. Aku rasa benda seperti ini banyak terjadi dekat kumpulan ahli kongsi gelap. So diharap janganlah aplikasikan sifat seperti ini dalam hati kita. Sekadar meluahkan perasaan tak mengapa tapi kalau sekali ikut salah faham kerana penjelasan sebelah pihak sahaja tu yang terjadinya proses pengapian, jeling menjeling, hipokrit dan sebagainya.
Ini hanya sekadar luahan. Kepada pembaca yang membaca blog ini dan menjadikan anda terasa dengan isi kandungan blog ini mohon ampun dan maaf mungkin ini adalah kelemahan diri saya. Sama-samalah kita cerminkan diri kita. Semua manusia dicipta dengan ciptaan yang amat sempurna oleh Allah tapi hati kita tak ada yang sempurna kerana titik hitam yang ada dalam hati ini. Moga Allah sentiasa mengampuni dosa-dosa hambanya.
Sekian










