Followers

Pages

Monday, March 30, 2009

Aku di ragut..kejadian di KTM UKM..

Peristiwa ni baru berlaku semalam.. hari Ahad 29. Mac 09.. Aku ketika itu ditemani dua orang sahabatku dari USIM. Kami bertemu di KTM Nilai. Kehadiran mereka ke UKM adalah untuk pergi ke PTSL. so kami dalam satu perjalanan yang sama.. Tiba di tempat menunggu bas kami terserempak dua lelaki yang menaiki motor RXZ BDJ (no tak pasti) berwarna biru tua. Mereka memperhatikan kami sejak tadi. Tapi ini yang diberitahu oleh seorang budak yang sama niatnya iaitu untuk kembali ke UKM. Dia kata bahawa lelaki ini telah lama memperhatikan kami..
Kami ketika itu sibuk berbual dan tiba2 datang sebuah bas Rapid. Kami terus mengejar bas itu, rupanya bas itu adalah bas T4301. So kami terus menunggu tetapi bukan ditempat pondok menunggu bas tetapi di tepi batu iaitu berdekatan longkang.. Aku terlalu letih untuk membawa beg galas laptop lalu aku letakkan di hadapan aku. Begitu juga dengan beg putih. Aku melilitkannya pada beg galas aku. aku leka melihat bas..
Pada waktu itu moto RXZ menyusur perlahan menuju ke arah kami. Aku fikir dia ingin bertanya sesuatu pada kami..rupanya lelaki yang ditunggangi dua orang itu hanya melihat beg kami. Lelaki yang sedang menunggang motor itu kelihatan gempal manakala yang dibelakang adalah seorang lelaki yang kurus. Aku ketika itu hanya mampu tergamam. Sehinggalah lelaki yang mengambil beg aku senyum pada aku..baru aku sedar. Pada waktu tu aku seolah-olah hanya mampu melihat. Sehinggalah aku sempat melihat no Plat moto RXZ iaitu BDJ tapi kerana ketakutan aku..aku terlepas untuk mengambil no plat seterusnya.
Apa yang aku kesalkan dalam hal ini adalah walaupun aku sentiasa menjalani latihan taekwando aku tak dapat nak mengaplikasikan dalam peristiwa ini. Sebelum itu aku melihat ada lelaki tersebut ada berhubung dengan 4 orang remaja. Seorang perempuan free hair dan tiga yang lain adalah lelaki. keempat2 remaja ni memakai baju hitam.
Berbalik pada peristiwa ngeri ini, dalam masa kurang seminit kereta polis datang dan aku terus menahan kereta polis itu. Polis tersebut hanya menenangkan aku dan mengambil sedikit info tentang pencuri tersebut. polis tersebut membawa aku dan 2 orang sahabatku ke balai polis Sungai Tangkas.
Inilah antara babak yang paling menyakitkan hati aku.. Ketika itu polis mengambil keterangan dari aku..aku menerangkan dari A-z. Tapi apa yang buat aku geram dengan sikapnya adalah cara polis itu menaip komputer untuk membuat laporan aku. Dia seakan mencari button setiap huruf. Kalau nak dilihatkan adik perempuan aku lagi cepat menaip berbanding polis tersebut. Aku sempat melihat tag namanya. Rupanya seakan melayu tetapi dia adalah berbangsa India. Aku sentiasa mengulangi keterangan aku dan hampir 7 kali aku mengulangi report yang sama. Tetapi lelaki polis tersebut tak dapat nak menangkap apa yang aku katakan. Aku ketika itu menggunakan bahasa Melayu untuk membuat keterangan..bukan bahasa jepun atau india..Siap polis tu kata kenapa abang polis yang membawa aku ke balai polis ini ketapa tak bawa aku ke bandar baru bangi sebab kejadian tu berlaku di KTM UKM. Siap lelaki polis iu kata "abang tu memang bodoh ada ke bawa awak ke sini" tapi kalo nak lihat balik dia ni lembab. Dah situ yang dekat takkan nak bawak yang jauh. Ketika itu didalam balai polis ada dua orang pegawai polis. Soalan yang aku tak puas hati yang tak harusnya aku menjawab adalah "Adik kenal tak lelaki tu"..huh kalo aku kenal takder maknanya aku nak datang balai polis buat keterangan coz dia kawan aku. Ada lagi soalan yang aku rase macam nak bakar balai polis tue..hehehe.. kami kata abang kejarlah 4 orang budak baju hitam kat perhentian kajang sebab dia naik bas Mini mungkin boleh amik keterangan dari mereka semua.. Abang tu kata "hujan laa dik. diorang semua berteduh". so persoalan aku disini apa gunanya kereta polis yang tersadai diluar tue??..dan adakah setiap kali hujan maka polis akan tidur di bilik tidur dengan menarik selimut..
Kalo diingatan balik, peristiwa pahit aku bukan aku kener ragut tapi perangai polis tu yang buat kami ketika tu hanya mampu menahan geram dengan iman yang ada..Ketika kami dibawa pulang kami hanya dihantar ke stesen KTM UKM sekali lagi..huh bukan ke sepatutnya dia menghantar kami hingga ke ukm.
Tapi aku tak tau kenapa jauh dilubuk hati aku menyatakan halal segala apa yang pencuri tue ambil dari aku walaupun secara haram. Aku tau mungkin kehidupan dia meletakkan tujuan menghalalkan cara. Mungkin kehidupan dia yang susah, tiada didikan yang sempurna dari keluarga atau dia terpengaruh dengan sekitarnya.
Tu laa sedikit sebanyak peristiwa pahit yang aku alami.. Aku tak tau kenapa sejak dari kejadian tu aku tak suka tengok motor RXZ. Memang kelamahan aku apabila aku keluar berjalan aku tak suka memandang kaum Adam..bagi aku kaum adam ni jahat sikit. Menakutkan aku.. Kesimpulan yang aku boleh amik..Polis paling lembab di Selangor adalah kakitangan Balai Polis Sungai Tangkas..hehehe. Pengajaran yang dapat diambil biar berat mana pun barang yang hendak dibawa sewajibnya di tangan kita bukan di hadapan kita or dibelakang kita..

9 comments:

floe said...

maknanya laptop ko r kena ragut??..
hurm.. pihak polis mmg perangai macam nie..
pape pun.. sabar je la eh..

MeaBerry said...

allah. kesian la kat ko fizah. jahat nye orang yg ragut tu. erm dia amek beg laptop ye? means sume brg2 dalam laptop tu ilang la.

ermm cita kita lebey kurang same la. tp aku bkn kne ragut. external harddisk aku rosak ni. sume eseimen aku dlm tuh tau. sedey betoi. kat laptop aku takde ape2 pun files. ahaaaaa padan muka aku

erm aku x pernah teringin nak bwk beg latop tu. kalau nak bwk laptop g memane sure aku masok kat dalam beg sandang belakang so.agak susah la org nak amek kot.

erm ape pun sabar aje lah fizah... polis malaysia ni kurang efisyen sikit. erm tatahu nak komen ape lagi kat dorang. terlalu byk corruption kot.

a said...

salam alaik,
salam takziah,

tumpang simpati atas apa yg berlaku
kepada sahabati

beg apa yg kena ragut?
beg laptop or beg putih?
apa kandungan beg tu?~

Noor Hafizah said...

erkkk jangan salah faham..beg laptop aku selamat..yang tak selamat beg putih tu...dalam tue ada nota exam aku esk..nset, dengan duit skali...tapi yang penting dokumen macam kad pengenalan semua selamat...nasib baik pencuri tu tak angkut beg laptop aku...huhuhu...harap jerr tekwando kan...hahaha

MeaBerry said...

lorh mati2 aku ingt beg laptop. erm takpe. bila panik mmg sume org akan ter-stuck... walaupun ade silat/tekwando/karate... tu tindakan refleks la... ,mesti akan tergamam jugak sbb panik kot.

Noor Hafizah said...

haah laa kan,...kawan aku pun tergamam...huh...tapi apa yang penting dia ragut jerr tapi tak bunuh...kan..kan..kan..nasib baik laaa..yang penting sekali bukan beg laptop..haaah..kalo beg laptop nampak gaya aku kenerr berhenti satu sem..sebab semua tua ada assgmnt aku...huhuhuhuh

a said...

setuju dengan apa yg dikatakan mea
lepas ni fiza jangan bawa laptop dlm beg laptop tau
bawa dalam beg sandang belakang
memang berat sedikit tapi
berbaloi untuk keselamatan

syukur kamu selamat :)

Noor Hafizah said...

hehehe mmng sangat bersyukur sebab selamat...sebenarnya beg yang kita bawak tu beg sandang laptop..masa tue coz letih bawak so letak dengan beg putih..tapi takperr kita takkan sesekali letak beg laptop kat bawah lagi...hehehe nyesal..

mcf2145 said...

"ada lagi soalan y buat aq rse nk bako balai polis tue" y sy rse plg lucu smpi tgolek2 gelak.. Hagagaga.. Pe2 pn sume slmtkn? ^_^

My ShoutOut

Template by:
Free Blog Templates