Followers

Pages

Friday, January 13, 2012

kucing aku mati kerana Sporor :(


Terlalu banyak cabaran untuk akhir tahun 2011…pada awal bulan 10 seekor kucing aku mati mengejut..badan penuh luka..hampir seluruh badan mempunyai tompokan darah merah yang tidak dapat ditutupi dengan bulu-bulunya..ku sangka kerana bergaduh. Tidak sempat untuk dibawa ke klinik kucing dan akhirnya dia mati diruang tamu…kepulangan ku dari KL menjadikan tanda tanya untuk diri aku..kenapa semakin banyak kucing yang terkena tompokan merah yang kelihatan seperti digaru oleh kucingku sendiri sehingga berdarah…tidak mampu menahan sebak aku mengambil keputusan menghantar kucing2 ku yang terkena jangkitan ini ke hospital haiwan di Jenjarom..balik sahaja dari Bukit Jalil aku bersama kawan ke hospital tersebut dan Vet menyatakan kemungkinan dia menghidapi SPORO..aku tak tau apa itu Sporor …Cuma aku diberitahu agar mengurung kucing2ku yang terkena jangkitan dalam sangkar…aku tak mampu nak buat…tak sampai hati melihat mereka mengiow minta dibebaskan..masa di Bukit Jalil seminggu sekali aku menerima panggilan kucingku seeokor demi seekor mati kerana virus tu…aku tak tau apa itu sporor kerana Vet memberikan iodin..tak banyak maklumat sporor diinternet yang boleh ku capai..

Cuti sekolah bermula aku masuk ke Maktab untuk memulakan sesi pengajian interaksi ketiga di Maktab Perguruan Islam Selangor..seminggu sekali aku pulang untuk melihat keadaan kucing aku…setiap hari itulah aku manangis bila melihat kucing2 aku yang sakit memandang sayu kearah aku seolah minta dibantu..aku sememangnya tidak mempunyai wang untuk merawat kucing ku di Hospital Swasta..aku seorang pelajar..yang mempunyai banyak tanggungan hutang..akhirnya dengan berbekalkan RM 40 aku cuba membawa 3 ekor kucing ku yang semakin parah ke Hospital Haiwan di Klang,. Mudah je Vet melihat kucing2 ku dan memberitahu bawa ke klinik private untuk dimatikan..air mata aku berjujuran…aduss sedihnya..mana mungkin aku nak matikan kucing2 aku…aku terus merujuk ke hospital UPM..dengar2 terlalu mahal..tapi aku cuba juga dan terlalu berharap supaya Vet dapat bantu…menunggu giliran hampir 2 jam akhirnya sampai juga giliran aku…aku masuk ke room no 12…Vet tu menyuruh untuk mengambil sampel..aku benarkan..seekor demi seekor dikhabarkan dan disahkan oleh Vet kucing2 ku semua mempunyai Virus Sporor…hanya tuhan yang tahu betapa luluh hati aku…aku menangis dihadapan Vet2 tu..Vet mencadangkan seekor untuk dimatikan yang lain mungkin boleh selamat…mereka juga mencadangkan agar diberikan pil sebiji dengan harga RM 7 untuk sehari dua kali dan berterusan selama 3 bulan..tetapi Vet tidak memberikan jaminan kucing aku akan kembali normal…aku tak mampu..aku pulang dengan tangan kosong…menunggu giliran bil pula..amat terkejut apabila bil hanya mengambil sampel darah sahaja semuanya RM 75…rungsing seketika..akhirnya aku meminjam wang dari kakak untuk membayar bil..terlalu mahal…dalam hati terdetik labih baik RM 75 tu ditukarkan dengan pil..atleast kucing aku dapat bertahan seketika..terlalu sedih

Selepas itu aku tekad untuk mencari jalan yang terbaik untuk lindungi saki baki kucing ku..walaupun mereka hanya haiwan jalanan..aku tetap sayangkan kucing-kucing aku..aku minta maaf tak mampu nak bawa kamu jumpa Vet..aku hanya mampu menyapu ubat di kawasan badan-badan kamu yang luka..aku tak mampu melindungi kamu dengan uabt2 yang mahal…tapi aku juga tak mampu melihat kamu menderita di tepi jalan sambil mengiow mengharap simpati manusia bakhil yang mengabaikan kamu tanpa memberikan sedikit makanan pun..

Hanya satu yang ku mohon..agar Allah menghentikan kesakitan kucing ku…lindungi mereka…Ya Allah Kau Maha Menyembuhkan sakit makhluk2Mu..aminn

Kini 6 ekor mati hanya tinggal seekor sahaja yang parah dan masih belum diselamatkan..keadaan hidungnya yang sudah tiada menyebabkan dia sukar untuk bernafas..satu sahaja yang aku minta …tolong selamatkan saki baki kucing ku..after semua dah terkawal aku akan tuntut kucing2 ku kembali..aku xnk kurung mereka..aku nk mereka bebas

Thursday, December 15, 2011

Komunikasi tanpa lisan


Komunikasi tanpa lisan merujuk kepada cara komunikasi yang bukan berpunca daripada kandungan mesej. Apa yang diperkatakan secara lisan oleh individu mungkin disokong, disanggah, ditekankan, atau ditambah oleh beberapa penekanan tanpa lisan yang ditunjukkan oleh bahasa badan atau gaya suara yang digunakan.
Ia juga merupakan salah satu cara atau kaedah komunikasi untuk menyampaikan mesej. Mengikut kajian di Qeenland University Technology (2001), menyatakan bahawa 60%-90% mesej berjaya disampaikan menerusi komunikasi tanpa lisan (Mohamed sharif bin Mustafa, 2005:2).
Komunikasi tanpa lisan juga merupakan salah satu bentuk komunikasi yang mana prilakunya adalah selain dari perkataan atau tulisan. Mesej yang cuba ditonjolkan melalui komunikasi tanpa lisan tidak dikategorikan atau dikodkan dengan perkataan. Ini termasuk segala perbuatan pergerakan badan tangan riak muka, nada suara, cara berpakaian dan penggunaan ruang dan waktu.
Dalam konteks dakwah ia dapat dilihat melalui situasi berikut: seorang pendakwah yang ingin berdakwah harus ada sedikit infomasi tentang orang yang didakwah. Perkara asas yang utama untuk menilai potensi orang yang didakwah ialah penampilan diri mereka. Sebagai contoh, pendakwah yang mahir melihat perubahan corak kehidupan mad’u dikalangan Orang Asli dari sudut budaya dan riak muka atau cara berpakaian. Inilah yang dapat ditafsirkan bahawa sambutan awal terhadap mesej islam yang disampaikan dalam bentuk yang mudah ditafsirkan oleh mad’u (ZulkipleAbd Ghani, 2003:36).
Di dalam memahami komunikasi tanpa lisan ini beberapa perkara yang perlu diteliti antaranya ialah:
1. Memerhatikan komunikasi tanpa lisan tanpa interprestasi.
2. Melihat kedudukan penggunaan isyarat dan menyedari gerak geri yang banyak memberi maksud.
3. Memerhatikan gabungan antara percakapan lisan dan bukan lisan yang memerlukan interpretasi.
4. Bukti pada persamaan perlakuan makna mengikut budaya dan konteks individu.
5. Memikirkan faktor bias dan prasangka.
6. Memberikan perhatian kepada gerakan badan dan nada suara.
Sebagai contoh di dalam majlis pengucapan dan memerlukan seseorang untuk berucap, maka selain menyampaikan maksud lisannya, ia juga boleh menghantar mesej-mesej tanpa lisan kepada pendengar melalui:
1. Pakaian yang sesuai dan bersih serta kemas bagi menggambarkan imej diri yang memberi maksud serta keyakinan kepada pengucap dan audien.
2. Melalui pertembungan mata pula ialah untuk memberi dan menggambarkan keyakinan dan keikhlasan pengucap semasa berucap.
Oleh itu dalam proses komunikasi ini dibahagikan kepada pengucap, pendengar, saluran, maklum balas dan gangguan ( Arshad Md Ghaus, 2007:11).
2.0 Definisi Komunikasi Tanpa lisan
Komunikasi non verbal adalah proses komunikasi dimana pesan disampaikan tidak menggunakan kata-kata. Contoh komunikasi non verbal ialah menggunakan gerak isyarat, bahasa tubuh, ekspresi wajah dan kontak mata, penggunaan objek seperti pakaian, potongan rambut, dan sebagainya, simbol-simbol, serta cara berbicara seperti intonasi, penekanan, kualiti suara, gaya emosi, dan gaya bercakap.
Istilah komunikasi bukan lisan adalah istilah yang popular untuk istilah-istilah lain sepeti “bahasa badan”atau komunikasi “non verbal”. Apa yang disebut dengan bahasa badan termasuklah perhubungan ruang dari jarak, orientasi masa, gerak geri, air muka, gerak mata, sentuhan, suara, dan kadar kelajuan kita bercakap. Kadang kala seseorang itu boleh membaca beberapa jenis maklumat berkenaan dengan diri kita daripada susuk badan kita, ketinggian, berat badan, kulit, mata dan rambut kita. Badan yang tidak terurus rapi akan dibaca sebagai badan orang yang tidak mengutamakan kesan penampilan diri. Malah orang menilai samaada kita seorang yang sesuai dijadikan rakannya berdasarkan ciri-ciri pada tubuh badan kita sahaja.
Dengan membaca bahasa badannya, pertama seseorang dapat mengetahui bila seseorang itu mesti mengubah sikap dan menukar bahan percakapan. Kedua bila seseorang itu patut berhenti bercakap, ketiga bila seseorang itu perlu buat sesuatu yang lain sama sekali. Semuanya dilakukan demi mencapai apa tujuan asal kita berkata-kata dengannya. Jikalau seseorang gagal membaca bahasa badan orang yang kita lawan bercakap, berkemungkinan besar kita gagal meyakinkan hatinya bahawa kita benar-benar ikhlas, dan bahawa kata-kata yang kita katakan padanya adalah benar (Abdullah Hassan. 2004: 90).
Menurut J.G McAuley (1992), Sebahagian tingkah laku tanpa lisan adalah bersifat naluri, diajar dan ditiru (Chek Mat.2007:155).
3.0 Bentuk-bentuk Komunikasi Tanpa Lisan
Menurut Knapp dan Mark (1990), mereka telah mengkategorikannya kepada tujuh kategori sahaja antaranya ialah:
1. Kinesics
Memfokuskan kepada pergerakan tubuh badan dan juga muka. Apa sahaja bentuk tingkah laku dan respon yang dipamerkan melalui tubuh badan yang difahami oleh orang lain.
2. Karakteristik fizikal
Memfokuskan kepada kualiti fizikal individu. Ciri-ciri fizikal seperti ketinggian, berat, warna bibir, bau badan dan paras rupa. Ciri-ciri fizikal tidak mempunyai makna intristik tetapi tetap penting dalam proses komunikasi.
3. Tingkah laku dan sentuhan
Kaedah ini paling berkesan untuk memperlihatkan kemesraan dan kasih sayang. Melalui belaian sentuhan dan pelukan akan meninggikan lagi tahap kemesraan seseorang dengan individu lain. Dalam kontek dakwah kaedah ini dapat dilakukan oleh seorang pendakwah seperti berjabat tangan berpelukan dan mengusap belakang mad’u.
4. Paralanguage
Memberi fokus terhadap bunyi dalam bentuk pitch dan rate. Interprestasi dapat dianalisis berasaskan nada, ritma, infeksiartikulasi dan responden. Analisis perlakuan dapat dinilai mengikut mood individu berkenaan.
5. Proxemics
Merujuk kepada persepsi manusia terhadap ruang interaksi. Terdapat jarak komunikasi yang bercorak intimate pribadi dan hubungan awam. Interaksi akan berkesan jika setiap individu menghormati pegangan nilai budaya dalam ruang peribadi.
6. Kepentingan artifak
Merujuk kepada pengenalan kendiri berasaskan objek seperti cermin mata barang kemas pakaian alat-alat solek dan lain-lain. Artifak berperanan sebagai lambang komunikasi yang menggambarkan ciri-ciri personaliti seseorang.
7. Faktor persekitaran yang wujud
Suasana yang tenang, bilik teratur dan gambar lukisan yang menarik serta mempengaruhi proses interaksi. Faktor ini juga merupakan salah satu cara yang dapat mempengaruhi dari aspek pemahaman berkomunikasi (Chek Mat.2007:155).

Contoh laporan rasmi


Laporan Majlis Pra-Pelancaran Hari Pengguna Malaysia 2009 dan Perasmian Hari Bersama Pengguna
Tarikh : 16 Jun 2009.
Masa : 9.00 am-11.00am.
Tempat: Dewan Serbaguna, Aras G, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasai dan
Kepenggunaan.
Anjuran: Kementerain dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Majlis pelancaran ini dimulakan dengan ketibaan Y.B Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan. Ketibaan beliau disertai dengan lagu Negaraku yang merupakan lagu rasmi Malaysia. Kemudian majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Zin bin Dollah.
Pada jam 10.10 pagi majlis diteruskan dengan ucapan Y.B Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob. Antara ucapan beliau adalah menyentuh tentang kepentingan pengguna dalam memacu ekonomi Malaysia seterusnya dunia. Menurut beliau tema kuasa pengguna “1 Pengguna 1 Suara” memberi makna untuk mengingatkan kepada semua masyarakat pengguna tentang konsep generic kepenggunaan kuasa yang ada pada pengguna. Beliau juga memberitahu bahawa KPDN telah meningkatkan mutu perkhidmatan bagi memudahkan pengguna antaranya aduan pengguna diselesaikan dalam tempoh 21 hari yang mana ia telah ditetapkan oleh piagam. Begitu juga dengan pembaharuan lessen perniagaan yang dapat diselesaikan dalam masa 15 minit dan sebagainya. Beliau turut menambah tentang koperasi dibawah kuasa kementerian mampunyai 6.5 juta ahli dan akan bertambah kepada 8 juta ahli pada masa akan datang.
Selesai ucapan yang diberikan, majlis disempurnakan lagi dengan Gimik Pra Pelancaran Hari Pengguna Malaysia 2009. Selepas itu diteruskan lagi dengan penyerahan pelekat aduan KPDNKK kepada peniaga-peniaga. Sebanyak 12 peniaga menerima pelekat aduan antaranya syarikat Tesco, Carefour, Giant, Guardian dan sebagainya Ia bertujuan memudahkan pengguna membuat aduan sekiranya peniaga mengambil kesempatan menipu pengguna. Kaunter aduan telah dibuka di pejabat-pejabat KPDNKK. Oleh itu, kementerian bukan sahaja berperanan memantau harga barangan malahan aduan pengguna..
Pada jam 10.30 pagi, majlis bersurai dan diakhiri dengan sidang media dan lawatan ke kaunter-kaunter KPDNKK.
Disediakan Oleh,
---------------------------
(Noor Hafizah binti Jujaji)
Peserta jemputan Majlis Pelancaran,
Pra-Pelancaran Hari Pengguna Malaysia 2009 dan Perasmian Hari Bersama Pengguna,
Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Faktor yang menyumbang kepada pengajaran berkesan


Tugasan : Faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada pengajaran berkesan dan seterusnya mendorong murid untuk belajar dengan baik
Pengajaran yang berkesan di dalam bilik darjah boleh meningkatkan tahap prestasi pelajar kepada yang lebih baik bagi setiap mata pelajaran yang diambil di sekolah. Hal ini disebabkan apabila pelajar itu tertarik dengan cara pengajaran oleh guru tersebut maka prestasi pelajar itu akan meningkat dan seterusnya akan mudah difahami oleh pelajar. Sesi pembelajaran yang berteraskan sistem pembelajaran didalam kelas sahaja tidak mampu untuk meningkatkan prestasi pelajar tetapi penambahan sistem pembelajaran melalui aktiviti kokurikulum mampu meransang minat pelajar dalam aktiviti atau bidang yang pelajar itu minati.Contohnya seperti permainan catur yang mampu membina minda pelajar untuk lebih kreatif dan berdaya saing dalam pembelajaran. Oleh itu pemikiran yang kreatif ini hendaklah dijana oleh guru dalam apa jua aspek dan cara mengikut sukatan dan huraian yang telah dibekalkan pada setiap guru.
Antara factor yang menyumbang kepada pengajaran yang berkesan adalah guru bijak dalam menggunakan bantuan alat bantu mengajar (ABM). Alat-alat ini mampu memberikan pelajar rasa minat untuk belajar dan tidak mudah bosan. Alat bantu mengajar ini memberikan pelajar mudah mengingat sesuatu subjek yang dipelajari dan mudah untuk difahami. ABM yang biasa digunakan didalam sesebuah sekolah adalah seperti kad imbasan, gambar, VCD dan sebagainya. Alatan seperti ini kebanyakan telah disediakan oleh pihak sekolah untuk memudahkan guru-guru j-QAF mengajar.
Kemahiran menyoal adalah kemahiran yang penting dalam aktiviti pengajaran dimana ia adalah antara factor terbesar yang mampu membina semangat untuk belajar. Pembentukan soalan yang diberikan oleh guru hendaklah tepat, jelas dan ringkas. Guru pula hendaklah melayan jawapan dengan memberikan pujian dan sekiranya jawapan yang diberikan salah maka guru hendaklah baiki jawapan murid. Begitu juga dengan kemahiran menerang dan kemahiran-kemahiran lain yang mesti dikuasai oleh guru bagi menarik perhatian murid
Selain itu sudut membaca yang ada didalam kelas memberikan peningkatan minat membaca terhadap pelajar. Ruang membaca yang mempunyai buku-buku cerita akan menanamkan minat membaca dikalangan pelajar samada dirumah mahupun disekolah. Di sekolah ruang membaca pelajar dapat diisi terutama ketika guru tiada didalam kelas atau semasa rehat. Beberapa program juga turut dijalankan dikebanyakan sekolah seperti program mari membaca dimana murid dikehendaki membaca buku dan direkodkan oleh guru. Pelajar yang mempunyai bilangan buku yang paling banyak dibaca akan diberikan ganjaran oleh pihak sekolah.
Kebersihan kelas juga menyumbang kepada faktor pengajaran berkesan. Bilik darjah yang bersih memberikan inspirasi kepada murid semasa belajar. Di sini guru memainkan peranan dalam memberikan dorongan kepada murid untuk bersama-sama menceriakan bilik darjah masing-masing. Tahap keceriaan dalam sesebuah bilik darjah akan menjadi lebih menarik apabila diwujudkan satu sudut ‘Mari Membaca’ dimana sudut ini diletakkan beberapa buah buku cerita, artikal dan akhbar bagi merangsang murid didalam kelas untuk membaca dan seterusnya menanamkan minat membaca dikalangan pelajar.
Selain itu, budaya memperkayakan bahasa di sekolah juga merupakan penyumbang besar kepada pengajaran berkesan. Budaya yang digarapkan di sekolah seperti mengadakan minggu bahasa melayu akan memantapkan lagi bahasa dikalangan pelajar. Begitu juga dengan minggu bahasa Inggeris dan minggu bahasa arab. Dengan adanya program minggu bahasa yang dijalankn disekolah maka ia akan memudahkan pelaksanaan pembelajaran di sekolah.
Aktiviti pelajaran juga memainkan peranan. Pelajaran yang diselangi dengan aktiviti hiburan akan lebih menarik minat pelajar untuk belajar dalam sesi pembelajaran yang dijalankan. Pelajar tidak akan merasa bosan dengan pengajaran yang sedang berlangsung. Aktiviti yang berasaskan hiburan sesuai dijalankan untuk pelajar ditahap 1. Ia berlainan dengan alat bantu mengajar yang lebih diberi fokus dengan mengajar menggunakan bahan yang disediakan oleh guru tersebut. Tetapi aktiviti hiburan yang menceriakan dan menguji minda ini adalah seperti menyanyi, berlakon dan sebagainya.
Selain itu, pihak guru atau sekolah boleh mewujudkan medan info di sekeliling perkarangan sekolah bagi menggalakkan setiap pelajar untuk membaca info-info berkenaan dengan pelajaran. Ia juga sebagai alat rujukan dan tambahan maklumat untuk pelajar secara umumnya disekolah. Pelajar dapat melihat dan menjadikan papan maklumat yang mengandungi informasi sebagai alat rujukan pada masa lapang. Contohnya pihak sekolah melukis mural di dinding-dinding bangunan sekolah dengan mural yang berkaitan bercirikan mata pelajaran bahasa Melayu seperti pepatah melayu, pantun, dan sebagainya.
Selain itu aktiviti luar adalah amat digalakkan. Aktiviti luar yang menarik mampu menjadi nilai tambah pada murid untuk belajar dengan lebih tekun. Contonya aktiviti lawatan ke Zoo dan guru mengadakan sedikit pembelajaran selama lima ke sepuluh minit sebagai maklumat tambahan kepada pelajar. Aktiviti praktikal seperti ini mampu menguatkan ingatan pelajar dalam pembelajaran. Misalnya melawat ke kandang harimau. Guru memberikan sedikit sebanyak maklumat tentang harimau dan dalam masa yang sama guru membuat kuiz untuk menguji tahap kefahaman pelajar.
Begitu juga peranan ibu bapa dalam menyumbang pengajaran berkesan pada murid-murid. Ibu bapa hendaklah mengambil berat tentang pelajaran anak-anak mereka di sekolah. Ibu bapa memberikan respon yang baik ketika ditanya anak-anak mereka. Contoh yang dapat dilihat disini adalah seperti apabila guru memberikan tugasan kepada murid-murid maka mereka hendaklah menyempurnakan tugasan itu. Ibu bapa pula hendaklah memastikan tugasan yang disediakan guru kepada anak mereka siap. Disamping itu mereka boleh memberi respon yang membina untuk membantu tugasan anak-anak mereka sekiranya mereka tidak memahami kehendak soalan.
Penggunaan teknologi maklumat juga adalah factor yang mana mampu menyumbang kepada pengajaran berkesan dan seterusnya mendorong murid untuk belajar.Pengajaran yang berasaskan teknologi maklumat juga adalah seperti internet. Tetapi pihak ibu bapa dan keluarga hendaklah memastikan anak-anak mereka melayari internet dengan betul kerana kebanyakan anak-anak apabila mereka tidak dipantau ketika menggunakan internet mereka mudah mengakses laman-laman web porno, dan laman-laman web yang melalaikan pelajar itu sendiri.
Jadual belajar yang berkesan yang dibekalkan guru juga adalah penting untuk mendorong murid belajar dengan baik. Apa yang penting jadual tersebut mempunyai ruang untuk pelajar istirehat dan bukan dibekalkan dengan jadual belajar yang berterusan. Jadual belajar yang berterusan menyebabkan pelajar akan mula rasa hilang minat untuk belajar.
Aktiviti kokurikulum membantu pelajar untuk aktif dalam badan beruniform dan persatuan serta kelab. Bukan itu sahaja malahan mereka juga akan aktif dalam bersukan. Sekolah boleh menghantar murid yang mempunyai bakat yang tinggi dalam mana-mana bidang untuk ke peringkat sekolah dan ke peringkat seterusnya. Melalui aktiviti seumpama ini minda pelajar akan cergas dan aktif dalam menerima pembelajaran harian
Faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada pengajaran berkesan adalah banyak yang mana ia mampu mendorong murid untuk belajar dengan baik dan cemerlang. Faktor dan peranan daripada guru dan ibu bapa adalah antara yang terpenting yang mana ia mampu menyumbang seseorang murid itu untuk belajar dengan lebih baik. Selain itu, factor-faktor lain seperti alat bantu mengajar, mengadakan aktiviti tambahan dan sebagainya juga boleh menyumbang kepada dorongan pelajar untuk belajar dengan lebih baik. Oleh itu, sekiranya factor-faktor ini di titik beratkan oleh setiap guru mahupun mereka yang berkenaan maka prestasi murid akan bertambah cemerlang dan sekolah akan terbilang

Saturday, September 10, 2011

Cukai oh cukai

Komen dr pekerja TELCO tntng isu cukai 6% tmbh nilai prabayar

"w/pun syrkt telco mngumumkn keuntungan berjuta-juta setiap tahun..tp ia hnya ats kertas krn mahu mnyakinkn pelabur trhdapt syrkt masing2..hakikatnya byk hasil mrk d rembat oleh kerajaan BN skrg..dan mangsanya pekerja dan pengguna telco...
dan jika syrkt telco mnyerapkn kos kpd pengguna..cukai yg akan pengguna byr bukan 6% tetapi 11%.."

jd, ubah sblm terlambat..
hari ni terasa nak bukak blog n nak post tentang cukai yang diwar2kan akan naik 6% bg pembelian topup or Sim pd 15 Sept ini..Bahangnya dapat dirasakan oleh seluruh rakyat kerana topup ni adalah barang keperluan..walaupun harga yang dia cas 60 sen untuk topup rm 10 tu dianggap jumlah yg kecil bg sesetengah pihak tapi bg pihak saya ia jumlah yg agak besar. bayangkan kalo ada yang hendak membeli topup Rm 100??

kepada pihak kerajaan umumnya hentikan kenaikan cukai..cukai yg ada ni bg saya mmpu bangunkan hidup rakyat..jangan kerana cukai berlambak menjadikan malaysia seperti negara Mesir yang memaksa pemerintah letak jawatan sehingga ramai nyawa rakyat terkorban. ~mungkin akan berlaku kalo rakyat dah geram~

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates