Followers

Pages

Saturday, July 6, 2013

Indahnya Perancangan Allah

Assalamualaikum

Topik ni aku pilih sebab aku nak bagitahu indah sangat perancangan Allah pada hambaNya. Allah tahu manusia yang baik dia akan aturkan untuk memiliki pasangan yang baik. Jangan kita pertikaikan kenapa dipertemukan dengan si pulan.. Bila akad nikah telah termeterai itulah jodoh kita yang Allah dah susun sejak di luh mahfuz lagi. Dugaan yang Allah bagi itu takkan lebih dari ketidakupayaan hambaNy. "La yukallifu Allahu nafsan illa wus'aha".

Bila kita hadapi keraguan tentang jodoh kita pergilah ke sebuah sudut dan sudut yang terbaik itu adalah masjid Allah. Cuba kita diam dan berfikir sejenak..muhasabah kenapa Allah pertemukan kita?? apa yang kurang pada dia dan apa yang lebih pada dia? kenapa Allah aturkan sebegini? kita akan jumpa jawapan dia. dan percayalah jawapan itu bukanlah suatu perkara yang kecewa untuk hati kita mendengar. itulah sebaik-baik perancangan Allah.

Kalau dia bukan jodoh kita usahlah kita jadi lemah. Setiap hati akan kecewa tapi Allah akan balas kekecewaan dengan pertemuan yang lebih indah. Percayalah Allah itu sangat sayang kat hambaNya. Janganlah kita rasa Allah benci pada kita sehingga dugaan yang Dia beri adalah memisahkan orang yang disayangi. Yakinlah orang yang kita sayangi kadang-kadang bukan yang terbaik untuk masa depan kita. Dan yakinlah orang yang kita benci kadang-kadang itulah yang terbaik untuk masa depan kita. Aturan Allah itu terlalu indah.

Kalau dulu Allah pertemukan aku dengan seseorang dan aku cuba pertahankan tapi aku gagal. Kegagalan aku bukan kerana diri aku tetapi kerana diri dia sendiri. Lalu Allah pertemukan aku dengan insan yang lain. Kun Fayakun Allah ubah hati aku untuk menjadi seorang yang tidak boleh berdiri didepannya. Pertemuan demi pertemuan Allah aturkan untuk aku sehingga kadang kala aku rasa rebah. Sehingga aku berputus asa  "Jangan pertemukan aku dengan lelaki yang Kau dah tahu jahatnya dia. DanKau dah tahu dia bukan jodohku..Sesungguhnya Kau lebih mengetahui sifat hambaMu itu". Rupanya Allah nak gantikan segala kesedihan aku dengan caraNya sendiri. Iaitu Allah pertemukan aku dengan seseorang yang insyaAllah sempurna dimataku.

Percayalah..
Usah kita rebah bila gagal dalam bercinta. Kerana Allah akan menggantikan kpd kita dgn yang lebih baik..sentiasa bersangka baik..

Tapi if perkara indah ini ingin Kau tarik.. berikan kekuatan pada hatiku untuk menerima segalanya

Bila kita bermuhasabah kita akan jumpa jawapanNya. 


THANKS ALLAH GIVE THIS SUPRISE ^_^..

8 comments:

Anonymous said...

sapa lah jejaka yang Allah gantikan tue erk?nak jugak tanya..

Anonymous said...

siapa lelaki bertuah tue?

Noor Hafizah said...

bertuah ke?? rasenya tak gak nak kata bertuah..bg sy semua orang bertuah..bertuah sebab Allah sentiasa ada ngan kita..cuma kita x sedar dengan kehadiran Allah..

Anonymous said...

Dasyatkan lelaki tue xmna la boleh dptkan awak fiza..terkejut saya

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Noor Hafizah said...

bagi saya lelaki tu kene belajar untuk lebih sabar dengan saya. saya takut kesabaran dia Allah tarik ditengah jalan. huhuh tapi saya percaya pasti ada jalan kalau dia tulang rusuk kita even kita menjauhkan diri dari dia. Jap2 awak ni siapa ea

Anonymous said...

Salah tue fiza..Dalam kitab Dalilul Falihin,riwayat oleh Imam Qurtubi berkata, “Wanita dicipta dalam terbatas dan keadaan seperti tulang rusuk,” dan bukan dicipta dari tulang rusuk.

yakni bentuk kiasan ia bermaksud, tulang rusuk dalam bengkok adalah berbeza daripada tulang yang lain sebagaimana wanita berbeza dari kaum lelaki. Perbezaan ini mempunyai kepentingannya jesteru tulang rusuk tidak boleh dicaci kerana berkeadaan seperti itu kerana tanpanya manusia menghadapi masalah.

Noor Hafizah said...

Sy mntak maaf ats kesilapn komen diatas...trime kasih kerana sudi utk baiki komen yg salah dr sy...

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates