Followers

Pages

Thursday, November 21, 2013

Dia sebenarnya suamiku..

Assalamualaikum...

Hari ni blog diupdate atas tajuk "Dia sebenarnya suamiku".. Hari ni aku nak luahkan perasaan aku dan rasa syukur aku pada Allah kerana aku dihadiahkan olehNya seorang lelaki yang jauh lebih baik dari anggapan aku sebelum kami berkahwin. Masakan tidak aku banyak berfikiran negatif tentang dirinya sehinggakan aku memasang niat untuk tidak meneruskan hubungan. Awal perkenalan kami dia menunjukkan dirinya seorang yang terlalu sibuk dan dia juga seorang yang sangat tegas. ketegasan dia menyebabkan aku tidak bertahan..

Tapi Allah itu lebih tahu apa yang baik untuk hambaNya. Perkenalan kami tidak panjang. Tidak seperti insan lain yang memendam kasih dan rindu sehingga bertahun-tahun lamanya. Kalau selamat diijab kabul...Alhamdulillah tetapi kalau sesebuah hubungan penuh maksiat.. tepuk dada tanya iman...Hubungan kami tidak cukup setahun. Sepanjang perkenalan kami aku tidak pernah mengerti tentang dia. Apa makanan kesukaan dia, minuman dan semua tentang dia aku tak pernah nak ambil tahu. Bak kata pepatah " masuk telinga kanan keluar telinga kiri"..Bahkan pekerjaan dia pun aku tak pernah ambil tahu. Yang aku tahu dia hanya seorang pengurus. Bukan aku tak suka tetapi aku akan ambil tahu setelah dia menjadi yang halal untuk aku.  Allah aturkan aku dengan pertemuan bersama keluarganya. Tujuannya agar aku kunci hati aku untuk tidak memutuskan hubungan dengannya. Almaklum sebuah ikatan sementara telah dimeterai. Allah mencari jalan untuk  permudahkan semua perjalanan dan urusan aku supaya menjadi yang halal disisiNya

Dia tidak seperti lelaki lain yang gah membawa anak dara ke rumah saudara mara untuk diperkenalkan. Dan dia bukan seorang lelaki yang gah membawa anak dara ke rumah pengantin sahabat karib mahupun saudara mara untuk menunjuk inilah pilihan hatinya. Dia bukan menyembunyikan aku. Dia hanya ingin memperkenalkan pada seluruh kenalannya mahupun seluruh dunia bahawa aku adalah wanita halal yang dia sayangi. Dia bukan lelaki yang memaksa aku untuk memasak. Dia bukan lelaki yang memaksa aku untuk mengemas rumah, menjemur baju atau menggosok baju kerja hariannya atau kerja-kerja rumah yang lain. Dia seorang lelaki yang hanya menasihati sahaja. Tidak pernah dia memaksa dan apatah lagi memerintah. Dia yang akan membuat semua kerja-kerja ini tatkala melihat aku keletihan. Tidak pernah dia menengking aku apatah lagi marah. Tidak pernah dia memalukan aku dihadapan rakan setugasnya dan tidak pernah dia memukul aku..Thanks Allah atas pemberianMu pada ku. Aku sangat-sangat bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk yang benar melalui istikharah cinta.

Dia bukan seorang lelaki yang mudah kecewa dengan kelemahan aku. Dia lelaki yang sangat-sangat memahami aku. Buktinya 2 minggu selepas perkahwinan kami tibalah hari jadinya. Semasa hari jadinya ingin sekali aku membelinya sepasang kasut dan baju kemeja. Tetapi aku tidak tahu saiznya. aku meluahkan tapi dia hanya menjawab "takpe sayang saya tak kisah. saiz saya...bla..blaa". Ketika itu aku dapat rasakan bahawa akulah isteri yang sangat teruk tapi dia tidak kecewa..^__^

Cita-citanya terlalu tinggi untuk digapai oleh seorang insan seperti aku. Tapi aku selalu berdoa pada Allah agar cita-citanya untuk menjadi seorang pemimpin tercapai dan aku sentiasa mohon pada Allah agar dia menjadi imam yang terbaik disisiku juga mampu menjadi pemimpin yang adil dan terbaik di sisi Allah juga disisi masyarakat. Aku juga berdoa agar dijauhkan dari rezeki yang haram

Wahai sahabat

"Lelaki yang tidak halal hanya lakonan untuk sedapkan mata wanita disisinya tetapi lelaki yang halal adalah dirinya yang sebenar yang merupakan watak sebenar untuk isteri disisinya". Buatlah pilihan melalui istikharah. Bukan dengan mengikut hati. Andai ibu bapa tidak merestui tunggulah agar mereka merestui. Tetapi sekiranya ibu bapa berterusan untuk tidak merestui lepaskanlah dia kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita

Hidup kami ibarat perkahwinan jarak jauh. Baru dua bulan kami melayari bahtera rumah tangga.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Mohon sahabat doakan kebahagiaan kami...amin

   TERIMA KASIH ALLAH ATAS KEBESARANMU 
MEMBERI YANG TERBAIK UNTUK SETIAP HAMBANYA

Muzammil Arif terima kasih kerana sudi menjadi imam untuk saya. Terima kasih kerana memenuhi tanggungjawab sebagai suami. Terima kasih untuk segalanya. Semoga Allah memudahkan setiap urusan awak didunia dan akhirat. Awaklah suami saya yang sebenar

Noor Hafizah jadilah isteri yang solehah disisinya. Jauhkanlah perkara yang membebankannya diakhirat. Peliharalah kehidupannya dan sinarilah hidupnya dengan kegembiraan dari raut wajahmu. Lengkapkanlah apa yang perlu untuknya.
Semoga dapat melayari bahtera dengan lebih sempurna

0 comments:

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates