Followers

Pages

Tuesday, October 20, 2009

Bila Otak turun ke lutut

Tajuk dan isi kandungan tidak ku tapis.. Ia bertujuan supaya pembaca sedar apa yang bakal berlaku. Semua yang bakal berlaku adalah ketentuan illahi..JOM BACA

Inilah jadinya bila berotakkan kepala lutut. Pemikiran jadi sempit, bercelaru dan tak keruan. Kebolehan membuat pertimbangan yang wajar lenyap, semata-mata kerana dendam kesumat. Kesudahannya, kebodohan sendiri terserlah.

Pagi tadi saya membaca dalam akhbar 'The Star' wawancara pemberita Philip Golingai dengan makhluk berbangsa Indonesia bernama Adian Napitupulu, 38 tahun, berasal dari suku kaum Batak, yang mengangkat dirinya sebagai ketua kumpulan 'vigilante' Bendera (Benteng Demokrasi Rakyat), yang mana matlamatnya ialah 'Ganyang Malaysia'.

Kumpulan inilah yang telah melakukan operasi 'sweeping' rakyat Malaysia di Menteng, Jakarta pada Sept 8 yang lalu. Dengan berbekalkan buluh runcing, mereka bermaharajalela buat seketika di kotaraya Jakarta , memeriksa kad pengenalan pengguna jalanraya untuk menahan rakyat Malaysia . Malang bagi mereka, tiada pulak orang Malaysia lalu di situ pada waktu tersebut.

Golingai bertemu Adian di Jakarta hasil usaha seorang wartawan Indonesia bernama Samiaji Bintang. Bukan main bersemangat lagi si Adian ini ketika ditemubual oleh Golingai. Ditanya oleh Golingai apa tujuan 'sweeping' itu, dia menjawab, "Kerana kerajaan Malaysia 'sweeping' rakyat Indonesia di Malaysia."

Begitu terserlah 'kepintaran' Adian dengan jawapan ini. Tahukah dia bahawa di Malaysia ada 2 juta pendatang haram Indonesia yang menyusup masuk ke negara ini, disamping 1.4 juta warga dari seluruh pelusuk Indonesia yang masuk secara sah dan berkerja membanting tulang empat kerat mencari rezeki demi menampung kehidupan keluarga mereka di kampung?

Operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa Malaysia ialah untuk menangkap pendatang haram ini dan menghantar mereka pulang. Kalau benar-benar mahu mencari rezeki yang halal di Malaysia, kenapa tidak dimulakan dengan perbuatan yang juga halal, iaitu masuk secara halal? Saya yakin polis dan imigresen Indonesia juga akan bertindak sama jika berhadapan keadaan yang serupa.

Mungkin kehadiran 2 juta pendatang haram ini isu kecil kepada Adian, memandangkan penduduk Indonesia seramai 237 juta. Tetapi dia lupa (atau mungkin jahil) bahawa penduduk Malaysia hanya 27 juta dan 2 juta itu merupakan 7.4 peratus daripada jumlah penduduk negara ini! Dan jika diambilkira 1.4 juta yang masuk secara sah, ini bermakna lebih 10 peratus daripada penduduk di Malaysia terdiri daripada warga Indonesia semata-mata.

Saya ingin bertanya: "Senangkah kamu jika 23 juta daripada 237 juta penduduk di Indonesia terdiri daripada pendatang asing yang bukan warga sendiri tetapi menggunakan prasarana negara kamu dengan sepenuhnya? Mampukah kamu bertindak dengan prihatin seperti kami? Kalau diukur dengan apa yang saya lihat hari ini, kamu tidak mampu bertimbang rasa."

Kumpulan Bendera ini telah mengisytiharkan perang terhadap Malaysia dan telah mengumumkan akan menyerang Malaysia pada 8hb Oktober ini, iaitu hari Khamis akan datang. Di wawancara tersebut, Adian juga telah memberikan Golingai satu nota pengisytiharan perang bertajuk "Ganyang Malaysia !"

Pengisytiharan tersebut mengatakan bahawa rentcong Aceh, panah Papua, Pedang Pattimura, mandau Kalimantan, keris Jawa, kujang Sunda, golok Betawi, badik Palembang dan pedang Sisingamagaraja (kesemuanya senjata tradisi Indonesia) telah berikrar bermandi darah untuk menghapuskan Malaysia .[Perhatikan bagaimana setiap senjata diberi nama tempat yang khusus dalam nota tersebut, mungkin takut dimaling agaknya, walaupun kita juga ada golok, badik, keris, pedang, panah dsb].

Kemudian dia menunjukkan satu senarai 'kesalahan' Malaysia yang mendorong kepada pengisytiharan tersebut: tuntutan Malaysia terhadap kepulauan Sipadan, Ligitan dan Jemur, mencuri budaya Indonesia (makanan rendang, lagu Rasa Sayang dan tarian Pendet antaranya), menyiksa rakyat Indonesia (ada 34 nama dalam senarai).

Jemu jelak saya hendak memperkatakan persoalan ini sebenarnya. Tidak ada gunanya berdialog dengan manusia yang berdendam dan taksub, yang tidak mahu menerima kenyataan bahawa antara kita memang ada lintas budaya kerana kita serumpun.

Hanya 34 nama di antara 3.4 juta warga Indonesia (sah dan haram) di Malaysia? Bagaimana dengan penjenayah Indonesia yang berleluasa di Malaysia membunuh, merompak, mencuri, merogol dan sebagainya? Saya kira senarai mangsa mereka lebih panjang daripada 34 nama. Malah, tidak dapat dinafikan kadar jenayah di negara ini mencanak dengan kehadiran mereka. Ini bukan omong kosong; ia boleh dibuktikan.

Menurut Adian, enam minggu yang lalu, 10 pengintip Bendera telah meloloskan diri masuk ke Malaysia untuk menubuhkan satu 'network' pekerja Indonesia dalam usaha 'perang' ini. Katanya lagi mereka telah berjaya menghubungi 1.45 juta pekerja Indonesia - pembantu rumah, pekerja binaan dan pekerja ladang - yang akan membakar tempat kerja masing-masing apabila konfrantasi bermula. [PS: Sesiapa yang ada bibik sila ambil perhatian. Perlu tau demi keselamatan rumah].

Saya tidak pasti sama ada pekerja-pekerja yang dimaksudkan itu (rata-rata yang mencari rezeki halal di sini) akan sanggup mencurah pasir ke periuk nasi sendiri semata-mata kerana patriotisme terpesong ini. Sanggupkah mereka mematahkan punca rezeki mereka kerana ini?

Tambah 'pakar strategis perang' ini lagi, pada tarikh tersebut 300 orang Indonesia yang mempunyai ilmu kebal - tidak lut ditikam atau ditembak - akan menyerang Malaysia melalui Pontianak dan Nunukan di Borneo.

"Dari Pontianak kami akan menawan Kuching dan dari Nunukan kami akan menawan bandar Malaysia yang terdekat." Apabila ditanya apa nama bandar tersebut dia menjawab tidak tahu. (So much for a war strategist!) Note: Bandar Malaysia terdekat selepas Nunukan ialah Tawau . Dalam masa enam hingga lapan bulan, kata Adian, Bendera akan berjaya menakluki Kuala Lumpur .

Saya tidak tahu sama ada hendak ketawa atau menangis membaca temubual ini. Yang pasti, Adian dan para pengikutnya seolah-olah terlalu teruja untuk 'ganyang Malaysia ' sehingga tenggelam punca.

Hanya satu saja nasihat ikhlas dari saya: Daripada menghabiskan masa dan tenaga untuk menyerang Malaysia , lebih baik kalian berangkat ke Padang . Dua gempa bumi dua hari berturut-turut telah mengakibatkan lebih seribu kematian dan tiga ribu lagi masih hilang. Ataupun, kalian menyusur Tasikmalaya di Pulau Jawa tempat kalian sendiri, dimana berlaku gempa bumi sebulan yang lalu.

Cuba kalian kerah tenaga membantu mangsa senegara kalian yang amat memerlukannya. Bawa senjata kalian ke Padang dan gunalah golok Betawi mu untuk mengorek timbunan bagi mengeluarkan mayat-mayat yang kian reput di bawah runtuhan.

Jangan sekali-kali kalian lupa bahawa mangsa gempa bumi negara kalian kini dibantui pasukan penyelamat dari seluruh dunia termasuk pasukan SMART, Tentera, Bulan Sabit Merah dan lain-lain dari Malaysia . Malah, berbagai tabung telah dimulakan oleh pihak swasta di Malaysia untuk membantu.

Salurkan tenaga kalian kepada tugas membantu anak bangsa sendiri. Itu lebih berfaedah...

PS: Buletin Utama TV3 sebentar tadi melaporkan dua lagi gempa bumi di Indonesia , satu di Papua dan satu lagi di Sulawesi .......

PS: Terdapat mangsa gempa bumi dengan angkuh menolak bantuan daripada Malaysia , kononya dari sumber haram, tapi menerima bantuan daripada negara-negara bukan Islam. Dalam keadaan nyawa-nyawa ikanpun masih bongkak.

PS: Para pelajar kita tidak dilayan ketika meminta bantuan makanan. Mereka diberitahu, keutamaan adalah kepada rakyat tempatan. Mereka lupa bahawa kehadiran para pelajar kita itu turut memberi sumber pendapatan kepada mereka.

Mendidih darahku bila memikirkan tindak tanduk segelintir manusia yang tidak mengenang budi ini...

HENTIKAN SAJA PENGAMBILAN SEMUA PEKERJA DARIPADA INDONESIA . BUKA PELUANG ITU KEPADA NEGARA LAIN. TIADA GUNANYA KITA BERBUAT BAIK KEPADA ORANG YANG TIDAK TAHU DAN TIDAK MAHU MENGHARGAINYA

0 comments:

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates