Assalamualaikum semua..entri kali ni aku nak masukkan kisah aku kene marah hanya kerana aku mengalihkan bangkai anjing.. :(
Kepada semua yang diluar sana ..dalam ayat al-Quran atau hadith tiada satu pun ayat yang menyuruh kita jangan alihkan bangkai anjing atau babi serta keturunannya yang mati di tengah jalan yang boleh mengganggu orang lain untuk menggunakan jalan..Kalau ada pun kita diharamkan untuk menyentuhnya..maksud dekat sini antara kulit dengan kulit..
Hmm tapi aku hairan kenapa bila ada bangkai anjing takder sorang pun nak alihkan..kalau ada pun tak ramai daripadanya terdiri orang Islam dan majoriti orang kafir..Hmm sedangkan pada zaman rasul seorang pelacur masuk syurga hanya kerana memberi minum pada seekor anjing yang sedang dahaga..
Entri kat sini bukan nak tunjuk aku baik atau sebaliknya..aku cuma rasa nak meluahkan kekesalan aku pada masyarakat sekarang yang merasakan bahawa anjing yang mati di tepi jalan tidak boleh dialihkan..tunggu orang kafir yang alihkan...
Bagi aku kalau nak tunggu semua tu..habis macam mana kalau ada kete langgar anjing tu..korang ingat bangkai kucing korang pun langgar gak..hah elok laa tu samak laa kete korang..
Ish aku minta maaf rasa nak marah plak..sebenarnya aku kecewe, baru-baru ni aku alihkan bangkai anjing..dengan menggunakan kertas dan kudrat aku menarik anjing tu ketepi..sangat berat sampai aku hampir putus asa..kereta yang lalu lalang hanya memandang..mungkin ada yang pandang hina..tapi aku tak sampai hati tgk anjing tu mati kene gilis terus menerus..
Sampai satu tahap tengah aku fokus tarik ekor anjing tu tetibe ada sebuah lori besar yang dipandu oleh orang melayu hon kat aku dan matanya menenung aku dalam keadaan marah..hon daripada kenderaan lori yang dipandunya buat aku terkejut macam nak pengsan..terlalu kuat dan gegendang telinga aku pun hampir2 je meletup..
Aku harap sangat apa jua haiwan yang mati di tengah atau tepi jalan..selagi kita boleh mengalihkannya kita alihkanla..takkan korang sanggup tengok bangkai tu kene gilis terus menerus sampai tak nampak fizikal bangkai..
InsyaAllah Allah akan balas perbuatan baik anda..
sampai cni je la entri aku..jom perbanyakkan amalan di bulan Syaaban
1 comments:
-_-" hehhe
Post a Comment