Followers

Pages

Thursday, February 11, 2016

Mandikan abah kita

Mandikan abah

2.08.2015 (Ahad)

Allah jemput abah kembali ke pangkuannya. Ketika itu aku baru pulang dari rumah terbuka hari raya. Dan ketika itu juga aku baru lepas berpantang. Sedihnya aku hanya akak berada disisi abah dan ketika aku pulang dan berada disisi abah nyawa abah sudah mula tersekat. aku melihat sakaratul maut di hadapan aku. Abah kembali pada Allah dalam keadaan yang tenang. Terima kasih Allah Kau ambil nyawa ayah aku dan tidak membiarkan dia terseksa lama. 

Abah sakit tua. Umur sudah menjangkau 83 tahun. Abah meninggalkan aku, kakak dan adik. kebun sawit serta rumah pusaka. Kami tidak tahu macam mana nak uruskan ladang sawit hatta hingga sekarang kebun abah semakin teruk. Pekerja abah pula mungkin mula mencuri tulang. Kebun abah tidak diracun rumputnya. Tidak dibersihkan daunnya. Sudah banyak kali dipesan tapi tiada tindakan. Duit bulan-bulan hasil sawit pula semakin menurun. Abah adik minta maaf adik tak tau nak uruskan. Abah banyak kali pesan uruskan kebun dengan baik sebab abah takde anak lelaki.

Saat abah sakit, akak ngan linda yang menguruskan pakai mandinya. Akak tau mana bahagian yang sakit. Aku buat mana yang terdaya sebab aku masih berpantang. Kadang kala abah mengaduh sakit di tengah malam. Semakin lama abah semakin tenat dan suara tidak dapat dikeluarkan sebagaimana sebelumnya. Hanya isyarat sahaja yang diberikan . kulit belakang abah dah semakin parah. Setiap kali tukar pampers kulit abah akan mula tertanggal. Bukan itu je, tulang abah dah tidak boleh digerakkan seolah-olah abah dah lumpuh. 

Malam abah meninggal semua berkumpul disisi. Aku lihat semua nadi abah semakin perlahan. Akhirnya jam 8.30pm abah telah menghembuskan nafas. Ramai orang mula mengerumuni  rumah abah..membacakan yasin untuk abah. Aku, dan akak tak putus baca al-Quran. Tengah malam tu kami berbincang untuk mandikan abah sebab kami tak nak abah terseksa. Kami tahu mana sakit abah. 

Esoknya tibalah hari untuk memandikan abah. Bila kain kapan dibentangkan dan kaum lelaki yang terdekat dengan abah mula dipanggil untuk membantu memandikan abah, aku mula bersuara “pak cik izinkan saya mandikan abah saya, kami adik beradik nak mandikan abah” pak cik tu jawab “ takpelah nnti batal wuduk terkena aurat”. Aku mula gelisah..sekali lagi aku meminta izin untuk memandikan abah. Dan sekali lagi juga aku ditegah. 

Abah adik dah cuba untuk minta izin mandikan abah tapi pak cik tu menegah wal hal sekiranya terkena aurat antara aku dengan tukang mandi yang lain itu antara kami takde kene mengena dengan abah. Sebab abah dah takde nyawa. Di celahan langsir bilik mandi aku melihat cara abah dimandikan. Sangat gopoh. Tulang temulang abah diangkat kiri dan kanan sedangkan masa hidupnya aku gerakkan sedikit abah dah menjerit kesakitan. Inikan pula Jemaah yang memandikan abah dengan gopoh. Ya Allah aku tahu abah terseksa. Aku menitiskan air mata semahunya. Aku lihat seorang demi seorang menyiram abah dengan air sehingga air masuk ke dalam hidung abah. Aku lihat luka dipinggangnya yang tersiat hanya dibersihkan begitu sahaja.

Berbeza mandikan orang luar dengan abah sendiri. Biarlah pak cik yang memandikan abah aku merasakan nikmat sakit yang abah aku rasa bila dia nazak. Aku masih marah pada dia. Aku marah pada qariah kampong aku. Walaupun mereka dan bergotong royong semadikan abah tapi aku tak berpuas hati cara mereka memandikan abah. Adakah mereka telah menghadiri kursus atau mereka tidur ketika kursus. Adakah begini cara mereka menguruskan jenazah seolah-olah mengejar masa. Roh orang yang baru meninggal itu masih dalam jasad dan dia merasakan perit sakitnya kerana hendak meninggalkan jasadnya. Abah adik kesal sebab adik tak dapat mandikan abah. Adik kesal sebab adik biarkan orang lain sakiti abah. Tapi adik percaya abah penghuni syurga Allah. Setiap hari adik doa untuk abah. Setiap kali adik ingat abah adik akan mula menyesali apa yang dah berlaku

Kepada semua yang masih memiliki abah sekiranya abah kamu dah tiada mandikan abah sendiri dan dipimpin oleh seorang ketua. Kalau Jemaah luar yang laksanakan maka nasibnya akan sama seperti arwah abah. Abah semoga abah tenang dan damai di sana. InsyaAllah hari-hari adik akan titipkan bacaan Quran dan Fatihah untuk abah supaya kubur abah diterangi dengan Nur Allah.

Al Fatihah untuk abah

Saturday, September 26, 2015

Nokhtah seorang guru

Kisah ini sekadar untuk merenungi masa silam yg akan dibawa ke masa2 mendatang

Masa aku kecik aku dibesarkan dengan kerja2 sawit. Aku angkat sawit aku kutip buah sawit. Mesti ramai yg kurang percaya kerana aku anak perempuan. Kerja2 ni semua aku buat semasa berumur lingkungan dari kecil sehingga darjah enam. Semasa darjah dua lagi aku angkat buah sawit. Kalau ke kebun hnya berbekalkn basikal dan aku menunggangnya sejauh hampir 8km. Dikejar anjing dan lembu tu perkara biasa. Banyak kali juga aku jatuh basikal tatkala dijejar anjing. Banyak parut ketika itu.   Kanak2 lain main congkak, guli, anak patung. Aku pula kerja sawit tanpa upah. Mungkin ada yang lebih susah namun aku tetap bersyukur.

Masa tingkatan dua aku sudah mula bekerja. Setiap hujung tahun berbekalkan cuti hampir 2 bulan cuti sekokah aku isi masa kosong dengan bekerja. Niat untuk membayar duit yuran sekolah. Dari banting ke KL Sentral aku berulang alik dengan bas yang dibayar bulan. Sekadar cleaner cuci tandas. Masa bekerja 12 jam. Masuk 7mlm keluar 7 pagi. Disebabkan berulang alik pkul 5 ptg aku dh kluar rumah balik kerja biasa dalam pukul 10 pg.  Masa ni la aku tau kalau kita takde ilmu orang pijak kepala kita. Masa ni la duit gaji aku ditipu. Dimalam hari raya juga aku sanggup bekerja untuk mendapatkan bayaran lebih.  Tetapi gaji aku ditolak dengan alasan tidak munasabah. Dengan siapa aku nak mengadu sbb aku bekerja dibawah umur. Bnyak gaji aku dan pkerja lain ditipu. Gaji bulan pertama rm600 aku dapat membeli sebuah tv. Itulah pengalaman berharga. Gaji yang kedua pula aku simpan utk bayar yuran. Selama ini cikgu asyik panggil tuntut hutang pibg dan buku. Sekarang akulah yang bayar penuh. Kalau sebelum ni aku blanja 50 sen sekarang aku belanja seringgit sehari. Tapi aku lebih suka menyimpan. 

Ketika aku bekerja di kl sentral ada beberapa pekerja indonesia yang tiada permit. Tapi mereka semua baik. Mereka sering mengadu ditipu majikan. Aku tertanya2 didalam hati. "Wahai kamu (majikan) yang mengambil duit tanpa izin kami. Adakah kamu selamat untuk memakannya sedangkan ketika kamu menghadapi mati kamu kena mencari kami supaya kami dpt nenghalalkn segala perbuatan keji kamu". Betapa susah kami bekerja ketika itu, tapi kamu rembat duit hasil titik peluh kami dan kau agih2 kan sesama kamu dipihak atasan..keji kamu. Sehingga sekarang aku masih ingat muka2 keji ini

Tingkatan 3 pun aku bekerja. Dari banting ke erl putrajaya. Masa tingakatan 4 aku kerja cleaner kat KLIA. Tingkatan lima aku kerja food court KLIA. Masa tingkatan lima ni pernah aku tidur seminggu kat surat sebab aku ambil kerja part time bahagian bunga raya sambut vip. Kat sini la aku dgr cerita tentang menteri dan skandalnya. Bayangkan 8 jam aku bkerja di foodcourt dan 8 jam seterusnya di bunga raya. Jam yg lain aku peruntukan tidur je. Memang berbaloi 1 jam rm5. Begitulah sehingga aku ditahun pertama sem 1 UKM.

Masa aku tahun 1 pulak aku bekerja cleaner juga di JPN. Ada seorang staff ofis lelaki ni agak sombong dgn aku. Kalau merokok msti buang dekat celahan pasu bunga. Yg kutipnya aku juga. Bila dia tanya aku belajar mana ..aku jawab ukm terus lelaki tu buat2 baik ngan aku..dlm hati habis makcik2 cleaner yg takde ilmu ni ko tak reti nak hormat la. Kat opis tu ada seorang staff perempuan yang berumur yang bagi aku bliau tunggu pencen. Gelarannya mak long. Dia agak kurang ajar. Bayangkn bila disebelah mejanya ada tong sampah tapi dia sengaja buang kulit2 kacang dibawah meja. Alasannya ada cleaner yang akan membersihkan bahagian dia. Siapa yang suka dengan sikap mak cik tu. Mesti dia seorang penjawat awam yang pengotor. Kalau ni la sikapnya beliau tak layak digelar pnjawat awam berintegriti.

Itulah sebahagian pengalaman kerja sepanjang hidup aku. Bukan mak ayah tak bertanggungjawab. Tp kerja berkebun tak dapat nak menampung yuran sekolah kami adik beradik. Dek kerana susahnya bekerja mencari duit yuran sekolah akhirnya aku nekad belajar bersungguh sungguh agar aku dapat memasuki universiti. Alhamdulillah semasa SPM aku mnjadi pelacar cemerlang. Aku sambung belajar ke SAMT untuk mengambil STAM. Aku turut menjadi pelajar cemerlang. 

Selepas itu menyambung pengajian di UKM. Hidup sebagai pelajar mahasiswa ni kene pandai berbelanja. Jangan ikutkan hati dan kehendak. Nak dapat duit bukan dengan memetik jari. Ingat lagi aku hanya berbekalkan megi dan biskut kering sementara menunggu ptptn. Sehingga aku jatuh sakit. 

Aku berusaha bersungguh sungguh untuk mendapatkan biasiswa. Akhirnya ditahun kedua aku ditawarkan biasiswa. Alhamdulillah. Bermula dengan biasiswa aku berhenti kerja sebagai cleaner. Aku berbelanja dengan baik sebab aku tahu susahnya hendak mencari duit. 

Tamat pengajian di UKM aku mengambil KPLI di Institut Perguruan Islam Selangor. Dan sekarang aku menyambung pengajian di peringkat Master

Semenjak itu aku tidak pernah memandang serong dengan mana2 cleaner dan aku hormat mereka. Sebab gaji mereka sedikit dan setiap mereka mempunyai masalah kewangan yang lebih mencabar. Mereka sanggup menjadi cleaner dari meminta sedekah, dari melacur, demi sesuap nasi

Sekarang aku adalah seorang guru dan setiap kali mengajar aku akan terapkan unsur bersyukur dan hormat orang tua pada setiap murid aku. Aku tekankan biar kita susah demi mencari rezeki halal. Hidup kalau kaya tapi dengan rezeki haram tetap tiada barakahnya. 

Kisah ini aku rakamkan bukan untuk menagih simpati atau menunjuk kehebatan diri tetapi hendak menerangkan bahawa kalau hendak berjaya ada seribu jalan. Pilih jalan2 yg terbaik untuk menjadi manusia berguna, usah guna seribu alasan yang akhirnya meninggalkan angan2 dibelakang. Pahit getir hidup bukanlah pengalaman ngeri tapi itulah pengalaman untuk menjadi kemenjadian diri

Dahulu aku dibelakang dan sekarang aku akan buat yg terbaik untuk keluarga aku. Terutama ibu aku. Kepada arwah abah terima kasih atas pengalaman ini. Semoga abah berada disyurga bersama golongan orang beriman..

Al-Fatihah

Monday, June 29, 2015

kisah si penagih dadah



Mereka pandang hina dengan dia (penagih dadah) sampai doktor dan nurse buat endah tak endah bila dia mnta sedikit ubat tahan sakit..dia minta oksigen sebab sesak nafas..dia meraung kepanasan..tp tiada siapa yg peduli. (Alasan mereka tgh gian la tu) dia call mak dia supaya dtg menjemputnya tp ibunya cuba mengelat ketika dihubungi. Tapi tahu kah kamu dia mati bersendirian di katil hospital tanpa ditemani ahli keluarga (wahai ibu walaupun anak kamu dianggap sampah tp darah kmu ttp mngalir ditubuhnya..trima dia seadanya)..Tahukah kamu dia bersedekah roti dan ayam miliknya pada pesakit lain. Tahukah kamu dia berzikir ketika mnghadapi sakit dan sebelum ajal menjemputnya dan tahukah kamu dia mati dalam bulan yg mulia. Tiada siapa yg mnyedari nyawanya berakhir sehingga ada seorang pnjaga yg mnyedari..Siapa kita manusia nak tentukan penagih dadah sebagai sampah masyarakat. Mohon doktor dan nurse jangan memilih pesakit ketika merawat mereka..akhirnya dia pergi menemui Pencipta.. 

Damailah kamu disana

Ramai dah yg baca post ini dan telah menjadi viral..tujuan aku post kata2 ni dekat facebook supaya tiada doktor atau nurse memperlakukan pesakit penagih dadah sebegitu. Sekiranya telah habis ikhtiar ubat ubatan ckuplah penuhi apa yg dia harapkan. Dia nk bertemu dengan ibunya. Dia harap ada keluarganya datang membawa dia pulang. Tapi harapan tinggal harapan sehingga maut menjemputnya yg dtg melawat   hanyalah 'tetamu' atau keluarga yang datang kerana peninggalan barang arwah di katil hospital

keluarga arwah ada call aku mohon untuk aku delete post ini. Post ini menyebabkan si ibu bersedih. Si anak katanya 'hari2' datang melawat arwah. Tapi sepanjang kami menjaga abah di hospital hanya pihak AADK atau Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Dan ada seorang lelaki yang aku rasa hanya kawan dan bukan dari kalangan keluarga..si ibu ada alasan yang kurang logiknya ..Yaa..akhirnya aku delete.. aku tak nk dengar alasan panjang lebarnya.. Aku bukan kejar like or berapa bnyak bilangan share. Aku hanya kejar berapa ramai yg mampu baca dan jadikan ikhtibar.

Ada yang mengkritik dan ada yang memuji terutama tentang layanan pihak hospital termasuk peribadi aku. Katanya sbb aku takde ahli keluarga yang penagih dadah. Maaf aku katakan. Bapa saudara aku sendiri penagih dadah tapi nenek aku tak pernah abaikan dia. Sehingga hujung nyawanya dan matinya juga disisi nenek. Kepada kakitangan nurse. Aku bukan mencari salah kamu. Tapi aku lihat sendiri kamu perlekehkan dia. Semua pesakit disitu boleh menjadi saksi. Yaa aku tidak menafikan dia banyak mengeluarkan kata2 kurang elok untuk didengari. Tapi adakah kerana kata2 itu menyebabkan kamu rasa meluat dan berkecil hati sehingga permintaan dan jeritan di saat akhir pun kamu tidak hiraukan. Pelbagai ungkapan aku dengar dari pesakit mahupun penjaga. Ada yang mengatakan seorang doktor menginject mati atas permintaan pesakit. Ada juga yang mengatakan mereka tidak membuat 'tepukan dada' dan tenang sahaja bila dia mati. Bukankah sepatutnya kamu akan rasa sedikit cemas. Tapi mungkin  di pihak kamu pula ada sebab tersendiri.

Kepada keluarganya..Jangan guna alasan yang dia tidak waras maka kamu membuang dia. Jangan guna alasan dia banyak menyusahkan kamu kerana dia adalah anak kamu. Bagaimana kamu mendidiknya sewaktu kecil.

Kepada arwah kamu telah pergi tanpa sesiapa pun disisi kamu..sekurang kurangnya kamu tidak merasa sakit lagi. Kamu seorang anak yang terbaik sekiranya diberi peluang Allah untuk kamu tapi Allah sayang pada kamu kerana itu dia ambil kamu untuk kembali disisiNya. Beruntung kamu meninggal di bulan mulia. Pada malam jumaat pula.

Yaa sejujurnya aku masih terkenangkan suara dia meminta tolong. "Nurse tolong nurse aku panas nurse..lailaha illa Allah Muhammad Rasul Allah" " Allahu Akbar" "Nurse tolong nurse aku nak balik tolong hantar aku balik" "mak cik pinjam telefon mak cik sy nak call kuarga saya". Merintih dia. Biarlah si ibu bersedih dengan post aku supaya ibu2 yang mempunyai anak penagih dadah bersabar dengan sikap mereka. Sekiranya mereka diluar batasan hubungi pihak polis.

Seorang ibu yang bertanggungjawab adalah mereka yang tidak memutuskan hubungan anak dengan keluarga tetapi mencari jalan untuk kembalikan anak ke pangkal jalan. Itulah pengorbanan ibu yang terbaik.

Sumber: aku sendiri, pesakit hospital wad 5, sahabat arwah



Friday, June 5, 2015

pengalaman bersalin anak pertama

Assalamualaikum..

Hari ni post adalah tentang pengalaman bersalin. Ramai yg cakap bersalin ni separuh mati. Antara hidup dan mati. Antara mak dan anak.. memang benar semua tanggapan itu. Tapi pengalaman bersalin untuk setiap wanita itu berlainan. Ada yg Allah permudahkan hambaNya ada yg Allah bg kesukaran pada hambaNya

So disini sy ingin berkongsi pengalaman bersalin bersama semua. Pertamanya hospital pilihan adalah Azzahra. Bukan sebab kami berkemampuan dan kaya. Tetapi kerana doktor pilihann kami adalah perempuan. Takut juga kalau GH kami trpaksa menerima doktor lelaki..

Minggu 40 kami bertemu pakar O&G Dr Mashitah. Beliau maklumkan pada kami tentang kandungan air ketuban bayi hanya tinggal 8 dan terpaksa di induce. Samaada mlm tersebut atau keesokan hari aku perlu diwarded. Sepanjang petang sehingga keesokan hari hati rasa gundah mengingatkan bersalin itu bagai separuh nyawa. Samaada hidup atau mati

KHAMIS 28.05.2015

JAM 9.30 am. aku dimasukkan ke bilik utk diwarded. Setiap jam bidan akan datang untuk check pergerakan baby. Akhirnya datang seorang bidan perempuan yang memulakan tugasnya dengan melihat bukaan. Agak sakit apabila doktor mula memasukkan jarinya dan kedalam kemaluan.. Kemudian bidan mula memasukkan cecair supaya mudah untuk membuang air besar. Tidak sampai seminit perut menggelodak utk membuang. Sangat bernasib baik apabila tandas ada dalam bilik dan ia memudahkan pergerakan aku.

JAM 12.00 pm. Bidan maklumkan pada awalnya hanya 2 cm dan bidan trsebut memaklumkan bahawa perlu diinduce. Pada pukul 12 induce pertama dimulakan. Tiada rasa kontraksion mahupun sakit pinggang dan perut. Sempat jugalah minum air selusuh dan delima. Tidak lupa juga dengan air zam zam. Aku menunggu dengan sabar untuk merasa kontraksion. Semasa berada diward aku perbanyakkan membaca yasin, surah maryam, al Thariq dan zikir. Almaklum takut kematian yang datang semasa melahirkan anak. Suamiku sabar menunggu disisi. 1 jam selepas diinduce aku tidak dibenarkan keluar walaupun ke tandas. Jadi aku habiskan masa selama 1 jam untuk tidur.

JAM 5.00pm bidan dtg sekali lagi untuk check bukaan. Tapi tiada perubahan. Bila bidan check bukaan aku rasa macam nak kene rodok bahagian kemaluan. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Ditekan sedalam dalamnya untuk mencari bukaan

Jam 5.30 pm aku bertukar ke bilik Tun Perak. Dua katil dalam 1 bilik. Agak selesa sebab kami ambil pakej Ummi

Jam 6.00 pm. Bidan datang untuk induce kali kedua. Sekali lagi aku dirodok seperti mana kaedah check bukaan. Tapi bezanya induce ni bidan akan masukkan satu pil ke dalam kemaluan dan ditekan tekan ke dalam. Sakitnya  MasyaAllah..seperti biasa aku dinasihatkan agar tidak berganjak dari katil selama satu jam.

6.20 pm.  Aku mula merasa sedikit sakit perut dan pinggang. Pada mulanya aku senyum sebab induce kali kedua ini berjaya membuat aku rasa kontraksion. Semakin menginjak saat ke minit aku merasa sakit yang berganda. Sakit yang tidak dapat aku tahan. Aku cuba melaksanakan solat maghrib secara duduk. Tetapi aku tidak mampu untuk duduk. Hinggalah aku laksanakan solat maghrib dan Isyak dalam keadaan baring menghadap kiblat. Itupun solat aku masih tidak sempurna kerana banyak pergerakan kerana menahan sakit. Moga Allah terima solat baring ku. Kemudia aku sambung baring menahan sakit. Dari minit bertukar jam. Aku dapat rasa nyawa aku dihujung tanduk. Sakitnya semakin bertambah..nurse memaklumkan bahawa check yang seterusnya adalah pada pkul 12 pagi..sekiranya tidak dapat menahan sakit nurse memberi cadangan untuk mengambil injection tahan sakit. Kerana ditakuti tiada tenaga untuk meneran.

Jam 9.45 pm. Aku terpaksa menekan button untuk mendapatkan ubat tahan sakit. Sekali lagi bidan datang untuk check bukaan. Kali ini aku menjerit kerana menahan sakit kontraksion dan rodokan untuk check bukaan. Bidan memaklumkan bukaan hanya 3 cm. Ya Allah bayangkan aku menahan sakit bermula 6.20 hingga hampir pukul 10 hanya 3 cm bukaan. Bidan memaklumkan jangan minum air selusuh or akar kayu or air genggam fatimah. Minum ketika bukaan semakin membesar. Tp aku dah minun awal. ( actually air selusuh ni kalau baca didalam blog2 hanya memberi sakit dalaman dan melambatkan bukaan. Tetapi sekiranya diminum ketika bukaan hampir 6 ke 7cm mungkin akan mempercepatkan bersalin)

JAM 10.00 pm. Akhirnya aku dicucuk dibahagian punggung. Disebabkan sakit yang teramat aku tidak merasa sakitnya dicucuk. Walaupun dicucuk aku hanya dapat bertenang sekitar 2 hingga 3 minit untuk zon kurang sakit kemudian sakit itu kembali menyerang. Air mata menjadi peneman dan suami mula merasakan kegelisahan.

JAM 11.30 pm. Aku dibawa ke labour room. Ketika itu aku berasa pitam dan hampir tumbang. Mungkin kesan ubat tahan sakit yang aku ambil ketika itu. Aku rasa bilik Tun Perak sedang berpusing-pusing. Aku hanya menundukkan kepala sahaja. Aku dibawa ke labour room

JAM11.45 pm sekali lagi aku dirodok untuk melihat jalan bukaan. Bidan masih memaklumkan bahawa bukaan hanya 3 cm. Tetapi semakin lama aku merasakan nyawa aku betul betul di hujung tanduk. Kemudian bidan meninggalkan kami berdua dalam labour room. Peluh mula membasahi muka dan tubuh.

JAM 12.00 am dua orang bidan bersama Dr Masyitah masuk untuk menyambut kelahiran anak ini. Pada awalnya aku disuruh supaya tidak meneran kerana takut aku kepenatan meneran. Semakin lama bukaan semakin membesar dan semakin sakit kontraksion  Aku dpt merasakan doktor memasukkan dua jari ke lubang  kemaluan dan menarik kebawah. Doktor memecahkan ketuban. Barulah aku rasa seperti nak terberak. Aku cuba meneran dan meneran. Tetapi nafas aku putus. Aku cuba meneran dengan sekuat hati seperti mengeluarkan najis batu yang besar..

JAM 12.20 am akhirnya nafas ketiga aku berjaya melahirkan baby perempuan seberat 2.9 kg. Walaupun kecil saiznya tetapi ia adalah pengalaman yang cukup pahit untuk dihadapi dan cukup manis untuk diperolehi. Tetapi aku melalui proses MRP maksud lainnya tangan masuk ke lubang peranakan sekali lagi kerana ada sebahagian uri tertinggal dlm perut. Sebelum itu aku diberikan ubat tahan sakit. Tetapi kerana kepenatan yang teramat menyebabkan aku tidak merasai sakitnya diinject. Aku hanya melihat suami ku keluar untuk melihat baby. Dan sedar2 sahaja aku sudah berada di bilik Tun Perak semula.

Itulah pengalaman pertama aku melahirkan anak sulung. Kesakitan itu mungkin untuk menebus dosa ku yang lalu. Dan percayalah sekiranya kita mati semasa ingin melahirkan anak maka kita dikira syahid. Syurga itu maharnya mahal.

Terima kasih tidak terhingga kepada suamiku peneman terbaik sepanjang aku berada di hospital. Dialah yang menyediakan segalanya. Yang sabar dengan sakit ku yang menjaga aku sehingga tidak tidur. Yang membersihkan darah nifas. Yang mengurut ku untuk mengurangkan sakit. Yang memberikan kata semangat kepadaku. Yang sehingga kini beliau mengajar ku menjaga bayi dengan baik. Ya Allah suamiku adalah yang terbaik yang telah Kau pilih untuk aku.

Akhir kata Terima Kasih Allah atas pemberianMu iaitu suami dan anak perempuan.

Pengalaman bersalin mengajar aku tentang besarnya pengorbanan seorang ibu. Memang tabik sekiranya seorang ibu mampu melahirkan anak yang ramai.

Thursday, April 23, 2015

Putus Cinta ♡ dan cara menghadapinya

Assalamualaikum.

Sebagai pendahuluan cinta merupakan fitrah semulajadi yang Allah berikan pada setiap hambaNya. Cinta itulah yang membuatkan seseorang itu bahagia dan cinta juga mampu membuat seseorang menderita. Cinta juga merupakan ikatan kasih yang terjalin dalam sesebuah perhubungan. Dan cinta juga biasa diklasifikasikan perhubungan kasih dan sayang antara lelaki dan perempuan.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dalam bercinta jangan sesekali meletakkan 100% dia milik kita. Kerana keyakinan itulah biasa diduga dengan berbagai ujian. Kalau mampu kita hadapi kita akan ke peringkat yang lebih baik iaitu alam perkahwinan. Tetapi kalau tak mampu untuk dihadapi kita akan ke peringkat penderitaan seketika. Itupun sekiranya kita mampu untuk mengawal perasaan kita. Tetapi kebiasaannya mati adalah peringkat terbaik untuk seseorang yang mengalami putus cinta ..ini fikiran sempit bagi mereka yang mengalami trauma putus cinta.

Sebahagian perempuan mempunyai pengalaman yang menarik semasa bercinta dan ada juga yang mempunyai pengalaman yang ngeri sehingga tiada peluang cinta itu hadir dalam diri seseorang.

Tapi percayalah sekiranya kita meletakkan cinta lebih kukuh dari iman maka Allah akan selamatkan kita dari terus diperhamba dengan cinta. CaraNya mudah "Kun fayakun". Tapi jangan pula menyatakan bahawa Allah zalim kerana memberikan penderitaan pada hati..

 Cara menghadapi putus cinta....

1. Sekiranya cinta putus ditengah jalan janganlah gunakan pil tidur sebagai cara menenangkan jiwa. Setiap masalah tidak dapat diselesaikan hanya dengan tidur yang seketika.

2. Jangan pula mencari jalan membunuh diri sebagai jalan penyelesaian untuk berhenti berfikir tentangnya. Kerana selepas kita mati neraka adalah tempatnya.

3. Jangan pergi ke kelab malam untuk mencari hiburan kerana ia adalah tempat yang sangat buruk bagi orang Islam

4. Jangan menyendiri kerana ia menyebabkan kita sentiasa berfikir tentang dirinya

5. Mencari sahabat yang terbaik untuk meluahkan apa yang terbuku dihati. Tetapi awas jangan cari sahabat yang akan menambahkan api kebencian pada bekas kekasih kita..

6. Yang paling penting jika benar kita sudah putus dengannya cuba berpuasa untuk tidak menghubungi atau membalas apa sahaja mesejnya. Anggap sahaja seperti anda sedang berpuasa menahan diri dari lapar dan dahaga.. cuba bertahan selama 3 hari

7. Balik ke kampung dan penuhkan masa bersama dengan ibu dan bapa

8. Cuba bermain dengan haiwan peliharaan anda seperti kucing.

sekiranya anda mencuba tektik dan cara diatas insyaAllah masa akan berlalu dengan pantas dan anda akan biasa dengan kehilangan seseorang.

(Huhu entri kali ini sangat formal. Actually aku pun dah hadapi benda ni. Sangat2 menyakitkan sehingga aku rasa hendak bunuh diri. Tapi for wat kita nak mati untuk lelaki yang tak berguna. ALLAH dah selesaikan masalah ini. Alhamdulillah Dia gantikan dengan lebih baik. Yang penting ingat Allah.. insyaAllah Allah akan ingat kita. Dun forget Allah lebih tahu siapa yang lebih baik untuk kita)

Pada dia yang dah buat aku menderita thanks sebab dia aku jadi lebih matang. Sebab dia aku jumpa lelaki yang lebih baik dan setia. Dan untuk kamu semoga Allah pertemukan kamu dengan jodoh yang lebih baik. Sekiranya kamu dalam kegoyahan alam rumahtangga mungkin itu karma yang Allah sediakan untuk kamu. Mungkin bukan doa dari aku tetapi mungkin dari perempuan2 yang telah banyak kamu permainkan.


Wednesday, April 8, 2015

bagaimana nak menguruskan rumahtangga dari fitnah

Assalamualaikum..

Today entry is about bagaimana nk mnguruskan rumahtangga dari fitnah. Actually baru berlaku dan ini adalah pengalaman pertama berhadapan dengan fitnah rumahtangga. Dan fitnah ini dibawa oleh keluarga terdekat

Secara fitrah dan semulajadi apabila seorang isteri mendengar sesuatu cerita yang kurang baik dan kurang enak didengar maka si isteri akan cuba mengorek rahsia dgn lebih mendalam. Almaklum cerita yang keluar pula dari keluarga terdekat. Apabila ini trjadi maka kepercayaan isteri trhadap suami akan menjadi berkurangan. Tanpa sedar kita cuba membuka aib suami. Nauzubilla min zalik

Perkara ini trjadi pada aku sendiri yang sudah hampir 2 tahun mendirikan rumah tangga. Status perkahwinan kami adalah jarak jauh kerana beliau bekerja di ipoh manakala aku di putrajaya. Kesetiaan dan kejujuran sepenuhnya aku beri pada dia. Dia seorang yang sangat2 bertanggungjawab. Dia juga merupakan seorang bakal pemimpin. Bagi aku juga dia seorang yg sangat2 full package. Barang dapur sentiasa penuh. Pandai bahagikan masa dengan baik dan sangat2 mengambil berat.

Tapi kesetiaan dan kejujuran aku mula runtuh dek mendengar cerita yang sukar diterima dek akal. Suami ku seorang playboy. Suka bermain hati dan memberi harapan pd perempuan Aduhaii. Malam tu juga aku memulakan perbicaraan dgn nada yg sopan walaupun hati sedang panas. Walau bagaimanapun Alhamdulillah aku lebih percaya suami aku brbanding cerita dia..aku juga merujuk pada seseorang agak rapat. Beliau juga turut menafikan suamiku playboy. Almaklum suamiku jenis sibuk bekerja dan berpolitik.

Kesimpulannya kalau dia ajak bercerita tentang suami aku..aku akan cakap stop talking about my husband. Mybe ur jelous sbb suami aku adalah lebih baik dr suami kamu..choii. or mybe awk mnyesal sbb jual mahal ngan suami sy..(merepek) tp wat eve pun kne jaga hubungan dalam percakapan..so caranya..maaf ea nk minum air. Tetiba rasa haus plak..heehehe
(Cara trbaik utk mngelak dr mndengar fitnah)

Arghhh (dh tak formal) menaruh syak wasangka pada seorang suami cukup menyebabkn kesukaran untuk tidur malam. Fikiran rasa berserabut. Lagi2 aku sedang berbadan dua. Malam tu juga aku bertanya tntang perkara itu.. mcm2 bnda bermain kat benak fikiran aku. Suami hnya senyum shj dgn pertanyaan itu. "Awk knal siapa saya". Memang aku knal tapi yg sekarang bukan yg dahulu. Dan aku tak pernah tahu silamnya melainkn ada beberapa kisah yg diceritakan padaku. By the way past is past. No need to remember. Dan suami aku bukan playboy.

Kpd kamu yg perasan merasakan suami ku ingin memikat kamu dahulu pergilah lihat di cermin. Lihat pada rupa paras dan mulutmu. Kpd kamu yang memburukkan suamiku menyatakan dia banyak mmberi harapn pd gadis..itu hanya Allah yg tahu..sekiranya benar kata2 kamu aku maafkan dia..kerana itu kisah silam dia..kpd kamu yg menyatakan suamiku banyak mengahabiskan duit membeli hadiah utk perempuan2 yg disukainya itu mungkin sebagai sedekah pada mereka. Dan aku percaya Allah adalah sebaik2 perancangan trbaik untuk masa depan hambaNya.

Tetapi sekiranya apa yg kamu katakan ini benar dan masih trjadi sehingga sekarang sehingga ada buktinya ..maka aku lah wanita yg akan putuskn hubungan dgn cara aku trsendiri. Kerana aku bukan wanita yg mudah ditipu. Kerana aku adalah wanita yang sekali aku percaya sepenuh jiwa raga aku akan percaya. Tetapi sekali aku tertipu seumur hidup aku tidak akan percaya pada seseorang itu. Walau bagaimanapun aku mohon pada Allah agar panjangkan jodohku bersama dia hingga akhir hayat.

THANKS ALLAH GIVE ME MY BELOVE HUSBAND. dunia akhirat aku tidak akan meninggalkan kamu melainkan nyawaku bercerai dari badan. Setia dan jujurlah bersama ku dalam melayari bahtera rumahtangga.

Sekian.

Tuesday, April 7, 2015

Dugaan Alam Persekolahan di Bandar

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama menyepi akhirnya sy kembali untuk menulis entri tentang alam persekolahan di bandar iaitu Putrajaya..tetapi spesifik sekolah adalah dirahsiakan..

Seperti yg semua sedia maklum menjadi seorang guru adalah satu tanggungjawab yang besar yang mana guru memegang tanggungjawab mendidik..menghibur..menjadi ibu dan bapa pada murid..menjadi kerani dan sebagainya..terlalu banyak tugas guru..sehingga guru digambarkan seperti lilin yang menerangi hidup.

Tetapi istilah ini hanya dipakai di kebanyakan sekolah kampung..disekolah bandar guru kebanyakan dihina dan ibu bapa merasakan tugas guru hanya mendidik..adab dan etika diketepikan..itu lah pengalaman sy mengajar di sekolah baru..baru 3 bulan berada disekolah tersebut dan bermacam ragam ibu bapa cuba menjatuhkan peribadi guru seterusnya sekolah..

Saya merasakan ini tidak adil kepada guru..pada pandangan peribadi sekiranya tidak berpuas hati dgn pihak sekolah bolehlah mendaftar anak mereka disekolah antarabangsa atau swasta. Tapi saya tau ibu bapa ni hanya bereducated sahaja tetapi kurang berkemampuan sebenarnya..lalu mereka hanya menunjuk lagak mereka dgn cara menyebarkan ketidak puasan hati mereka dgn mengutuk dan mengajukan terus ke jabatan dan pihak KPM tanpa berbincang terlebih dahulu dgn guru besar atau pentadbir sekolah..

Ini lah yg trjadi di sekolah tmpat saya mengajar. Anak seorang datuk dicubit lalu datuk tersebut terus mnghadap ke KPM n jabatan..ibu bapa pula sibuk menghantar anak sehingga ke tempat perhimpunan sehingga mengganggu perjalanan perhimpunan..bila diminta supaya beredar mulalah menyatakan yang kita bersikap kurang ajar kerana menghalau ibu bapa..bila guru sedang mengajar ibu bapa sibuk mengintai anak di luar tingkap..kadang sanggup duduk berjam lamanya hendak melihat apa yg guru sedang lakukan..

Kebodohan ibu bapa yg terlalu mencurigai guru dan terlalu menyayangi anak sehingga tidak bertempat menyebabkan kami guru2 hanya dapat memberikan kemenjadian murid tapi tanpa etika dan adab kerana kami guru2 dibentengi dgn sikap ibu bapa yg terlalu bodoh menyayangi anak sehingga lupa bahawa anak yg sedang membesar mereka sedang melalui perjalanan berdikari.

Sekiranya ibu bapa merasa kasih dan sayang teramat mendalam saya mohon simpanlah anak kamu didalam umah.. kami guru2 mmpunyai banyak anak murid yg perlu digerakkan untuk berdepan dgn pmbelajaran yang baik..

Monday, September 29, 2014

i think vs you tube dan facebook

I think vs You Tube dan facebook

Secara peribadi aku sekadar menulis mengikut apa yang aku rasa sebagai guru. Aku lihat pihak KPM sentiasa inginkan guru mendapat tempat dimata dunia bukan sahaja dari sudut mengajar tetapi juga mantap dalam penggunaan teknologi. Oleh demikian untuk tujuan itu maka pelbagai sistem dibangunkan oleh pihak KPM dan kerajaan untuk memahirkan guru dalam penggunaan teknologi.

Hal ini sangat sangat dihargai oleh warga guru tetapi sifat teknologi yang dibangunkan bagai menyusahkan warga guru itu yang menjadi halangan untuk guru menghargai kebaikan disebalik sistem tersebut. Pihak yang membangunkan sistem seperti i think..PBS dan sebagainya seolah olah tidak melihat atau mengukur kekuatan sistem untuk digunakan oleh beratus ribu guru di Malaysia

Kita lihat You Tube dan Facebook antara laman web paling popular dilayari dunia..tetapi adakah pengguna merungut sebab buffer. Kebanyakan sekiranya buffer adalah disebabkan oleh ketiadaan line atau mb internet sudah hampir kehabisan. Walaupun hanya tinggal 3G masih lagi boleh dilayari dengan baik..sekiranya simbol H+ dan 4G ia adalah masa yang terbaik untuk menonton video secara online seperti didalam You Tube. Walaupun buffer hanya kurang 10 saat dan bukan seminit 2

Tetapi sebaliknya apabila sistem dibangunkan oleh pihak2 tertentu seperti sistem i think dan PBS yang berasaskan online..yang bagi saya seakan dibangunkan oleh mereka yang kurang mahir membangunkan sistem menyebabkan pihak yang melayari terkandas. Lebih lebih lagi apabila ia wajib dilayari oleh beratus ribu orang guru. Ini sekaligus menyebabkan buffer yang teruk walaupun internet berada dalam keadaaan line yang baik dan simbol H+atau 3G masih ada ketika itu

Oleh itu saya mohon pihak yang ingin membangunkan sistem tolonglah belajar melalui pihak yang lebih mahir dalam membangunkan portal seperti facebook dan you tube..pihak kerajaan boleh menghabiskan berjuta billion untuk membangunkan pembangunan yang dah terlalu banyak dimata manusia maka apalah salahnya sekiranya memperuntukkan sedikit modal untuk menghantar yang terbaik dari pihak tertentu untuk belajar membuat portal agar ia tidak buffer ketika dilayari beratus ribu pengguna seluruh malaysia. Bukan dunia.

Guru terasa sangat tension bila berhadapan dengan buffer sedang thats why better layan facebook dari bnda2 buffer..

Monday, September 8, 2014

Kucing Jalanan

Salam..
Lama sudah aku menyepi..banyak perkara yg hendak diuruskan dengan kudrat selepas kahwin ni..Tujuan nak singgah blog ni adalah untuk meluahkan rasa kasih sayang aku tentang kucing..juga rasa terkilan tentang seseorang

Dulu hidup aku penuh ngan kucing..kadang jumpa stray cat aku main bawak je balik umah..kakak yang paling marah tapi aku kenal dia..lama2 dia diam dan sayang kat kucing..mak aku pun hati kucing macam aku..what ever pun kesimpulannya mereka tak marah la bila aku bawak balik sebab taik n kencing dia memang aku tanggung semuanya..cuma makan mak aku yang akan bagi..

kalau dulu kucing semua dalam rumah..kira rumah aku dah bau syurga taik.. bila ada taik kucing memang aku tau siapa yang poo dan pee..hahaha kucing aku tak boleh nak temberang or tipu aku..Hari raya la yang paling menyeksakan..hahaha kena basuh satu rumah sebab perabut dia dah melekat dengan bau poo dan pee mereka..aku memang tak sampai hati tengok kucing kat luar rumah..almaklum banyak nyamuk kat luar..siapa yang nak tolong halau nyamuk..Aku tanam niat aku untuk bina rumah kucing..bila aku dah kaya aku akan buat rumah kucing yang besar supaya mereka bebas..aku tak suka kurung kucing..sebab aku tau mereka akan rasa rimas dan tidak bebas....

Kalau kucing mati pulak memang aku susah nak berhenti nangis..dah macam budak-budak..bila makan teringat bila balik kerja teringat even sekarang ni aku kat KL pun aku akan teringat pastu mulalah kuar air mata..Kadang bila berada di jalan raya aku sanggup kutip bangkai kucing even tengah malam sekalipun..walaupun kenderaan banyak aku sanggup suh kenderaan tu berhenti..korang tau drive je..tolong ambik korang malas...yang korang fikir "alaa dah mati..binatang je pun"..bangkai anjing pun aku sanggup kutip dan kalau aku tak dapat kutip hati aku akan rasa susah dan terngiang2..bukan aku nak riak..sekadar nk cerita bahawa aku tak sampai hati tgk kucing kena gilis banyak kali sampai lenyek..Allah..aku rasa macam nk bakar je kereta yg menggilisnya..tapi siapa aku nak salahkan kereta..kebanyakan kucing semua main melintas je kan..dan kebanyakan manusia hanya tahu melenyek je..

bab makan pulak..bila aku kat kedai makan..aku sanggup order ikan goreng walhal ada makanan yang lagi best. Tujuan dia bukan apa supaya senang aku nak gaulkan nasi ngan ikan bagi kat kucing..tapi dalam hati mencaci gak..memang bodoh manusia yang buang kucing..arghhh..kadang diorang pisahkan anak dengan ibu..anak diorang dibuang ibu diorang diambik..dah terngiang2 anak2 kucing..mengiow minta ihsan..tapi bila rumah semakin jauh aku hanya mampu memberi..tapi tak mampu mengutip sehinggalah aku bertekad sekiranya ada rumah sendiri aku akan bawak kucing2 yang aku jumpa balik
 
Tp rupanya hujan ditengahri..semua hasrat jadi lebur bila ada seorang lelaki dalam hidup ini yg kurang menyukai kucing..bila aku sentuh mulalah matanya memandang kurang enak..alasannya bakteria dan kuman..Allah masih belum memberi kurniaan zuriat dan dia menjadikan bulu kucing sebagai factor..Aku hanya diam je..sejak itu aku hanya mampu memandang..memberi makan pun aku jadi kurang berani..apatah lagi menyentuh..kalau nak sentuh kena sorok2...aduhai suami..satu je yang dia masih kurang memahami aku..
 
Hmm wahai lelaki itu kalaulah kau tahu hasrat aku ni..aku harap sangat kau tidak menghalang..Aku kasih kan kucing-kucing..biar manapun manusia jahannam membunuh mereka..aku tetap merasakan itu sudah ajal mereka. Tetapi izinkan aku memberi perlindungan kepada mereka dengan duit aku sendiri..cukup sekadar kau mengizinkan dan itulah yang terbaik kerana ini bermaksud kau sangat memahami aku.
 
Wahai kucing-kucing diluar aku tahu kau hidup merana kerana mereka hanya memandangmu setengah mata je..Tapi jangan risau berusahalah mencari makan agar kau boleh tetap meneruskan hidup gelandangan..mereka yang membuat sial dengan kau..kau tuntutlah diakhirat kelak..Allah sayangkan kamu..Muhammad pun sayang kamu..
 
wassalam



Tuesday, July 29, 2014

Hari Jadi yang romantik

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin..hari ni hari jadi ke 26 jatuh pada hari raya ke 3.. kali ni hari jadi disambut bersama suami.

Tq sayang..
Hari jadi kali ni sangat romantik. Suami dah sediakan hadiah beg Sembonia dan set Body Shop. yang paling menarik semasa diri sedang nyenyak dan lena suami kejutkan.."sayang bangun.." almaklum dh pkul 1 lebih pagi.. masa bangun je mata tertumpu pada cahaya lilin. Dalam hati tersenyum dan terkedu.. "Waahh kek hari jadi"..

This is my best celebrating..Alhamdulillah Allah kurniakan kpd ku suami yang penyayang dan romantik..

Muzammil Arif terima kasih atas pemberian awk..saya sayang sangat kat awak.

Wednesday, July 9, 2014

Kembalinya ke Rahmatullah

Assalamualaikum

Salam Ramadhan untuk semua muslimin muslimat..semoga kita semua berada dalam limpah rahmatnya

Hari ini ingin sekali ku ceritakan sebuah kisah yang benar2 menyayat hati. Aku hanya mendengar keluhan demi keluhan..tapi tidak sekali aku ingin tempik pada setiap mereka itu kerana aku hanya orang luar yang baru hadir dalam hidup tapi tetap tiada kaitan dengan mereka. Aku ingin sekali tempik "Orang tua tu dah jaga korang dari kecik bila dah besar korang bagi alasan yang menjengkelkan"

Alkisah apabila seorang insan OKU yang aku sayang sekali..gelarannya atih. Inagt waktu ketika dahulu semasa aku datang ke rumah  babah dia lah yang pertama berbual dengan aku. Amat mesra dia berbual dengan aku.. tanpa menganggap aku seperti orang luar..semasa hidupnya dia menjaga pakai minum anak2 buahnya. Kasih sayang yang diberinya cukup tak tumpah seperti ibu kandung. Dia suka menetap di Putrajaya. Tetapi semakin hari dia merasa kesunyian apabila anak2 buahnya mempunyai kerjaya sendiri.

Tetapi Allah menguji beliau dengan kesakitan. Dia dibawa ke hospital Ipoh. Ketika itu tanpa dia ketahui dia diuji dengan kemalasan anak2 buah dalam menjaganya dek alasan kerja yang tanpa henti. Bukan itu sahaja malahan mereka saling salah menyalahkan antara mereka.. Allahu Akbar. Ketika itu saudara mara yang duduk di Perak mula berkata kata.."masa sihat ditatang dah sakit dibuang". Atih juga diuji apabila mereka yang datang melawat akan mendapat sedikit ganjaran daripada babah..Babah pernah kata "dengan duit baru masing masing diam"..yer dunia perlukan duit nak mati pun kene ada duit. Tapi Atih tu adalah adalah saudara mara terdekat mereka..Perlu ke sebuah lawatan untuk melawat orang sakit diberi ganjaran duit dengan alasan duit minyak.. Kalau arwah hidup dan tahu semua ni mesti dia akan mengucap panjang. Allahu Akbar

Tapi Allah itu adil Dia tahu semakin hari pergaduhan dan umpatan semakin membara dikalangan saudara mara hanya kerana siapa nak jaga atih. Akhirnya keluarga Putrajaya berusaha membawa pulang atih tapi itu semua angan kosong apabila Allah lebih dahulu menjemput atih hadir ke RahmatullahNya. Ye aku sebagai orang baru rasa puas hati dengan apa yang berlaku. Bagi aku itu sangat adil untuk arwah.Ketika dimaklumkan arwah dah tiada ketika itulah masing2 punya waktu yang baik untuk melawat. 

Alhamdulillah Allah matikan arwah dalam husnul khatimah dalam bulan suci. semoga arwah berada dalam golongan orang yang beriman. Sekarang Atih sudah berada dirumahnya sendiri.. Kalau rasa nak hadir dirumahnya hadirlah dengan yasin bukan lagi wang ringgit...


gambar hiasan

Monday, June 30, 2014

perginya bububui..my litle cute cat in my heart

Assalamualaikum..

Di bulan Ramadhan ni aku nukilkan sebuah kisah dari hati tentang kucingku Bububui yg telah pergi menemui pnciptaNya. Semoga Bububui tenang disana

Pemergiannya mendatangkan rasa duka dan kecewa pada aku. Duka sepenuh hati..aku tak pernah merasai kehilangan sebegini..tatkala pulang ke kampung halaman..mesti bububui ada menemani di ruang depan rumah..tatkala dlm prjalanan pulang juga nama dia yg tersemat kemas dalam hati yg terus memerus mengukir senyun tanpa sebab. Bububui la yg mnyebabkan hati tidak sabar menemui kampung hlaman..melihat kecomelannya yang tak pernah pudar dari pandangan..

Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya..tatkala itulah Dia menguji aku dengan mengambil apa yg aku sayang.
Ukiran senyuman tak mampu nak bertahan lama. hanya kenangan menjadi peneman air mata.

Bila pulang ke kmpung trbayang raut wajah dia. sehingga air mata jatuh mengalir dan terus mengalir. tatkala memandang ke satu sudut menharapkan jelmaannya tapi tiada..Ya Allah Kau sahaja yg tahu betapa aku sedih dengan pemergiannya.

Hanya emak yg memahami perasaan aku.. hanya emak yg mampu berikan kata semangat..hanya emak yg faham sedihnya aku..hanya emak yg dapat tahan air mata daripada terus gugur..

Bububui tenanglah kau disana. Andai aku mati satu hari nanti Ya Allah kau himpunkanlah aku bersama kucing2 ku yg telah pergi menemuiMu dahulu.. hidupkanlah aku dibawah tapak rahmat syurgaMu

Ya Allah aku sygkn kucing2 ku..hanya Kau yg tahu isi hati aku...semoga Kau pelihara kucing2 di seluruh dunia

Friday, May 9, 2014

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum
 
Saya Noor Hafizah ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu saya Rokiah Bt Mohamad. Ucapan ini tidak dapat menebus segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu saya. Ucapan ini juga hanya dapat menenangkan hati ibu saya yang mana sekurang-kurangnya anakmu masih mengingatimu.
 
Panggilan ku untukmu hanyalah emak..
Masih segar diingatan tatkala ketika kecil emak yang bekerja membanting tulang empat kerat untuk aku. tatkala kami adik beradik masih memerlukan ilmu asas disekolah emak sibuk bekerja kerana menanggung kami 3 beradik. Masih segar juga diingatan aku tatkala buku teks tidak dapat dipinjam kerana kami tidak mampu membayar yuran sekolah. Mak hanya sebut sabar. Tak tahu mana datangnya duit keesokan hari kami dapat membayar yuran. Masih segar juga diingatan mak menyembunyikan kesusahan kerana tiada duit untuk membeli peralatan sekolah baru. Tapi mak hanya mengajar kami yang lama masih elok. Kalau dah tak elok nnti beli baru.
 
Masih segar juga diingatan. duit emak hanya tinggal syiling tapi aku mengadu inginkan duit untuk membeli kuih semasa rehat. Mak berikan separuh dari syiling yang ada untuk aku. Masih segar juga diingatan mak bekerja shift malam. Tapi sentiasa mengadun kuih supaya kami dapat membekal kuih ke sekolah. Masih segar juga diingatan tatkala aku sakit mak ambik MC untuk bawa aku ke hospital dengan basikal.
 
Mak..sekarang adik dah berkerjaya. Bukanlah hebat kerjaya ini sebagaimana insan yang lain. Tapi kerjaya ini akan adik jadikan sebagai sumber untuk membalas segala keringat yang telah mak lakukan. walaupun hidup kami susah ketika dulu. Tapi mak sentiasa penuhi keperluan kami. Dan kami tahu kehendak kami mak tidak dapat penuhkan kerana masalah kewangan. Tetapi kehidupan sederhana kami membawa kami erti syukur
 
Thanks kepada Allah yang memelihara keluarga kami. Yang melindungi emak sepanjang hidupnya untuk bekerja dan sehingga sekarang masih bekerja. Thanks juga pada Allah kerana memelihara kesihatan emak agar dia dapat terus memberikan kasih sayangnya pada kami. Thanks juga pada Allah kerana berikan kami seorang emak yang mendidik kami antara ilmu dan agama agar kami tidak sesat jauh  seperti mana yang lain.
 
Ya Allah terima kasih juga berikan aku kudrat untuk aku membalas jasa ibuku walaupun sebesar zarah. Alhamdulillah juga ya Allah kerana perkenankan usaha aku untuk menjadi yang terbaik dimata emak. Syukur Ya Allah kerana perluaskan rezeki ku supaya aku dapat berkongsi hidup dengan ibuku.
 
Emak adalah segala-galanya...Thanks to being my mother
 
Rokiah Binti Muhammad terima kasih atas segalanya

Monday, April 14, 2014

Cara Menghentikan Darah Istihadah

Assalamualaikum

Dah lama tak update blog dan akhirnya saya akan update tentang cara nak menghentikan darah istihadah. Kita semua sedia maklum darah istihadah adalah darah yang keluar selepas tamatnya tempoh darah haid iaitu 15 hari dan ke atas. ketika itu kita dikehendaki bersuci dengan mandi wajib dan melaksanakan solat seperti biasa. Cuma Allah telah berikan keringanan kepada mereka yang mengalami istihadah ini dengan menjamakkan solat.
Baru-baru ni aku mengalami istihadah. Kebiasaan darah haid yang keluar adalah 5 hari dan hari keenam adalah hari untuk bersuci. Tetapi darah haid aku terus keluar dan dengan kadar yang banyak disertai dengan senggugut. Aku dan suami cuba pergi ke bahagian pakar wanita dan mereka menyatakan kemungkinan masalah hormon dan penyakit serius yang lain adalah kebiasaan mereka yang berumur 40 tahun dan keatas atau kerana hampir kepada monopos. Doktor telah mencadangkan kepada aku ubat hormon supaya kitaran haid aku kembali normal dan darah dapat berhenti. Tetapi dalam masa yang sama ubat ini akan merencatkan kesuburan seseorang wanita sedangkan juga kitaran haid aku adalah normal.
Hari keenam belas adalah hari yang mana darah  masih banyak keluar dan aku tidak nampak tanda-tanda darah aku akan berhenti. Jadi semasa di kampung mak mertua aku cadangkan untuk makan ulam-ulaman. antara ulam yang aku cuba untuk makan adalah ulam temu dan ulam bebuas.. habis je makan aku check kembali darah istihadah dah berhenti.
So kesimpulannya cuba makan ulam temu dan ulam daun bebuas. InsyaAllah ketika itu juga darah akan berhenti.  Dan elakkan makan ubat hormon. kerana ia akan merencatkan kesuburan wanita. Tak salah mencuba. Selamat mencuba.
TQ tu my husband ^_^

utk pngetahuan..ulam temu ni mcm sejenis kunyit. cuma ulam temu kalau makan takde la warna kuning

daun bebuas pulak aku tak pandai nk gambarkan..tp aku rasa sape yg duk kampung perak tau la kot..nnti aku try upload gambo..cuba korang google ..insyaAllah ada gambo

Sunday, March 2, 2014

mengandung dan sebaliknya..Biar Allah tentukan

Assalamualaikum..
 
Setelah sekian lama tak update blog ni kerana sibuk dengan tugas hakiki dan tugas sebagai seorang pelajar akhirnya aku cuba untuk gagahkan jari aku menaip untuk suatu tajuk yang sesuai bagi mereka yang sibuk menunggu untuk saat menghamilkan diri dan akhirnya tidak mencapai hasrat. Ia suatu kekecewaan yang sangat besar. Lagi-lagi bila dah lama kahwin masih tak menampakkan hasil.
 
Lagi mengecewakan bila pegang anak owang mulalah soalan yang kurang enak menjengah "ko bila lgi fiza nak dapat?? orang lain semua dah ada dh ni??". "fza bila lg??". "nah2 pegang budak ni ambik berkat?" haishhh kepada semua mereka yang diluar sana tolonglah jangan kuarkan kata-kata macam ni pada wanita yang masih belum dikurniakan zuriat kerana kata-kata ini umpama pedang yang menyebabkan air mata jatuh kerana sedihnya hati menanggung soalan seperti ini.. Sebab aku dah alami dan benda ni biasa berlaku ditempat kerja dan apabila menghadiri kenduri kahwin
 
Setiap wanita yang sukar untuk mengandung itu mesti ada sebab. samaada peranakan wanita ini tanduk, atau tinggi atau sebab-sebab lain. Jadi sejujurnya aku juga ada masalah peranakan. Disebabkan agak kecewa bila mendengar hal sebegini aku cuba mencari alternative lain. antaranya aku cuba mengamalkan Blackmores Evening Primrose Oil (EPO). Aku amalkan pun sebab aku sememangnya menghadapi senggugut yang agak kuat. setiap kali senggugut aku akan mengelakkan diri untuk mengambil ubat sebab pernah seorang doctor menasihati aku agar biar menahan sakit dari mengambil ubat kerana ia tidak baik untuk jangka panjang. Tapi EPO ni sejenis pil kesihatan..jd aku pun try amalkan
 
Hanya Allah yang tahu betapa terseksanya menghadapi senggugut. Alhamdulillah walaupun senggugut tapi kitaran haid selama ni semuanya baik. Cuma senggugut biasanya menyebabkan aku cirit birit, muntah dan pitam. Cuma sejak aku berkahwin pada tanggal Oktober 2013 aku hanya mengalami sakit perut dan cirit birit.. Ramai yang kata kalau dah kahwin senggugut automatic akan hilang. Tapi senggugut aku still menghantui...setiap sebulan sekali aku akan merasai sakit yang amat sehingga aku terpaksa mengambil ubat. Tapi ubat senggugut tak pernah mengurangkan sakit aku. sehinggalah aku akan mengambil painkiller, vitamin C dan apa-apa sahaja ubat yang boleh dicapai.
Then start bulan 2 baru aku mengamalkan EPO (nak test tgk ok ke tak)
 
Suami aku seorang yang sangat caring. Ingta lagi, kalau dia ada masa aku sakit dialah yang akan beli pil senggugut tapi sayangnya walaupun telan 2 biji ia tetap tak memberi impak, termasuk (EPO) yang aku baru cuba sebulan . Ramai yang cakap EPO boleh kurangkan senggugut. Tapi tidak pada senggugut aku..Ramai yang kata kalau senggugut kuat maknanya susah nak dapat anak.. Dan sehingga kini aku tidak disahkan lagi untuk mengandung. Tapi aku tahu ada hikmahnya
 
Bila aku dah tahu aku ada masalah peranakan aku pun cuba kaedah mengurut. Mengurut ni kawan aku yang recommend pada aku coz dia dah 8 bulan kahwin tapi masih tak dapat anak sehingga dia cuba kaedah mengurut ni dan dia dah disahkan mengandung.. hanya 3 ketul ibu kunyit diperlukan dan nenek yang mengurut aku membaca sedikit ayat pada ibu kunyit dan 3 ketul ibu kunyit perlu diminum untuk 3 hari berturut-turut sebelum makan. 5 benda yang perlu dipantang adalah cuka, air kelapa, nanas, air tebu dan asam limau. Nenek tu pesan kalau makan akan mengalami keguguran. So aku tak sedar yang dalam sos ada cuka. aku pun makan.
 
Penantian-demi penantian untuk menunngu samada haid aku keluar atau datang lewat. Akhirnya haid aku lewat datang. Alhamdulillah saat itu akan sangat bersyukur. 2 malam aku cuba bangun untuk mendekatkan diri pada Allah memohon agar kami diberi peluang untuk merasai tugas seorang ummi dan abi. untuk melengkapkan keluarga dengan kehadiran seorang cahaya mata.
 
Tapi penantian hanya penantian akhirnya haid aku datang lewat 3 hari. sebelum ini haid aku mengikut aturannya. Semuanya kerana kaffein (tongkat ali). Aku percaya dengan rezeki Allah "kun fayakun". Kerana pagi itu aku pergi ke lbry dalam keadaan agak letih. untuk mengelakkan aku tertidur aku telah membeli secawa air tongkat ali melalui mesin air. Dan sebelah petang aku mendapati diri aku telah didatangi haid. kecewa itu hanya Allah yang tahu. Tapi Alhamdulillah my husband sangat2 support agar aku tak bersedih.
 
Then my husband advice kaffein tak elok untuk kesihatan..Malam pertama haid ketika aku berdiri darah yang kuar seperti aku sedang mengalami keguguran. darah terlalu banyak mengalir di celahan peha. That's my firs time aku alami perkara ini. Allahu Akbar...Betapa takutnya aku dengan darah sendiri.
 
Mungkin kafein penyebab untuk gugur kerana aku dah melanggar pantang nenek. .
 
So lepas ni aku takkan minum kafein. that is my first n last in my life.
 
Walau apapun aku nak anggap tentang diri aku...aku tahu semua ni milik Allah. takdir aku ditangan Allah. segala yang Allah bagi ada hikmah.
 

Sunday, February 16, 2014

Surat makluman kebenaran parking kereta


Assalamualaikum...

Baru-baru ni berlaku pertengkaran kecil antara aku dengan pengawal keselamatan atas sebab aku meletakkan kenderaan di lot parking milik orang lain. Sedangkan dah empat tahun aku tinggal di kediaman yang sama tetibe pengawal keselamatan Indonesia sound direct atas sebab kesalahan parking dan juga tiada pelekat.

Aku pun sedikit sebanyak melawan kata-kata dia, yer la selalu bab pelekat pihak pengawal akan memberitahu supaya pelekat dibeli di pejabat pengurusan, Ini tak maklum apa-apa, terus kene tahan dan diarahkan keluar. Siap plak suh parking kereta kat bahagiaan sewaan. Pastu cakap lot sewa bulanan dah penuh. sakit hati sangat-sangat so aku pun wat la surat makluman


Pejabat Pengurusan
Blok A, No 5 Jalan Bukit Jalil Indah 4,
Taman LTAT, Bukit Jalil
57000 Kuala Lumpur                                                                                                                       17.FEBRUARI.2014
_______________________________________________________________________________

MAKLUMAN UNTUK MELETAKKAN KENDERAAN DI TAPAK A-13-1

Merujuk pada perkara diatas saya ingin memohon untuk meletakkan  kenderaan iaitu kereta dengan no plat BLH 915 di petak lot A-13-1.

2.            Ini kerana pada hari Ahad bersamaan dengan 16.2.2014 telah berlaku sedikit pertengkaran  kecil antara saya dengan seorang pengawal di pondok keselamatan yang secara tiba-tiba mengarahkan saya untuk keluar meletakkan kenderaan saya diluar kawasan daripada kediaman ini atas sebab tidak memperbaharui pelekat dan meletakkan kenderaan di lot parking kenderaan milik orang lain.

3.            Untuk pengetahuana pihak pengurusan saya telah menghubungi tuan rumah iaitu En……………………………….………….……… no Kp…………………………………….…… dan no Tel ……………………..………… bagi kebenaran meletakkan kenderaan saya yang bernombor plat BLH 915 jenis kereta Proton Saga FL.

4.            Dengan ini, saya memohon pihak pengurusan untuk membuat pencerahan kepada pondok pengawal mengenai status kereta saya.

5.            Sekiranya apa-apa berlaku keatas kereta dan motor saya, saya tidak akan teragak-agak untuk melaporkan kepada pihak polis keatas suspek pengawal keselamatan atas kecuaian dalam menjalankan tugas.

6. Saya akan bersedia untuk mengikut arahan dan pembayaran bagi kebanaran parking di tapak sedia ada seperti yang telah disyaratkan oleh pihak pengurusan.

Akhir sekali saya mohon kerjasama pihak pengurusan atas perkara ini dan saya akhiri dengan ucapan terima kasih.

Terima Kasih,

 

Yang benar,

………………………………………..

(NOOR HAFIZAH BT JUJAJI)

Monday, January 20, 2014

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE i-City, SHAH ALAM, SELANGOR



LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE i-City, SHAH ALAM, SELANGOR


1.0 TAJUK PROGRAM
 Lawatan sambil belajar ke Trick Art Museum dan Pre-Historic Adventure Jurassic & Ice Age Exhibition di i-City, Shah Alam, Selangor



2.0 TEMPOH PELAKSANAAN

      Tarikh             : 27.04.2013 (Sabtu)


3.0  TEMPAT

 i-City Shah Alam, Selangor


 4.0 OBJEKTIF


           2.1       Melengkapkan aktiviti atau takwim tahunan sekolah.

           2.2     Memberi peluang meningkatkan pengetahuan,
                     pengalaman baru dan kemahiran berfikir.

           2.3      Mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar-pelajar dan guru

           2.4       Memupuk semangat kerjasama semasa lawatan diadakan.


5.0       Sasaran / Bilangan Peserta:

Guru                                : 9  orang

Murid Tahun 1,2dan 3  : 126  Orang

Jumlah                          : 135 Orang


6.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

Penasihat       : Pn. Zuraimah Bt. Mohd Noordin

Pengerusi     : Pn. Niza Bt Abd Wahab

Setiausaha    : Mohd Hafiz Alias

AJK                 : Pn. Maizura Abd Aziz

                          Pn. Siti Rosni Mugni

                          En. Syed Abd Hadi Mohammad

7.0 IMPAK

a)    Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan lawatan ini.


b)    Murid dapat mengetahui lokasi i-City yang terkenal


c)    Murid dapat mengetahui sejarah kewujudan haiwan-haiwan purba iaitu Dinasor, jenis-jenis dan pemakanannya.


d)    Merapatkan hubungan silahturahimantara antara guru dan sesama murid.


8.0 Laporan Program

Bagi melengkapkan takwim dan menyempurnakan perancangan, SK Bukit Jalil telah berjaya mengadakan program lawatan sambil belajar ke Shah Alam. Lawatan ini diadakan bagi memberi manfaat kepada murid-murid disamping memberikan pengalaman murid-murid di luar bilik darjah. Lawatan diadakan pada hari sabtu iaitu pada 24 April. 2014


Pada jam 7.30 pagi, seramai 40 orang murid-murid telah berkumpul di Dewan Terbuka SK Bukit Jalil. Pada jam  9.00 pagi bas telah bertolak ke i-City dan kira-kira jam 9.40 pagi bas tiba ke tempat yang dituju. Lawatan pertama yang telah dituju adalah Jurassic dan Ice Age yang merupakan sebuah tempat yang memaparkan model haiwan purba kala. Ia merupakan sebuah tempat yang sangat sesuai untuk murid-murid menimba pengetahuan baru tentang binatang yang telah lama pupus. Model-model dinasor yang dipertontonkan sangat memberikan tarikan kepada murid-murid. Di samping itu juga murid-murid turut didedahkan dan diperkenalkan tentang jenis-jenis dinasor.


Di sini, murid-murid diperlihatkan dengan pelbagai saiz dinasor, serta makhluk zaman ais yang mana ia dihidupkan menggunakan animatronik disamping mempunyai bunyi khas. Pameran yang berunsurkan pendidikan dan hiburan ini sangat sesuai kerana ia seperti murid-murid berada di alam pengembaraan. Di sini juga murid-murid dipamerkan dengan 25 jenis makhluk animatronik.  Di sepanjang perjalanan, murid-murid akan menghadapi sorotan arkeologi dan belajar bagaimana arkeologi dan iklim global telah berubah daripada tempoh Triassic, kira-kira 230 juta tahun lalu apabila evolusi awal telah berlaku, sehingga era Zaman Ais. Di samping itu murid-murid turut didedahkan dengan pelbagai maklumat mengenai ciri-ciri anatomi, rantai makanan dan penemuan saintifik tentang penghuni makhluk prasejarah ini.


Habis sahaja lawatan murid-murid diberi peluang untuk membeli cenderahati sebagai kenangan. Murid-murid juga dihidangkan dengan aktiviti pertandingan mewarna.


Setelah selesai, lawatan diteruskan dengan membawa murid-murid ke sebuah tempat yang menjadi tarikan utama di i-City iaitu Muzium Seni Trick yang mempunyai reputasi sebagai satu-satunya wadah seni  lukisan 3 dimensi di Malaysia. Apa yang menarik, seni 3D ini seperti lukisan yang hidup apabila dilihat melalui kanta kamera. Ia juga dapat mewujudkan ilusi kepada murid-murid yang hadir. Muzium seni ini mempunyai lima tema iaitu karya, Mesir, hidupan laut, haiwan purba dan klasik moden. Tidak ketinggalan juga ada yang mengambil kesempatan untuk bergambar sebagai kenangan berharga buat mereka.


Tepat jam 2.00 petang lawatan pun tamat. Bas tiba diperkarangan sekolah pada jam 2.40 petang.


 9.0      PENUTUP

Dengan adanya lawatan seperti ini, murid-murid dapat menimba ilmu tentang sejarah binatang yanag pupus. Murid-murid juga mendapat pengalaman yang berharga dengan lawatan yang seterusnya iaitu ke lukisan 3D di i-City yang mana ia mengaplikasikan kemahiran sentuhan. Murid-murid juga dapat mengaplikasi ilmu yang diperolehi daripada lawatan ini dalam pembalajaran yang lebih berkesan dan bermakna.



LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG PIZZA, TEDDY DAN HANDYCRAFT MURID-MURID TAHAP SATU SK BUKIT JALIL 2013

 

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID-MURID TAHAP SATU SK BUKIT JALIL 2013
 
 

1.0 TAJUK PROGRAM
 Lawatan sambil belajar murid-murid tahap satu SK Bukit Jalil 2013
 

2.0 TEMPOH PELAKSANAAN
 
      Tarikh             :     23 Oktober 2013 (Rabu)
 
                                   26 Oktober 2013 (Sabtu)
 
3.0 TEMPAT

Pizza Hut Kajang

Handicraft Centre for Teddy Bear Making Kajang

ARCH, Kuala Lumpur City Gallery
 
 
 4.0 OBJEKTIF
 
      4.1  Mendedahkan murid-murid kepada sejarah awal penubuhan Kuala Lumpur.

      4.2 Menambahkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan aktiviti praktikal yang dilakukan oleh murid sendiri.

      4.3 Menyediakan diri murid peluang untuk mendapat pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah dan menjadikan pembelajaran dan pengalaman yang lebih bermakna dan menarik.

      4.4 Memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan masyarakat.

      4.5 Membentuk tingkah laku dan sikap murid untuk lebih berdaya saing.

 

5.0 KUMPULAN SASARAN

Bilangan Murid        : 279 orang

Guru Pengiring        : 12 Orang

Jumlah                       : 291 orang

6.0 JAWATANKUASA PENGELOLA
 

Penasihat      : Pn Zuraimah Bt Noordin

Pengerusi     : Pn. Niza Bt Abd Wahab

Penyelaras    : En. Hafiz B. Alias

Setiausaha   : Cik Zahidah Helmy Bt Zaberi

Guru Pengiring                        : Pn Maizura Abd Aziz

                                                : En. Mukhlis Ab Khadar

                                                : Noor Diyana Abd Aziz

7.0 IMPAK
 
a)    Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan lawatan ini.
 
b)    Murid dapat mengetahui lokasi Kilang Teddy dan Pizza Hut, Kajang dan ARCH City Galeri Dataran Kuala Lumpur
 
c)    Murid dapat mengaplikasi kemahiran mendengar dan menyentuh dengan beberapa aktiviti yang melibatkan hasil kerja tangan murid sendiri seperti membuat pizza dan teddy.
 
d)    Murid dapat mengetahui sejarah awal penubuhan Kuala Lumpur di Kuala
 
Lumpur City Gallery.
 
 
8.0 Laporan Program
 
Sk Bukit Jalil telah mengadakan satu lawatan ke Kuala Lumpur. Lawatan ini telah berlangsung pada 23.Oktober dan 26 Oktober 2013 iaitu bersamaan hari Rabu dan hari Sabtu. Seramai 279 orang murid dan 12 orang guru pengiring telah mengikuti lawatan sambil belajar ini dan sebanyak tujuh buah bas telah disewa khas bagi membawa murid-murid SK Bukit Jalil termasuk murid pra sekolah pembantu penerangan. Rombongan ini telah diketuai oleh guru-guru SK Bukit Jalil sendiri.
 
Kilang Pizza Hut, Kajang adalah antara destinasi utama yang dipilih untuk lawatan pada kali ini. Ia bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan pengelaman berharga kepada murid-murid tentang bagaimana cara untuk menghasilkan Pizza secara buatan tangan. Murid-murid juga didedahkan tentang pentingnya menjaga kebersihan tangan semasa membuat pizza. Sebelum memulakan aktiviti menghasilkan pizza murid-murid telah diminta untuk membasuh tangan sebelum mereka dipakaikan sarung tangan khas. Setelah siap murid-murid dihidangkan pizza sebagai sarapan pagi.
 
Kemudian lawatan diteruskan dengan ke Handicraft Centre For Teddy Bear Making, kajang. Ia adalah bertujuan yang sama yang mana untuk memberikan pengetahuan kepada murid-murid bagaimana cara-cara untuk membuat teddy secara buatan tangan. Sebelum memulakan aktiviti, muirid-murid dipertontonkan video tentang bagaimana cara untuk membuat teddy yang ringkas. Kemudian murid-murid dihidangkan dengan alatan khas yang telah disediakan untuk murid-murid. Aktiviti ini telah dilaksanakan didalam kumpulan dan kerjasama yang baik antara murid telah berjaya dipertontonkan dalam usaha untuk menyiapkan teddy masing-masing.
 
Lawatan yang terakhir pula adalah ke ARCH City Gallery Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Disini murid-murid dihidangkan dengan pelbagai koleksi kesenian secara buatan tangan. Bukan itu sahaja, malahan murid-murid diperlihatkan satu binaan yang merupakan gambaran keseluruhan Wilayah Kuala Lumpur yang pesat membangun. Murid-murid dapat membaca dan melihat artifak mengenai Kuala Lumpur dan bangunan-bangunan lama yang terdapat di Kuala Lumpur. Murid-murid berpeluang melihat cara pembuatan arca dengan lebih dekat yang mana setiap ukiran arca mempunyai nilai estetika yang tinggi. Sebelum lawatan berakhir, murid-murid telah pergi membeli-belah di kedai cenderahati di City Galeri.
 
Bas tiba diperkarangan sekolah tepat jam 2.30 petang dan lawatan berakhir dengan jayanya. 
 
 9.0      PENUTUP

Lawatan ini murid-murid dapat menimba ilmu tentang sejarah. Murid-murid dapat mengenal lebih dekat bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka yang mempunyai sejarah kemerdekaan. Begitu juga pengetahuan tentang cara pembuatan Teddy dan Pizza Hut secara buatan tangan. Murid-murid juga dapat mengaplikasi ilmu yang diperolehi daripada lawatan ini dalam pembalajaran yang lebih berkesan dan bermakna.

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates