Followers

Pages

Tuesday, April 20, 2021

GUNUNG BEREMBUN



Hari ni (11.7.2020/ Sabtu) melawat 'Muzium' di Telapak Buruk, Gunung berembun, Jelebu. Perjalanan utk hike bermula pkul 7.00 pg dan keluar pada pkul 6.30 petang dengan jarak perjalanan + - 20km naik dan turun.
GUNUNG BEREMBUN
FAKTA Menarik

⛰ Gunung Berembun mempunyai ketinggian 1,014 meter dengan 3,326 kaki. Manakala Gunung Telapak Buruk dgn ketinggian 1,193 meter (3,913 kaki) dr aras laut. Bayaran permit hanya rm5 untuk individu. Perjalanan ke Peak mengambil masa 3 jam bergantung kpd pace individu. Bagi yang pernah mendaki Gunung Ledang maka Gunung Berembun adalah lebih mudah utk didaki namun masih memerlukan ketahanan mental dan fizikal.
⛰ Sepanjang perjalanan hikers akan melalui sungai, gua kambing dan akhir sekali Gunung Berembun. Setiap laluan tersebut mengambil masa average + - 1 jam
⛰ Di puncak Gunung Berembun tersimpan juga bahan bersejarah iaitu Beirut British dikenali sebagai batu sempadan untuk daerah2
⛰ Untuk menuju ke Telapak Buruk. Hikers hanya mengambil masa 1 jam 15 minit dari Gunung Berembun sekiranya perjalanan dilaksanakan tanpa henti dengan pace sederhana

⛰ Hikers boleh trus menuju ke Gunung Telapak Buruk dengan jarak perjalanan 2 jam dr kawasan air crush. Namun Peak Gunung Telapak Buruk tidak menjanjikan view yg indah.

⛰ Pacat sangatlah banyak. Jd boleh bersedia utk sedekahkan darah pd haiwan ini. Seyes yg ni aku nangis..geli weiii

⛰ Tidak menyajikan view yg indah tetapi sejarah peristiwa perang dunia ke 2 masih ada tersimpan di Telapak Buruk.

⛰ Bangkai Pesawat Raf B24 Liberator telah terhempas pd tanggal 23 Ogos 1945 dan mengorbankan seramai 6 krew askar British. Ekspedisi yg dilakukan pada 29 Oos 2009 telah menemui 80 cebisan tulang krew pesawat.

⛰ Pada Oktober 2012 mayat krew ini telah diserahkan kpd Penasihat Pertahanan Tentera British dan disemadikan dgn disaksikan ahli keluarga waris terdekat di Commonwealth Military Cemetery Kuala Lumpur.

⛰ Sebahagian sisa pesawat juga telah dijadikan bahan muzium

⛰ Bg yg berminat dengan tumbuhan mereka yg hiking comfirm boleh melihat keindahan alam..kecuali hikers yg jalan pace laju. Tumbuhan ni pelik tp cantik

Tips untuk Newbie

Bagi yang tak pernah mendaki dan mempunyai tubuh badan yang kurus anda blh mendaki tetapi sebaiknya try dahulu bukit yang mudah seperti BROGA, GASING dll Semasa pendakian terutama ketika pacak, jantung akan bergerak laju, dan kemungkinan newbie yang tiada pengalaman mungkin akan akan rasa pitam. Oleh itu hikers newbie perlu berhenti dan berdiri seketika. Jangan duduk dan bernafas sahaja menggunakan mulut, kemudian teruskan perjalanan
Jangan makan terlalu banyak kerana ditakuti perut memulas nak membuang. Mungkin roti atau pisang adalah lebih baik. Walau bagaimanapun ramai je hikers yang makan nasi lemak tea tarik sampai je kat peak nun..
Selamat berhiking

Itinerary menggunakan jam 'mall'
7.00 pagi - 8.00 : bergerak dari campsite ke lata Berembun / Sg Berembun. Yang ni santai je sambil berjalan boleh borak2 gelak ketawa8.00 pagi - 9.00 : Dr Sungai berembun ke Gua Kambing. Hok ni pun sama masih lg boleh bergelak ketawa9.10 pagi - 10.05 : Gua kambing ke Gunung Berembun. Sampai cini dah mula susah cikit..cikit je x banyak. Pacak pun sekali sekala je11.00 - 12.10 : Gunung Berembun ke Telapak Buruk yang ni pun mudah sambil borak2 dan gelak ketawa 1.00 - 2.10 : Telapak Buruk ke Gunung Berembun..masih ok 2.20 - 3.10 : Sampai Gua Kambing. Kat sini comfirm nak gelak pun tak lalu. Kaki dah start sakit..3.20 - 4.35 : Sampai ke Lata berembu ok kat cni rendam kan kaki korang dalam 15 minit untuk 1 jam perjalanan yang seterusnya 5.00 - 5.50 : Sampai ke parking. yang ni dah terduduk..kihkihkih5.50 - 6.30 : Mandi siap2 dan solat untuk balik
Tq kpd semua yg sudi membaca

Thanks GOGo or sweeper kot.. seyes perkhidmatan korang ohsem!! ^____^ i will repeat with u oll
@AL Ong
@Hazman Hamzah
@Farah Ezwa Razali
Najihah Roslan insyaAllah next time kita cari view cantik GUNUNG ULU SEMANGKUK plak

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates