Bahasa Jiwa Bangsa, Memartabatkan Bahasa Melayu, MBMMBI dan
banyak lagi cara yang digunakan untuk memartabatkan bahasa Melayu. Kerajaan telah benyak memainkan peranan dalam memartabatkan bahasa Melayu begitu juga dengan pihak media.
Bukan sahaja melalui slogan tetapi melalui program
pendidikan dan sebagainya. Dimana sahaja kerajaan sentiasa serius untuk
memperkasakan dan menjunjung bahasa Melayu.
Tetapi sedarkah kita dalam diam bahasa Melayu lebih diancam
kemusnahan apabila bahasa ini dipinggirkan dan kerap kali dijadikan bahasa yang
bercampur dengan bahasa Inggeris dalam percakapan sehari-harian.
Masyarakat kurang yakin penggunaan bahasa Melayu sebagai
bahasa ekonomi. Bukan itu sahaja ibu bapa juga turut memainkan peranan dalam
memilih IPT terbaik untuk anak-anak mereka..UKM yang sentiasa memartabatkan
bahasa Melayu kini kurang menjadi pilihan apabila keluaran mahasiswa dan
mahasiswi tidak hebat dalam berbahasa Inggeris.
Buktinya apabila aku yang sedang membeli burger tersentap
dengan perbualan antara adik aku dengan mak cik yang menjual burger tentang isu
bahasa Melayu..anak lelakinya yang layak memasuki IPTA yang bertaraf terpaksa
menolak tawaran tersebut kerana cita-citanya yang memerlukan penggunaan bahasa Inggeris yang lebih meluas membuatkan anak lelakinya memilih kolej swasta sebagai
tempat untuk menyambung pengajian. Ini kerana kita sedia maklum kolej swasta
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam dunia pendidikan dan bakal alam pekerjaan
mereka.
Bukan itu sahaja, seorang penulis menulis tentang artikelnya
bertajuk “DBP perlu adil haram lirik lagu bercampur”. Artikel tersebut
menjelaskan tentang Kementerian Penerangan menghalang lagu Melayu dengan lirik
bercampur bahasa Inggeris. Antara lagu tersebut adalah seperti lagu DIVA
dendangan Anita Sarawak. Lagu terbaru adalah Jangan Ganggu Pacarku
naynyian penyanyi kacak Alif Aziz dari seberang.
Penulis lirik lagu ini melacurkan dan merosakkan kedua-dua
bahasa, bahasa Melayu juga bahasa Inggeris. Antara perkataan tersebut adalah
seperti tagging-tagging, liking-liking dan lain-lain dengan menggandakan
bahasa tersebut dengan mengganggap dirinya sangat kreatif. Lagu-lagu
tersebut sering kali didendangkan di bibir-bibir masyarakat kita sehingga sebahagian masyarakat
menggunakan bahasa tersebut dalam kehidupan harian.
Lagi 1 yang aku kira dah terlepas pandang oleh kerajaan
adalah himpunan Juara RAJA LAWAK yang telah dipentaskan di Istana Budaya. Penggunaan
bahasa Melayu yang jelas dirosakkan sama sekali oleh pelawak terkenal
JOZAN. Antaranya
“Takpe-takpe saya kefahaman”,
“Pak cik jangan buat laka-laka”,
"Banyak kawasan yang saya menjagainya pun adui terber,"
"Saya mendapat keputusan yang hamat hebat"
dan banyak lagi. ( tak caya tgk kat you Tube korang akan tegelak dengan lawak dowang yang memperlekehkan bahasa Melayu)
Penonton pun bergelak sakan melihat gelagat pelawak tersebut memperlekehkan bahasa Malayu..aku kira memang lawak mereka sampai tak kering gusi..sampai tergolek2..
Kalau dari sudut nyanyian pihak menteri yang bertanggungjawab telah mengambil tindakan maka apakah tindakan yang sesuai untuk mereka??
“Takpe-takpe saya kefahaman”,
“Pak cik jangan buat laka-laka”,
"Banyak kawasan yang saya menjagainya pun adui terber,"
"Saya mendapat keputusan yang hamat hebat"
dan banyak lagi. ( tak caya tgk kat you Tube korang akan tegelak dengan lawak dowang yang memperlekehkan bahasa Melayu)
Penonton pun bergelak sakan melihat gelagat pelawak tersebut memperlekehkan bahasa Malayu..aku kira memang lawak mereka sampai tak kering gusi..sampai tergolek2..
Kalau dari sudut nyanyian pihak menteri yang bertanggungjawab telah mengambil tindakan maka apakah tindakan yang sesuai untuk mereka??
Penggunaan bahasa yang dibawa oleh JOZAN sangat mempengaruhi
kehidupan harian masyarakat. Buktinya adik aku sendiri yang seronok melihat
gelagat mereka sehingga mampu menghafaz bait-bait yang disampaikan oleh
mereka..Ni baru adik aku yg belajar tinggi2 kat U..habis yang tak belajar kat U..lagi2 student sekolah rendah n menengah..impak yang besar bakal dihadapi rakyat Malaysia kalau mereka berterusan dengan lawak mereka yang menggunakan bahasa ntah apa2 ntah..
Tak kisah pun kalau mereka nak berlawak..tapi jangan sampai menjejaskan bahasa Melayu..
Tak kisah pun kalau mereka nak berlawak..tapi jangan sampai menjejaskan bahasa Melayu..
Aku kira kalau kerajaan tak buat program memartabatkan bahasa Melayu..1 hari nanti bahasa Melayu akan jadi bahasa ALIEN, bahasa Lawak Antarabangsa dan bahasa sampah..aku rasa bahasa aku sangat kasar tapi ini lah realiti yang akan terjadi kalau kita orang melayu pun menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pinggiran sahaja..
Pikir pikirkan..^_^
0 comments:
Post a Comment