Followers

Pages

Thursday, May 28, 2009

Bumi KL Bumi yang ku Kesal

Hari ini hari ke 19 aku berada di dunia bandaraya Kuala Lumpur..Dunia yang penuh mencabar era fizikal dan rohani umat manusia. Semakin rakus manusia mengejar fizikal kekayaan dunia. Apa yang mampu memberi nama pada manusia maka itu yang bakal diusahanya untuk mengecapinya.

Tapi adakah manusia yang punya hati rohani dan perasaan mulia sudah tidak wujud di bandaraya ini, atau kalau wujud pun hanya sekadar untuk menaikkan nama agar mashyur di mata masyarakat. Apakah sekarang manusia penuh perasaan pura-pura berbanding kejujuran dari hati?.

Hari ini Jumaat 29. Mei. o9. Sedih sekali melihat bumi Kuala Lumpur pada tengahari yang mulia dihiasi dengan nafsu mengejar kekayaan dengan jual beli. Gerai makanan dipenuhi kaum lelaki. Bukan itu sahaja lelaki yang diberi kesihatan sempurna dari aspek fizikal juga turut tidak dapat menghadirkan diri untuk bersembahyang Jumaat gara-gara mengejar keseronokan bermain. Malah orang-orang tua yang diberi kemurahan rezeki dengan berkenderaan mewah juga turut lambat menghadiri masjid untuk melaksanakan jemaah.

Kebanyakan lelaki menganggap kelewatan dalam menghadiri solah Jumaat adalah suatu perkara biasa. Maka adakah perkara ini mesti diteruskan tanpa ada keazaman untuk mengubahnya? Kita umat Islam hanya memandang remeh dalam hal solat jumaat. kita semua sedia maklum sembahyang Jumaat adalah Fardhu Ain dalam Islam bagi lelaki. Perlukah ia diterangkan dan diingatkan hari-hari tentang hal yang sama.


Hari ini juga aku melihat kucing-kucing sibuk berkeliaran mencari sesuap nasi. Anak-anak kucing sibuk mengiow meminta simpati manusia agar diberikan sedikit sebanyak makanan sebagai alas perut. Manusia yang berniaga makanan sibuk meneruskan perniagaan tanpa ada perasaan untuk menghulurkan makanan kepada kucing. Semuanya mementingkan diri sendiri.

Ada satu peristiwa menyayat hati yang hanya orang berperasaan sahaja sedar akannya. Kenapa mesti ada seorang lelaki tua yang seolah-olah tiada arah tuju mundar-mandir di kawasan pasar. Seperti sedang mencari sesuatu yang hilang. diatas meja makan, dia sibuk mengeluarkan duit kertas berwarna biru lalu mengiranya. duit kertas biru itu aku anggarkan kurang daripada RM 10. dibelek-beleknya. Mungkin untuk memastikan dan meyakinkan bahawa duit tersebut cukup untuk makan pada esok harinya. Perasaan aku sayu. Tak tahu apa yang harus aku lakukan. Fikiran aku kusut. Aku ingin membantu tapi apakan daya aku yang hanya bergelar seorang pelajar praktikal.

Bila difikirkan kembali aku mula meyoal dalam lubik hati ini. Mana pergi anaknya? atau dia sememangnya tidak berkahwin? Atau semasa muda dia telah banyak melakukan dosa sehingga Allah membalasnya semasa hari tua? atau semua ni hukum dunia dan hukum karma??... Bertalu-talu soalan ini hadir dan terus hadir. ingin sahaja aku temubual dan membantu lelaki tua tersebut.

Apakah sekarang dunia KL akan kekal sebegini tanpa ada rasa simpati atau tanpa ada rasa bersalah kepada Allah??.. Ya Allah aku adalah antara hambaMu yang melihat dengan mata penuh penyesalan dan aku adalah manusia yang paling lemah untuk melaksanakan dakwah menyeru pada agamaMu, mahupun suruhanMu. Ampunkanlah aku ya Allah...Tetapi berikanlah aku kekuatan untuk aku lakasanakan dengan perbuatan tangan dan lidah. Sesungguhnya Kau maha pengampun lagi maha mengetahui...AMIN

Pelajar sekolah bersongket merah...semangat Berperang

Hari ini 28. Mei.2009. Khamis tepat jam 5.40 petang. Aku berdiri khusyuk melihat gelagat kanak-kanak yang berseragam sekolah bermain batu. Mereka sibuk membaling batu antara satu sama lain. Keseronokan mereka bermain menarik minat aku pada suatu sudut. Apakah mereka tiada punya rasa sakit.

Sedang aku sibuk melihat gelagat mereka bermain tiba-tiba aku terpandang suatu sudut dimana 2 orang budak mula menumbuk antara satu sama lain. Pada mulanya aku hanya memerhati gelagat mereka tapi akhirnya ia berubah wajah kepada gusti. Aku mula bertindak mendekati kanak-kanak yang memakai seragam sekolah bersongket merah untuk meleraikan pergaduhan mereka. Sahabat lain sibuk mengapi-apikan keadaan sambil membaling batu kearah mereka yang bergaduh.

Akhirnya aku berjaya meleraikan dua orang pelajar tersebut. Salah seorang daripada mereka telah mengeluarkan air mata. Manakala yang seorang lagi sibuk mengadu sakit kepada aku akibat dibaling batu oleh sahabatnya.

Apa yang ingin dikisahkan disebalik gurauan dengan membaling batu ini adalah menurut pelajar terbabit mereka menganggap membaling batu adalah seperti bermain dengan ISRAEL...iaitumembaling batu kearah Israel..

Adakah kanak2 sekarang cenderung untuk melakukan latihan keganasan. Mereka telah melihat dunia peperangan di TV dan ini mendedahkan mereka kepada semangat peperangan..

Friday, May 1, 2009

Aku ada instinct...Macam tak percaya hahaha

Hari ini Jumaat 1 Mei 2009..aku baru sedar aku macam ada instinct..peristiwa ini terjadi semasa aku hendak pergi ke Kuala Lumpur bersama Akma dan Jamilah Husin.. kami dari jabatan yang sama. Tujuan nak pergi Kl atau Jelatik khususnya adalah untuk mencari rumah sewa.. pagi itu aku bersiap dengan lemah semangat..aku tak tahu kenapa hari itu aku rasa malas sangat nak pergi.. Dalam hati ingin sahaja aku menelifon mereka untuk menyatakan bahawa aku cancel untuk pergi ke KL. Tapi ku tabahkan hati menuju ke destinasi yang telah dipersetujui pada semalamnya.

Sampai ke KTM UKM aku dan Jamilah pergi ke kafe yang berhampiran KTM untuk sarapan pagi. Aku rasa tak gembira pada hari tersebut. Seakan sesuatu peristiwa bakal terjadi. Al-maklum sebelah malamnya aku telah bermimpi aneh tentang "shuffle". Di dalam mimpi tersebut kawan ku pesan supaya belajar shuffle dalam taekwando.. Sesudah habis sarapan dijamah aku bersama dua orang sahabat ku lagi terus menuju stesen KTM dan membeli tiket untuk terus ke KL Sentral. Sedang kami duduk2 menunggu ketibaan keretapi aku cuba luahkan perasaan tidak senang hati ku pada Akma sahabatku. Kerana instinct sebegini pernah terjadi sebelum peristiwa ragut terjadi. Aku takut sekiranya sejarah berulang lagi..
Disini laa klimaks cerita aku sedar yang aku ada instinct. Mana tidaknya Akma memandang ke bawah lalu menegur aku "Fizah selipar kau ni memang fesyen ker". Jamilah turut memandang ke arah kedua belah kaki aku.. tersenyum dan hampir tergelak besar melihat kedua belah kaki ku...Tiba-tiba aku terjerit "Arghhhhh..Ya Allah Jam, Akma patutlaa aku berat hati nak pergi rupanya kedua belah selipar yang aku pakai adalah berlainan bentuk. Camner nak buat." Aku cadangkan untuk membatalkan perjalanan ini. Tapi tidak diterima. Aku terpaksa meneruskan perjalanan aku..Di sepanjang perjalanan aku diapit oleh sahabatku untuk mengelakkan daripada kaki ku dilihat oleh penumpang KTM yang lain. Didalam KTM kami sambung dengan gelak kami seakan tidak percaya peristiwa pahit ini boleh terjadi..
Tiba di KL Sentral aku terus membeli selipar baru. Akma hanya memujuk dan menyedapkan hati aku. Menurutnya fesyen sebegini dan banyak di pasaran. Orang tidak akan perasan dan tidak akan gelak sekiranya kita memakai selipar yang berlainan bentuk..
Itulah peristiwa aku menyedari aku mempunyai instinct.. Nasihat ku kepada pembaca blog hati-hati semasa menyarung selipar terutama wanita2...hehehe

Thursday, April 30, 2009

Negeri China..tembolok..Gilerrr???

Aku tak faham kenapa orang cina ni tembolok...Mesti ramai yang kata kenapa tetiba cakap tembolok?? tembolok kalau ikut kefahaman aku semua benda dia makan..tak mustahil batu pun dia makan gak..hari ini aku terima satu video dimana orang Cina jadikan anjing sebagai santapan makanan mereka..Ishh bukan anjing je ular pun sama..Kucing yang comel pun boleh jadi ala rendang...

Kenapa aku sibuk ngan hal macam nie??

sebenarnya aku tak tahu kenapa dengan diri aku..Hati aku mudah patah kalau ia membabitkan haiwan terutama kucing atau yang sekutu dengannya..aku tak boleh tengok kucing dekat tepi jalan..aku rasa macam nak bawak balik rumah..tapi sayang aku takda kenderaan.. Masa sem 1 dulu teringat pulak aku..aku sanggup makan megi dan menggantikan duit makan aku kepada ikan goreng campur nasi..khas untuk kucing kat asrama Burhan nie..Aku tak boleh tengok kucing lapar..hati aku cepat menangis..tapi hati aku tak mudah sedih bila aku lihat ada manusia meninggal dunia tepi jalan akibat kemalangan cuma hati aku terkejut sahaja..tapi kalau ia membabitkan kucing atau haiwan ni aku mudah ingat terngiang2..atau dengan kata lain asik duk pikir jalan penyelesaian...

Apa yang orang Cina tue buat??

Haaah nak bagitahu laaa nie..Apa yang aku lihat dengan mata kepala aku sendiri kat video tu..dia mula2 bawak anjing satu lori balak ke kedai makan yang aku tak tahu kat mana.. Kalau aku tahu aku ingat nak buat pakatan dengan Amerika or Israel bom kedai makan tak senonoh tu..lepas tue dia bagi anjing ni makan..supaya gemuk dan fresh.. anjing tu mesti ingat yang dirinya diselamatkan oleh owner punya kedai dan rase dirinya terpelihara sedangkan dia tak tahu owner tu nak "makan" dia.then dia bawak beberapa ekor anjing tu ke kandang..seekor demi seekor dia bunuh dengan keadaan yang melampau dan dahsyat..ishh aku yang tengok nie pun boleh mengalir air mata aku selama 1/2 jam..sedih tahap melampau

Cara bunuh..pleasee bagitahu???

Ok first dia jerut anjing tu..second dia guna senjata tajam dan tikam hatinya..anjing ni biasa laa kalau nak mati mengejut mesti ada nafas panjang dia..so seterusnya third atau cara terakhir lepas nampak tak mati gak atau masih juga menggelupur terus dia ketuk kepala anjing tue dengan kayu..lepas anjing tu dah takder nyawa dia masukkan anjing tu ke dalam kuali besar berisi air panas intuk sesi menanggalkan kulit anjing..lepas tu siap untuk digantung di hadapan kedai dan di jual...haaaaaaahh..tu laa caranya..ada satu cara yang aku perasan dahsyatnya.. dia masukkan anjing tu ke dalam mesin ala blender yang diperbuat daripada kayu untuk putar kan anjing tu supaya cepat mati...dan ada juga mesen untuk jadikan anjing tu macam daging burger....kalau kucing sama laa kot..

Apa harapan atau cita2?

Harapan tu memang ada..Andai aku kaya satu hari nanti..aku ingat nak bukak kedai makan kat negeri China..aku ingat nak masak "Sup Otak Bodoh Cina masak rebus"..nie otak yang aku guna fresh punya..aku guna oyak cina yang suka jadikan anjing dan kucing makanan santapan mereka..cara sembelihan sama cuma kalau dia susah sangat mati aku just tikam bahagian jantung dia..aku akan buat macamner dia buat kat binatang tue..biar diorang rasa cara bunuh diorang sangat melampau..lepas tue otak diorang ni aku jual ke seluruh negeri cina biar diorang tahu sedap kerr tak otak bodoh diorang..erkk tapi aku rasa sedap kot sebab aku pernah nampak diorang makan otak bayi manusia...kata nak kuatkan batin...adoyyyy memang tembolok gilaa laa..sebab tu laa aku kata batu pun diorang boleh makan..sukati laaa cina woiii..

Selain tu??

nak cari suami yang sayang kucing supaya dia sokong pendapat aku..

Tuesday, April 28, 2009

K!@D bilik..KBH BERHANTU....

Hari ini tiba-tiba aku ingin berkongsi sebuah kisah hidup aku yang berlaku semasa aku berada di Sem 3.. Dulu aku ada beritahu kisah ni kepada dua orang teman rapatku. Tapi macam biasa antara percaya dan tak...Aku pernah juga beritahu pada keluarga aku tapi mereka hanya suruh aku lebih mendekatkan diri pada yang Esa. Berdoa dan mohon perlindungannya..Rahsia ni juga aku beritahu pada sahabat aku yang duduk di depan bilikku..Dia amat memahami aku dan situasi aku.. Sedar atau tidak aku dah berada di Sem 4..
So cerita bermula apabila aku ditawarkan ke Flatlet Burhanuddin Helmi K12D..Bilik rahsia..Amat memeranjatkan apabila bilik yang aku dapat adalah berwarna merah..Kelihatan agak seram pada mulanya..Mana mungkin ada bilik yang dicat warna merah sedangkan bilik lain semua berwarna putih.. Pada mulanya aku fikir itu suatu tuah bagi aku...Tapi bukankah merah itu garang, sepi, sunyi dan sebagainya.. Tapi nak buat macammana aku terpaksa duduk di situ selama 2 sem..Hari pertama aku tak nampak agak janggal.. cuma sekali sekala bulu roma aku agak meremang bila aku tidur lewat bermacam bunyi ada diluar tu.. Bila aku kata pada sahabat aku..Mereka hanya menyatakan itu sekadar bunyi binatang..Tapi keadaan makin membimbangkan bila "sesuatu" cuba mengganggu aku..
Malam tu aku sangka hanya sekali sahaja yang bakal menjadi sejarah hidup aku..tapi rupanya ia berulang sehingga tiga malam..Keadaan aku seolah-olah terperangkap dengan dua alam..Aku nampak alam dunia tapi aku tak dapat nak bergerak.. Aku tak nampak siapa makhluk yang cuba ganggu aku... Ayat Kursi, sebahagian ayat Yasiin dan ayat lain, ku baca dengan tabah didalam hati.. Aku kuatkan semangat untuk bergerak...akhirnya aku berjaya menggerakkan diri aku. Tepat jam 1 pagi aku beralih arah lari ke bilik sahabat aku yang duduk di depan bilik aku.. Malam tu air mata jer yang jadi penenang hidup.. Dua malam aku tidur di bilik sahabat aku..Kawan aku rajin membaca lewat malam..Aku taknak kehadiran aku menggaggu study dia..Terus malam ketiga aku berpindah balik ke bilik aku sendiri.
Aku mula fikir siapa yang duduk di bilik aku sebelum kehadiran aku.. Cina ke India? Persoalan bermain di minda aku..Ku sangka aku sahaja yang diganggu rupanya sahabat aku merupakan senior aku pun diganggu..Sahabat aku yang demam akibat menyeberang jalan yang dilarang untuk dilalui akibat ada kematian orang Cina..Malam tu sahabat aku mohon untuk tinggal dibilik aku dan meminta bantuan aku untuk menjaganya.. Alangkah terkejut pada malam itu dia menyatakan bahawa 'makhluk' tu cuba menyakitkannya.. 'Dia' bermain diatas perut sahabatku. Bukan itu sahaja malahan dia memicit micit kepala sahabatku. Malam tu ayat Quran didendangkan..
Aku mula rasa hairan dengan bilik aku...tiba hari peperikasaan final..Seperti biasa aku akan membaca sehingga lewat malam..Kadang kala aku tidur pada jam 4 atau 3 pagi.. Tapi semenjak aku berada di bilik berhantu ni aku hanya mampu bertahan sehingga pukul 1 pagi semua kerana gangguan bunyi yang mustahil bunyinya..
Pernah sekali pada sebelah pagi aku seolah2 berada di alam roh sekali lagi. Mana tidaknya aku mendengar suara makhluk tu berkata-kata sambil menyikat rambutku dengan agak kasar. Jelas terasa sakitnya rambut aku..aku hampir melihat makhluk tu tapi keadaan tak mengizinkan aku kerana ketika itu aku tidak mampu bergerak.. Segala macam ayat suci al-Quran yang ku baca..akhirnya..aku terjaga.. aku sangka itu hanya mimpi biasa terus aku sambung tidur kerana keletihan berjaga disebelah malam. Tapi keadaan yang sama berulang..Kali ketiga aku terjaga terus aku memegang al-Quran dan tidur bersama kitab suci itu..
Banyak lagi perkara pelik yang terjadi.. tapi aku biarkan semua itu berlalu..Sekarang kejadian pelik itu sudah tidak menagganggu jiwa aku lagi.Semenjak sem 2 ni aku berada dalam keadaan yang bahagia..tiada ganggun, agak tenteram dan sebagainya. Akhirnya aku berjaya ditawarkan ke KDO...
SELAMAT TINGGAL BILIK BERHANTU.......

Thursday, April 23, 2009

Hari ini dalam sejarah

Mungkin ini aku boleh catatkan sebagai sejarah hidup aku...Aku tak sangka yang aku berhadapan dengan kekeringan duit. Bukan poket aku yang lubang..Ini aku baru perasan semalam 23.4.09 bilamana aku ingin berbuka puasa sunat khamis tetiba aku melihat duit aku hanya tinggal beberapa kepingan syiling.. Maghrib yang dilaungkan dengan azan membuatkan aku teringat kembali kisah silam...Nasib baik..Hanya kismis dan air putih menjadi santapan berbuka puasa..terus aku pergi ke bilik air untuk mengambil wuduk bagi menunaikan solat maghrib dan bacaan Yasiin..bukan taknak buat air manis cuma masa tu ada perasaan sedikit hampa. Selepas Isyak baru aku berbuka dengan air manis tanpa biskut.. Semua keperluan makanan didalam bilik aku habis.. (Semua student pernah rase apa yang saya rasa.. :( )
Dulu bab-bab makan aku tak kisah sangat..roti dua keping pun dah mencukupi untuk aku ke kuliah seharian..Al-maklum tak selera nak makan kat Kafe..lagi satu asyik busy dengan kehidupan sebagai mahasiswi..Cuma masa sem 2 tetiba aku diberitahu doktor yang aku ada gastrik..masa tu mana taknya nak nangis perut macam dipulas..Semenjak tu kalau tengok muka aku asik ada kat kafe Canselori..Beli makanan ala kadar..Biasa makan sehari sekali untuk tahan daripada kena gastrik..Sekarang ni pun aku macam tak berkemampuan untuk berpuasa sunat..itu pun kadang kala terlaksana juga...bahaya gak gastrik nie...ku dengar-dengar kalau teruk boleh bawa kepada pembedahan..so sebelum aku kener bedah baik laa aku makan walaupun tak selera...(jangan fikir aku nak diet lak) Diet takde dalam istilah kamus hidup aku

Dulu aku ada mengeluarkan sedikit duit daripada Tabung Haji cuma duit tu aku dah guna untuk membeli telifon baru..Aku ingat aku boleh hidup tanpa telifon rupanya tidak sama sekali..Ia seakan keperluan kepada kita pada hari ini..Bukan duit keluarga aku tapi duit aku... :P

Aku bukanlah seperti sesetengah mahasiswa/i yang hanya call ibu bapa mereka supaya bank in duit apabila terdesak..Aku jenis berdikari bukanlah nak berbangga tapi sifat ini dah lama wujud dalam diri aku bilamana yuran tingkatan tiga sudah mula dibayar atas usaha aku sendiri..Sehinggalah aku berada ditahap sekarang..Aku bersyukur mendapat ibu dan bapa yang memberikan keizinan pada aku untuk membina pengalaman hidup berdikari sejak kecil..Sesetengah ibu bapa tidak memberikan anak-anak mereka peluang hidup berdikari (khusus bekerja) Mungkin mereka sangka mereka dah mampu memberikan segala keperluan kepada anak-anak mereka..

Inilah yang boleh aku coretkan sebagai mengisi masa lapang aku disaat aku malas membaca buku Kaedah Penyelidikan untuk prepare Exam....Kepada semua yang membaca ruangan blog nie.. Ana ucap terima kasih dan semoga berjaya dalam peperiksaan.........

Saturday, April 18, 2009

Malam MAG Fakulti Pengajian Islam...


Malam MAG ni diadakan pada 15.4.2009..apa yang tak bestnya..sepanjang aku duduk di meja dinner aku asyik dirundum takut...al-maklum aku dan cax di "jemput" buat persembahan di atas pentas. Persembahan yang kami bakal persembahkan adalah sajak yang bertajuk SIAPALAH AKU..aku sendiri tak tahu siapa aku..Aku sendiri tak muhasabah diri aku..banyak kekurangan dalam diri ini yang aku tak baiki lagi..Setiap manusia sentiasa akan mengambil kelebihan diri dan sentiasa jadikannya sebagai kebanggaan hidupnya...
So malam tu aku maca puisi yang aku sendiri tak pasti siapa penulisnya..cuma kami rasa puisi yang bakal kami persembahkan mempunyai maksud yang sangat tersirat yang seharusnya mereka yang mendengar akan terfikir sejenak tentang maksudnya..
Ini puisi karangan asli yang aku tak ubah lagi mana2 perenggannya

Kalaulah aku..
seekor burung..
akan aku terbang tinggi...
tapi tak mungkin... tak mungkin...
kerana aku adalah aku...
seorang insan yang lemah..

Kalaulah aku..
seekor ikan...
akan aku berenang di lautan dalam...
tapi tak mungkin... tak mungkin...
kerana aku adalah aku...
seorang insan yang lemah...

Kalaulah aku...
sekuntum bunga...
akan aku hiasi dunia seindah yang mungkin...
tapi tak mungkin... tak mungkin...
kerana aku adalah aku...
seorang insan yang lemah..

Kalaulah aku air...
akan aku sirami Kuala Lumpur ini...
yang sedang diCATU air...
tapi tak mungkin.... tak mungkin...
kerana aku adalah aku...
seorang insan yang lemah...

Kalaulah aku... Kalaulah aku... Kalaulah aku...
kelakar..kelakar... kalaulah aku...

Ahh mengarut semua itu...
Yang harus dihadapi ialah realiti bukan fantasi....
cetusan minda
Di dalam mentari terpercik misteri
lambaian wajah umpama bidadari
kucapai namamu tegak baiduri
didalam lamunan kita menari
mimpi pasti,
datang dan pergi
namun pepohon tetap teguh
walau berbuah ranting rapuh
teguh matlamat jiwa utuh
disimbah racun tidakkan luruh.
Ini adalah karangan puisi asli..tetapi perenggan terakhir tu aku ubah di saat akhir. Aku fikir itu adalah yang terbaik membawa maksud mendalam bahawa hidup kita ni adalah realiti dan kenelah hadapi dengan waspada..tapi sejurus habis puisi yang ku bacakan aku terus mengoyakkan kertas kecil yang berisi puisi yang ku salin...Mungkin puisi itu terlalu kelakar..
Dan ini adalah merupakan pengalaman pahit aku berada dipentas Dectar membaca sajak..malu coz sajak yang kami baca menjadi hiburan pada malam tersebut...Tapi sedikit sebanyak ia juga merupakan pengalaman manis ku bersama Cax untuk buat persembahan ni..



Aku dan Cax menggunakan jubah hitam untuk buat persembahan...serupa tapi tak sama..

Yang tengah tu Akma dari Jabatan Usuluddin...dia ni dah macam kakak aku...yang penting dia single available

Wednesday, April 1, 2009

Dinner Pesta Konvo ke-36...




Sebelah petang aku diberi ujian sebelah malam aku menerima nikmat..hehehe..tu yang boleh diungkapkan..apa2 pun ia disambut agak meriah..tapi antara sedar dan tidak aku bergelumang dosa..Astaghfirullah..bukan mereka yang menyambut dinner tapi aku yang terlalu naif sampai tak sedar apa yang aku buat..gara2 nak kenakan tema baju dengan elegent..inilah akibatnya..so taknak panjang..apa pun ni yang boleh aku kongi bersama sahabat..
Yang kiri tu Chan..huhuhu sangat bagi komitmen walau bz mana pun dia..yang kanan tu dari sekretariat teknikal..tak tau nak koment apa..cuma malam tu dia comeii..hehehe

Ini antara sekretariat Kebudayaan dan Kesenian pesta Konvo ke 36..
Yang ni plak kaum india yang sangat laa elegent walaupun ada yang lari tema...hehehe..



Antara lauk pauk yang menjadi hidangan pada malam tue..

hehehe...semua owang kenal siapa kat sebelah nie..ni laa pemantau kita masa pesta dulu...hehehe owang yang paling sabaq menahan kerenah sekretariat kebudayaan n kesenian..skang dah bukan pemantau..skang ni President PMUKM..aku masih berhutang dengan dia nie..hehehe..

Ini laa antara jenis pakaian elegent yang menjadi tema malam tue..semua kontrol..
so itulah sedikit sebanyak yang mampu diungkapkan walaupun tgh BZ skang nie...hehehe..well apa-apa pun aku harap sangat aku tak buat kesalahan pada kali kedua..aku sangat menyesal..
Kalau masa boleh berundur aku perbetulkan semua tue...







Monday, March 30, 2009

Aku di ragut..kejadian di KTM UKM..

Peristiwa ni baru berlaku semalam.. hari Ahad 29. Mac 09.. Aku ketika itu ditemani dua orang sahabatku dari USIM. Kami bertemu di KTM Nilai. Kehadiran mereka ke UKM adalah untuk pergi ke PTSL. so kami dalam satu perjalanan yang sama.. Tiba di tempat menunggu bas kami terserempak dua lelaki yang menaiki motor RXZ BDJ (no tak pasti) berwarna biru tua. Mereka memperhatikan kami sejak tadi. Tapi ini yang diberitahu oleh seorang budak yang sama niatnya iaitu untuk kembali ke UKM. Dia kata bahawa lelaki ini telah lama memperhatikan kami..
Kami ketika itu sibuk berbual dan tiba2 datang sebuah bas Rapid. Kami terus mengejar bas itu, rupanya bas itu adalah bas T4301. So kami terus menunggu tetapi bukan ditempat pondok menunggu bas tetapi di tepi batu iaitu berdekatan longkang.. Aku terlalu letih untuk membawa beg galas laptop lalu aku letakkan di hadapan aku. Begitu juga dengan beg putih. Aku melilitkannya pada beg galas aku. aku leka melihat bas..
Pada waktu itu moto RXZ menyusur perlahan menuju ke arah kami. Aku fikir dia ingin bertanya sesuatu pada kami..rupanya lelaki yang ditunggangi dua orang itu hanya melihat beg kami. Lelaki yang sedang menunggang motor itu kelihatan gempal manakala yang dibelakang adalah seorang lelaki yang kurus. Aku ketika itu hanya mampu tergamam. Sehinggalah lelaki yang mengambil beg aku senyum pada aku..baru aku sedar. Pada waktu tu aku seolah-olah hanya mampu melihat. Sehinggalah aku sempat melihat no Plat moto RXZ iaitu BDJ tapi kerana ketakutan aku..aku terlepas untuk mengambil no plat seterusnya.
Apa yang aku kesalkan dalam hal ini adalah walaupun aku sentiasa menjalani latihan taekwando aku tak dapat nak mengaplikasikan dalam peristiwa ini. Sebelum itu aku melihat ada lelaki tersebut ada berhubung dengan 4 orang remaja. Seorang perempuan free hair dan tiga yang lain adalah lelaki. keempat2 remaja ni memakai baju hitam.
Berbalik pada peristiwa ngeri ini, dalam masa kurang seminit kereta polis datang dan aku terus menahan kereta polis itu. Polis tersebut hanya menenangkan aku dan mengambil sedikit info tentang pencuri tersebut. polis tersebut membawa aku dan 2 orang sahabatku ke balai polis Sungai Tangkas.
Inilah antara babak yang paling menyakitkan hati aku.. Ketika itu polis mengambil keterangan dari aku..aku menerangkan dari A-z. Tapi apa yang buat aku geram dengan sikapnya adalah cara polis itu menaip komputer untuk membuat laporan aku. Dia seakan mencari button setiap huruf. Kalau nak dilihatkan adik perempuan aku lagi cepat menaip berbanding polis tersebut. Aku sempat melihat tag namanya. Rupanya seakan melayu tetapi dia adalah berbangsa India. Aku sentiasa mengulangi keterangan aku dan hampir 7 kali aku mengulangi report yang sama. Tetapi lelaki polis tersebut tak dapat nak menangkap apa yang aku katakan. Aku ketika itu menggunakan bahasa Melayu untuk membuat keterangan..bukan bahasa jepun atau india..Siap polis tu kata kenapa abang polis yang membawa aku ke balai polis ini ketapa tak bawa aku ke bandar baru bangi sebab kejadian tu berlaku di KTM UKM. Siap lelaki polis iu kata "abang tu memang bodoh ada ke bawa awak ke sini" tapi kalo nak lihat balik dia ni lembab. Dah situ yang dekat takkan nak bawak yang jauh. Ketika itu didalam balai polis ada dua orang pegawai polis. Soalan yang aku tak puas hati yang tak harusnya aku menjawab adalah "Adik kenal tak lelaki tu"..huh kalo aku kenal takder maknanya aku nak datang balai polis buat keterangan coz dia kawan aku. Ada lagi soalan yang aku rase macam nak bakar balai polis tue..hehehe.. kami kata abang kejarlah 4 orang budak baju hitam kat perhentian kajang sebab dia naik bas Mini mungkin boleh amik keterangan dari mereka semua.. Abang tu kata "hujan laa dik. diorang semua berteduh". so persoalan aku disini apa gunanya kereta polis yang tersadai diluar tue??..dan adakah setiap kali hujan maka polis akan tidur di bilik tidur dengan menarik selimut..
Kalo diingatan balik, peristiwa pahit aku bukan aku kener ragut tapi perangai polis tu yang buat kami ketika tu hanya mampu menahan geram dengan iman yang ada..Ketika kami dibawa pulang kami hanya dihantar ke stesen KTM UKM sekali lagi..huh bukan ke sepatutnya dia menghantar kami hingga ke ukm.
Tapi aku tak tau kenapa jauh dilubuk hati aku menyatakan halal segala apa yang pencuri tue ambil dari aku walaupun secara haram. Aku tau mungkin kehidupan dia meletakkan tujuan menghalalkan cara. Mungkin kehidupan dia yang susah, tiada didikan yang sempurna dari keluarga atau dia terpengaruh dengan sekitarnya.
Tu laa sedikit sebanyak peristiwa pahit yang aku alami.. Aku tak tau kenapa sejak dari kejadian tu aku tak suka tengok motor RXZ. Memang kelamahan aku apabila aku keluar berjalan aku tak suka memandang kaum Adam..bagi aku kaum adam ni jahat sikit. Menakutkan aku.. Kesimpulan yang aku boleh amik..Polis paling lembab di Selangor adalah kakitangan Balai Polis Sungai Tangkas..hehehe. Pengajaran yang dapat diambil biar berat mana pun barang yang hendak dibawa sewajibnya di tangan kita bukan di hadapan kita or dibelakang kita..

Sunday, March 8, 2009

Umat Islam Tiada Kesedaran Sivik

Mesti ramai menyatakan mengapa umat Islam dikatakan tiada etika??..Kebenaran jelas terpapar apabila etika umat Islam yang hambar terpancar semasa sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan yang diadakan di Dataran Merdeka pada hari Isnin 9.03.2009. Hambar kerana selama ini kita hanya menyalahkan pendatang asing atau masyarakat umum dan menganggap mereka sebagai pengotor kerana membuang sampah merata2 di Dataran Merdeka khususnya Malam Merdeka..Konsert Hot.fm Big Jam, Malam tahun baru dan sebagainya. Tetapi kita sebagai umat Islam sendiri adalah sama seperti mereka yang menyambut pesta atau festival seperti konsert

Apa yang hendak disamakan? Apa yang sama bukanlah sambutan..tetapi sikap umat Islam dengan sikap masyarakat umum yang pengotor..dimana membuang sampah merata-rata adalah menjadi tabiat umat Islam yang jelas berlaku pada hari ini. Dan ia seakan menjadi sifat semulajadi yang sukar diubah..Islam mengajar kita tentang erti bersih dalam kehidupan seharian tetapi kita hanya mempraktikkannya di rumah kediaman sahaja dan bukanlah diluar. Apa yang hendak dijelaskan disini bahawa sambutan Maulidur Rasul yang disambut oleh kebanyakan umat Islam akhirnya boleh disamakan dengan konsert Hot.fm Big Jam dan sebagainya..

Ini adalah sepanduk dari UKM..Kami berisan UKM turut hadir menyertai perarakan peringkat kebangsaan di Dataran Merdeka

Inilah bendera yang gah di mata masyarakat Malaysia dan di mata dunia..sebaliknya masyarakat Malaysia khususnya umat Islam gah sebagai pengotor di mata masyarakat luar bukan sahaja di Malaysia tetapi di mata dunia juga.

Seorang pelajar yang seharusnya menjadi contoh cermin kepada peribadi masyarakat lain terutma non muslim akhirnya dua kali lima sepuluh dengan yang lain..


Antara bekas cawan milo yang diletakkan di tugu batu berhadapan bangunan Abdul Samad..Jelas menunjukkan Umat Islam langsung tiada etika didalam diri


Tong Sampah yang dijadikan oleh umat Islam sekadar hiasan..Kedudukan tong sampah ini agak strategik iaitu diletakkan di tempat awam..Kemungkinan umat Islam pada ketika ini buta atau rabun sehinggakan tong sampah yang ada dihadapan mata mereka dianggap sebagai perhiasan di tepi jalan


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur adalah merupakan salah satu jabatan yang bertugas didalam membersihkan sampah sarap di Dataran Merdeka..Adakah ini hanya tugas DBKL..Dimana pula tanggungjawab individu dalam menjaga kebersihan alam

Inilah Dataran Merdeka selepas sambutan Maulidur Rasul..Menjadi tempat pembuangan sampah oleh umat Islam yang berhimpun di Dataran.. Jelas mencerminkan umat Islam tiada kesedaran sivik..Ingat ini konsert kerr..

Langkah mengatasinya..

1) Pemantauan pihak berkuasa dan dalam masa yang sama kenakan denda pada mereka yang tiada kesedaran sivik

2) Pekerja DBKL yang kerjanya menyapu sampah sarap seharusnya menegur orang awam yang yang membuang sampah merata-rata.


3) Sediakan plastik hitam sebanyak mungkin dan letakkan di tepi2 padang agar orang ramai nampak apa tugas plastik hitam sebenarnya..

sebenarnya semua ini langkah mudah yang boleh diambil..tetapi sikap DBKL yang merasakan kerja2 pembersihan adalah dibawah tanggungjawab mereka menyebabkan Umat Islam atau masyarakat umum naik tocang..

saya hafiezah melaporkan untuk TV3 erkkk untuk blog sahaja..hehehe..yang sebelah ni Nisak yang sibuk jerr cakap pasal kesedaran sivik


Saturday, March 7, 2009

Bersama mengenali Masyarakat Orang Asli Kuala Koyan, Pahang

Khidmat masyarakat sosial Latihan Amali Dakwah


Jabatan Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam telah menjalankan sebuah Latihan Amali Dakwah (LAD) di Kampung Kuala Koyan, Pahang selama seminggu iaitu dari 14. Mac 2009 hingga 20 Mac 200.


Ini antara peserta LAD yang excited nak menjadi sebahagian daripada masyarakat Orang Asli Kuala Koyan,..





Banyak aktiviti yang paling menarik..tetapi bukan tujuan kami disini untuk bersuka ria tetapi menjalankan aktiviti dakwah di kalangan orang Asli..tapi bak kata pepatah sambil menyelam minum air..



Ini antara peserta bola jaring UKM yang berentap dalam pertandingan bola jaring bersama masyarakat orang asli..


Inilah antara peserta orang Asli yang berjaya mengalahkan kami...jangan pandang rendah..coz mereka ni pernah mewakili masyarakat orang asli untuk pertandingan bola jaring

Ini antara yang kami belajar di kampung Kuala Koyan, iaitu menganyam daun kelapa..dan ini antara anyaman yang telah siap..antaranya mahkota idaman...dan skirt mini daun kelapa..hehehe Pengalaman yang paling menarik yang tak dapat aku lupakan adalah perayaan sewang masyarakat Orang Asli...disini aku sertai dalam tarian sewang...yang bestnya alatan muzik utama yang digunakan adalah buluh...apa yang menarik perayaan pada hari pertama lampu tidak boleh dipasang...so maknanya kami pergi masa hari ke enam yang merupakan hari terakhir perayaan bersewang...jadi bermakna kami sempat mengambil beberapa keping gambar sebagai kenangan..menurut abang angkat aku sendiri...kanak-kanak yang telah meninggal dunia akan dikebumikan di bawah rumah..ermm ke dibelakang rumah..tapi yang konform di perkarangan rumah.... Kepada sesiapa yang tak pernah tengok tongkat Ali..haaa...inilah tongkat ali...biasa mesti minum air nescafe tongkat ali...sebenarnya minuman itu dah terlalu banyak bahan pewarna, perisa dan sebagainya...tapi kalau sesiapa yang minum air yang semulajadi..guarantee korang akan tobat...huhuhu..sebab aku pernah rasa..katanya nak bagi kekuatan sebelum pertandingan bola jaring pada sebelah petang...kelat sesangat...


Masyarakat Orang Asli turut percaya tentang kononnya perut busung sekiranya ada orang membuat perkara tidak baik terhadap kita...begitu juga orang asli tidak membenarkan adik beradik kahwin sesama adik beradik atau saudara terdekat..semua ini sama dengan masyarakat melayu Islam..haram...



Ini kawan aku yang paling cool..hehehe menurut orang Asli dialah yang paling hensom dikalangan peserta lelaki LAD. Walaupun dah kahwin tetapi perangainya still maintain..aku dan cicax panggil Min min..sebab dia suka wonderpat..huhuhu..ada tiga panggilan nama samaran untuk dia.. Ranto, Adam, Min min.




Inilah cicax..yang sentiasa hepy sokmo..



Aktiviti lain yanag kami jalankan adalah menanam bunga disepanjang jalan..so yang sedang berdiri tu adalah sebahagian masyarakat orang Asli yang rajin membantu kami....



Dari kiri...hashimi...min min dan aku...


Ini hari terakhir yang sempat aku ambil...tiada apa yang mampu aku bagi untuk dijadikan sebahagian daripada kenangan bersama mereka..so patung spongebob yang aku sayang akan menemani mereka...patung tu hadiah kawan lelaki aku semasa kami menyertai pesta konvo...sekarang ni kawan lelaki aku dah jadi President PMUKM...semoga patung aku selamat bersama mereka...huhuh


Ini laa hari terakhir yang mana sempat aku bergambar bersama keseluruhan ahli keluarga angkat aku...so sweet kenangan ni..







Dan yang last sekali..ini adalah peserta LAD yang amat ku sayangi.....










a

Friday, March 6, 2009

BETUL KERRrr?

hari ini aku pergi bicara Siswa 5.4.09.. penceramah jemputan adalah Ustazah Athirah yang bakal berkahwin dengan sudara Dato' Nik Aziz Nik Mat...sangat beruntungkan.

Berbalik pada Bicara Siswa..apa yang menarik disini adalah..menurut ustazah Athirah YM, chat mahupun mesej atau SMS adalah dilarang dalam Islam apabila ia melibatkan lelaki dan perempuan melainkan atas sebab ilmu..Kerana mesej atau SMS dan sebagainya boleh boleh mendatangkan maksiat..Ia adalah daripada pendapat Dr. Qaradhawi dalam fatwa yang telah dikeluarkan..

Ustazah Athirah menyatakan bahawa lelaki pada pandangan pertama adalah biasa tetapi tidak pada pandangan kedua dan seterusnya terhadap wanita..maknanya lelaki yang memandang wanita semuanya ada nafsu AARRRGggggggggghhhhhhh..jangan pandang aku....

( ^-^ )

WassAlam

Monday, March 2, 2009

Bercinta lain berkahwin lain..apa nie?

Hari ini 3.3.2009 (Selasa) sibuk menceritakan tentang kadar cerai yang bertambah dari sehari-ke sehari..kes cerai mencecah 75299. Satu angka yang sangat memalukan. Semua nie gara-gara cinta monyet. Ini yang aku dengar salah satunya di radio Hot.fm. Cinta yang dibina dengan tulus akhirnya tumpas dengan lafaz talak. Tu yang bak kata orang bercinta lain berkahwin lain..So mana pergi janji sebelum berkahwin..

Cerita tentang diri aku pula..mind aku dah sememangnya telah disetkan bahawa lelaki takderr yang jujur. Semuanya sama..susah nak ubah mindset aku nie. Semuanya mungkin sebab pengaruh sekitar aku yang sering menyatakan dan memburukkan tentang lelaki. Ada yang kata lelaki nie kahwin atas dasar nafsu..macammacam lagi laa..Dan aku lebih percayakan sekitar aku..Kalau ada yang baik mungkin 1 dalam seribu..Tapi apa-apa pun aku tak nafikan hidup makhluk Allah nie semuanya berpasangan...

Takperlaa mungkin mak bapa aku boleh tentukan apa yang terbaik untuk aku...aku letakkan pilihan hidup aku di tangan ibu bapa aku.. so jodoh di tgn tuhan...

arghhh dah terlambat nak g kelas...

Monday, February 23, 2009

Happy Birthday Ain...




Birthday Ain ni disambut masa hari sabtu jam 12.00 pagi kot (28.2.2009)..so maknanya hari jadi dia hari Ahad...cenggitu kerr??ermm abaikan..hehehe..Masa sambut hari jadi ni kita baru jer balik daripada Sekolah Engku Husin..pastu baru habis juga daripada main hujan..hehehe yang tajuk "aku, petir dan bus stop burhan"..sapa baca dia tahu laa kot...malam tu plak nak sambut besday Ain...hehehe seronok gak sambut kat Gearbox..




Dari kiri..Lina, Ain (empunya badan yang menyambut besday), Semestinya saya sendiri (fiza),Ida dan Nadia..



Barisan lelaki takderr kot..sebab Afiq lupa nak ambik kot..hehehe..


En.Afiq and his secret


lepas habis potong kek tetiba Ain nak tahu tentang pasangan masing-masing..so kat sini aku dan Nadia selamat sebab kami sememangnya tiada kontroversi..(Jangan jeles)..Tapi sebenarnya Ain ni nak korek rahsia Afiq kot..huhuhu...aku sendiri tak tahu apa rahsia sebenar Afiq ni..Mereka membincangkan isu yang sedang hangat..hehehe hangat-hangat tahi ayam jerr kot..Aku yang tak tahu hanya buat-buat tak tahu jerr laa..hahaa...Tapi yang penting rahsia ni menyebabkan afiq jadi seakan blur dengan soalan yang sentiasa diajukan..macam kene blame jerr...(Kesian plak ngan dia..) Bagi aku rahsia ada yang boleh dikongsi dan ada yang sukar untuk dikongsi bersama...apa-apa pun yang penting semestinya pandai bawa diri dalam hidup diorang..betul..betul..betul..


Ini antara yang hadir masa Harijadi Ain..barisan lelaki takyah laa nak diperkenalkan..masing-masing dah ada..hehehe jangan marah kalau baca...ooppss silap ada yang sedang single kat sini...hehehe..

So ini lah sedikit sebanyak yang dapat diceritakan masa "hari kejadian"..yang nak sambut harijadi Ain..tapi yang blur Afiq..hahaha..Well harap Ain sentiasa dengan "ain"..apa maknanya???sendiri cari...hahaha



Wassalam


Saturday, February 21, 2009

Aku, petir dan bus stop Burhan..ngeri

Sabtu 21.2.2009... Balik jerr dari program Fasilitator Jati Diri sekolah Engku Husain hujan terus lebat..mula-mula sampai jer bus stop Burhan yang dekat PK tu terus turun bas dan lari pecut sebab takut hujan turun...Nak dijadikan cerita...baru nak menyeberang jalan...hujan tetiba turun dengan lebat..biasa kan hujan gerimis dulu baru lebat..apa lagi..terus patah balik ke station bas tadi..guruh dan petir sentiasa sambut menyambut..kilat pancar memancar..aku seorang jer yang kat bus stop Burhan tu...terpaksa tutup telinga...Kelemahan aku nie sebenarnya takut kilat, guruh dan petir..biasa kalau berlaku macam nie aku peluk bantal panjang...bukan terus tidur tapi setakat tutup telinga tak nak dengar bunyi guruh yang kuat..tak pun kenerr peluk something...hati masa tue berderau bila guruh kuat berbunyi..Tuhan saja yang tahu betapa takutnya aku masa kat bus stop tue...

Tetiba turunlah seorang lelaki cina dari bas zon 6 yang baru balik dari Megamall (ada buat temuramah sikit dengan dia) dan terus berteduh bawah bas stop Burhan...mana taknya kalau redah dia tempah maut..so dia call kawan dia suruh turun ambil dia..Aku bertambah ngeri sebab petir tengah memancar...so aku pernah dengar kalau petir or guruh ada jangan call sebab petir boleh menyambar..masa tue rasa ingat mati jerr baca selawat, macam-macam laa...hahaha..so selang beberapa minit kawan lelaki cina tu pun datang membawa payung yang hanya muat diri dia jerr..tapi kesian dia..Dia nak selamatkan kawan dia tapi diri sendiri basah..Dia sendiri terpaksa berteduh kat bas stop tue...

Aku dengan muka tembok pun tegur laa..."Why you tak bawak payung pasar"..."kan besar...hehhehe"..dari situ kitorang borak ala kadar sebab banyak sangat bunyi guruh...air hujan dah membanjiri bas stop Burhan..so apa lagi terpaksa panjat bangku...kalau tengok gelagat kitorang bertiga dah macam merempat..hahaha kelakar plak..Hujan plak tu ikut arah angin so terpaksa laa cina tue bukak payung dan menghalang air renjisan hujan dari arah kiri kami...kenderaan yang lalu lalang mesti tgk kami punya...sebab kami berdiri kat bangku dah macam kenerr hukuman dari pengetua kolej...

Akhirnya hujan reda so kami cepat2 blah dengan kadar segera..ujian datang lagi bila aku yang pakai stokin ni meredah "sungai" tepi jalan..mana tak nya air hujan mengalir deras .punya laa banjir besar...so kain kurung aku dah boleh basah sangat...hahaha..

Malam tue plak sambut besday Ain...itulaa serba sedikit kisah aku dan bus stop burhan..

Program fasilitator Jati Diri SMK Engku Husain, Semenyih

Ini cerita serba sedikit tentang pengalaman aku menjadi fasilitator di Sekolah Engku Husain pada hari Sabtu (21.2.09)..Apa yang seronoknya diorang nie sentiasa bersaing dengan lelaki dan perempuan nak tunjuk terer saperr yang paling aktif..semua cool..kira2 130 lebih pelajar yang kami barisan fasilitator kena conduct..Banyak slot yang terpaksa dipendekkan dan dibuang sebab mengejar masa yang sangat cepat meninggalkan kami....

Ini semasa slot menyanyi lagu senyum...masing-masing tunjuk suara merdu..huhuhu


Kumpulan 8 kumpulan saya..


Kami ada trademark..nak tahu???

Wonderpet..wonderpet kami datang..
Apa yang penting kerjasama...
Chaiyok..chaiyok..
Allah Akhbar..


Dari kiri Afiq Ikmal, Naqiuddin (Ketua Aspura), Arif, Syafiq..

hehehe...comei tak diorang nie..tapi aku tabik dengan ketua aspura dia nie sebenarnya nak tema Jihad tapi aku yang tak tau nak wat trademark jihad..so aku guna wonderpet..Nak jadi citerr ada plak kumpulan lain yang guna tema yang sama...Yang lain semua malu...mungkin aku takder adik beradik lelaki so aku rasa sayang plak dengan diorang nie...
kalau yang nie susah nak kenalkan..ramai sangat...hehehe..kalau boleh ingat..Dari kanan. Asma, Azlina, Ayu, Erin, dan Aliya...

Diorang ni lagi pemalu yang paling kanan tu ada asma..nama pun Asma..paling comel dialahh..kecik jer budaknya..tapi ingatan dia kuat..tu masa kene ingat lirik lagu..erin tu plak peramah..naik segan plak..well apa-apa pun diorang the best for me..


Ini antara program yang dijalankan iaitu Muhasabah Diri..Ini antara ragam pelajar perempuan bila tiba slot sebegini..masing-masing kesedihan dan menangis bila mengingatkan mereka tentang ibu bapa mereka.. Tapi ada seorang pelajar perempuan yang betul2 baik..dia jujur menyatakan pada ibunya "Ibu terima kasih lahirkan saya" lelaki semua ego kecuali seorang pelajar lelaki yang mana dia telah merasai erti sebuah kehilangan. Dia dah kematian bapa mungkin itu buat emosi sedih dia bertambah bila diingatkan tentang ibu dan bapa dia. Ada juga pelajar yang merundum sedih akibat putus cinta..huh tu yang tak ley terima tue..hehehe


Ini antara barisan Fasilitator perempuan...kalau yang nie memang tak ley nak perkenalkan..ramai sangat..tapi tu semua senyum kambing...hahaha

Ini pulak Mail yang syok sendiri dengan celotehnya...tapi Mail pandai ambik hati pelajar..celoteh dia memang best..
Tu jerr sedikit sebanyak tentang program fasilitator..





En

Saturday, February 14, 2009

Tanda kucing sakit mental


Tanda-tanda kucing kesayangan anda menghadapi sakit mental yang mendadak...

1) Kucing anda selalu rasa tidur macam nie mampu melawaskan pembuangan air besar.

2) Merasakan diri dia adalah yang paling macho dikalangan kucing lain. Walaupun gaya rambut tak menawan kucing betina

3) Kucing anda menghadapi masalah untuk bangun tidur. Sentiasa terperanjat apabila di bangunkan..cakap jer laa malas nak bangun...kan senang..

4) Tengkuk kucing anda merasakan dunia dah terbalik..Kiamat!!! tu yang boleh kucing kata kalau dia bersuara..sebenarnya kucing ni nampak cicax kat celah almari...

5) Merasakan bahawa berat badan kucing anda sentiasa meningkat walaupun anda hanya bagi kepala ikan sahaja..hehehe ini bermakna kucing anda dalam seminggu akan menjadi "fishball"..



6) Kucing anda sentiasa merasakan fikiran terlalu sempit dan keliru kerana kebisingan yang melanda..so jalan mudah ambil mangkuk yang sama saiz muka tutuplaa telinga..baru boleh berfikir dengan tenang



7) Kucing anda merasakan tersepit dalam hidup..walaupun sebenarnya sengaja menyepitkan diri..itu bukti kucing anda harus di kurung agar tak menyusahkan anda



8) Kucing anda sentiasa di permainkan oleh binatang yang seharusnya menjadi protein bagi kucing anda..Ini menjadikan rumah anda di kelilingi tikus kerana pemikiran kucing anda telah dikawal oleh tikus..hahaha kuasa baru tikus bakal kembali

9) Kucing anda sentiasa menjadikan anjing sebagai sahabatnya walaupun anjing itu ada konspirasi yang membahayakan..jaga-jaga sebelum terlewat..


10) Kucing anda sentiasa berada dalam keadaan takut..seolah2 melihat sesuatu yang amat digeruni seperti melihat hantu anda sendiri...ketakutan kucing anda membuatkan kucing anda mempunyai ketinggian darah tinggi yang mendadak..




11) Anda akan perasan bahawa kucing anda terlalu pemurah untuk memberikan susu badannya pada binatang yang seharusnya menjadi hidangan tengahari untuk kucing anda..Mungkin ini adalah antara tanda2 buang tebiat yang yang paling besar ada pada kucing anda..
Kesimpulannya anda harus memberikan kucing anda keselesaan agar kucing anda terjamin daripada sebarang sakit mental..Sekiranya ada tanda2 sebegini berilah kucing anda kasih sayang yang penuh berharga agar kucing anda rase dia adalah yang terbaik untuk anda..

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates