Followers

Pages

Monday, June 29, 2015

kisah si penagih dadah



Mereka pandang hina dengan dia (penagih dadah) sampai doktor dan nurse buat endah tak endah bila dia mnta sedikit ubat tahan sakit..dia minta oksigen sebab sesak nafas..dia meraung kepanasan..tp tiada siapa yg peduli. (Alasan mereka tgh gian la tu) dia call mak dia supaya dtg menjemputnya tp ibunya cuba mengelat ketika dihubungi. Tapi tahu kah kamu dia mati bersendirian di katil hospital tanpa ditemani ahli keluarga (wahai ibu walaupun anak kamu dianggap sampah tp darah kmu ttp mngalir ditubuhnya..trima dia seadanya)..Tahukah kamu dia bersedekah roti dan ayam miliknya pada pesakit lain. Tahukah kamu dia berzikir ketika mnghadapi sakit dan sebelum ajal menjemputnya dan tahukah kamu dia mati dalam bulan yg mulia. Tiada siapa yg mnyedari nyawanya berakhir sehingga ada seorang pnjaga yg mnyedari..Siapa kita manusia nak tentukan penagih dadah sebagai sampah masyarakat. Mohon doktor dan nurse jangan memilih pesakit ketika merawat mereka..akhirnya dia pergi menemui Pencipta.. 

Damailah kamu disana

Ramai dah yg baca post ini dan telah menjadi viral..tujuan aku post kata2 ni dekat facebook supaya tiada doktor atau nurse memperlakukan pesakit penagih dadah sebegitu. Sekiranya telah habis ikhtiar ubat ubatan ckuplah penuhi apa yg dia harapkan. Dia nk bertemu dengan ibunya. Dia harap ada keluarganya datang membawa dia pulang. Tapi harapan tinggal harapan sehingga maut menjemputnya yg dtg melawat   hanyalah 'tetamu' atau keluarga yang datang kerana peninggalan barang arwah di katil hospital

keluarga arwah ada call aku mohon untuk aku delete post ini. Post ini menyebabkan si ibu bersedih. Si anak katanya 'hari2' datang melawat arwah. Tapi sepanjang kami menjaga abah di hospital hanya pihak AADK atau Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Dan ada seorang lelaki yang aku rasa hanya kawan dan bukan dari kalangan keluarga..si ibu ada alasan yang kurang logiknya ..Yaa..akhirnya aku delete.. aku tak nk dengar alasan panjang lebarnya.. Aku bukan kejar like or berapa bnyak bilangan share. Aku hanya kejar berapa ramai yg mampu baca dan jadikan ikhtibar.

Ada yang mengkritik dan ada yang memuji terutama tentang layanan pihak hospital termasuk peribadi aku. Katanya sbb aku takde ahli keluarga yang penagih dadah. Maaf aku katakan. Bapa saudara aku sendiri penagih dadah tapi nenek aku tak pernah abaikan dia. Sehingga hujung nyawanya dan matinya juga disisi nenek. Kepada kakitangan nurse. Aku bukan mencari salah kamu. Tapi aku lihat sendiri kamu perlekehkan dia. Semua pesakit disitu boleh menjadi saksi. Yaa aku tidak menafikan dia banyak mengeluarkan kata2 kurang elok untuk didengari. Tapi adakah kerana kata2 itu menyebabkan kamu rasa meluat dan berkecil hati sehingga permintaan dan jeritan di saat akhir pun kamu tidak hiraukan. Pelbagai ungkapan aku dengar dari pesakit mahupun penjaga. Ada yang mengatakan seorang doktor menginject mati atas permintaan pesakit. Ada juga yang mengatakan mereka tidak membuat 'tepukan dada' dan tenang sahaja bila dia mati. Bukankah sepatutnya kamu akan rasa sedikit cemas. Tapi mungkin  di pihak kamu pula ada sebab tersendiri.

Kepada keluarganya..Jangan guna alasan yang dia tidak waras maka kamu membuang dia. Jangan guna alasan dia banyak menyusahkan kamu kerana dia adalah anak kamu. Bagaimana kamu mendidiknya sewaktu kecil.

Kepada arwah kamu telah pergi tanpa sesiapa pun disisi kamu..sekurang kurangnya kamu tidak merasa sakit lagi. Kamu seorang anak yang terbaik sekiranya diberi peluang Allah untuk kamu tapi Allah sayang pada kamu kerana itu dia ambil kamu untuk kembali disisiNya. Beruntung kamu meninggal di bulan mulia. Pada malam jumaat pula.

Yaa sejujurnya aku masih terkenangkan suara dia meminta tolong. "Nurse tolong nurse aku panas nurse..lailaha illa Allah Muhammad Rasul Allah" " Allahu Akbar" "Nurse tolong nurse aku nak balik tolong hantar aku balik" "mak cik pinjam telefon mak cik sy nak call kuarga saya". Merintih dia. Biarlah si ibu bersedih dengan post aku supaya ibu2 yang mempunyai anak penagih dadah bersabar dengan sikap mereka. Sekiranya mereka diluar batasan hubungi pihak polis.

Seorang ibu yang bertanggungjawab adalah mereka yang tidak memutuskan hubungan anak dengan keluarga tetapi mencari jalan untuk kembalikan anak ke pangkal jalan. Itulah pengorbanan ibu yang terbaik.

Sumber: aku sendiri, pesakit hospital wad 5, sahabat arwah



0 comments:

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates